Wednesday 26 November 2014

SERABAI

Bahan-bahan:-

2 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung gandum
1 cawan nasi sejuk (dikisar)
1/2 bungkus dry yeast
1/2 biji pati kelapa @ RM1 santan
sedikit gula
air secukup nya
garam secukupnya

cara2 nya:-

a) yis dicampur sedikit dengan gula dan air | biarkan sebentar - yis kembang
b)  campur tepung beras, tepung gandum, nasi yang telah di kisar dan
sedikit garam bersama 1 cawan air dan campuran yis yang sudah kembang
(adunan hendaklah sedikit pekat)
c) perapkan adunan sekurang-kurangnya 3 jam.
d) selepas 3 jam, campurkan santan pekat kedalam adunan. Pastikan adunan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.
e)
panaskan acuan atas api yang sederhana besar. sapukan sedikit minyak
supaya tidak melekat. tuangkan adanan dan tutup. angkat bila sudah
masak, (warna akan bertukar bila dah masak).
ulang hingga adunan habis.

Kuah Manis

campurkan
santan, gula merah, gula putih, sedikit garam dan durian(optional).
Masak dengan api perlahan, jgn biar mendidih. Cairkan 3 sudu tepung
gandum dengan air. Masak lagi hingga agak pekat. Sedia untuk dihidang.
(Rasepi EJ)

No comments:

Post a Comment