Saturday 26 September 2015

Nasi ayam hainan

Untuk 10 orang makan

Bahan A (Sup)
Ayam 1 ekor (dipotong kepada 4 bahagian, di asingkan lemak-lemak ayam)
1/2 periuk air ('rice cooker standard size') yang akan menenggelamkan keseluruhan ayam semasa merebus
4 ulas bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
1 kiub pati ayam 'KNOR'
sedikit garam

Bahan B
daun sup
daun bawang
bawang goreng

Bahan C (Perapan ayam)
Kicap masin 'Kipas Udang'
2 sudu besar Sos Tiram

Bahan D-1(Nasi)
* Minyak dari Lemak ayam
4 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
5 helai daun pandan (dikerat 4)
1/2 sudu teh kunyit serbuk

Bahan D-2
6 pot beras (anggaran 800 gram)
10 pot air
1/2 kiub pati ayam 'KNOR'
sedikit garam

Bahan E (Sambal Cili)
10 biji cili merah
3 ulas bawang putih
5 sudu besar gula putih
jus air limau kasturi dari 3 biji
sedikit garam

Bahan F (Kicap)
1/2 sudu besar lada hitam (ditumbuk halus)
Kicap manis 'Kipas Udang'
lebihan dari bahan perapan ayam (C)
sedikit minyak dari gorengan ayam

Bahan G
Timun
Tomato biji
Daun Salat

Cara-Cara Memasak Sup
1. Didihkan air dalam periuk sehingga ia 'mendidih membuak-buak'.
2. Kecilkan api sekecil-kecil yang boleh dan masukkan betulan-ketulan ayam dan tutup tudung periuk. Biarkan ayam masak secara perlahan sehingga air mendidih kembali  (anggaran masa 1.30 jam bergantung kepada saiz ayam dan kuantiti air)
3. Keluarkan ayam dari periuk dan masukkan kedalam bekas yang berisi 'ketulan ais + air sejuk'. Ini adalah untuk memastikan yang proses memasak isi ayam terhenti yang akan menjadikan isi ayam terasa begitu 'moist' sekali.
4 Dalam periuk berisi rebusan ayam,  masukkan hirisan halia, bawang putih, garam dan kiub KNOR.
5. Siap. Sebelum hidang taburkan dengan bahan B

Cara-Cara Memasak Ayam
1. Keluarkan ayam dari air rendaman ais dan lumur dengan bahan C.
2. Perapkan selama 10 minit.
3. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam secara 'Touch and Go' ia-itu anggaran 10-15 saat sahaja sekadar memastikan sos tiram dan kicap melekat pada ayam. Tidak perlu terlalu lama kerana isi ayam telah pon masak dan untuk memastikan ia kekal 'moist'.
4. Renjis dengan Minyak bijan semasa menghidangkan nya

Cara Memasak Nasi
1. Dalam kuali, masukkan lemak-lemak ayam dan goreng sehingga ia cair (tidak perlu ditambah sebarang minyak semasa menggoreng).
2. Dalam 'rice cooker', masukkan minyak ayam dan tumis bahan  D-1 sehingga bawang putih 'betul-betul garing'.
3. Masukkan beras yang telah dibasuh dan di toskan air nya. Goreng seketika anggaram masa 5 minit. Ini adalah untuk memastikan beras tidak hancur semasa proses memasak.
4. Masukkan air, kiub ayam dan garam. Rata kan dan biarkan nasi masak saperti biasa.

Cara Menyediakan Sambal Cili
1. Kisar kesemua bahan E kecuali jus air limau kasturi dan garam.
2. Apabila siap masukkan baru dimasukkan jus air limau kasturi dan garam dan ratakan.

Cara Menyediakan Kicap
1. Satukan bahan F dalam periuk dan masak seketika sekadar ia mendidih

Sunday 20 September 2015

BISKUT BUAH PINGGANG

BISKUT BUAH PINGGANG

BAHAN2NYA;

A~

250 GM BUTTER (SEKETUL)
1 CAWAN GULA ISING (atau kisar jer gula pasir)
1 BIJI KUNING TELUR..
1 SUDU KECIL ESEN VANILLA.

B~~

2 CAWAN TEPUNG GANDUM
1 CAWAN TEPUNG KEK (tpg naik sendiri)
1/2 CAWAN TEPUNG JAGUNG
1 CAWAN BISKUT MERRY YG TELAH DI KISAR..
#CAMPURKAN KESEMUA BAHAN2 B...GAUL SEBATIKAN IA..ketepikan.

C~~

1 CAWAN CORNFLAKES YG TELAH DI KISAR..
1 BIJI PUTIH TELUR..PUKUL2 KAN IA..
Bagan2 C utk hiasan..

CARA2NYA;

CAMPUR KAN KESEMUA BAHAN A..PUKUL HINGGA KEMBANG..KEMUDIAN  MASUKKAN KESEMUA BAHAN B YG TLH DI GAULKAN TADI..ULI HINGGA JADI DOH YG LEMBUT...JIKA DOH LEMBIK..TAMBAH KAN DGN TEPUNG GANDUM DEMI SEDIKIT..

KEMUDIAN CANAI KAN DOH..TERAP LAH DGN ACUAN LEPAS TU SAPU PUTIH TELUR..TABURKAN CORNFLAKES . .
BAKAR DLM OVEN SUHU 180° SELAMA 20 MNT..API ATAS BAWAH..atau ikut jer oven sendiri..janji masak..

Saturday 5 September 2015

ROTI KAWIN DANGDUT

Bahan2nya;
1 biji telur mata
4 hirisan timun
4 hirisan tomato
Sos cili
Mayonis
2 keping roti gardenia..

Cara2nya;

Ambik sekeping roti.
Susun timun 4 penjuru..letak telur mata..letak plk hirisan.tomato 4 penjuru . ..picit sos dan mayonis..tutup dgn lagi satu roti..siapp..

Wednesday 2 September 2015

PUDING ROTI KARAMEL

PUDING ROTI KARAMEL

1ST Nak habaq kat hgpa..guna loyang biasa no..jgn guna acuan macam knor tu..gula hangus x serata..

Bahan2 perlu di sediakan;

3 sudu besar gula
1 susu besar air panas
4 keping roti gardenia 
1 cawan susu cair
3/4 cawan susu pekat
1 cawan air suam
1 sudu kecil esen.vanila
3 biji telur  gred A

Cara2 nk menyediakan nya..

1..panaskan kuali..dgn api kecil..kacau gula hingga hancur dan keperangan..masukkan 1 sudu bsr air panas . .kacau ... bg cair semua..tuang dalam loyang kecil jer.. (aduann ni bsrnya x sampai sebiji kek)..ketepikan..

2..panaskan air kukusan..

3..pukul telur dan tapis kan..ketepikan..

4..ambil roti..koyak2 kan..masukkan dlm.blender campurkan sekli dgn susu dan air suam..kisar..kmdian masukkan telur  dan esen vanila..kisar lagi..

5..tuangkan dlm.loyang yg ada gula tadi..kukus sehingga 40mnt..angkat..sejukkan dulu..nikmati lah hidangan anda..