Wednesday 31 December 2014

KEK COKLAT CHEESE

BAHAN-BAHAN KEK COKLAT :-)
2 biji telur gred A
1 cawan gula halus
1 camca teh esen vanilla
Secubit garam
1/2 cawan air panas
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan minyak jagung
1 cawan tepung gandum*
3 camca besar serbuk koko*
1 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan di ayak) 
  BAHAN-BAHAN LAPIS CHEESE :-)
250 gram krim cheese
60 gram gula halus
1 biji telur gred A
1 camca besar air
1 camca besar tepung gandum 
  CARA MEMBUATNYA :-)   
Panaskan kukusan. Lenser tin berukuran 8
inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas
minyal. lenser juga kertas tadi. Ketepikan..
UNTUK KEK COKLAT :- Putar telur
dan gula hingga kembang dan pekat, masukkan esen vanilla dan garam,
putar rata. Tambah susu cair, minyak jagung dan air panas, putar sebati
dengan kelajuan sederhana. Masukkan bahan2 yang diayak sedikit demi
sedikit hingga habis, putra rata dan matikan mixer. Bagi kepada 2
bahagian sama banyak. Ketepikan.
UNTUK LAPISAN KEJU :- Putar krim
cheese dan gula hingga sebati dan licin. Masukkan telur dan putar
hingga kembang. Tambah tepung dan air, putar hingga semua sebati dan
tidak berbintil2.
UNTUK KEK COKLAT KUKUS LAPIS CHEESE :-
Tuang satu bahagian kek coklat. Ratakan dan tutup permukaan tin dengan
aluminium foil. Kukus selama 20 minit, guna api sederhana. Kemudian
tuang pula adunan krim cheese, ratakan dan sambung kukus 20 minit lagi.
Tuang baki bahagian kek coklat ratakan dan sambung kukus selama 45 minit
atau hingga masak (bila anda cucuk dengan lidi sate atau cake tester di
bahagian tengah kek dan keluarnya bersih, tanda kek dah masak).
Sejukkan kek sekejap, kemudian boleh
keluarkan dari tin. Biar kek sejuk sepenuhnya atas jaringan dan boleh
dipotong untuk dihidangkan.....

RASEPI EJ

SATAY

SATAY AYAM
Pasti terlajak lariiiis hehe...resepi boleh digunakan untuk berniaga...kalau dah laris jngan lupakan ej sudah taw heheh

Bahan-bahan:
1.5 kg- 1.6kg Daging Ayam beserta kulit ( dipotong dadu )
1 ½ suudu besar Biji Ketumbar ( disangai dan dikisar )
1 ½ sudu besar Jintan Manis ( disangai dan dikisar )
Segenggam Serai ( dipotong halus dan dikisar )
1 sudu besar Serbuk Kunyit
10 biji Bawang Merah ( dikisar )
500gm Gula
½ cawan Minyak Masak
Lidi Satay secukupnya ( perlu direndam dalam air sebelum dicucuk pada daging ayam )
p/s- Resepi diatas boleh digandakan sekiranya ingin membuat dalam kuantiti yang banyak

Cara membuat:
1.Daging ayam beserta kulit ayam yang telah dipotong dadu diletak dalam penapis biar seketika.
2.Kisar sekali bahan seperti biji ketumbar , jintan manis , serai dan bawang merah sehingga halus.
  3.Marinate ayam yang telah dipotong dadu dengan bahan yang telah
dikisar, masukkan gula , serbuk kunyit dan akhir sekali minyak masak,
pastikkan daging ayam dimarinate sekata.Biar 30 minit dalam peti sejuk.

4.Cucuk daging ayam yang telah dimarinate ke lidi satay, anggaran 4-5
potongan dadu ayam bercampur kulit ayam dalam sebatang lidi satay.Cucuk
sehingga selesai.Siap untuk dibakar…sebaiknya dengan kayu
arang@charcoal..terbaik.
5.Sediakan minyak dan serai untuk disapu ke atas satay apabila dibakar, supaya aroma satay akan lebih wangi dan menyelerakan.

6.Jika korang nak bakar satay lambat lagi, boleh lah korang packingkan
satay dalam plastic 10 batang 1 plastik.dan simpan dalam freezer, bila
hendakgunakan baru lah defrost.Selamat Mencuba!
Satay ayam sedap dimakan dengan kuah kacang marbeles dan sambal garing, beserta potongan bawang merah , timun dan nasi impit.

Rasepi EJ

Tuesday 30 December 2014

KEK PANDAN KUKUS

Kek pandan kukus
Resepi:
2cwn tepung gandum 
2cawan gula 
5biji telor 
2sudu teh baking powder 
1/2sudu teh soda
1cwn santan.
Pewarna hijau.
Cara2 nya:
Ayak tepung bersama baking powder dan soda. 
Pkul telur dan gula hingga kembang. 
Kmudian msuk kan tpung yg di ayk .
Msuk kan santan. 
Kacau sebati. Kmudian msuk kan pwarna hijau.kukus selama 45 minit. Selamat mencuba.

RESEPI NOR AZURA.

Monday 29 December 2014

Chiffon strawberry

Chiffon Strawberry

t

Bahan
A
6 biji putih telur
3/4 sk cream of tar-tar ~ aku guna 1/4 sk lemon juice
B
6 biji kuning telur
100gm gula
120gm selfrising flour
1 sudu strawberry emulco + 7 sudu air biasa
5 sb minyak jagung(aku guna vege oil)

Cara
A
-Pukul telur dengan cream of tar-tar hingga bertanduk(bila diterbalikkan adunan telur tak tumpah)
B
-Dalam bekas lain, pukul kuning telur dan gula hingga sebati dan gula hancur
-masukkan campuran strawberry emulco bersama air
-masukkan minyak,gaul sebati
-masukkan selfrising flour yang telah diayak. gaul sebati

Campurkan adunan B ke dalam adunan A, gaul sebati(kaup balik) dengan menggunakan spatula
tuang ke dalam Chiffon mould dan bakar dengan suhu 160C-170C selama 45-50 minit.

Penting: Apabila kek dah masak, terbalikkan kek sebaik sahaja dikeluarkan daripada oven dan biarkan sejuk.

Rasepi EJ

Chiffon milo

Chiffon Milo

Bahan2 A:
1 camb serbuk koko
20ml susu segar-panaskan sedikit
2 biji kuning telur
20gm gula kastor
20ml olive oil
40gm tepung naik sendiri (self raising flour) - diayak

Bahan2 B:
2 biji putih telur
1/4 camt lemon juice
50gm gula kastor

cara:

Bahan2 A: satukan milo dan air panas ke dalam cawan dan kacau sehingga milo betul2 larut. ketepikan dan biarkan sejuk pada suhu bilik
masukkan kuning telur dan gula kastor ke dalam mangkuk adunan dan pukul dengan menggunakan whisker sehingga gula betul2 larut
kemudian masukkan milo dan minyak, kacaukan sehingga sebati
masukkan tepung ke dalam adunan dan kaupbalikkan sehingga rata. ketepikan
Bahan2 B: di dalam mangkuk adunan yang lain pukulkan putih telur dengan cream of tartar sehingga sebati dan berbuih
setelah itu masukkan gula sedikit demi sedikit sebanyak 3 kali dan pukul sehingga menjadi krim
kaupbalikkan adunan putih telur tadi ke dalam adunan Bahan2 A sebanyak 3 kali sehingga sebati
tuangkan ke dalam acuan chiffon cake yang bersaiz 16cm dan bakar pada suhu 170C selama 25-30min atau sehingga masak
setelah
masak tutupkan api oven dan biarkan kek di dalamnya selama 5 min.
tujuannya supaya kek tidak akan mendap setelah dikeluarkan dari oven
kemudian keluarkan kek dan biarkan ianya betul2 sejuk barulah dipotong dan dihidangkan

RASEPI EJ

Thursday 25 December 2014

MEXICO BUN

¡) Filling

 Bahan2nya..;

200 gm mentega
1/2 teaspoon vanilla essence
70 gm brown sugar

ii) Topping

200 gm mentega
160 gm gula icing
3 biji telur grade A- pukul sedikit

1 suduk kecil perisa kopi- boleh diganti dgn melarutkan 2 sudu besar instant coffee dengan 1 sudu besar air panas.

200 gm tepung gandum

iii) Doh Roti

500 gm tepung berprotin tinggi- diayak
2 sudu kecil bread improver + 2 sudu kecil bread softner ( optional)
20 gm susu tepung
75 gm gula castor
3 sudu kecil dry yeast
1 sudu kecil garam
1 biji telur- dipukul
250 ml air/ susu segar ( Jgn gunakan susu tepung sekiranya menggunakan susu segar).
60 gm mentega

Cara-cara

Filling- Pukul mentega dgn mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan esen dan gula perang. Simpan di dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.

Topping- Putar mentega dgn mixer pada kelajauan sederhana selama 5 minit. Perlahan2 masukkan telur,gula icing, dan coffee flavoring. Ayakkan tepung kedalam adunan and putar lagi pada kelajuan perlahan sehingga semua sebati. Simpan didalam peti sejuk sehingga sedia utk digunakan.

Doh Roti

Gaul rata tepung, gula dan garam di dalam mangkuk.

Masukkan yeast, bread improver & bread softener ( jika menggunakannya) dan gaul rata lagi.

Masukkan telur dan air/susu segar.

Uli adunan sehingga menjadi adunan dan masukkan mentega. Uli lagi sehingga lembut & elastik selama 10-15 minit...tutup doh dgn kain/tuala yg basah....biarkan dia naik sekali ganda..
Kemudian tumbuk..bulat2 kan macam kuih pau..masukkan filling tadi sebagai inti..tutup semula ...buat sampai habis..biar kan dlm 30mnt..bila dah naik masukkan toping dlm piping bag . ..paipkan atas roti..n kemudian bakar dlm suhu 200°..agak2 dlm 20 mnt..atau terpulang pada oven anda sendiri..

Tuesday 23 December 2014

KEK COKLAT MOIST TANPA TELUR

Kek coklat moist tanpa telur

Bahan-bahan ( loyang 5-6 inci )

1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko
1 1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
3/4 cawan gula biasa
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil coffee emulco
Secubit garam (suku sudu kecil)
1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung, 
1 sudu kecil cuka

untuk topping, serbuk koko, susu pekat, minyak

Cara-cara

1. Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan muffin cup pun boleh juga.

2. Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan garam dan gula Kemudian dikacau rata-rata.

3.Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.

4.Akhir sekali masukkan cuka Terus dikacau serta merta sehingga sebati.

5.uangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak. Atau kukus

Friday 19 December 2014

KEK BUTTER

Butter Cake
1 1/2 cawan marjerin (sy guna butter)
2 cwn gula halus
5 bj telur
esen vanila
2 1/2 cwn tepung
1 sdk  baking powder
1/2 cwn susu cair
1. Ayak tepung dengan baking powder.
2. Pukul majerin dan gula halus hingga kembang.
3. Tambah telur sebiji demi sebiji.
4. Tambah esen vanila.
5. Tambah tepung yg telah diayak berselang seli dengan susu cair.
6. Gaul rata adunan.
7. Sediakan  2 loyang yang telah dilapik kertas minyak. Tuangkan  adunan  ke dalam kedua2 loyang dalam jumlah yang sama.
9. Bakar adunan pada suhu 180 celcius hingga masak. Lebih kurang 25-30 min.
Homemade Strawberry compote
8-10 bj straberry (belah 2)
4-5 sdb gula  (ikut kemanisan yg disukai)
sedikit perahan lemon (optional)
Masukkan strawberry dan gula ke dalam periuk.(seeloknya non-stick).
Panaskan sambil dikacau sentiasa supaya tidak hangit.
Tambah sedikit air supaya agak cair.
Tutup api bila buah sudah separuh melarut dan kepekatan yang sesuai.
Swiss Meringue
Buttercream

Bahan-bahan


60gm putih telur (lebih kurang 2biji
size L)
100gm gula castor - boleh kurangkan sedikit
170gm butter tanpa garam (keluarkan
dari peti sejuk dan potong 10-12 ketul. lakukan sebelum panaskan putih telur
utk mengelakkan butter terlalu lembut jika dbiarkan suhu bilik yg lama)
Cara-cara
Panaskan air di dalam periuk. Satukan
putih telur dan juga gula ke dalam mangkuk tahan panas. Letak di atas periuk
yang berisi air panas tadi. (kawal kepanasan agar tidak terlampau panas sekitar
65c sahaja). Kacau menggunakan hand whisker sehingga gula larut lebih kurang 3
min. Adunan akan kelihatan seperti krim marshmarllow.
· Pindahkan ke dalam mangkuk lain.
Letakkan mangkuk tadi ke dalam mangkuk yang lain yang diisi air paip
dan 3-5
ketul ais (jangan terlalu sejuk! agak2 sesejuk air hujan). Pukul lagi adunan
telur lebih kurang 5 minit
dengan kelajuan sederhana sehingga meringue@kental dan
berkilat.
Masukkan butter sesudu demi sesudu
dan teruskan memutar sehingga very smooth dan kental lebih kurang 6-10min.
Victoria Sandwich cake
Bahan-bahan
Butter cake
Strawberry compote
Swiss Meringue Buttercream
Buah strawberry segar
Snow powder
1. Letakkan sekeping kek di atas papan kek.Masukkan buttercream ke dalam piping bag dengan nozzle star.
2. Paipkan buutercream ke atas kek.Sudukan strawberry compote ke atas krim.
3. Lapiskan dengan sekekeping kek lagi.
4. Paipkan lagi krim,sudukan strawberry compote dan hias dengan buah strawberry segar.
5. Ayakkan snow powder sebagai hiasan

RASEPI EJ

APAM PISANG KUKUS

Bahan-bahannya;

4 biji pisang berangan
1 cawan gula
1 cawan minyak
2 sudu kecil soda bikarbonat
Sedikit garam
2.cawan tepung gandum
3 biji telur..

Cara2nya;
Didihkan air utk mengukus..
Blend semua bahan2 diatas kecuali tepung.soda..tuang kedlm bekas..
Masukkan tpg gandum yg tlh diayak bersama soda sedikit demi sedikit..
Sapukan acuan dgn.sdkt marjerin..tuang adunan kedlm acuan..dan kukus selama 45 mnt..pasrikan air kukusan dan.mendidih..

Thursday 18 December 2014

KARI IKAN

Bahan2nya;

1 kg ikan (ikan bawal/ikan ketul/siakap)
4 paket kecil rempah ikan babas
1 biji bawang besar + 4 ulas + sedikit halia = kisar
1 camca besar halba campur
Sedikit daun kari
Asam jawa
Kacang bendi
1 biji tomato ( blh 4)
2 biji cili hijau...belah jgn putus
Sedikit minyak..
Sebiji bawang besar di mayang..untuk menumis
Santan secukupnya..agak2 dlm rm2..

Cara2nya;

Panaskan minyak . .tumis bwg besar yg di mayang bersama halba campur dan daun.kari...bila dah wangi masukkan bahan2 kisar..kacau kejap..lps tu masukkan kesemua rempah...masukkan pula 3 gelas air..biarkan mendidih...masukkan air asam jawa secukupnya ...masukkan tomato  dan cili hijau.. ..biarkan mendidih dalam 10 mnt..masukkan santan sedikit demi sedikit..masukkan juga air..tengok ya..jgn cair sangat..masukkan bendi dan garam..rasa..bila dah ok..masukkan ikan..biarkan mendidih  hingga ikan masak..kacau slow2 ya..nnti hancur ikan..selamat mencuba..

Wednesday 17 December 2014

KUIH TAKO

Bahan-bahan 

Lapisan Bawah :-
1/4 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung hoen kwee putih
sedikit pewarna kuning
1/2 cawan jagung cream / biji-  guna jagung biji dlm tin, toskan airnya(atau senkuang cina didadu kecil2)

Lapisan Atas/Dadih :-
3 cawan santan pekat
1/4 cawan tepung beras2
1/2 sudu besar tepung hoen kwee
2 helai daun pandan - disimpul

Cara-cara
Satukan bahan2 lapisan bawah,tambah sedikit pewarna kuning dan masak hingga pekat.Sediakan mangkuk2 kecil atau kelongsong pandan dan tuangkan adunan jagung hingga 1/2 paras mangkuk kecil atau kelongsong pandan tadi.Ketepikan.Satukan bahan2 lapisan atas/dadih dan masak hingga pekat.Matikan api.Tuangkan dadih ke atas lapisan jagung hingga memenuhi mangkuk/kelongsong pandan.SejukkanSimpan tako jagung di dalam peti ais untuk didinginkan.

Tuesday 16 December 2014

KEK COKLAT MOIST(knor)

RESEPI KEK COKLAT KUKUS

Bahan2nya:
5 biji telur (gred B)
1 cwn gula halus
1/2 cwn susu pekat
1 cwn susu cair
1 cwn minyak masak
1 1/2 cwn tpg gndum*
1 cwn serbuk koko*
1sd kecil soda bikarbonat*
1sd kecil baking powder*
*bhn2 trsebut perlu diayak trlebih dhlu ye :))

Cara2nya:
Pukul telur brsma gula hingga kembang. Guna whisk je pon boleh.
Dh kembang msukkan susu pekat, minyak n susu cair. 
Dh sebati masukkn bhn2 yg dh diayak tdi ye. 
Kemudian msuk dlm bekas yg hendak d kukus dan kukus. 
*Perlu d ingtkan..didihkan air dulu...baru kukus kek..kukus selama 45 mnt...

Topping :
200 gm choc.compound (boleh juga guna cooking choc.biasa ya)
3 sd besar susu pekat (resepi asal 5sudu bsr susu pekat)
3 sd bsr minyak masak 1 1/2 tin susu cair. 

Lagi satu jenis toping

 Topping 

Serbuk koko

Susu pekat

Minyak...

KEK BUTTER

RESEPI KEK BUTTER
Bahan2
250gm butter
250gm tepong kek
200gm gula halus
5 biji telor
2 sudu teh ovalet
1 sudu teh b.powder
1 sudu teh esen vanila
1/2 sudu teh garam
100ml susu cair/susu segar
CARA BUAT
Ayak tpg dgn b.powder dan campurkan kesemua bahan2 kecuali susu
Pukul hingga gebu dan putih
Lps tu baru masukkan susu
Sediakan loyang 8x8 yg telah dialas dgn kertas butter dan sapu keliling loyang dgn butter
Bakar pada suhu 170C selama 50 minit dgn api bawah saja dan tambah lagi 5 minit api atas saja

RASEPI SABRINA KHAN

JERUK TIMUN

Jeruk Timun .

Bahan-Bahan:

6-7 biji Timun bersaiz kecil - basuh da toskan lap kering dengan paper towel

1/2 cawan gula pasir

3 sudu makan gula timbang/gula merah

1 sudu makan garam

1/2 cawan cuka

2 cawan air

1 botol/balang kaca - (ej tak ada masukkan dalam balang plastik ajer)

Cara:

1. Masakkan gula pasir, gula timbang dan garam dengan air hingga mendidih, sejukkan dahulu baru dimasukkan cuka, kacau rata.

2. Susunkan timun kecil di dalam balang/botol  dan curahkan dengan bahan
yang kita masak tadi. Biarkan jeruk selama 3-4 hari sebelum digunakan.
Boleh tahan lama jika gunakan sudu yang bersih dan kering. Sedap
dimakan bersama sandwich atau burger..cubalahh..

RASEPI EJ

CUCUR BADAK

Resipi Cucur Badak  @Qatheryona Scholastyca Yong susah bebenor nak sebut namanya,,

2 biji keledek saiz besar - rebus dan lecek
1 cawan tepung gandum
Garam
Inti
1/2 biji kelapa parut
1 cawan udang kering
5 ekor udang hidup - potong kecil

2 biji bawang besar
5 batang serai
1 sudu kecil kunyit serbuk
5 tangkai cili kering (ikut kepedasan masing2)
1 sudu besar minyak masak
Sedikit kunyit serbuk
Garam dan gula
Cara-cara
1.untuk inti: blender cili kering+serai+udang kering dan bawang dgn
sedikit air. Setelah halus masukkan kelapa parut, blender sekali. Blend
sekejap jer. Setelah itu masukkan semua ke dalam kuali. Masukkan juga
udang hidup + kunyit + minyak + garam dan gula. Kacau sehingga inti tu
masak, ia akan kelihatan kering sedikit.
2.utk kulit: rebus keledek dengan air dan sedikit garam sehingga
lembut. Setelah masak , buang air tinggalkan sedikit dan campurkan dgn
tepung. Buat masa panas panas, senang nak lenyek. Jika adunan lembik
lagi tambahkan sedikit demi sedikit tepung. Jgn terlalu byk nanti tak
sedap.
3.Selepas itu buat doh kecil2 . Ambil satu buat melengung. tip:
semasa hendak membuat doh ni guna sedikit minyak masak di tangan agar
tepung tak melekat , keje pun cepat dan senang.
4.letakkan inti dan tutup kembali.
5.Goreng dengan api yang sederhana. Siap untuk di santap.

RASEPI EJ

SAMBAL LADO MINANG

Sambal Lado Minang...

Bahan-bahan:

14 batang cili merah hidup - kalau nak lebih tambah

4 biji bawang besar - dihiris nipis /dadu pun boleh

2 biji tomato segar - di dadu

1 sudu makan gula - (orang minang tak letak pun gula saya sajer letak)

garam secukup rasa

minyak untuk menumis

Cara:

1. Lada di basuh potong kecil dan blender dengan air dalam 3/4 cawan
blender agak kasar kemudian di tapis, air lada di buang sebab gunakan
lada sahaja

2. Panaskan minyak dalam kuali tumiskan bawang yang dihiris atau di dadu
hingga layu dan berbau harum, tak perlu sampai perang atau garing,
masukkan lada yang ditapis tadi, balik2kan hingga agak mengaring lada
ini dan naik minyak apinya biar kecil sahaja.

3. Masukkan gula, dan garam diikuti dengan buah tomato yang didadu.
Balikkan sehingga sambal mesra dan sebati padamkan api boleh dihidang
dengan cara hidang dalam mangkuk atau disiramkan atas ikan goreng, ayam
goreng atau dengan terung yang digoreng atau dibakar terlebih dahulu pun
sedap jugak.  Selamat mencuba.
RASEPI EJ

BUTTER PRAWN(za)

Resepi...byk step
1st kn buat telur dulu

2 bj kuning telur
1 cwn butter
1 cwn myk

Masukkan telur dlm bekas buat roti jala
Panaskan myk n butter...kacau blakang senduk dlm myk sambil uraikan telur...jadi urat2 halus.

Bila kuning keemasan angkat toskan dlm tapis teh/nyor yg besi.

2.goreng udang yg telah digaul garam n lada sulah.
Angkat.
3.tumis bwg putih,cili padi n daun kari...naik bau n garing ckt.

4.masukkan susu cair.
5.masukkan perasa n garam.masukkan udg gaul rata.
6.hidang dlm pinggan.
Last skali taburkan telur tadi....tadaaa...walah!!

RASEPI HASNIZA HASSAN

SANDWICH DAGING

Sandwich Sosej Berdaging Tomato

Bahan-Bahan:

10 keping - Roti Sandwich Frankfurter  (saya guna kan roti gardenia)

10 batang - sausage /frankfurter (apa2 jenama boleh- saya guna ayamMas)

Jeruk Timun - didadu secukupnya (resepi saya akan tulis kemudian)

1 labu bawang besar Holand di dadu

Mayonis / cheezy sos / atau cili sos

Untuk Daging Cincang Bertomato

250gm daging cincang

150gm tomato puree

3 sudu makan cili blender

2 labu bawang besar - diblender halus

3 ulas bawang putih - diblender halus

1 inci halia - diblender halus

200 gm mix vegie

1 biji bawang holand di dadu

3 sudu makan oyster sos

gula garam secukup rasa

1 cawan air

sedikit minyak untuk menumis

Cara:

1. Mula2 sediakan  untuk daging cincang bertomato, Tumiskan bawang
besar, bawang putih dan halia yang diblender bersama cili blender hingga
agak garing dan pecah minyak, masukkan pula tomato puree dan oyster
sos, tumiskan lagi dan masukkan pula sedikit gula..

2. Masukkan daging, kacau2kan sebentar dan masukkan juga air, jangan
terlalu banyak air sebab kita nak letakkan daging di atas roti nanti.
Bila daging dah masak masukkan pula mix vegie diikuti dengan bawang
holand yang didadu tadi, perisakan dengan garam bila dah masak padamkan
api.

3. Sediakan pula sosej, boleh samaada digoreng atau di rebus sebentar dan toskan airnya (saya rebus sahaja).

4. Untuk sediakan roti, roti dibelah dua jangan putus (saya ikut cara
kak ida - kukuskan roti sebentar, angkatkan roti dari kukusan letakkan
sosej di tengah2 roti, curahkan dengan daging cincang yang dimasak tadi,
taburkan pula dengan jeruk timun, dan bawang holland yang didadu, kalau
nak letak daun salad pun boleh tapi saya tak letak.  Last sekali
drizzle kan dengan mayonis atau apa2 sos kegemaran anda, makan panas2
memang sedappppp...

RASEPI EJ

KEK KURMA

Bahan2nya
Bhn A
1 cwn buah kurma
3/4 cwn gula( boleh kurangkan )
3 biji telur
1 cwn minyak masak
1 camb. S/bikarbonat
1camb. B/powder
1camt esen vanila

BhnB
1/4 cwn  susu tepung
2  cwn tepung gandum

semuanya di blender hingga halus dan gebu.
Curah dlm bekas bhn A gaul rata dan sebati .
Masukkan kedlm  loyang bakar dlm suhu 160'c hingga masak dgn api atas bawah.
RASEPI JALILA

PEN KEK TANPA TELUR

Pancake Tanpa Telur..lembut dan sedap.

Bahan-Bahan:

1 1/2 cawan tepung gandum

1 camca teh penuh baking powder

2 sudu makan gula

2 sudu makan  minyak jagung/canola

2 sudu makan mayonis

1 cawan susu segar/fresh milk

1/2 cawan air

Cara:

1. Masukkan semua bahan dalam mangkuk adunan, kacau rata dan sebati dengan mengunakan whisk, kalau nak blend pun boleh.

2. Panaskan nonstick pan, lenserkan dengan sedikit sahaja minyak jagung
atau mentega pada kuali, untuk yang pertama sahaja, seterusnya tak perlu
di letak minyak. Masukkan sesenduk (gunakan senduk lauk yang sedang)
adunan pencake dalam pan angaran 4 inci lebar. biarkan sehingga
permukaan pancake berlubang2 dan sedikit kering, balikkan sebentar dan
terus angkat di susun di atas pinggan.

3. Buat sehingga adunan habis dan boleh menghasilkan 10 keping pancake
bersize 4 inci, hidangkan bersama madu atau jem pilihan anda dan butter.

RASEPI EJ

BEGEDIL KENTANG HARUM

Bergedil Kentang Harum..

Bahan-Bahan

6 biji kentang - sederhana besar dikupas kulit dan potong bulat

1 1/2 biji  bawang besar - dihiris nipis

1 pohon daun sup - dihiris halus

1 pohon daun bawang - dihiris halus

1 sudu makan serbuk perasa knorr pasti sedap

1/2 camca teh serbuk lada sulah

garam secukupnya

2 biji telur - dipukul manja untuk celup begedel

minyak untuk menggoreng

Cara:

1. Panaskan minyak untuk mengoreng kentang, gorengkan kentang yang
dipotong bulat sederhana nipis bersama dengan bawang besar yang dihiris
hingga kentang empuk dan bawang agak kekuningan xperlu sampai garing.
Angkat dan toskan atas paper towel. Gorengkan sehingga kesemua kentang
dan bawang habis

2. Lecek kentang dengan smasher atau boleh juga ditumbuk dengan batu
lesung, alihkan ke dalam mangkuk lain dan campurkan kentang dan bawang
besar yang siap dilecek/ ditumbuk halus bersama daun sup dan daun bawang
yang dihiris halus, masukkan juga perisa knorr pasti sedap dan garam
secukupnya berserta lada sulah. gaulkan rata.

3. Bentukkan begedil mengikut besar yang anda kehendaki, saya suka
begedil yang agak comel2. buat sehingga semua kentang lecek habis.

4. Panaskan minyak dengan api yang sederhana gorengkan begedil dengan
celupkan dahulu pada telur yang dipukul manja. Gorengkan sehingga kuning
keemasan dan angkat serta toskan begedel. Hidangkan bersama soto atau
sedap dimakan begitu sahaja bersama sos pencicah pilihan anda..selamat
mencuba..
RASEPI EJ

Monday 15 December 2014

KEK PISANG KUKUS

RESEPI KEK PISANG KUKUS
BAHAN2
6 biji pisang berangan (pisang apa2 pun boleh je)
2 cwn tepong gandom*
1 cwn gula melaka ( klau nak guna gula halus putih...sukatan 3/4 cwn ye atau ikut selera nk manis ok)
3/4 cwn minyak (kurang sikit dari 1 cwn ye)
2 biji telor
1 sudu teh b.powder*
1 sudu teh ovalet
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh soda bicarbonate*
CARA BUAT
Ayak bahan2 yg bertanda * dan ketepikan
Pukul telor gula ovalet esen vanila sampai kembang
Masukkan minyak dan pukul bagi sebati
Masukkan bahan2 yg telah diayak tadi dan kacau sebati cara kaup balik guna senduk ye
Akhir sekali baru masuk pisang yg telah dilenyek tadi
Kukus selama 50 minit dgn api sederhana...pastikan air kukusan mendidih dan sapu acuan dgn minyak ye...

RASEPI SABRINA KHAN

APAM BALIK

APAM BALIK LEMBUT n SEDAP GITU... versi ej kahh3

Bahan-Bahan

2 3/4 cawan tepung gandum

4 sudu makan penuh susu tepung ,,fresh milk pun boleh

3 cawan air  - (bancuhkan dengan susu tepung)

1 sudu makan baking powder - rata

1/2 sudu makan bicabornate of soda - rata

2 sudu makan minyak jagung,,EJ letak minyak masak ja

1 sudu makan gula pasir,,kalau x suka manis boleh kurangkan

sedikit garam

sedikit majerin/buttercup untuk lenser kuali dan sapu di atas apam balik

Bahan-Bahan untuk inti apam balik

11/2 cawan kacang tanah kisar -ej beli yang siap dikisar

1/2 cawan gula halus - (campurkan kacang tanah kisar bersama gula halus)

1/2 tin jagung cream style dalam tin,,,,

Cara:

1.  Ayakkan tepung dan bahan penaik masukkan dalam mangkuk adunan, masukkan juga gula dan garam,

2.  Dengan mengunakan whisk bancuhkan tepung dengan susu tepung dan air
yang telah dibancuh tadi adunkan rata sehingga licin dan tidak
bergentil.

3. Masukkan 2 sudu makan minyak jagung ke dalam adunan dan gaul sebali biarkan adunan dalam 15-20 minit.

4. Panaskan non stick pan, lenserkan dengan sedikit butter, masukkan
dalam anggaran 1/2 cawan adunan apam balik dan biarkan dengan api yang
perlahan sehingga permukaannya berlubang2 dan bila agak mengering terus
taburkan dengan kacang tanah kisar yang telah digaul bersama gula rata2,
dan taburkan juga dengan jagung dalam tin gunakan hujung sudu setompok2
ikut banyak mana yang kita suka.

5. Lihat bahagian bawah apam balik bila dah berwarna coklat cantik lipat
kan dua, alihkan ke atas pinggan dan terus di sapu permukaan apam balik
dengan butter. Buatlah sehingga habis ukuran apam balik yang saya buat
ini dalam 5 inci, bila hendak menghidang boleh dipotong 2 atau 3. makan
panas sedap tapi bila dah sejuk pun masih lembut lagi...cuba lah..
RASEPI EJ

Sunday 14 December 2014

HALWA MASKAT

Halwa Maskat

Bahan-Bahan

1 kg tepung gandum
1 kg gula pasir
1 kg gula batu
5 sudu tepung sagu
1 tin sedang minyak sapi (500gm)
sedikit buah pelaga
Badam dan Gajus
Sedikit air mawar

Cara:

1. Tepung gandum diuli menjadi sebuku doh, kemudian ambil doh tadi dan letak dalam satu besen atau bekas untuk mulakan proses membasuh tepung. Basuhkan doh tadi dengan cara tuangkan sedikit demi sedikit air anggaran 11/2-2mug air basuh doh ratakan dengan tangan pada doh dan airnya di simpan dalam bekas2 yang disediakan. Ulangi proses hingga tinggal getah sahaja pada doh tepung tadi..ini bermakna  air yang kita ketepikan dalam bekas dalam 3-4 bekas. Proses untuk basuh tepung makan masa anggaran 3-4 jam
2. Air yang diketepikan dalam bekas tadi dibiarkan sehingga  mendap tepungnya, buangkan air perlahan2 bila masuk hari pertama dan nampak jernih airnya iaitu keesokkan harinya dan tinggalkan kanji tepung sahaja..xboleh guna tapisan perlahan2 buangkan airnya. Lakukan proses yang sama sekurang2nya 2 atau 3 hari jangan lebih nanti masam pula kanji tepung yang dimendapkan. Setiap kali air dibuang gantikan dengan air bersih yang baru, kacau sedikit dengan senduk kayu serta biarkan mendap untuk hari yang berikutnya.
3. Bagi proses untuk mengacau kueh ini pula, sediakan kuali atau genseng tembaga kalau ada lagi bagus yang agak besar untuk mengacaunya.
4. Mula2 ambil gula pasir anggaran 2 cawan di goreng untuk jadikan berwarna perang keemasan jangan sampai hangus, masukkan air anggaran 4-5 cawan dan masukkan pula baki gula pasir yang sekilo tadi bersama gula batu. Masakkan sehingga gula mencair dan air gula mendidih baru di masukkan kanji mendapan tepung yang dicampurkan dengan sekali ganda air (sukatannya 1 bahagian mendapan tepung + 1 bahagian air kacau hingga rata) Massakkan adunan ini hingga sebati dan memekat seperti mengacau dodol perlu di kacau selalu.
5.  Sambil adunan di kacau masukkan bancuhan tepung sagu bersama sedikit air dan kacau lagi sambil dimasukkan ghee atau minyak sapi sedikit demi sedikit. Kacau sekurang2nya 4 jam.  Masukkan juga sedikit air mawar dan sedikit buah pelaga yang dibuangkan kulitnya serta ditumbuk sedikit isinya.
6. Bila halwa maskat dah masak elok akhir sekali masukkan badam dan gajus yang telah digoreng. Masukkan kueh halwa maskat ini ke dalam loyang atau bekas yang bersesuaian semasa ia masih panas untuk senang ditetal atau di ratakan. Hidangkan bila dah sejuk dengan potongkan kecil2 sahaja kalau nak buat hantaran boleh masukkan dalam mangkuk bersesuaian dan hiasi dengan badam, ceri, kismis atau yang bersesuaian..selamat mencuba..walaupun payah nak buat tapi amat berbaloi sebab rasanya sedap dan harum baunya.

DARI EJ

SERUNDING IKAN

Resepi serunding  Ikan Rosnaini Hussin
3 mangkuk isi ikan(tenggiri/kembung) ~ rebus ikan,buang tulang dan kisar atau tumbuk
1 senduk bawang putih dan bawang merah yang dikisar
Cili kering ~ ikut pedas yang disukai2
mangkuk kecil bawang goreng (untuk menyedapkan lagi serunding)Air asam jawa secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis.
Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang kisar sehingga wangi. Kemudian masukkan cili dangoreng hingga garing.
2. Masukkan air asam jawa,garam dan gula secukup rasa.
3. Masukkan isi ikan dan kacau sehingga kering dengan mengunakan api yang sederhana besar.
4. Setelah serunding kering,sejukkan. Kemudian masukkan bawang goreng dan gaul rata.sedia untuk dihidang
RESIPI SAMBAL IKAN B:
Bahan-bahan ( 1 family... )
1/2kg ikan-rebus n blend/tumbuk isinya (molek ikan tenggiri sebab kurang tulang & isi byk)
1 1/2 cawan pati santan
bahan2 kisar:-
15 cili kering
2 in halia
2 batang serai
15 biji cili merah
2 ulas bawang putih
# 2 asam keping
# 2 sudu teh garam
# 2 sudu teh gula
Cara-cara
tumis bahan mesin. masukkan santan, asam, isi ikan dan lain2.
masak atas api sederhana hingga kering.
Resipi sambal ikan ni jugak sedap kalau nak buat mini popia.

RASEPI EJ

AYAM PENYEK

RESEPI AYAM PENYET 

BAHAN-BAHAN:

    6 ketul daging ayam. Gunakan sebelah atas peha ayam atau isi yang
tebal.  Kalau masak dan makan di rumah elok beli peha ayam penuh dan
dibuang tulang seperti chicken chop. Bagi berniaga takat nak jual
berharga dua atau tiga ringgit seketul, biarkan tulangnya. Ia nampak
besar sedikit.
    3 sudu besar (tbsp) santan pekat.
    2 batang serai diketuk memanjang supaya masa gorengan ia akan
terurai dan cantik dalam hidangan.
    2 helai daun salam atau bay leaf tempatan. Boleh dapati di pasar
malam atau pasar tani. Daun yang terlebih, keringkan dan simpan. Boleh
digunakan untuk masakan akan datang. Daun Salam dalam masakan akan
mewangi lauk kepada rasa kemanisan.
    1 sudu besar serbuk ketumbar. serbuk ketumbar atau biji rempah boleh
dibeli dikedai mamak, seringgit sudah perolehi banyak. Goreng kering
dikuali sehingga keharumannya naik. biarkan dia sejuk dan kisar dalam
pengisar kering (kecil) dan simpan serbuknya didalam bekas kedap udara.
Kalau kita ada hobi masak, perlu ada serbuk-serbuk rempah yang buat
sendiri seperti jintan manis, jintan putih, lada hitam, lada putih.
Kalau disimpan dalam  bekas kedap udara boleh digunakan berbulan-bulan
lamanya. Rempah-rempah ini adalah asli dan sangat wangi dalam masakan
dari berbedza dengan serbuk rempah yang dibeli dalam bungkusan yang
biasanya dicampur dengan tepung beras dan rempah yang sangat berkualiti
rendah (dasar perniagaan kaut untung). Serbuk rempah yang dibeli itu
biasanya perlu digoreng semasa masakan atau pun perlu masukan dalam
minyak panas semasa tumis,  ini akan menyebabkan rempah ini mudah 
hangus dan berasa pahit. Untuk elakan ini, sediakan rempah yang telah
digoreng kering dan kisar dan masukkan terus dalam masakan masakan.
    1 sudu kecil (tsp) jintan putih. Ramai salah faham kenali jintan
putih dan jintan manis. Jintan putih dalam bahasa Inggeris digelar
“cummin seed”. Jintan Putih digelar “Fennel seed”. Gelaran jintan putih
disebabkan ada “Jintan Hitam” atau disabdakan Nabi s.a.w ” ibu bagi
segala ubat”,“Habastussauda”. Jintan Putih berbentuk halus dan Jintan
manis gemok dan pendek. Jangan silap.
    1 sudu besar gula merah. Gula pasir jangan digunakan dalam gorengan
ia akan jadi Karbon bila digoereng menjadi hitam disebabkan bahan kimia
dalam proses menjadikan gula pasir.

BAHAN UNTUK PERENCAH (KISAR ATAU TUMBUK).

    5 ulas bawang putih  telah dikopek kulit.
    2 cili merah.
    1 inci kunyit hidup
    1 inci lengkuas saiz ibu jari dihiris.
    1 inci halia dihiris.
    3 biji buah keras dihancurkan.

Nota: Anda perhatikan bahan-bahan yang digunakan kebiasaannya untuk
membakar ayam dalam oven gunakan minyak masak dalam perencah tetapi
resepi Indonesia ini gunakan buah keras atau buah kemiri. Buah kemiri
punyai kandungan minyak yang sangat harum. Dengan sebab inilah mamak
haji terpikat dengan resepi-resepi Indonesia yang asli.
CARA-CARA MEMASAK:
1. masukkan semua bahan-bahan di atas  ia itu jintan putih, serbuk
ketumbar yang telah disediakan, garam, santan, serai, gula merah bersama
ketulan ayam peramkan sekurang-kurangnya 30 minit atau sebaiknya
semalaman.
2. Sekiranya ingin gorengkan atau seperti grill di kuali pan, masukan
minyak masak 1/4 dari paras ketulan ayam dengan api perlahan.
Koyak-Koyakan daun salam dan taburkan diatas ketulan ayam. Hasil Grill
yang baik ialah masa meletakan ketulan ayam itu menghadapakan permukaan
tulang ayam permukaan bawah dan isinya Kulit) ke atas. Kuali perlu
ditutup untuk wap memasak ketulan ayam. Bila agak masak, terbalikan
ketulan ayam. Permukaan ayam yang  isinya berkulit itu perlu hangus
kehitaman sedikit.  Permukaan ini hanya perlu masak sekali saja supaya
kulit tidak melekat pada permukaan kuali dan tertanggal. Sekiranya anda
rasa lambat cara ini , apabila kulit dan isi ayam mula bertukar
keperangan, keluarkan ketulan ayam dari kuali dan masukkan dalam ketuhar
(oven) yang telah dipanaskan 250 darjah celsius selama 10 – 15 minit.
3. Ayam penyet anda telah siap hidangkan bersama sambalnya.
RESEPI SAMBAL AYAM PENYEK:
BAHAN-BAHAN:

    15 biji cili masak dibuang bijinya (300gm).
    10 bji cili padi. Kalau nak pedas tambah saja.
    10 biji bawang merah atau 3 bijji bawang labu, dihiris.
    5 ulas bawang putih.
    3 biji tomoto bersais besar dibelah enam.
    1 inci belacan.
    1 gengam ikan bilis.
    3 sudu besar (tbsp) gula merah atau gula melaka.
    Garam secukup rasa.
    Minyak masak untuk goreng ikan bilis.

CARA-CARA MEMBUAT:
1. Panasakan minyak, goreng ikan bilis sehingga garing dan asingkan.
Dalam minyak yang sama goreng Belacan dan asingkan.
2. Masukkan Cili merah dan cili padi sehingga layu. Bila cili mula layu,
masukkan hirisan bawang, hirisan bawang putih. Goreng sehinnga layu.
3. masukkan tomato dan goreng sehingga layu.
4. Angkat semua bahan-bahan goreng tadi, biarkan  sejuk dan mula
kisarkan semua bahan-bahan tadi dengan separuh halus.
5. keluarkan kisaran tadi dan masukan dalam kuali dan panaskan. Masukkan
gula dan garam secukup rasa. Jangan terlalu masak. sekali mendidih
sudah memadai. Sambal anda sudah siap.
Selamat mencuba resepi ini. wassalam.

RASEPI EJ

PUDING LAI SIRA GULA

Puding Lai Sira Gula 

Puding Lai Sira Gula
BAHAN-BAHAN:
1 biji buah lai (saiz besar)
750 gm gula
100 gm gula batu
1 helai daun pandan
Sedikit pewarna merah

BAHAN KUAH:
1/4 tin susu pekat
1 tin susu cair
1 biji kuning telur
250 ml air
Sedikit esen vanila

CARA MENYEDIAKAN:
1. Buah lai terlebih dahulu dibuang kulitnya.
2. Masakkan gula, gula batu, air dan daun pandan hingga masak.
3. Masukkan buah bersama pewarna merah dan masak hingga ia lembut. Angkat dan tuskan. T

4. Untuk kuahnya:
Campurkan semua bahan kuah  dan kacau di atas api kecil sehingga mendidih. Tuangkan kuah di atas pu­ding ketika menghidangkannya

RASEPI EJ

DAGING KERUTUP

Daging kerutup 

Bahan-bahan
1kg daging
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 bungkus rempah kerutup
1 sudu makan ketumbar
1 cm halia
1 cm lengkuas
2 btg serai
1 gelas santan
2 sudu kerisik
Garam secukup rasa
Sedikit gula melaka
Air asam jawa
Bahan untuk menumis
5 kuntum bunga cengkuh
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 cm kulit kayu manis
1 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
Cara membuatnya
- Daging dipotong dan dibersihkan
- Rempah, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan ketumbar
dikisar halus
- Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan menumis. Tumis sehingga
kekuningan. Masukkan rempah yang telah dikisar dan serai yang telah
dititik. Tumis sehingga rempah garing
- Masukkan daging dan air asam jawa. Masak hingga daging empuk
- Masukkan santan dan masak sehingga mendidih
- Masukkan kerisik, garam dan gula melaka. Masak sehingga pekat dan
hidangkan bersama nasi putih atau nasi dagang
TIP: Untuk melembutkan daging, tumbuk halia dan campurkan sedikit garam.
Perap
bahan tersebut denan daging kira-kira 1/2 jam

RASEPI EJ

DAGING RENDANG MINANG

DAGING RENDANG MINANG 

BAHAN – BAHAN :
1kilo daging

BAHAN –BAHAN A :
10 biji bawang merah
60 biji bawang putih
20 biji cili kering
2 batang serai
1 inci lengkuas
2 inci halia

BAHAN – BAHAN B :
1 kilo santan
1/2 biji kelapa kerisik
daun limau purut
2 sudu besar gula
1 sudu teh garam
serbuk perasa

CARA MEMBUATNYA :
1. Daging dipotong dadu kemudian diletakkan diatas kuali dengan api sederhana,kemudian masukkan semua bahan A dan santan
2. Masukkan bahan B
3. Masak hingga empuk

Saturday 13 December 2014

KUIH PAU

Bahan-bahannya
500 gram tepung pau ( low protein flour)
3 sudu besar shortening ( lemak sayuran)
220 ml air suam +1 sudu kecil garam + 1 sudu besar susu tepung
3 sudu besar gula
2 sudu kecil baking powder
4 sudu besar water roux
2 1/2 sudu kecil yis

resepi water roux
25 gram tepung gandum
125 ml air

Cara membuat water roux
Larutkan tepung dalam air kemudian kacau sehingga pekat dengan  menggunakan api perlahan. Setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan.

Cara-caranya membuat doh pau
1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli sehingga tidak melekat pada tangan. Kalau penat boleh minta tolong dengan bibik atau suami masing-masing...hahaha..Nak tau doh dah ok at last dia akan jadi elastik iaitu tak melekat pada tangan

2.Kemudian perap doh dalam 40 minit -1 jam dalam bekas yang ditutup tuala lembab.

3. Untuk gunakan doh, mula-mula tumbuk-tumbukkan doh keluarkan angin. Jangan sayang nak tumbuk sebab nanti dia akan naik lagi.

4.  Bahagi doh pada beberapa bebola kecil, leperkan sehingga sebesar tapak tangan. Kemudian inti  dalam 1-2 sudu kecil, tak boleh banyak sangat nanti susah nak tutup kemas-kemas.Ulang langkah tadi hingga doh habis.

5. Lapik pau dengan baking sheet atau daun pisang (kertas A4 putih biasa pun boleh), dan biarkan pau naik dua kali ganda (yang step ni pau dah letak dalam periuk pengukus) lebih kurang 1 jam.

6. Panaskan air dalam periuk pengukus, dan pastikan air betul-betul mendidih, baru letak pau untuk dikukus. Kukus pau dengan api sederhana dalam 5-8 minit atau sehingga masak.
.

Friday 12 December 2014

KEK PISANG

4 biji telur
1/2 cwn gula halus
1 cwn pisang lecek
2 cwn tpg gandum
1 cwn minyak jagung
3/4 cwn susu pekat
1 camb. Soda bicabonat
1 camt. Esen vanila
Caranya:
Ayak tpg dgn soda bikabonat.
Telur, gula, esen vanila pukul gebu.
Masaukkan minyak ,susu pukul lagi.
Masuk pisang gaul sebati.
Masuk tpg sedikit2 kacau sebati
Tuang dlm acuan loyang yg di sapu sedikit planta.
Bakar selama 45 a hingga masak dgn suhu 180' c
..masak api atas bawah.
Rasepi Jalila.

Tuesday 9 December 2014

Kuih lapis kak mie

Nie Resepi kueh lapis..
1 cwn tpg gandum.
11/2 cwn tpg beras..
1/2 cwn gula..
5 cwn santan...
Sedikit garam

Cara² nya...
Satukan kesemua tepung... Garam n gula...
Masukkan santan kacau hingga sebati... Tapis nk elakkan kut2 ada tepung yg berketul..
Bahagi 2 bahagian... Ikut suka nk letak warna apa... Kukus setiap lapis 5 minit... Yg akhir sekali kukus 1/2 jam

Monday 8 December 2014

PUDING CENDOL

[ Puding Cendol ] 
 

Bahan-Bahan [ 1/2 adunan loyang 7x7 ] 

Bagi Lapisan Bawah  
-250ml air [ EJ ganti santan cair ]
-90gm gula pasir
-150ml santan pekat [ EJ guna santan pekat fresh ]
-5gm agar - agar powder
-250gm cendol [ EJ letak 200gm ]
-100gm jagung berkrim [ EJ tambah ]
-sedikit garam 
  
Cara-Cara   
Masakkan air, agar-agar powder dan gula sehingga mendidih.
Masukkan santan dan garam. Biarkan mendidih sedikit.
Masukkan cendol dan jagung berkrim. Kacau sedikit. Angkat. Tuangkan
kedalam acuan. Tips : untuk acuan. Basahkan dengan sedikit air. Lapikkan
dengan plastic (saiz plastic mestilah lebih besar dari acuan) supaya
mudah keluarkan dari acuan nanti untuk dipotong.



Bagi Lapisan Atas
-250ml air
-100gm gula merah
-250ml santan pekat [ santan fresh pekat ]
-5gm agar - agar powder
-1 biji kuning telur [ ganti 1/2 sudu makan tepung jagung ]
-sedikit garam 
Cara-Cara
 
Masakan gula merah dengan sedikit air (drp 250ml dalam resepi ye) sehingga gula hancur. Tapiskan air gula.
Masukkan air gula + baki air dan agar-agar powder. Masak sehingga mendidih.
Kocoh kuning telur [ EJ letak tepung jagung dalam santan sebab tak
guna telur ] di dalam santan. Tuangkan santan kedalam adunan. Masukkan
garam. Biar mendidih sekejab. Padamkan api.
Tips : Sebelum tuang adunan atas, pastikan adunan bawah sudah keras dan cucuk dengan garpu di serata adunan.
Tips 2 : Tuang adunan lapisan atas perlahan-lahan. Sebaik-baiknya tahan adunan dengan sudu supaya adunan jatuh dengan perlahan.
Resepi EJ

KOLE KACANG

KOLEH KACANG- loyang 10x10x2 inci


BAHAN2
(A)

400gram gula merah
100gram gula halus
300ml air
1 helai daun pandan
(B)

300gram tepung kacang hijau
1tsp garam
400ml santan pekat
1300ml air
Cara2
1. Masak bahan2 (A) sehingga mendidih hingga gula hancur, tapiskan menjadi 500ml ( jgn sampai air gula pekat)

2. Satukan bahan (B), kacau hingga sebati tapiskan dalam kuali.

3. Masukkna bahan (A) ke dalam bancuhan
(B), kacau diatas api sederhana besar sehingga pekat dan tak melekat di
periuk.jgn terlebih pekat sgt nanti jadi kuih plastik(Masukkan 1 ½ tbsp
minyak supaya berkilat)

4. Bila masak tuang kedalam loyang yang telah dilapik kertas & disapu marjerin.

5. Tabur tahi minyak ketika adunan masih panas supaya tahi minyak melekat di atasnya.

TAHI MINYAK & CARA2NYA  300ml santan pekat + 1/8tsp garam
(dimasak dengan api perlahan hingga
menjadi tahi minyak & warna kekuningan, tapis supaya tahi minyak
tidak hitam & tabur di atas kertas).
*minyaknya jangan dibuang, guna 11/2 tbsp masuk ke dalam adunan supaya berkilat     **Yatie masak adunan kuih koleh kacang
selama 40 minit guna api sederhana je. Sentiasalah di kacau supaya
adunan tak bergentel Bila dah siap, tutupkan api dan tuangkan dlm loyang
yg telah di gris dngn minyak/marjerin. Taburkan tahi minyak ketika
masih panas lagi
Rasepi EJ

tiramisu

   


Bahan-bahan ( 8 orang atau lebih )

1 biji sponge kek atau apa2 kek 
250ml whipping cream 
200ml cream cheese 
1/2 cawan gula halus  
1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
1 sudu makan serbuk nescafe
serbuk koko untuk hiasan

Cara-cara

   Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi 
   Satukan gula, cheese dan cream 
   Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu 
   Potong kek pada 3 bahagian 
   Susun 1 bahagian dalam bekas 
   Tuangkan 1/3 bahagian bancuhan nescafe ke atas kek 
   Sapu 1/3 bahagian adunan cream+cheese tadi atas kek 
   Susun lagi bahagian yang selebihnya 
   Ulang sampai habis kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar... 
   Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya

PUDING LAPIS KARAMEL COKLAT

PUDING KARAMEL LAPIS COKLAT

Bahan A
1 tin susu cair
5 s/b gula
3 biji telur A
1 s/k esen vanilla
Bahan B
1 tin susu cair
5 s/b gula
3 biji telur A
4 s/b serbuk koko atau 1 s/k serbuk nescafe + 1s/k coklat pes
Bahan C
2 s/b gula [hanguskan dlm loyang] atau 2 s/b madu
Cara
1. Kacau bahan A dan bahan B dalam 2 bekas yg berasingan.(sy guna blender) Tapiskan.
2. Panaskan periuk kukusan
3. Masukkan 1/2 cawan adunan bahan A dlm loyang yg berisi gula hangus tdi.. dan kukus selama 5 minit atau sehingga masak.
4. Bila dah masak masukkan pula 1/2 cawan adunan B diatas lapisan adunan A.
5. Ulang bahan A dan B berselang seli sehingga habis.
6. Sejukkan dan terballikkan dalam pinggan hidangan
7. Potong dan hidangkan.
*ketebalan setiap lapisan adunan tu terpulang pd selera masing2...   
        RASEPI EJ

Saturday 6 December 2014

Congo bars

310 gram Tepung Gandum

2 1/2 sudu kecik  Baking Powder

250  Butter    ( ramai yang buat guna 150 gram butter.. terpulang nak ikut yang mana okey..)

300 gram   Gula Perang

3 biji telur B

1 sudu kecik  Esen Vanilla

Pukul butter dan gula perang. Sebaiknya butter yang dah lembut sikit iaitu yang dah lama kita keluarkan dari petiais. Pukul tak perlu hingga kembang. Guna kelajuan perlahan aje. 

Kemudian masukkan telur. Pun pukul sekejap aje.
Masukkan Esen Vanilla.

Masukkan tepung gandum yang dah dicampurkan dengan Baking Powder. Selepas tepung dah gaul rata, kita kaup balikkan adunan.

Masukkan Coklat Chip banyak mana ikut suka. 1 cawan pun okey.

Acik guna loyang 10 x 10. Tak boleh guna loyang kecik, nanti tak masak bahagian tengah. Kita lengserkan loyang dengan margerin atau butter dan kita alaskan dengan baking paper. Kemudian kita masukkan adunan ke dalam loyang.

Ratakan kesemua bahagian

Taburkan coklat cip

Boleh juga kalau nak letak almond slice.. tapi kalau letak almond slice banyak camni, bila potong jadi comot sikit... kalau nak senang potong, kita taburkan almond nib aje.

Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 30 minit atau mengikut kesesuaian oven. Sebelum tu kena la panaskan oven dulu selama 15 minit.

Bila dah sejuk sikit, kita keluarkan dari loyang.

Dah sejuk betul baru kita potong. Acik potong 6 x 6...so dapat 36 biji... bila dah potong kita alaskan dengan paper cup ni...nampak comel aje kan...

Rasepi dr blog zalinzalina..

PUDING CREAM CREAKERS

bahan2
10 keping biskut cream creakers hup seng
1/3 cawan susu pekat
telur 2 biji
2 sudu besar milo / koko

cara2
panaskan pengukus
sambil tu amik biskut rendam dlm air suam sampai agak kembang toskan airnya<<
pastu dlm mixxer atau blander pecahkan telur masukan 1/3 cwan susu n masukan biskut yang dah tos air tadi pastu mixxer or blander sampai sekata n tak berketul,,,,,setelah selesai bahagikan pada dua bahagian satu warna asal n satu lagi berwarna milo or coklat,,,,yang dua sudu koko or mili masuk dlm bahagian berwarna tadi,,,,,,n dah siap masuk dlm acuan,,,kukus lapisan pertama dalm 5 minit n selang seli sampai akhir lapisan 10 mit kukus done work
Rasepi ikin..

Chadni tomato

CHUTNEY TOMATO

500gm tomoto,di-rendam dalam air panas selama 5-10 mint,Buang kulit dan cincang

(A)

4-5 s/b minyak

2 biji bawang besar,hiris halus

3 tangkai cilli hijau,hiris halus.

2 tangkai daun kari

1 batang kayu kulit manis

2 kuntum bung lawang

1 s/t biji sawi

1 s/t ulutham parupu

(B)

1 s/b pes halia

1 s/b pes bawang putih

(C)

1 s/t serbuk jintan manis

1 s/t serbuk ketumbar

1 s/t serbuk cilli,kalau suka pedas tambah lagi.

1 s/t serbuk garam masala

Garam secukup rasa

1. Panaskan minyak dan tumis A hingga naik bau nya. Masukkan B and sedikit air kacau rata dan goreng hingga naik minyak.

2. Masukkan C dengan sedikit air dan kacau hingga naik minyak. Masukkan
Tomato dan kacau rata. Masak hingga pekat suaikan rasa. Hidang dengan
tosai atau Idili.
Rasepi EJ

Toping donut

Topping Coklat ... kalau nak coklat putih gunakan coklat masakan putih n kalau nak perasa hijau atau capuccino atau apa saja masukan saja dalam coklat putih ok

100g coklat masakan-dihiris/potong kecil2
1 sudu teh mentega/marjerin
1 sudu besar whipping cream
Chocolate rice secukupnya

Cara2:

Gunakan  kaedah double boiler(panaskan bekas tahan panas di atas periuk yang
berisi air),masukkan coklat ke dalam bekas tersebut dan cairkan(kacau
dengan hand whisk).

Masukkan mentega dan whipping cream dan kacau sehingga halus dan sebati. sedia untuk digunakan.
RASEPI EJ

Monday 1 December 2014

KUIH PASUNG

*******KUIH PASUNG*******

BAHAN- BAHAN:-
(A)
2 cwn tepung gandum
3/4 cwn tepung beras
1 cwn gula
Secubit garam

(B)
2 cwan pati santan
1 kotak kecil santan
(   DI MASAK )

(C)
1 1/2 cwn air
1kotak kecil santan

CARA- CARA :-
1) Satukn  bahan ( A )tepung gandum ,
tepung beras, garam  dan gula
2) Masukkn  bahan ( B ) santan panas2 yg di masak tdi gaul sebati
3) Masukkn bahan (C) gaul perlahan2
dan siap tapiskn supaya tak berketul2
4) Masukkn Kon mcm dlm gambar kedlm periuk dan sedia utk di isi adunan tepung
tadi  kmudian kukuskn , jgn trlalu penuh
cuma sukatan 3/4 sja . Utk mengetahui
kuih masak , tepung akan kembang dan angkat
sejukn dan sdia dihidangkn.
Rasepi dr Rosnani Mastor..

Friday 28 November 2014

Donut


3sdb susu pekat
4 sdb gula
spket mauripan
1 cawan air suam...campur semua..tggu naik
31/2 cawan tepung gandum
2biji telur
2sdb planta
sedikit garam
masukkn air tu dlm adunan tepung..uli hingga x mlekat di tangan....
terus je bentuk...
biarkn hingga naik.dua kali ganda...goreng...:
(Rasepi.Alin)

NASI AYAM KAK TON

Seekor ayam... Potong ikud ska
2 liter air..
Setengah paket rempah sup
3 sdu bsaq mnyak
2 labu bwg bsaq ,2  bji bwg putih ( blend )
Setengah sudu teh lada hitam
Halia sebsaq ibu jari
3 ulas bwg merah,2 ulas bwg putih (dmyang)
Campuq bhan tumis empat serngkai.
2  sudu bsaq perencah hilal
2 sdu bsaq sos tiram
Setengah keping gula melaka
( gula gerek)
2 btg salari, diptong kecil
Sehelai daun pndan
Garam

Cara2...
1. Masukkn bhan tumis, kuning, masukkan bwg blend, naik bau.. Masukan rempah sup sekejap, masukkn ayam kcau sebntar.. Masukkann air, rempah hilal , gula mlaka, sos tiram ,  gram ( rempah hilal dibncuh dahulu untuk mngelak dqi berketul... Ckup rsanya sup mendidih trus angkat ayam...

2. Perapkan ayam dengan kicp pekat, sos tiram , sdikit madu... kacau rata perap setengah jam...

3. Tiga cawan beras..3 setengah air ( ambil kuah sup aym tdi) tumis bwng2... 1 btg serai.. Satu helai daun pndan... Msukkan air sup dan dua ketul gula batu sebesaq ibu jari... Didih... Msukkan beras... ( jgan kacau beras.. Biar sampai kering.. Da msak bqu kacau)

Sos cili...
10  biji cili merah ( buang biji)
Satu ulas bwg merah
3 ulas bwg putih
5 sdu bsaq gula
3 atau 4 sudu bsaq cuka
Garam.
Blend semuanya.. Kemudian masak hingga mendidih...

Sos kicap...
Ketuk bwg putih seulas... Tumis dengan minyak goreng ayam satu sdu bsaq.. Masukkan kicap, sos tiram dan air sup... Didihkan
(Rasepi kak Ton)

Thursday 27 November 2014

BOTOK-BOTOK IKAN

Botok-Botok Ikan   
  
Bahan-Bahan:   2 ekor Ikan Tengiri/Mambong atau ikan apa yg disukai

8 Ulas bawang merah (tumbuk)

4 ulas bawang putih (tumbuk)

2" halia muda (tumbuk)

1 sudu teh Jintan Manis (sangai & kisar)

1 sudu teh Jintan putih(sangai & kisar)

1 sudu teh ketumbar(sangai & kisar)

2 biji buah keras (kisar)

½ cwn asam jawa

1@2 sudu bsr lada kisar

p/s rempah boleh diganti dgn rempah kari ikan.


Daun pucuk Ubi

Daun kaduk

Daun pokok teh

Daun kentut2

Daun tengek burung

Pucuk labu, Pucuk betik.

p/s boleh tambah daun ulam ikut suka tapi main ulam ialah pucuk ubi dan semua dihiris sederhana.

Daun pisang (untuk bungkus)   Cara:   1. Ikan boleh digoreng dahulu atau tidak perlu goreng.

2. Tumiskan bahan2 yg ditumbuk sehingga garing serta lada kisar dan
apabila naik bau, masukkan rempah yg sudah dikisar. Tumis hingga separuh
garing kemudian masukkan sedikit air asam jawa, garam, serbuk perasa
& gula (ikut rasa).

3. Kemudian masukkan daun2 ulam dan masak hingga naik minyak dan sederhana kering.

4. Layukan daun pisang.

5. Letakkan sedikit kuah keatas daun pisang dan letakkan ikan(goreng@tidak digoreng) atasnya dan tutup ikan dgn kuah kemudian bungkus dgn daun pisang.

6. Panaskan kukus dan kukuskan ikan yg telah dibungkus dlm daun pisang lebih kurang 10 minit (hingga masak).(resepi EJ)

Wednesday 26 November 2014

KEK CHEESE

CHEESE CAKE@KEK KEJU

Bahannya:
200g cream cheese( TATURA CHEESE.)ej gn 250g
400 ml susu segar (ej gna 1tin susu cair)
100 g mentega
100 g tepung gandum
100 gram gula halus
4 biji telur saiz A
1st esen vanila
1st jus lemon(xbubuh pn xpe)

Cara2nya:
1. Masukkan susu segar dalam periuk. Masukkan cream
cheese sehingga cair sambil sentiasa dikacau menggunakan hand whisk. Masukkan
pula marjerin,kacau lagi sehingga cair,padamkan api dan ketepikan.
2. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih
telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue. -meringue ialah adunan
putih telur dan gula betul2 ringan (ia xjatuh apabila mangkuk cuba
diterbalikkan)
3. Di dalam bekas lain yang lebih besar,pukul kuning
telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika..ayakkan
tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
-kacau menggunakan hand whisk dengan perlahan
4. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan
esen vanila/jus lemon, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata(boleh juga
menggunakan hand whisk tapi gaul dengan perlahan2)..
5. sapu acuan kek dengan marjerin dan taburkan tepung
disekelillingnya. Masukkan adunan kek di dalam acuan. Pastikan oven sudah
dipanaskan sebelum membakar kek
6. Bakar pada suhu 160'c guna api ATAS BAWAH selama 50
min-sehingga btul2 masak dn menggunakan kaedah bain marie(loyang kek diletakkan
di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar) - Lina pg bako suhu 150'C
8. Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu
sahaja.
9. Biarkan selama 10min kek didlm loyang barulah
dikeluarkan supaya tepi2nya regang dn senang dikeluarkan dn dapatlah tepi2 kek
yg licin gitu
10. Simpan didlm peti sejuk dulu lg enak dimkn time
keknya sejuk...(resepi EJ)

SERABAI

Bahan-bahan:-

2 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung gandum
1 cawan nasi sejuk (dikisar)
1/2 bungkus dry yeast
1/2 biji pati kelapa @ RM1 santan
sedikit gula
air secukup nya
garam secukupnya

cara2 nya:-

a) yis dicampur sedikit dengan gula dan air | biarkan sebentar - yis kembang
b)  campur tepung beras, tepung gandum, nasi yang telah di kisar dan
sedikit garam bersama 1 cawan air dan campuran yis yang sudah kembang
(adunan hendaklah sedikit pekat)
c) perapkan adunan sekurang-kurangnya 3 jam.
d) selepas 3 jam, campurkan santan pekat kedalam adunan. Pastikan adunan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.
e)
panaskan acuan atas api yang sederhana besar. sapukan sedikit minyak
supaya tidak melekat. tuangkan adanan dan tutup. angkat bila sudah
masak, (warna akan bertukar bila dah masak).
ulang hingga adunan habis.

Kuah Manis

campurkan
santan, gula merah, gula putih, sedikit garam dan durian(optional).
Masak dengan api perlahan, jgn biar mendidih. Cairkan 3 sudu tepung
gandum dengan air. Masak lagi hingga agak pekat. Sedia untuk dihidang.
(Rasepi EJ)

Bread garlic

bahan-bahan

4 Kentang sederhana, dibersihkan & jngan buang kulit
4 ulas Bawang putih, dihiris nipis
3 sudu besar Minyak Zaitun
secubit Garam
secubit Black Pepper
secubit Salai Paprika
1 ketul keju Parmesan diparut (mempunyai beberapa tambahan untuk dituang sebai sos sebagai hiasan)
daun kucai dicincang untuk hiasan

kaedah

  Ketuhar haba pada suhu 425 F dengan rak di tengah-tengah ketuhar.
Meletakkan kentang rata di atas papan pemotong dan bermula dari satu
hujung kentang, membuat belahan tentang 3-4mm selain. Potong kepada
kira-kira 1/4 inci dari pangkal kentang. Berhati-hati untuk tidak
memotong semua jalan melalui. Kipas kentang akan keluar sedikit kerana
ia membakarnya.

Menggabungkan minyak zaitun, bawang putih, garam, lada, paprika salai
dan keju parmesan di dalam mangkuk kecil. Dengan berhati-hati memasukkan
getilan campuran ini di antara belahan ubi kentang. Gosok helai kertas
yg luar daripada kentang dengan sisa minyak. Susun kentang atas lembaran
pembakar dan bakar selama kira-kira 40-45 minit. Di dalam ini perlu
masak dan bahagian luar kentang harus menjadi rangup sedikit. Hiaskan
dengan garam tambahan, paprika salai, lada, parmesan dan daun kucai.ok
siap

PESAMAH DAGING

DAGING PESAMAH

Bahan2 utk memerap daging - perap dlm 30mins
Daging - 1 kilo
Rempah Kari Daging - 2 packet
Bawang besar - 1 biji
Halia - sebesar ibu jari
Bawang Putih 5 ulas
*** bawang besar, halia and bawang putih - dikisar
Sedikit gula (1 sudu teh)
Bahan Utk menumis/ memasak
Bawang merah - 5-6 ulas
Bawang putih
Halia sebesar ibu jari
*** bawang merah, putih and halia dia racik halus
kulit kayu manis - sebatang
Bunga lawang - 3-4 biji
Bunga cengkih
Buah pelaga - 10 biji
Santan - 1 cawan
Kerisik 2 sudu besaq
Asam gelugor - 1 keping
Garang dan gula - secukup rasa
Minyak 3 sudu makan utk menumis
Cara-cara
Panaskan minyak, tumis bhn2 yg diracik sehingga kuning.
Masukkan daging yg diperap, kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan pelaga
Masukkan sedikit air
Apabila daging sudag empuk, baru masuk kerisik (kalau masuk awal, takut kerisik hangit) dan gaul sehinga sebati
Masukkan santan dan asam keping.. masak sehingga mendidih.
(Rasepi EJ)

Tuesday 25 November 2014

Puding jelly berkastard

Puding jrelly berkastad . ..
Bahan-Bahan..
sumi jelly.1-2 .bunkus(ikut suka)
agar2 bertali 1 bungkus.

gula  ..5-6.sudu .+(saya letak lebih)
susu cair 1 tin  ..
tepung kastard 4-5 . sudu besar(Air)
cara2nya.
1.susun sumi jelly yg dh di buka ke  dlm bekas. ikut suka kh nk  susun mcmmana .
2.didihkan air dlm periuk.
3..masukkn agar2 dan gaul sehingga dh xbrtali...
4..msukkn susu cair..
5.msukkn gula..
6.msukkn tepung kastard yg dh dibancuh dgn sedikit air..
7.gaul semuanya ats api yg sederhana ..
8.Bila dh siap tuangkn agar2 tu ke dlm bekas yg berisi sumi jelly td...
9.Sejukkn...da ciap tuk di mkn...

Monday 24 November 2014

Roti Bun

3cawan tepung gandum
2sudu besar planta
2sudu besar susu pekat
Sebiji telur
Satu paket yis mauripan
1cwan air suam unk menguli

Cara2
Campur semua bhan d gaul sebati
Masukkn air suam uli sampai jd doh..
Bulatkn masuk loyang inti ikot selera
Biar doh tp mrngembang  n bakarlh
( rasepi dr nurul)