Monday 30 June 2014

MASAK LEMAK TALAPIA MERAH

Bahan-bahannya

3 ekor ikan talapia..bersih dan ketepikan
Cili padi secukupnya
2 inci kunyit hidup
Sebiji bawang besar..kalau ada bawang merah.kecil bubuh 5 biji
2 batang serai..diketuk..potong 2
Santan secukupnya
Garam
5 keping asam gelugur
2 helai daun kunyit..dicarik- carik.

Cara-caranya;

Kisar cili padi + kunyit hidup + bawang merah bersama 500ml air = sampai halus
Tuang kedalam periuk..didihkan bersama asam keping dan serai..didihkan hingga agak hilang.bau cili. .masukkan santan dan garam..kacau sentiasa..jangan biarkan kuah mendidih sendiri.
Nanti santan berkepala..x sedap..kacau hingga mendidih..perlahankan api. Rasa garam dan asam ok x?..kemudian masukkan ikan...kacau perlahan- lahan..nanti ikan hancur...masukkan daun kunyit..bila ikan dah masak dalam 10 minit..angkat..hidangkan..

Wednesday 25 June 2014

MASAK KICAP BERKUAH IKAN KAYU

Bahan-bahannya;

Seekor ikan kayu/tongkol/tenggiri/bawal ( 1kg)
4 biji cili hijau..belah jgn putus
Sebiji bawang besar
3 ulas bawang putih
Seinci halia..
Sedikit air asam jawa
Kicap lemak manis secukupnya
Sesenduk cili kisar..
Minyak
Kunyit
Garam

Cara-caranya;
Potong dan bersihkan ikan..gaul garam & kunyit..goreng hingga masak jerr..jgn garing..nnti keras..
Potong bulat bawang besar..hiris nipis bawang pitih & halia..tumis dlm periuk..bila dah wangi masukkan cili kisar...tambahkan air asam jawa..tambah kan air jika perlu..bila dh mendidih masukkan kicap dan cili hijau...selepas itu masukkan ikan.rasa lah masin & masam..

SEDIA DIHIDANGKAN

Sunday 22 June 2014

IKAN MASAK SOS

BAHAN-BAHANNYA;

Seekor ikan yg besar..ikut lah ya nak ikan apa pun.
1/2 biji capsicum..potong dadu
Sebiji cili merah...dihiris nipis2
Sebiji bawang besar..dihiris bulat2
3 ulas bawang putih..hiris nipis2
Seinci halia..hiris nipis2
Semangkuk sos Thai ( saiz mangkuk bergantung pada saiz ikan)
1/2 mangkuk sos Tomato
2 camca cuka..(kalau ada cuka epal lagi sedap..)
Sedikit daun su/bawang dipotong seinci2..
Sesenduk minyak..
Sayuran boleh pilih samada sedikit kacang buncis, carrot, bunga kubis, baby jagung atau kacang panjang...potong sayur2 ikut suka..basuh  & toskan..

Cara-cara memasaknya;

Ikan dibersihkan dan gaul dengan garam kunyit..goreng..masukkan dalam pinggan hidangan..
Dalam kuali lain masukkan sesenduk minyak..bila dah panas tumis bawang besar, bawang putih & halia..kemudian masukkan.kedua2 sos tadi..tambah kan 1/2 gelas air..kemudian masukkan semua bahan2 potong tadi..kecuali daun sup/bawang...kemudian masukkan cuka...kalau x cukup air sila tambah sedikit demi sedikit..rasa..bila dah ok...masukkan.daun sup/bawang...kacau..kumudian tuangkan keatas ikan tadi..
SEDIA UNTUK DIHIDANGKAN..

Friday 20 June 2014

DAGING DENDENG SBRG JAYA

Bahan-bahannya;
1 kg daging .....dihiris nipis & direbus hingga empuk..Awas! Jangan terlalu empuk..
3/4 cawan kicap lemak manis..
2 batang serai di ketuk..
4 sekawan
2 biji bawang besar*
4 ulas bawang putih*
Sedikit halia*
Kisar bersama bahan2 yg bertanda*
Semangkok minyak masak.
Cili kisar secukupnya..
Secawan bawang goreng..
Sedikit air asam jawa..
Cara-caranya;
Daging yg di rebus tadi hendaklah dutumbuk.( simpan air rebusan daging) .satu demi.satu dengan anak lesung batu..tumbuk jadi leper..lepas tu perap dengan 3/4 cawan kicap lemak manis tadi..setengah jam pun dah cukup..panas kan semangkok minyak..goreng daging perap tadi..ambik kesemua daging sahaja..tp jangan pulak buang kicapnya...simpan ya...goreng daging tadi sehingga minyak jernih....maksudnya..masa mula kita.goreng minyak hitam sebab ada kicap kan....bila kita goreng lama..kicap akan meresap kat daging ..minyak akan.jernih...
Angkat daging masukkan dlm air kicap yang kita simpan tadi...
Dalam minyak daging tadi..tumis 4 sekawan bersama serai..tuang bahan2 yang di kisar tadi..lepas tu masukkan cili kisar..ikut suka lah nak bubuh banyak mana pun..nak lebih pedas..bubuh lebih..x nak..kurangkan..bila dah mendidih masukkan daging bersama dengan kicapnya sekali...kemudian masukkan 3 senduk air rebusan daging tadi..bila kuah dah agak pekat..masukkan air asam jawa...sikit jer ya..rasa dulu..jika perlu tambahkan garam..selepas itu masukkan kesemua bawang goreng tadi..kacau sebentar dan angkat..
Selamat mencuba.

IKAN KUKUS ASAM BOI

Bahan-bahannya:

1 ekor ikan siakap/kerapu/merah/bawal..
2 biji asam boi jeruk
3 ulas bawang putih
10 biji cili api d ketuk2..
1 inci halia di hiris nipis
Sayur-sayuran ( carrot, bunga kubis n baby jagung)..hiris nipis2
Cendawan
Kicap cair n sos tiram
Asam keping
Daun ketumbar .

Cara-cara memasaknya:

Bersihkan ikan..lumur dgn asam jawa pekat..kukus hingga masak..
Tumiskan bawang putih
Masukkan cili api n halia..
Tambahkan air, kemudian masukkan garam gula n serbuk perasa..
Masukkan kicap cair, asam boi & sos tiram
Jika suka kuah pekat masukkan sesudu besar bancuhan tepung jagung dengan sedikit air..
Bila semua dah cukup.rasa..curahkan kuah keatas ikan yg dah di kukus tadi..

# jika suka ketukkan sebatang serai..masukkan.waktu menumis tadi..

Thursday 12 June 2014

TOM YAM AYAM

Bahan_bahannya;
1 ekor ayam..potong ikut suka
1/4 biji bunga kubis dihiris..
Sepeket jagung muda dipotong ikut suka
1/2 biji carrot dipotong ikut suka
2 camca besar pes TOM YAM
Sebiji bawang besar dipotong 6
2 batang serai diketuk..potong 2
10 biji cili kecil
6 helai daun limau purut dikoyak-koyak
Sedikit lengkuas..diketuk.
Sebiji tomato dibelah 6
Garam
Satu camca besar gula
1 senduk air limau..
Sesenduk minyak..

Cara-caranya;

Panaskan periuk..masukkan sesenduk minyak.
Tumis pes Tom Yam...masukkan ayam..kacau sebentar...masukkan segelas air..masukkan serai dan tomato...biar hingga memdidih dan ayam separuh masak..selepas itu tambah kan air..secukupnya..bila dah mendidih masukkan air limau serta.sayur sayuran...bawang..lengkuas...masukkan juga garam n gula...masukkan juga cili kecil..selepas itu rasa.lah Tom Yam..percukupkan rasa ..last sekali..masukkan daun limau purut....kacau sekejap..angkat..lah..bolehlah dihidangkan...

Monday 9 June 2014

PURI

Bahan-bahannya;

500 gm tepung gandum
Air garam secukupnya
1 camca besar butter/marjerin
Minyak untuk menggoreng.

Cara2nya;

Satu kan tepung dan butter..tuang air garam..uli hingga jadi doh yg lembut..bkn lembik..

Selepas itu panaskan minyak dlm kuali..ambil sedikit doh tadi..bulat2 kan dan gelek leper2..goreng lah dlm minyak yg banyak..bila nk balik -balikkan puri..hati2 kalau blh jgn bg pecah..nanti masuk minyak. .

JOM CUBA!

KARI AYAM.KAK NOR

Bahan-bahannya;

1 ekor ayam..potong ikut suka
3 biji kentang..guna kentang yg gebu ru sdp..
2 biji tomato...dibelah2
2 biji cili hijau..belah jgn putus
Sebiji bawang besar + 4 biji bawang putih + sedikit halia = kisar halus.
100gm rempah daging
Santan..secukupnya..

Bahan2 tumis

Sebiji bawang besar dimayang nipis2..
4 sekawan , sebatang serai diketuk2 serta daun kari..
Sesenduk minyak utk menumis..

Cara2nya;

Bersihkan ayam..ketepikan..kupas ubi..belah ikut suka..tp jgn kecik sangat nnti hancur..
Panaskan minyak dalam periuk..tumis bahan2 tumis..bila dah wangi masukkan serbuk rempah..tuangkan air.2 gelas...kacau..bila dah mendidih..masukkan bahan2 kisar tadi..biarkan mendidih bbrapa ketika..kemudian.masukkan ayam...kalau guna ubi kentang yg biasa blh lah dimasukkan bersama dgn ayam..tp kalau guna ubi kentang yg gebu...masukkan setelah ayam tdi mendidih bbrapa ketika..kemudian masukkan ubi serta tomato dan juga cili....didih kan lagi..masukkan santan..sedikit demi sedikit secukupnya..kemudian masukkan garam...dah masak ayam..dah empuk ubi..ok..blh angkat..

Friday 6 June 2014

ITHLI, CHADNI & SAMBAL IKAN BILIS

Hai..semua..apa khabar? Hari ni kak nor masak Ithli..salah satu makanan dari kaum India..
Knor rasa bertuah jugak sebab bersuami kan seorang India Muslim..mamak lah senang cakap kan..jadi dapat lah knor belajar serba sedikit masakan mereka dari mertua..
Tqvm ibu mertua ku..
Hari ni kita buat Ithli ya..adunan nya sama macam buat tosey..

Ithli/tosey

Bahan2nya;
500gm kacang hitam. (Kacang buat tosey)
500gm tepung beras
Secawan nasi sejuk

Cara-cara menyrdiakannya;

Rendam kacang selama 4 jam..atau hingga kacang kembang..bersihkan..dan kisar halus bersama.nasi...tp diingatkan waktu nk mengisar kacang jgn bubuh air terlalu bnyk..sekadar boleh kisar cukup..bula dah siap mengisar kacang hitam dan nasi..tambah kan tepung kedalam nya..bancuh dan simpan semalaman atau selama 6 jam..

Dapat kan kain putih..potong 4 segi..untuk menutup acuan..didihkan.air...letak acuan.diatas permukaan periuk..tutup acuan dgn kain putih yg basah..
Kemudian ambil adunan yg telah disimpan tadi..tambahkan garam.secukupnya..sendukkan keatas kain tadi mengikut lubang acuan..tutup..bila dah masak angkat kuih bersama kainnya sekali..sejukkan ia...guna kain yang lain..ulang cara yang sama...nanti kain tu kalau lekat bnyk tepung..silalah basuh dan gunakan semula..kuih yg dah hampir sejuk tu bolehlah diangkat dan hidangkan..boleh juga kalau nak angkat panas2..tp kuih tu lekat kat kain..

CHADNI

Bahan2nya;

1/2 biji kelapa parut..
5 biji cili hijau..nk pedas tambah cili padi
1 camca besar yogourt perisa asli
Garam dan gula secukup rasa..
Sebiji bawang utk menumis
Satu camca kecil biji sawi
Sedikit daun kari..

Cara-cara nya;

Kisar halus kelapa parut bersama cili dan yogourt..
Sampai betul2 halus..

Panaskan sedikit minyak..tumis bawang merah, daun kari dan.biji sawi..bila dah wangi masukkan kelapa kisar tadi..kacau dan perasakan dengan garam dan gula..siapppp!!!

SAMBAL IKAN BILIS MACAM SAMBAL IKAN BILIS BIASALAH..YG X DER SANTAN DAN BELACAN..

SELAMAT MENCUBA!

TAUHU TELUR

Bahan-bahannya;

6 biji tauhu biasa
3 tiup tauhu telur atau tauhu jepun
20 ekor udang
3 biji telur
#semuanya dikisar bersama hingga halus..tuang dalam bekas..air masukkan secukupnya..utk mengisar ..

Daun sup & daun bawang secukupnya dipotong halus-halus..sebiji bawang besar di belah 4..dipotong membulat..nipis-nipis..
2 biji cili merah dipotong nipis-nipis..
Masukkan semuanya jedalam bahan2 kisar tadi..
Masukkan pulak serbuk secukup rasa dan lada serbuk..lada.hitam ke.
Putih ke..suka hati hgpa lah..gaul semua hingga sebati..kalau x cukup garam..sila tambah..kemudian kukus bahan2 tadi selama 30 minit..

Bila dah masak..sejukkan..bila dah sejuk..potong lah ikut suka hangpa..
Pukul hingga kembang 4 biji telur..masukkan sedikit lada sulah..n garam..
Panaskan minyak dalam kuali..celup tauhu kukus yg telah dipotong tadi kedalam telur..kemudian goreng lerr...dah masak angkat..lepas tu..makan lahh..cicah sos pun bolehh!!!

Tuesday 3 June 2014

KUAH PARPU

Bahan-bahannya;

Secawan kacang parpu (kcg dhal)
4 biji ubi kentang...dipotong dadu
Sebiji carrot....dipotong dadu
Sebiji terung...di dipotong dadu
Sebiji tomato....dipotong dadu..
2 biji bawang besar dihiris..
4 biji bawang putih ...diketuk
2 biji cili hijau
Sebungkus kecil rempah ikan
6 tangkai cili kering
Sedikit air asam jawa
Sedikit daun kari
Minyak untuk menumis..
Garam..

CARA-CARANYA;

Basuh dan rebus kacang parpu bersama dgn bawang putih, sebiji bawang besar yg telah dihiris.. serta cili hijau hingga empuk..
Bila dah empuk..masukkan rempah. (Rempah blh juga direbus bersama.kacang )..

Kacau dan didihkan sebentar..selepas itu masukkan semua sayur-sayur yang telah dipotong dadu tadi..tambah kan air jika perlu...masak hingga terlalu empuk..selepas itu masukkan garam dan Sedikit air asam... (air asam tu kata org ambik syarat jer) .bila dah cukup rasa..tutup periuk..ketepikan..
Panaskan minyak dlm kuali..tumis bawang besar dan daun kari serta cili kering. (Potong duluya cili kering ni)..bila dah garing..tuang kan bahan2 tumis bersama.mibyaknya sekali kedalam periuk tadi..tutup semula..biarkan paling kurang 15mnt..bila nak makan nanti..baru lah di kacauuu.

Sunday 1 June 2014

Sayur air betik

Bahan2nya

Sebiji betik yg yg hampir masak..
Sebiji bawang besar
Sedikit belacan
Sebatang serai
Garam.

Kupas dan potong betik..basuh dan masukkan dlm periuk...potong bawang dan ketuk.serai..masukkan.bersama..bancuh belacan.dgn air..tuang sekali..masukkan garam..rebus lah..bila dah empuk..rasa pun dah ok..tutup lah api..
Cicah lah dgn sambal belacan..