Friday 19 June 2015

Beriani pakistan (kukus) kak nor

Beriani Pakistan 

Bahan2nya;

Untuk lauknya dulu..
●1kg daging.. (kambing/ayam/rusa...ikut suka lah..pilihan anda)
●3 biji bwg bsr
●5 ulas bwg putih
●2 inci halia +- lah ya
(Kisar bwg bsr + bwg putih + halia hingga hancur)
●4 sekawan
●1 sb ketumbar
●1 sb jintan manis serbuk
●1 sb jintan putih serbuk
●1 sb serbuk kunyit
●1 setengah cwn yogurt  perasa asli
●2 biji tomato potong dadu
●sedikit garam
●2 helai daun bay..
●sedikit minyak utk menumis..

Cara2 memasak;

Potong  daging nipis2..perap dgn sebahagian bahan2 kisar tadi..semua jintan  dan serbuk ketumbar serta serbuk kunyit serta.sedikit garam..
Perap min 1 jam..
Panaskan minyak..tumis 4 sekawan..masukkan sebahagian lagi bahan kisar tadi..kemudian masukkan daging yg telah di perap tadi..masukkan.air sampai tenggelam daging..bila dah hampir kering
Masukkan yogurt  dan tomato..biarkan sampai pecah minyak..masukkan.daun bay..garam dan.gula biar secukup rasa..renehkan sampai kuah pekat..ketepikan..

Nasinya pula;

●5 gelas (1 kg) beras basmathi..
●10 kuntum bunga cengkih
●5 biji buah pelaga
● sedikit minyak atau 2 camca majerin
●sedikit garam..
●2 helai daun bay

Cara2 memasak;

■rendam beras 20 mnt..toskan
■didihkan 6 gelas air
■masukkan semua bahan2 utk nasi tadi..bila dah mendidih..masukkan beras..masak hibgga kering air..tutup periuk..slow kan api..biarkan bbrapa minit tutup api.. (kacau nasi..dan nasi biarkan mentah)

PERSEDIAN UTK KUKUS NASI BERIANI

# bbrapa pokok daun ketumbar..potong seinci seinci . .
#4 Biji cili hijau atau merah..potong  serong2 pun blh..seinci2 pun blh..
#3 biji tomato didadu
#kismis atau badam
#bawang goreng
#safron atau pewarna kuning cecair
#susu cair atau susu segar..

Skrg mari kita mulakan ya..
Sediakan periuk lain (knor terus guna pengukus..sbb pengukus knor lubang kecil2..kalau anda ada periuk kukus yg biasa..lubang besar..guna kain net/jaring)

Lapisan 1...
~ambil bbrapa senduk nasi..masukkan dlm periuk..ratakan..

Lapisan 2..
~tabur cabai potong..tabur daun ketumbar,kismis, bwg goreng, tuang rata2 sedikit susu...tuang kan rata2 secamca pewarna kuning..

Lapisan 3..
~ambil daging tadi ratakan diatas lapisan ke2..kemudian tutup daging dgn nasi..ulang semula lapisan 1 hingga 3..pastikan lauk daging tadi adalah lapisan atas sekali...

Akhir nya..kukus lah hingga nasi masak..sblm kukus buat kan lubang di tengah2 nasi..supaya  ada ruang utk wap naik..

Bila dah masak..dan dah nk makan..gemburkan nasi dgn berhati2..
@ Kalau anda suka..masa lapisan ke2..anda boleh susun telur rebus dan kentang rebus..tp knor x buat sebab kat rmh ada yg x mkn telur dan ubi kentang knor buat Dalca..jadi knor rasa x perlulah)
# sdp mkn nasi beriani dgn Dalca dan air asam..
SELAMAT MENCUBA!

Talam berlauk (hasniza hassan)

Bahan2nya;

Talam berlauk
1cwn tpg beras
1ktk kecil santan
1cwn air
Secubit garam
🌹za campur dgg cincang ramli(rebus skejap).....boleh juga campur keladi atau sengkuang cina

Topping
Udang kering(tumbuk)
Daun bwg&sup
Cili merah

Campurkan tpg beras,santan,air dan garam di dalam periuk...gaul sebati.masak hingga naik wap tuang ke dalam loyang yg sudah disapu minyak.kukus selama 15min...
Bila dah agak sejuk taburkan udang,daun bwg&sup mabelesss

🌹selamat mencuba👌

Monday 15 June 2015

UDANG MASAK ROSE

Masak rose udang. (Lagi besaq udang..lagi sdp)

1 kg udg
2 bj bwg bsr*
3 uls bwg putih*
Sedikit halia..kisar halus bersama bhn2 yg btanda*..
Cili kering kisar..ikut pedas(sblm kisar rebus cili kering sampai masak..)
1 tin pling kecil tomato puri
1 cwn cili sos
Sedikit santan..
Grm..gula

Cara2 mmasak;

Bersihkan udng..toskan..(kalau udang yg besaq..kalau kat png sekg rm 70 +-....bubuh grm kunyit..tuang semua dlm minyak pns..goreng sampai msk..tp udg kjp jer msk yerr..angkat. udg..tp .jgn tos kn)
panas kn minyak..tumis bhn2 kisar..lps tu msk kn cili..sos..tomato puri...kacau..masukkan santan..masukkan perasa..gula..grm.
Lps tu boh udang..kacsu..kalau suka..potong bwg bsr dan daun bwg daun sup..kacau kjp..angkat..hudangkan..
# kalau suka blh goreng  kentang yg d ptg tbl2..msk kn sekali..

Sunday 14 June 2015

Beriyani pakistan..

Nasi Beriani Kambing Pakistan
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
5 cawan beras basmathi (rendam & tos)
9 keping kambing (dg tulang)
4 kuntum bunga lawang
2 inci kayu manis
8 biji buah pelaga
10 bunga cengkih
1 sb serbuk ketumbar
1 sb serbuk jintan manis
1 sb serbuk jintan putih
1 sk serbuk kunyit
3 bawang besar – potong dadu
5-6 buah tomato masak saiz besar – potong dadu (lagi banyak lagi sedap)
2 labu bawang putih – tumbuk
3 inci halia – tumbuk
1 ½ cawan yoghurt (banyak lagi sedap)
2 bay leave
Minyak olive
4 biji telur – rebus, kupas & kelar
4 biji kentang kecil – kupas & rebus
½ cawan susu (optional)
Saffron & pewarna kuning

Hiasan
Bawang goreng
Daun ketumbar – hiris
4 biji cili hidup hijau - potong 1 inci
Daun mint
Badam & kismis, jika suka

Penyediaan Lauk:
Perap kambing dengan garam, separuh dari bawang putih dan halia yang dikisar serta serbuk kunyit, serbuk ketumbar, serbuk jintan putih dan jintan manis selama 1 jam.

Panaskan minyak, tumis rempah menumis, baki bawang putih dan halia kisar serta bawang besar sehingga naik bau. Saya masukkan juga daun pandan sebab suka wangian nya.

Masukkan kambing yang diperap dan kacau sehingga rata. Masukkan air agak agak tenggelam daging supaya daging empuk.

Satukan yoghurt dan buah tomato dan tuangkan ke dalam kuali, masak lagi sambil dikacau rata hingga naik minyak. Jangan sampai terlalu kering. Biar berkuah sedikit. Akhir sekali masukkan bay leave, garam dan gula. Sesuaikan rasa.

Tutup kuali dengan penutup dan masak menggunakan api perlahan sebelum ditutup api.

Penyediaan Nasi:
Basuh beras, rendam selama 20 minit dan ditos. Di dalam periuk berasingan, masukkan air, sedikit minyak, buah pelaga, cengkih, bay leave dan sedikit garam. Masak sehingga air mendidih.

Masukkan beras dan masak sehingga nasi hampir masak tetapi tidak 100% masak.

Tutup api dan tos lebihan air nasi di dalam bekas penapis sehingga kering.

Penyediaan Beriani:
Di dalam periuk lain, letak lapisan pertama iaitu nasi. Sudukan susu secara random ke atas nasi. Titiskan pewarna kuning atau ayakkan saffron dengan menggunakan penapis teh ke atas nasi.

Letakkan telur yang telah dikelar dan kentang rebus. Taburkan tomato potong dadu, bawang goreng, cili hijau potong 1 inci, daun ketumbar dan daun mint yang dihiris.

Letak pula lapisan kedua, iaitu kambing bersama sedikit kuahnya sehingga menutupi lapisan nasi.

Lapisan ketiga, letak nasi sehingga menutupi lapisan daging tadi. Sudukan susu dan titis pewarna kuning.

Lapisan atas sekali ialah lapisan kambing. Tabur dengan bawang goreng, tomato, cili hijau dan daun ketumbar.

Masukkan periuk ke dalam rice cooker dan biarkan masak seketika. Boleh juga ditutup dengan aluminium foil dan dimasak menggunakan microvave atau dapur gas.

Keluarkan periuk dari rice cooker dan sendukkan nasi dan kambing ke dalam mangkuk lain dan digaul rata dengan perlahan lahan supaya nasi tidak patah.

Bolehlah dihidangkan dengan salad dan yoghurt. Taburkan daun ketumbar.

Salad

Lettuce
Tomato
Bawang besar
Timun – buang biji
Green bell pepper
Garam & gula
Minyak olive
Perahan lemon
Daun ketumbar

Potong dadu dan satukan kesemuanya. Sesuaikan rasa yang disukai.

Monday 1 June 2015

KUIH KASWI PANDAN

KUIH KASUI
Bahan-bahannya;

3 CAWAN TEPUNG GANDUM
5 1/2 CAWAN AIR(TERMASUK AIR DAUN PANDAN  )
DAUN PANDAN SECUKUPNYA UTK DPT KAN WARNA HIJAU ORI.. (GUNTING KECIL2..KISAR DGN AIR DAN TAPIS)..
1  SETENGAH CAWAN GULA PASIR.
1/2 CAWAN TEPUNG JAGUNG
SEDIKIT GARAM
2 SUDU BESAR AIR KAPUR
1/2 KG KELAPA PARUT YANG PUTIH SAHAJA..
CARA-CARANYA;

SEDIAKAN AIR UNTUK MENGUKUS..DIDIHKAN..
SATUKAN KESEMUA BAHAN2 DIATAS GAUL HINGGA SEBATI..KALAU MASIH BERKETUL...KISAR DENGAN BLENDER ..BIAR HALUS.

SAPU KAN MINYAK.DALAM LOYANG..TUANG ADUNAN KEDALAMNYA..KUKUS SELAMA 50 MINIT..
SELEPAS ITU KUKUS PULA KELAPA PARUT +.SEDIKIT GARAM SELAMA.15 MINIT..SUPAYA KELAPA X CEPAT MASAM..
SELEPAS KUIH SEJUK..POTONG DAN GAUL KAN DENGAN KELAPA TADI..SIAPPPP.

Tepung talam.ubi

TALAM UBI KAYU ( Rujukan Dr Resepibdaria, Resepi Asal Chef Asma)

LAPISAN BAWAH
Bahan-bahannya:-
700gm ubi kayu (parut dan timbang)
100ml santan pekat
300ml air
250gm gula castor
sedikit pewarna kuning
Cara-caranya:-
Satukan kesemua bahan-bahan kedalam periuk dan kacau rata
Masak semua bahan-bahan sehinga pekat
Tuang kedalam loyang dan kukus selama 25 minit
LAPISAN ATAS:-
Bahan-bahannya:
100gm tepung beras
50gm tepung ubi
50gm tepung gandum
2 tsp garam
200ml santan pekat
800ml air
* sy guna 500 ml santan sederhana pekat dan 500 ml air
Cara-caranya:-
Bancuh semua bahan-bahan diatas
Tapis kedalam periuk, masak sehingga naik wap
Tuang keatas lapisan bawah
Kukus selama 30 minit.