Saturday 28 February 2015

PULUT DAKAP

Bahan-bahannya:

3 cawan beras pulut ( seperti biasa aku suka pulut susu)
1 sikat pisang awak yang masak ranum ( tak ada biji)
3 cawan santan pekat diletakkan garam secukup rasa
2 helai daun pandan
daun pisang secukupnya ( dipotong selebar 6x 6 inci serta dilayur sehingga layu)
tali untuk mengikat secukupnya

Cara-cara menyediakannya:

Rendam pulut selama 1 jam ( kalau bukan pulut susu 3 jam lebih)Kukus pulut sehingga masak.Bila masak, gaulkan dengan santan sehingga rata ~ ketepikan.Ambil pisang dan belah dua.Sendukkan pulut sebanyak 2 sudu besar dan letakkan ditengah-tengah daun pisang.Ratakan pulut dan letakkan pisang ditengah-tengahnya.Lipatkan daun pisang seperti membalut lepat.Buat sehingga pulut dan pisang habis.Ambil dua bungkus pulut dan kembarkan keduanya.Ikat dengan tali di bahagian atas dan bawahnya sehingga habis semua berpasangan.Masukkan kedalam kukusan dan rebus selama 25 minit.Angkat dan hidangkan.

Friday 27 February 2015

MURTABAK CREAM CREAKERS (hasniza hassan)

Murtabak cream crackers

Cream crackers secukupnya
1 peket mince meat
1 bj kentang russot
1/2 bj bawang holland
2 ulas bawang putih
3 sb serbuk kari
Daun bwg&sup
Garam
Perasa

Panaskam myk....tumis bwg putih,,,bwg holland yg didadu n rempah kari.grg hga naik bau.masukkan daging....masak hga kering air daging,masukkan kentang yg dipotong dadu....tambah skt air,masuk grm n perasa.masak hga kentang empuk.masukkan daun bwg & sup.
Grisskan loyang....aturkan kepingan cream crackers,lapiskan inti daging berselang seli.klu suka cheese boleh juga letakkan
Pukul 4 bj telur,campurkan secawan susu segar(yg dlm kotak tu),curahkan ke atas lapisan tadi hga litup.bakar dgn suhu 180 selama 30-40 min.
Selamat mencuba 🌹🌹🌹

Moist chocolate cake (Rosnani mastor)

🌹MOIST CHOCOLATE CAKE
          **ros sayang**
          1 tin susu cair
          1 cwn minyak
          1 cwn gula
          1 cwn air panas
          2 bji telur
          1 s.kecil garam
( SEMUA DI BLENDER )
        
         2 cwn t.gandum
         1 cwn serbuk koko
         1 s.kecil b.powder
         1 s.kecil bikabonat
( SATUKN SEMUA BHN &
  KMUDIAN MSUKN BHAN
  YG DI BLENDER TADI KCAU
  HINGGA SEBATI , MSUKN
  DLM LOYANG KUKUS
  SELAMA 45 minit )
 
     🌹UTK TOPPING 🌹
         1/2 cwn susu pekat
         1/2 cwn serbuk koko
         2 s.besar minyak 
    #utk topping tk ada koko#
    #boleh ganti dgn milo#
    CAMPURKN SEMUA
    MASAK DGN API
    PLAHAN HGGA PEKAT.
   TUANGKN ATS KEK
    & HIASKN .

Thursday 26 February 2015

Cendawan goreng (ali hanafiah)

Resepi :-
1 paket cendawan
1 biji telur (saiz A or B, klu C & D kena gandakan)
1 sedikit butter / majerin / planta
6 sudu makan penuh tepung gandum
1 sudu makan rempah ikan / daging (klu nk sedap mix ikan dan daging)
1 sudu garam

Cara2:-
1. Basuh cendawan dengan garam, ratakan, samakan..
2. Kemudian basuh cendawan dgn air sehingga bersih dan yakin suci, dan toskan
3. Bancuh telur dgn sedikit butter, pukul sampai dia timbul lapisan buih
4. Masukan cendawan ke dalam bekas telur dan gaulkan sehingga mereka bersepadu
5. Campurkan Tepung + Mixture rempah + garam secubit rasa
6. Masukan dan gaulkan separuh dari campuran tepung ke dalam cendawan yang telah digaulkan dengan telur
7. Panasakan Minyak dengan api sederhana
8. Semasa hendak menggoreng, celupkan cendawan yang telah di saluti dengan campuran tepung dan telur td ke dalam tepung yang kering, satu persatu
9. Hidangkan ketika panas2, kalau boleh lps kluar kuali truz makan..hihihih Gurau noh Selamat Menjamu Selera

Tuesday 24 February 2015

LIMAS (JALILA JALIL ILA)

Bahan2nya

4 cwn santan cair
2 cwn tpg gandum
1/4 cwm air daun pandan
Sedikit perwarna hijau
Gula utk pemanis
Daun pisang utk acuan

Bahan B
41/2 cwn santan
1 cwn tpg gandum
Sedikit garam

Cara2nya

Panaskan kukus..kacau semua bahan A kacau sebati tapis ketepikan.
Susun acuan limas dlm kukusan...bubuh 1/2sudu gula kukus sebentar.
Masukkan adunan A (hijau) 1/2 dr acuan kukus 10 minit.
Satukan semua bhn B kacau sebati tapis.
Masukkan sedikit d atas adunan Ayg dah masak kukus lagi dlm 10 minit @hingga masak

Sunday 22 February 2015

Kek tepung beras kukus

Bahan-bahan

1cwn gula halus

1cwn majerin

3 biji telur

1 s/kecil esen vanilla

1 cwn tepung beras

1 cwn tepung kek blue key

1btl coklat urai ( utk hiasan ) - aq curah2 coklat emulco

Cara-cara

1) pukul gula n majerin/mentega sampai kembang

2) Masukkkan telur satu-persatu

3) Masukkan esen vanilla

4) Masukkan kedua-dua tepung sedikit demi sedikit. Setelah adunan sebati.masukkan aduna ke dalam loyang. Selepas itu,coklat urai bolehlah ditabur ke atas adunan

5) Akhir sekali bakar,bakar adunan / atau kukus..

Bun manis (jalila jalil ila)

Bahannya

3 cwn tepung gandum
1 biji telur
2 sudu mkn planta
2 sudu mkn gula
2 sudu mkn susu
1/4 sudu teh bread improver
1 cwn air suam
1 peket yis   mauripan

Masukkan yis, gula ke dlm air suam ketepikan biar sampai berbuih.
Satukan bahan2 lain bersama tepung gaul sampai sebati.
Masukkan bancuhan yis ke dlm adunan tepung uli sampai x lekat d tangan.
Tutup atasnya biar kan adunan naik 2x ganda....tumbuk2 buang angin uli lagi
Bulat2 kan  bubuh inti tutup balik...bulat2kan letak loyang biar naik baru sapukan sedikit kuning telur yg di bancuh bersama sedikit susu n perwarna.
Bakar suhu 160'c 20 minit

Sunday 15 February 2015

DADA AYAM DENDANG PERANTAU

BAHAN2NYA;

3 KETUL DADA AYAM..AMBIK ISI POTONG NIPIS2..
SECAMCA REMPAH DAGING..
2 BATANG SERAI*
2 BIJI BAWANG BESAR*
4 ULAS BAWANG PUTIH*
SEDIKIT HALIA DAN LENGKUAS*
KISAR SEMUA BAHAN2 YG BERTANDA*..
TUANGKAN KEDALAM ISI AYAM..MASUKKAN KESEMUA BAHAN2 LAIN DAN GARAM SECUKUPNYA..PERAP SEMALAMAN..
.CILI KISAR SECUKUPNYA
SEMANGKUK MINYAK..

CARA2NYA;

MASUKKAN MINYAK . .BILA DAH PANAS TUANGKAN AYAM YG TLH D PERAP..KACAU HINGGA MASAK..DAN MASUKKAN CILI KERING KISAR SECUKUPNYA..MASUKKAN PERASA.(.GULA..GARAM..) MASAK HINGGA AGAK KERING..SIAPP!!

#KALAU SUKA BOLEH BUBUH DAUN LIMAU PURUT BILA HAMPIR NAK ANGKAT..

KEK KUKUS PURNAMA MERINDU

BAHAN2NYA;

250 GM BUTTER 
1 CAWAN GULA HALUS
4 BIJI TELUR
1 CAMCA KECIL OVELET
1 CAMCA KECIL ESEN VANILLA
1/2 CAWAN SUSU PEKAT MANIS
2 CAWAN  TEPUNG NAIK SENDIRI..

CARA2NYA;

PUKUL BUTTER DGN GULA SERTA OVELET HINGGA KEMBANG..MASUKKAN PULA ESEN VANILLA  ..LEPAS TU MASUKKAN TELUR SEBIJI DEMI SEBIJI . PUKUL LAGI HINGGA SEBATI ..MASUKKAN SUSU..PUKUL LAGI..DAN BILA SEMUA DAH SEBATI..MASUKKAN TEPUNG..PUKUL HINGGA SEBATI..SEBELUM MENGUKUS PASTIKAN AIR TELAH DIDIDIHKAN.TERLEBIH DAHULU..
BAHAGI KAN ADUNAN UTK MASUKKAN WARNA..TUANG LAH KEDALAM ACUAN IKUT KREATIVITI SENDIRI . .KUKUS 45 MNT..KALAU NK BAKAR PUN..BAKAR LAH HINGGA MASAK..

SILAKAN TRY..JANGAN MALAS2 TAUUUU!!!

WADAI KIPENG

WADAI KIPENG

Bahan- bahan:

4 cawan tepung pulut
pewarna
air secukupnya (sy ganti dgn santan cair)
Sedikit garam
4 cawan santan pekat
2 cawan air
2 cawan gula perang
1 cawan gula putih
1 cawan sagu biji yang direndam
daun pandan

Cara-cara:

  1. Campurkan tepung pulut dgn santan cair , garam dan titiskan  pewarna.Uli dan bentuhkan doh menjadi bulat..kemudianleperkan sedikit  dan tekan bahagian tengah nya (sy tak buat..sy bentuk bulatkan sahaja)
2. Panaskan air , santan dan gula dan masukkan adunan tepung pulut yang diuli tadi.
3. Masukkan sagu dan pandan.
4. Biarkan mendidih atau sehingga tepung pulut telah timbul.
5. Sedia dihidang.

  Sekali tgk macam butir nangka..macam candil pun ader juga..rupanya dari  maklumat yang baru diterima wadai kipeng nih pengat org banjar..ader  juga yang diletakkan inti didalam nya.

Spagetti Bolognoise

Kuah spaghetti  segera x segera..
Bahan2nya;
●1kg daging/ayam kisar (ramly)
●5 ulas bwg putih..nak ketuk ke..cincang ke..suka awak lah..
●2 botol sos spaghetti   (ikut lah lah perasa apa2 pun dan brand apa pun)
●1 tin bsr tomato puri
●bebola daging 
●cendawan butang dlm tin.. (potong ler ikut suka..airnya buang)

Cara2nya;

Basuh dan tos kan ayam/daging kisar..
Masukkan setengah senduk minyak..tumis bwg putih..bila dah wangi..masukkan daging/ayam kisar tadi..kacau dan biar kan dia agak kecut..masukkan. sos spaghetti  dan tomato puri..
Masukkan juga bebola daging dan cendawn yg tlh d potong tadi..biarkan kuah mendidih  hingga pekat..

Spaghetti ;
Didihkan air masukan.spageti...
Masak .hingga lembut..angkat..tuang ke dlm penapis..basuh dan tuang kan minyak  zaitun..sedikit jer..gaul kan spaghetti   tadi..

Masa nak makan tu taburkan dan serbuk origano

Tuesday 10 February 2015

PUTU BULUH (ej)

Resepi Putu Bambu   
400 Gram Tepung Beras
300 ml Air
3 Lembar Daun Pandan
1/2 Sendok Garam
125 Gram Gula Melaka yang telah dikisar
125 Gram Kelapa Parut
Cara Membuat Putu Bambu
1. Rebuslah air yang dicampur dengan garam dan daun pandan sampai mendidih, jika sudah angkat dan biarkan sampai hangat
2.  Masukan tepung beras ke dalam sebuah bekas, kemudian masukan air pandan  tersebut sedikit demi sedikit sambil diadun hingga merata
3. Gunakan penapis kasar kemudian masukkan adunan tepung, dan diayak hingga adunan menjadi halus
4. Masukan adunan ke dalam cetakan bambu yang dibawahnya sudah diberi potongan kecil daun pandan(atau daun pisang) sebagai alas.
5.  Lubangi bagian tengah adonan kemudian masukan sisiran gula melaka  secukupnya. Jika sudah tutup dengan adunan tepung beras hingga cukup  penuh dan ratakan
6. Siapkan pengukus yang terdapat lubang-lubang  kecil, kemudian letakan cetakan yang sudah berisi adunan putu dengan  posisi berdiri tepat di atas lubang kukusan.
7. Kira-kira setelah sekitar 10 minit dikukus, angkat dan keluarkan kuih putu dari cetakan dan sajikan di atas piring.
8. Taburi kuih putu yang sudah masak tadi dengan parutan kelapa ditambah sedikit gula pasir.

Monday 9 February 2015

MI KUNING

Resepinya
500gm tepung gandum
1biji telor + pewarna kuning + 2 sudu besar air kapur + air = 200ml (pewarna ni agakla ye jgn banyak sangat...saya guna yang serbuk secubit je) kalau cecair tu agak2 ye.. kalau kunyit jika dicampur dgn air kapur akan jadi wane oren nanti ..sebaik2 pewarna kuningla..

caranya
*panaskan air dalam periuk untuk merebus mee ni dan masa nak masukkan mee nanti masukkan garam dlm 2 sudu besar..(saya tak masuk dlm gandum sbb nak jaga mesin dr berkarat)

* masukkan tpg gandum dlm bekas dan tuangkan air
* gaul sebati
* doh ni agak keras sedikit dr doh karipap ye..
* tak payah bagi licin pun tak apa..asal semua sebati je..
* bahagikan 3 bahagian dan leperkan
* menggunakan mesin mee..masukkan doh pada bahagian yang tiada gigi dan
laraskan no.1... (kalau mesin mee saya ada 6 laras (1-6) 1 bukaan paling besar
dan 6 tu bukaan paling kecil/ halus)... ada juga yang laras bukaan ada 1-9 (1 tu
laras bukaan paling besar dan 9 tu laras paling halus/nipis) alirkan doh pada
mesin tersebut sehingga abis buat 2x ye..(2x masuk)
* kemudian laraskan semula ke no.4(bg laras bukaan 1-6). atau 6@7 bagi laras bukaan 1-9 masukkan kepingan mee tadi yang ni tuk nipiskan mee buat 2x
*kemudian masukkan kepingan yang dah nipis ni pada mesin yang ada gigi halus tu..masukkan kepingan mee tadi dan pulas sampai habis..
*skrang masa nak merebus mee..5 minit rebus mee... masa masukkan mee jgn kacau dulu ye..biarkan dlm 1-2 minit..baru kacau ye..kalau kacau masa taruk mee nanti mee tu putus..cukup 5 minit toskan mee
*tos kan mee dan terus masukkan mee dlm air paip biasa (ini utk menghilangkan kanji pada mee ni..kacau2 la mee ni ye tuk buang kanji.. toskan semula mee shingga kering dan masukkan 3 sudu besar minyak masak dan gaul mee sebati..

Sunday 8 February 2015

APAM SUSU

Bahan-bahannya;

2 cwn tepong gandom
1 sudu kecil baking powder
Bahan2 diatas diayak dan ketepikan
4 biji telor
1 cwn gula halus
1 sudu esen vanilla
1 sudu mkn ovelete
Bahan2 diatas di pukul hingga kembang dan putih
Lps tu masukkan 4 sudu mkn susu pekat dan pukul lagi
Lps tu masukkan 4 sudu mkn minyak masak dan pukul lagi
Last sekali curahkan tepong yg telah diayak dan kacau cara kaup balik
Kukus dlm masa 40 minit dan pastikan air kukusan panaskan dulu ye

LOPES UBI KAYU

Bahan2 nya...

1.8kg ubi kayu yg siap di kisar..
(Kopek ubi..racik kecil2..kisar halus dgn blender cabai tu..dan tapis dgn pengayak tepung..biar kan bbrpa jam..sampai air ubi tadi hening...buang airnya...pati ubi yg lekat di dasar besen
Tu di korek dan campurkan dgn ubi dlm pengayak tadi)
300gm gula
200ml santan pekat
4 camca besar tepung jagung..(tpng ubi pun blh..)
Sedikit garam..
Sedikit pewarna kuning..

Cara2nya..

Campurkan kesemua bahan2 diatas..gaul hingga sebati..sapu kan sedikit minyak di loyang..masukkan ubi tadi..kukus selama 45 mnt..angkat dan sejukkan..

#Sediakan kelapa mesin yg putih sahaja..gaulkan sedikit garam...kemudian kukus lbh krg10 mnt.
# masakkan gula merah dgn air..utk dptkan air gula merah..bila gula dah hancur..sila tapis dulu ya..air gula merah jgn.cair sangat ya.
@@ bila kuih sejuk dan potong lah ikut suka..golekkan atas kelapa mesin yg dah dikukus tadi..dan bila nk mkn..siram dgn air gula merah..siap..

Saturday 7 February 2015

CHEESY WEDGES. (EJ)

Cheesy Wedges


BAHAN-BAHAN:
500gm frozen wedges
200gm shredded cheddar cheese "Emborg" brand-yg warna oren (boleh guna cheese slices) (saya guna SCS cheese slices)
1 sudu besar mentega
1 sudu besar tepung gandum
1/2 cawan (125ml) susu segar
2 sudu besar sour cream (boleh ganti dengan yogurt perisa asli)
Mayonis secukupnya untuk dihidang bersama sos ini.

CARA-CARA:
1. Goreng wedges hingga masak. Ketepikan.
2. Panaskan non-stick pan. Cairkan butter dan masukkan tepung. Gaul sebati.
3. Masukkan susu dan kacau hingga pekat .
4. Masukkan cheese dan kacau hingga cheese mencair.
5. Masukkan sour cream dan kacau sebati hingga elok kepekatannya.
6. Paipkan sos cheese dan mayonis ke atas wedges yg telah digoreng tadi.

Thursday 5 February 2015

TEPUNG TALAM SUJI

Resepi Kuih Talam Suji

Bahan-Bahan:

Lapisan Bawah -

180 gm tepung suji
250 ml (1/4 liter) santan pekat
200 gm gula
Secubit garam
Sedikit pewarna kuning

Lapisan Atas  -

250 ml (1/4 liter) santan
2 sudu makan tepung kastard
150 gm tepung gandum
3 sudu makan gula
240 gm gula merah

Cara Membuat:

1. Masukkan kesemua lapisan bawah ke dalam periuk dan kacau atas  api perlahan hingga menjadi pekat.

2. Tuangkan ke dalam bekas acuan/loyang dan kukus selama 20 minit.

3. Campurkan kesemua lapisan atas dan masak atas api kecil hingga menjadi pekat.

4. Kemudian tuangkan adunan tadi di atas lapisan bawah yang telah dikukus tadi.

5. Ratakan dan kukus selagi lagi selama 20 minit.

6. Apabila masak, sejukkan dan potong.

ROTI JALA/ROTI SORAI

Bahan-bahannya;

1kg tepung gandum
Sebiji telur
500ml santan
1350ml air
#kalau anda menggunakan santan yg diperah sendiri...campurkan jumlah air dengan santan..
Sedikit pewarna...(ikut suka lah nk bubuh warna apa pun pun..tp yg selalunya warna kuning..tp disini knor.cuba 2.warna..hijau dan kuning...)
Garam secukupnya..

Cara-caranya;

Campurkan semua bahan-bahan diatas...masukkan santan dan tuangkan air sedikit demi sedikit...kalau anda rasa air x perlu guna sampai habis..terpulanglah ya...kadang2 penggunaan air bergantung pada kualiti tepung..
Lebih cantik adunan kalau kita blend...
Kemudian asingkan untuk letakkan.warna yg berbeza...masukkan dlm botol acuan roti jala..
Sapu sedikit minyak dah surai lah dalam kuali..
Bila dah masak..percikkan sedikit minyak atas roti jala..balikkan dan lipat lah ia..
Blh di makan dengan kari ayam.atau kari daging..

BINGKA KENTANG (TOK MIE)

Bahan2nya;

5 biji kentang rebus lenyek 
3bji telor
1cawan tepung gandum
2 cawan santan 
1 cawan gula tokmi kurangkan gula jadi 3/4 cawan
secubit garam
sikit pewarna kuning 
3 sudu mkn butter cair kan 

Blend semua bahan hingga halus panas loyang sapu minyak tuang adunan bakar api sedehana 1jam hingga msk .biar betul2 sejuk baru potong bingka ni lembut sgt tu kna bgi betul sejuk  ingat ya kentang ni bkanji.tapi sedap .

Wednesday 4 February 2015

Asam pedas melaka ( kak Ton Leman)

Ok bleh ni cara kak ton  ye..
15 biji cili kering buang biji rebus
1 labu bwang besar
2 ulas bwg putih
3 bhn ni dblen dgn minyak
Bhn ke 2
5 ulas bwg kecil
2 ulas bwg putih
Sedikit belacan dbakar
1" halia  1" kunyit hidup
1 sudu teh lada hitam
Semua bhn ni dtumbuk
2 btg serai
Sedikit daun kesum
(Kak x letak bunga kntan x bleh
mkn)
Semangkok air asam jawa
Sedikit bendi dan ikan ikut suka
Garam dan gula
Masukkan sdikit minyak Tumis bhn² tumbuk msukkan serai yg dititik....garing masukkan cili blen msukkan sedikit air panas...msk smpai pecah minyak...masukan air asam jawa...mendidih msukkan ikn  lpas 10 minit msukkan bendi...daun kesum ...sdikit gula dan sdikit garam...cukup rasanya bleh lah dangkat...

Tuesday 3 February 2015

VADEY KACANG HITAM.. (KCG YG BUAT TOSEY TU YA)

Bahan-bahannya;
600gm kacang hitam..rendam bbrapa jam..
3 camca besar penuh tepung gandum..
2 biji bawang besar di potong dadu kecil2
3 biji cili hidup merah..belah 4..buang biji..racik kecil2..
Daun sup n daun bawang secukupnya..di potong halus2..
Garam secukupnya..
Minyak untuk memggoreng..

Cara-caranya;

Basuh kcg hitam dan kisar dgn pengisar kekacang...
Kemudian cmpur kan kesemua bahan2 tadi kecuali Minyak . .
Panaskan Minyak  dlm kuali..
Ambik plastik atau daun pisang..sapu kan sedikit minyak..ambik sedikit tepung adunan tu..ltk atas plastik td..bentukkan..seperti cucur keria..kemudian terus goreng ..buat lah hingga cukup dlm kuali tu..goreng sampai masak..