Friday 30 January 2015

KUIH KEMBOJA (RINAA )

1 1/2 cwn tepung
1 cwn gula
1 kotak kecil santan
2 cwn air
3 biji telor
sedikit pewarna hijau
sedikit perisa pandan
sedikit bijan ( klau suka)

CARANYA
- blander kesmua bahan kecuali bjan
- panas kn oven
- sapu acuan ngan minyak
- panas kn sebentar
- barulah tuang bahan adunan
-bakar ..
-170 selama 40 minit
- api atas bawah
-10 awal kuar kn adunan baru tabur kn bijan
-genap 40 minit guna api bawah sahaja dlm 15 minit
- kpanasan suhu bergantung oven masing2...

Wednesday 28 January 2015

SIPUT KEMUDI GORENG KUNYIT..

BAHAN2NYA;

10 EKOR SIPUT KEMUDI...potong ikut suka..yg mcm ubi tu..belah 2 ya..basuh bersih2 dan toskan..
2 BIJI CILI MERAH/HIJAU HIDUP...dipotong nipis2  SEBIJI BAWANG BESAR..potong bulat2..
3 ULAS BAWANG PUTIH..dihiris nipis2
SEDIKIT HALIA..dihiris nipis2..
SEDIKIT DAUN SUP/BAWANG..potong  seinci2..
1 SUDU KECIL JINTAN PUTIH..serbuk
1 SUDU KECIL JINTAN MANIS..serbuk
SEDIKIT SERBUK KUNYIT
SEDIKIT MINYAK..
GARAM  & SERBUK PERASA..

CARA2NYA;

PANASKAN MINYAK DLM KUALI..TUMIS BAWANG BESAR + BAWANG PUTIH + HALIA + CILI HIDUP.
KACAU SAMPAI LAYU..MASUKKAN SIPUT..KACAU SEBENTAR...MASUKKAN KEDUA2 JINTAN DAN KUNYIT (JGN BOH BNYK NNTI X SDP..)..MASUKKAN JUGA GARAM & SERBUK PERASA...KEMUDIAN MASAKLAH HINGGA SIPIT MASAK..X PAYAH LAMA2 MASAK..KEJAP JER..LAST SEKALI...MASUKKAN DAUN SUP BAWANG . .KACAU..ANGKAT..HIDANGKAN..

Tuesday 27 January 2015

BINGKA PANDAN (ZURA ZUL)

Bingka Pandan
2 cwn tepung gandum
1 cwn gula
1 cwn air pandan - kisar 4-5 helai daun pandan & tapiskan
21/4 cwn santan pekat - 1 cwn santan pekat...selebihnya tmbah air
3 bj telur
2 sb butter - cairkan dulu/sejukkan
1/2 sk garam halus
1 sk pewarna hijau
Sedikit esen vanilla
Sedikit bijan utk tabur
# masukkan semua bahan kedlm blender kecuali bijan..blend hingga sebati
# sapu loyang dgn sedikit minyak & masukkan kedlm oven...bila loyang sudah panas..tuang adunan tadi kedlmnya
# bakar menggunakan api atas & bwh...bakar pd suhu 180 c dlm 1 jam 15 mnit utk dpt permukaan yg garing
# bila dh setgh masak...kluarkan sekjp loyang...baru tabur bijan..sambung semula bakar
# betul2...baru potong

KUIH LAPIS (SITI RANIAH)

Resepi kh lps dari saya.
2cwn t.gndum.
2cwn t.beras cap bnga teratai.
1 1/2 cwn gula pasir.
1/2 cwn t.ubi.
1/2 cwn t.jagung.
Santan jadikan 10 1/2wn yg kita skt tadi.
Kemudian bahagikan 2.
5 1/2 cwn warna puth.
5cwn warna merah.
Panaskan kukusan dan lyng.mskkan putih dulu.tunggu dlm 2 mnt baru mskkan merah.buat seterusnya.hinggan habis.setiap lapisan tu satu cwan yg kita sukat tadi.

Monday 26 January 2015

Cream puff

Resepi pastri creampuff (1adunan dapat 48 biji macam tu bergantung kepada nozzle)
100 gm butter 
1 cawan air 250ml
150 gm tepung gandum 
secubit garam 
4 biji telur
1 sdk esen vanila

Cara-cara
1 ) Masakkan butter dalam air sehingga butter cair. Api slow je.
2) Masukkan tepung & garam. Ye.Jangan pelik Hahaha. Tutup api terus kacau cepat-cepat supaya air tak tersejat. Kalau lambat nanti air kurang dan adunan jadi keras. 
3) Dah sebati tu biarkan doh sejuk. Kina nak cepat masuk dalam peti. hahahah.
4) Pukul telur dan esen vanilla pakai sudu pon boleh.
5) Masukkan telur sket demi sket dalam doh tadi sambil pukul dengan mixer sampai sebati.
* kalau agak2 lembik kurangkan telur. 
6) Panaskan oven 200 celcius.
7) Pipingkan adunan tadi ke atas dulang. (kina pakai nozzle sederhana kecik bentuk bintang 8 bucu, 2 x setengah pusing mende tu)
8) RENJIS air sebelum masuk oven. (penting utk die menggebu n mengembang dgn jaya)
9)15 min pertama bakar dalam 200 celcius, kemudian turunkan suhu 180 celcius selama 15-10 min bergantung kepada oven. (Jangan selalu buka oven nanti tak naik gebu)
10) Dah siap, belah sket dan pipingkan inti kastad.

Filling inti kastad (Kina tak gemar manis sangat jadi ejas la ape yang patut)
6 sudu besar kastad
1/2 cwn susu cair( baru berlemak)
3 cwn susu segar
Esen vanila
3 sudu besar gula
1 sudu besar susu pekat

Cara-cara
1) Campurkan semua bahan-bahan dan gaul sebati.
2) Masak atas api kecil & kacau sentiasa. Api jangan besar. Sedang-sedang saja.
3) Sampai bergelegak baru tutup api. Kalau tutup awal nanti kastad rasa tak masak dan rasa ketepungan sangat.
4) Terus masuk piping bag. Sejukkan boleh nak terus piping dalam puff pun boleh. Biasa kina buat inti masa tunggu adunan puff sejuk.
5) Tabur gula icing atas creampuff. 
Siap..

Saturday 24 January 2015

MI KARI

BAHAN2NYA;

UNTUK KUAH
4 PAKET SERBUK KARI DAGING
2 BIJI BWG BESAR*
4 ULAS BWG PUTIH*
SEDIKIT HALIA*
4 SEKAWAN
DAUN KARI
3 URAT KACANG PANJANG..POTONG SEINCI2
2 BIJI KENTANG.POTONG KECIK2..
SANTAN SECUKUPNYA
MINYAK  MASAK UTK MENUMIS..

UTK SAMBAL;
2 SENDUK CILI KERING KISAR
1 BIJI BWG BESAR*
3 ULAS BWG PUTIH*
SEDIKIT HALIA*
(Bahan2 yg bertanda * boleh dikisar bersama..utk kuah dan utk sambal)

BAHAN2 LAIN YA!

2 PAKET MI KUNING..DIDIHKAN AIR..CELUR KEJAP..TAPIS N BASUH ME..KALAU ADA MINYAK ZAITUN..LUMUR SIKIT KAT.ME TU)
1 EKOR AYAM..BUBUH GARAM KUNYIT..GORENG..(dgn mggunakan pisau lebar hempuk ayam goreng..jadi penyek..potong2 ayam tu)
BEBERAPA BIJI TELUR REBUS..kopek dan belah 4
3 BIJI TAUHU..GORENG YA..potong kecil2
FISH KEK/FISH BALL...GORENG  DULU
KERANG REBUS (KALAU SUKA)
DAUN SUP/DAUN BAWANG..(potong kecik2)
BWG GORENG..
SEDIKIT TAUGEH..

CARA2 MENYEDIAKANNYA;

PANASKAN MINYAK DLM PERIUK..TUMIS PES BWG KISAR...N MASUKKAN 4 SEKAWAN...KACAU..MASUKKAN DAUN KARI..KACAU LAGI..MASUKKAN.REMPAH..MASUKKAN AIR.4.MUG (NNTI KALAU X CUKUP..TAMBAH LAGI)MASUKKAN KENTANG..BIARKAN KUAH MENDIDIH...DAN KENTANG EMPUK..MASUKKAN SANTAN  ..KACAU LAGI..MASUKKAN KACANG PANJANG DAN GARAM JUGA SERBUK PERASA.. MASUKKAN JUGA AIR ASAM JAWA..DIA CUKUP RASA..TUTUP API..

UTK SAMBAL;

TUMIS PES BWG(MINYAK BOH LBH SIKIT..MASUKKAN CILI KISAR..MASUKKAN GRAM GULA DAN SERBUK  PERASA.air asam jawa...SAMBAL BIAR PECAH MINYAK..

BILA NAK MAKAN.
PANASKAN KUAH..DALAM MANGKUK...MASUKKAN...+AYAM GORENG + TAUHU + FISH BALL /FISH KEK..TAUGEH MENTAH..+ DAUN SUP/BWG...BWG GORENG..JGN LUPA SAMBAL NYA..

DAP SIAP..MAKAN LAH!

Wednesday 21 January 2015

KUIH PERIA (EJ)

Kuih Peria

Bahan2 Untuk Doh

300 gm tepung pulut
  150 gm keledek (timbang setelah dikupas kulit) (sebaiknya guna keledek  isi putih agar warna yang kita gunakan lebih menyerlah ~ kalau kita guna  keledek purple ker.. sure warna lari..)
240 ml air + pewarna hijau
4 s/b gula kaster
40 ml minyak

Bahan2 Inti

250 gm kacang hijau tanpa kulit
10 s/b gula
1 s/k garam
2 cawan air (boleh tambah or kurangkan ikut kesesuaian)

Bahan2 tambahan

daun pisang atau plastik secukupnya
minyak masak

Cara-cara masak inti:

1. Kacang hijau dicuci bersih kemudian direndam 4 jam atau 1 malam.

2. Toskan kacang & jirus air paip. Masukkan dalam periuk bersama air dan masak seperti kita masak nasi.

3. Apabila ia menggelegak dan airnya hampir kering kecilkan api (seperti kita tanak nasi) lalu tutupkan tudung periuk.

  4. Agak2 kacang dah empuk (hendak tahu masaknya cuba picit biji kacang  itu) & bila dah lembut maka bolehlah dimasukkan gula & garam.  Kacau2 hingga gula larut dan sebati & inti agak kering.

5. Biarkan inti sejuk terlebih dahulu sebelum dibulat-bulatkan ke beberapa bahagian kecil.

Cara-cara buat kulit:

1. Rebus keledek hingga empuk. Bila dah empuk masukkan dalam blender & campurkan dengan air.

  2. Dalam sebuah bekas, masukkan tepong pulut, gula & garam. Lalu  tuangkan keledek yang telah diblender tadi ke dalam tepong.

3. Uli bahan2 tadi sehingga sebati. Akhir sekali masukkan minyak dan uli hingga menjadi doh yang lembut.

4. Bahagikan doh ke beberapa bahagian (menyamai jumlah bebola inti tadi) lalu bulat2kan.

  5. Untuk membentuk buah peria (sila rujuk gambar di bawah), sediakan  plastik yang bersih. Masukkan inti ke dalam doh lalu tutupkan inti.  Bentukkan doh menjadi bentuk lonjong sikit. Letakkan di atas plastik  tadi lalu digulungkan seperti gulungan gula2. Kemaskan kiri & kanan  lalu tarik kuat2 kedua2 hujung plastik agak terbentuk garis2 pada doh  & seakan2 menyerupai buah peria (takde 100% macam buah peria..  hehe). Buka gulungan dan susun dulu dlm pinggan bersih. Buatlah doh  selebihnya sehingga habis.

6. Panaskan periuk pengukus dengan  air yang mencukupi. Sediakan daun pisang atau plastik alas berukuran 4cm  x 8 cm atau agak2 muat untuk letak 'buah peria' tadi. Sapukan sedikit  minyak pada daun pisang / plastik tadi lalu letakkan buah peria di  atasnya dan susun dalam pengukus. Buat hingga habis.

7. Bila  air dah mendidih.. kukuskan kuih selama 8 minit atau sehingga masak  bergantung saiz kuih anda. (jika kuih lebih besar, lebihkan sedikit masa  mengukus TAPI jangan terlalu lama nanti kuih terlalu kembang &  hilang pulak rupa paras buah peria tadi)

8. Bila dah masak.. hidang kuih sebagai minum petang. Memang sedap!

MERTABAK ROTI CHEESY (EJ)

Mertabak Roti Cheesy.

Bahan-bahannya

✦ 12 keping roti Gardinier
✦ 1 biji bawang besar dipotong dadu
✦ 2 ulas bawang putih potong halus
✦ 1 paket daging hancur(Ramly burger)
✦ 1 biji cili merah potong halus
✦ 3 1/2 sudu besar rempah kurma
✦ 1 biji ubi kentang dipotong dadu
✦ 5 biji telur
✦ 2 cawan susu segar
✦ 1/2 paket cheese mozarella
sedikit minyak untuk menumis

Cara memasak inti

  1- panaskan dalam 3 sudu besar minyak dan tumis bawang putih hingga  retbit bau.masukkan pula rempah kurma yang dibancuh bersama sedikit  air.Goreng hingga garing.

2- Masukkan daging hancur kedalam  kuali dan kacau hingga air agak kering.Masukkan pula bawang besar,cili  merah dan kentang.Kacau biar sebati.

3. Masukkan kiub ayam dan  kacau lagi.Masukkan pula lada putih.kacau dan biar sampai kentang empuk  dan daging agak kering.Angkat dan sejukkan.

Cara menyediakan murtabak daging

1- Kocok susu,telur dan 1 sudu kecil garam hingga sebati

  2- Celupkan 4 keping roti kedalam campuran susu dam atur dlm loyang 4  segi yang telah di sapu dengan butter.Tuang bahan inti diatas roti dan  ratakan.

3- Ulang langkah no 2 dengan roti menjadi lapisan  terakhir dan tuangkan semua baki campuran susu dan telur diatas  roti.Taburkan cheese sebanyak yang disukai diatas lapisan roti yang  terakhir.

4- Bakar lah dengan suhu kepanasan 220o c selama 40 minit dan lapisan cheese garing kekuningan.

Amboiiiii~ Memang nangis la makan Mertabak Roti Cheesy ni kejap lagi. Sedapnyeeee. Okey korang! Selamat mencuba

Monday 19 January 2015

Keripap pusing rangup (EJ)

Karipap Pusing Yang Enak Dan Ranggup

BAHAN DOH A

1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar veg shortening
2 sudu besar marjerin

BAHAN DOH B

2 cawan tepung gandum
1/4 cawan minyak jagung
1 sudu kecil garam atau secukup rasa
1/2 cawan air anggaran

CARA MEMBUAT NYA

  Satukan semua bahan doh A. Gaul hingga sebati dan boleh di kepal atau  dibulatkan. Bahagikan kepada 4 bahagian dan bentuk lah menjadi bulat dan  ketepikan.

Untuk doh B panaskan minyak, dan tuang dalam  kedalam mangkok yang berisi tepung, buat satu kawasan lekuk ditengah  tepung untuk menuangkan minyak panas tu. Gaul rata dengan senduk atau  sudu ( AWAS MINYAK PANAS!!) sehingga menjadi serbuk roti. Bancuhkan  bersama air dan tuangkan sedikit demi sedikit kedalam tepung sambil  menguli. Uli hingga sebati dan agak tak melekat di tangan. Doh di bahagi  4 dan dibulatkan.

Gelekan 1 bahagian doh B yang telah di  gelekkan tadi dan masukan 1 bahagian dari doh A . Bungkus menjadi bulat  dan ketepikan. Ulangi untuk doh2 seterusnya.

Doh yang telah  disatukan tadi di gelek sederhana tidak tebal dan tidak nipis. Kemudian  gulung dan gelekan lagi sekali ke atasnya. Sama macam tadi sederhana  ketebalannya dan digulung lagi. Ulangi untuk doh seterusnya, selepas  proses ini rehatkan doh sebentar lebihkurang 15 minit agar mesra dan  lembut.

Ambil doh dan potong 6 untuk karipap biasa, tapi akak  buat karipap ni yang bentuk nya bulat makna nya guna dua lapisan untuk  satu biji karipap tu, jadi mestilah lebih nipis, untuk karipap ni kak  noor potong 10 untuk dapat 5 biji karipap pada satu doh. Gelekan sedang2  saja jangan terlalu nipis masukan inti dan tutup dengan satu lagi  lapisan dan klim lah cantik2 ya..

Untuk menggorengkan panaskan  minyak biar betul-betul panas dengan api yang sedang2 tapi jangan  terlalu kecil sangat takut karipap ni menyerap minyak jadi nya  pandai-pandai tukang masak lah ya, goreng biar keperangan gitu baru lah  di angkat dan tos kan...

BAHAN INTI

7 - 8 biji ubi kentang dikupas dan dipotong dadu kecil
1 dada ayam atau daging di potong kecil
3 sudu besar rempah kari daging
1 sudu serbuk cili
1 labu bawang besar dipotong dadu
1 tangkai daun kari
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR

1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia

CARA

Rebuskan ubi kentang yang dipotong dadu sehingga separuh masak dan toskan.

  Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang besar yang dipotong dadu  & daun kari sehingga layu kemudian masukan bahan kisar, kacau sebati  dan biarkan sehingga pecah minyak.

Kemudian masukkan rempah kari, masukkan sedikit air jika terlalu kering, biar rempah garing dulu

Diikuti dengan isi ayam atau daging, kacau2kan biar sebati dan tunggu sehingga ayam atau daging betul2 masak

Masukkan ubi kentang yang telah direbus tadi, kacaukan biar sebati dengan rempah

Sesuaikan rasa dengan garam dan sedikit gula dan masak sehingga betul2 kering dan tutup api.

KEK KUKUS HATI PARI (EJ)

resepi kek kukus hati pari

bahan-bahan kek
1. 10 biji telur A (4 biji amik kuning dia je)
2. 16 Oz Mentega (pakai golden churn memang sedap)
3. 9 gelas tepung hongkong yang diayak dengan 3 suduteh sodabikabonat.
4. 8 sudu besar GULA HITAM.
8. 600 gram hancuran Kismis (ditumbuk hancur / dihiris sehancur-hancurnya smpai lumat)
9. setengah tin susu pekat..
10. 6 sudu besar gula halus.

cara buat..
1. campurkan mentega, kismis dan gaul sehingga sebati pakai mixer tangan...
  2. pukul telur sehingga kembang... dan campurkan mentega dan kismis  tadi... gaul lagi sehingga kembang dan tambahkan gula hitam serta gula  halus....
3. gaul sehingga kembang lagi dan tuangkan susu pekat...
4. biarkan adunan selama 5 jam....

cara kukus..
1. siapkan loyang saiz 8x8 sapukan dengan marjerin...
2. kukus SELAMA 8 JAM.
3. check air kukus sentiasa!
siap!!!

Kek coklat kukus basah(EJ)

Resepi Kek Coklat versi jawo Yang Dikukus.

Sedap terasa dengan coklat ...tmbah-tambah lagi coklat tu meleleh atas tu kan.

Bahan-bahan :
•1 cawan gula perang
•1 cawan susu segar perisa coklat
•1 cawan minyak
•3/4 cawan serbuk koko
•1/2 cawan susu pekat manis
•1 1/4 cawan tepung gandum
•1 sudu teh soda bikarbonat
•1 sudu teh baking powder
•3 biji telur

Cara-cara
1. Ayak tepung, soda bikarbonat & baking powder

  2. Masukkan serbuk koko, gula, susu segar, susu pekat dan minyak ke  dalam periuk dan panaskan di atas api kecil sehingga semua larut.  Matikan api.

3. Pukul telur hingga kembang dan masukkan ke dalam bancuhan koko.

4. Masukkan tepung sedikit sedikit dan gaul sebati.

5. Tuang ke dalam loyang yang telah di lengser dengan minyak/ lapik dengan kertas minyak.

6. Tutup loyang dengan aluminium Foil dan kukus selama 1 jam di dalam kukusan yang telah dipanaskan.

7. Angkat dan sejukkan.

Puding buah koktel (rasepi zul yusof zul)

Bahan2..( 1 loyang besar )
1 peket serbuk agar2...(11 gm)
2 biji telur..
4 cawan air..(termasuk air buah tu..)..
1/2.. tin susu cair..
1 cawan gula..
2@3.. sudu besar tpg kastad..
1 tin fruit cocktail..

cara2..
masak agar2 dgn air  dan gula hingga larut..
pukul telur dan campurkan tpg kaztad..
kacau rata dan ketepikan..
Bila campuran agar2 larut..
masukkan susu cair..bila mendidih.
masukkan campuran telur dan tpg kastad..
masukkan fruit cocktail..
masukkan ke dlm loyang @ acuan..
di sukai...sejukkandan hidangkan..

Saturday 17 January 2015

LEMPONG GORENG BERCILI (MIERA ROCKERS)

Paru goreng cili..

paru@lempong lembu
Cili merah@cili kering yg dblend
Minyak tuk mnnggreng
Tepung gandum
Bwg putih n bwg merah tumbuk
Air asam jwa skit
Telor sebji
Garam,srbuk kunyit
Ajinomoto,gula
Bwg besar ptong bulat2..
(smua bhan ikot bnyak mna paru@lempong 2 tuk dmsak,agk2 jer)

cara msak

Mula2 bsuh dulu paru@lempung lembu brsih2 ngn tepung gndum,
Dh bersih,rebus smpai empuk..dh empuk,tos kn bg air rbusan pd paru@lempung td kluar,dh tos bleh lh dptong2 n msukkn garam n srbuk knyit n sebji telor(klau bnyak paru guna 2bji telor
Kmudian pnas kn minyak n goreng kn paru@lempung td (jgn garing sgt) sambil mnggoreng,bleh.lah tumbuk bhan bwg putih n bwg merah,dh siap goreng,tumis kn bwg yg dh tumbuk td agak2 dh kning  msuk kn cili blend td tumis smpai pcah mnyak,klau nk bkuah skit msuk lh air,ckit
Pastu msuk air,asam jwa ckit,garam,gula,ajinomoto scukup rasa
Pastu msukkan paru@lempung td n kcau bg sbati..last skli msukkan bwg besar ptong bulat2 td. Kcau lg n bleh lah d angkat n hidangan...

Bahan2 nie,smua pkai agak2 jer
 
selamat mncuba

Thursday 15 January 2015

KEK MILO KUKUS (EJ)

KEK COKLAT MILO KUKUS

Bahan :
2 cawan tepung blue key (guna tepung serbuk penaik )
1 cawan gula - ej guna gula perang
1 cawan susu pekat manis - ej kurangkan
1 cawan milo
1 cawan serbuk koko vochelle
4 biji telur ayam
1 cawan minyak masak
1 cawan air panas

Cara-cara membuatnya :

1.Didihkan periuk pengukus terlebih dahulu.

2.Masukkan semua bahan-bahan dalam mangkuk besar Kacau dengan sudip besar

3.kacau tangan je...jangan guna mixer nanti telebih naik tak jadi

4.Bila semua bahan-bahan dah sebati dalam 5 minit je kacaunye

5.lepas tu boleh ditapis adunan yag dah siap agar hasil nanti lebih halus dan cantek

6.Masukkan adunan kedalam loyang yang telah disapu minyak dan ditabur tepung Kukus selama 40 minit Mas kukus 1 jam dah siap

kalo nak letak topping lagi best....

  NOTA : ej bakar dalam 45 - 48 minit. panaskan oven api bawah dan atas  dan bila masa pembakaran guna api bawah sahaja suhu 150C atau ikut suhu  oven masing -masing dan ej guna kaedah waterbath.. masukkan loyang  kek ke dalam loyang lain berisi air panas.

PAIS TELUR IKAN (za)

Pais telur ikan

Telur ikan
5-6 bj cabai brg
3-4 ulas bwg merah
Ditumbuk
Daun kunyit
Cabai muda
Cabai masak
Asam keping
Racik halus2
*huh pekatnya ckp lgg
Garam
Kunyit

Gaul semua bahan sebati...bungkus dlm daun psg atau aluminium foil...bakar.
Bakar dlm oven boleh,atas dapur boleh atau kuali ajaib pun ok

Tips
1)lapik daun kunyit atas daun psg/foil sblm  letak bancuhan telur.
2)basuh telur dgn garam n asam utk buang hanyir

Rasepi hasniza hassan

Kek coklat moist (versi masak kejap)

Resepi Kek Coklat versi jawo Yang Dikukus.

Sedap terasa dengan coklat ...tmbah-tambah lagi coklat tu meleleh atas tu kan.

Bahan-bahan :
•1 cawan gula perang
•1 cawan susu segar perisa coklat
•1 cawan minyak
•3/4 cawan serbuk koko
•1/2 cawan susu pekat manis
•1 1/4 cawan tepung gandum
•1 sudu teh soda bikarbonat
•1 sudu teh baking powder
•3 biji telur

Cara-cara
1. Ayak tepung, soda bikarbonat & baking powder

  2. Masukkan serbuk koko, gula, susu segar, susu pekat dan minyak ke  dalam periuk dan panaskan di atas api kecil sehingga semua larut.  Matikan api.

3. Pukul telur hingga kembang dan masukkan ke dalam bancuhan koko.

4. Masukkan tepung sedikit sedikit dan gaul sebati.

5. Tuang ke dalam loyang yang telah di lengser dengan minyak/ lapik dengan kertas minyak.

6. Tutup loyang dengan aluminium Foil dan kukus selama 1 jam di dalam kukusan yang telah dipanaskan.

7. Angkat dan sejukkan.

Rasepi EJ

Kek pisang (Finas)

Kek pisang berangan
(Paling senang hanya blen kan saja hehe)

Bahan2
3 biji pisang berangan* (finas guna dua biji je sbb besar)
2 cwn tepung kek (blue key)
1 cwn gula* (sebb pisang dah manis)
1 cwn majerin*
1 sb esen vanilla*

Cara2 :
1: panaskan oven 180c

2:bland kesemua bahan2 yg bertanda*

3: bila dah siap masukan kedlm tepung gaul sehingga sebati jgn smpai ada ketulan tepung

4: dah siap masuk kan ke dlm acuan yg dah diletak kertas minyak kalu xada pun xpe pasti kan sapu minyak tau majerin kat acuan supaya xmelekat dan bakar selam 45 mint
#selamatmencuba#

Rasepi Finas..

Tuesday 13 January 2015

Kuih lapis tembikai

Resepi Kuih Lapis Tembikai

Bahan- Bahan.(loyang 9")

2 1/2 cwn tepung beras
1 1/2 cwn tepung ubi
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil air kapur
4 cwn santan sederhana pekat (saya guna santan kotak kara 200ml....saya guna 2 kotak tambahkan air selebihnya)
pewarna hijau dan merah
incau secukupnya- di potong kecil

Bahan perlu di masak dan jadikan sirap gula..

1 1/2 cwn gula pasir
1 cwn air
3 helai daun pandan

Cara Menyediakannya

  Masakkan bahan untuk sirap hingga gula cair dan sedikit didih. Biarkan
seketika hingga suam. Masukkan santan dan garam, kacau rata.
Satukan
ke semua tepung, garam dan air kapur. Masukkan campuran sirap dan
santan, kacau rata dan tapis. Saya sukat adunan tu dan dapat dlm 7 cwn
kesemuanya.
Bahagi kepada 3 bahagian:
Lapisan Bawah : ambil dlm 1 1/2 cwn dan letak pewarna hijau
Lapisan Tengah: ambil dlm 1 1/2 cwn dan biarkan warna asal/putih.

Lapisan Atas : ambil 4 cwn dan letak pewarna merah, bahagikan pada 3
bahagian pula. Ambil 1 1/2 cwn utk merah pertama, 1 1/2 cwn utk lapisan
merah kedua dan 1 cwn utk lapisan merah terakhir)

Cara memasak kuih

1.Panaskan pengukus. Saya guna loyang 9 inci. Alaskan plastik di permukaan loyang dan sapukan sedikit minyak di sekelilingnya.

2.Tuang adunan hijau sebagai lapisan bawah kedalam loyang.
Kukus selama 5-7 minit/hingga masak dengan api sederhana kuat.

3.Setelah masak,baru lapiskan dengan lapisan tengah/warna putih dan kukus lagi selama 5-7 minit.

4.Selepas tu lapiskan 1 1/2 cwn lapisan merah dan taburkan sedikit cincau di atasnya. Kukus lagi selama 7 minit.

5.Setelah masak lapiskan 1 1/2 cwn lagi warna merah dan taburkan sedikit cincau. Kukus lagi selama 7 minit.

6.Akhir sekali lapiskan dngn lapisan merah 1 cwn dan kukus selama 20
minit dngn menggunakan api sederhana.(jumlah warna merah kesemuanya 4
cwn)

7.Setelah masak, buka penutup tapi jngn matikan api dan
biarkan lagi kukus selama 10 minit. Setelah siap, matikan api dan
angkat.

8.Biarkan sehingga betul2 sejuk barulah di potong.

**Kuih hendaklah betul2 sejuk..barulah di potong dengan menggunakan pisau plastik supaya kuih kelihatan rata dan cantik.

Rasepi  EJ

Monday 12 January 2015

PAI EPAL

Apple pie
inti
3 bj apple
3 sudu gula
Sedikir serbuk kayu manis
Sedikit air

Karemelkan gula..za pki gula prg,gula biasa pun boleh...masukkan air kacau rata,masukkan apple n serbuk ky mns...msk hga kering...

Kulit
Roti gardenia

Rollkan roti gardenia..masuk inti,gulung gamkan ngan tpg yg dibancuh dgn air.then goreng...siap

Rasepi HASNIZA HASSAN.

Saturday 10 January 2015

APOM NASI (kak Ton)

Resepi apom nasi
1 cwn nasi sejuk
1 cwn tpg beras
1 cwn tpg gandum
2 cwn air
3/4 cwn gula
1/2 peket mauripan
1 sudu teh garamm
Caranya
Panaskan periuk kukus dahulu
Blen nasi sejuk dgn gula  garam dan sedikit air hingga halus
Satukan tpg beras , tpg gandum dan mauripan ddlm satu gaul rata
Kemudian masukkan nasi sjuk yg dblen tadi kdlm adunan tpung dgn lebihan air tadi..klau trlerlalu pekat blehlah dtmbah sedikit air lagi..
Bahagikan kpd 3 bhgian warna ikut suka
Msukkan adunan tpg kdlm loyang berselang seli
Siap boleh dkukus selama 45 mnit...
Apom sedap dcicah dgn nyior/ kelapa dcmpur dgn sdikit garam...
Selamat mencuba!

RASEPI KAK TON LEMAN..

Friday 9 January 2015

KEK LUMUT

RESEPI KEK LUMUT KUKUS

Bahan-bahan ( loyang 7 " x 7 ")
1 cawan tepung gandum ~ diayak
1 cawan horlicks
3/4 cawan gula halus
250 g mentega
4 biji telur A
pewarna hijau secukupnya
4 sudu besar seri kaya
1/4 cawan susu pekat manis
1 sk esen vanilla

1.Sediakan pengukus. Didihkan air. Griskan Loyang dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.

2.Pukul mentega bersama gula halus hingga kembang dan berkrim. Gunakan kelajuan maksima.

  3.Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna speed sederhana).
Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi. Ulangi proses ini
sehingga habis.

4.Masukkan susu dan serikaya. Ratakan.

5.Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselangselikan dgn horlicks dan gaulkan sebati.

6.Masukkan pewarna hijau dan esen vanilla. Sebatikan.

7.Tuangkan adunan ke dalam Loyang dan tutupkan dgn kertas foil.

8.Kukuskan selama 2 jam 30 minit. (tambah air panas jika hampir kering)

* Kek ini memang tidak menggunakan sebarang bahan penaik

Selamat mencuba ... Sila share

Thursday 8 January 2015

TUNA CHESSE MUFFIN

Resepi Tuna Cheese Muffin

Bahan-bahan ( 9 biji m saiz )

1 biji telur
10g/1.5 sk gula
1sk baking powder
120g tepung gandum
1 tin/80g tuna
50ml susu segar
50g pizza cheese
secubit garam

Cara - Cara Membuat :

Ayakkan tepung, baking powder dan garam. Panaskan oven sehingga 180C

Pukul telur dan gula sehingga gula hancur.

Masukkan tuna bersama dengan air atau minyaknya. Kacau sebati.

Masukkan tepung sedikit semi sedikit berselang seli dengan susu segar

Akhir sekali masukkan cheese. Kacau rata.

Kemudian isikan adunan ke dalam muffin tray. atau muffin cup. Bakar selama 20 minit

ROTI JOHN

Bahan-bahan yang diperlukan:

1 tin sardin (saiz kecil) – hancurkan dan ambil isinya sahaja.

2 ulas bawang merah – dihiris halus

1 biji tomato – dihiris halus

2 biji cili besar merah – dihiris halus

2 biji telur (dipukul sehingga sedikit kembang)

2 sudu mayonis

Garam secukupnya

Roti putih yang dibuang tepi, secukupnya

Cara Membuatnya:

1. Tumis bawang merah, cili besar dan tomato yang sudah dihiris tadi sehingga wangi.

2. Kemudian masukkan sardin dan garam. Biarkan  seketika atau sehingga masak dan cukup rasanya. Ketepikan.

3. Ambil roti, isikan dengan sardin tadi. Gulungkan.

4. Kemudian celup gulungan roti sarden tadi dengan telur yang sudah dicampur dengan mayonis.

5. Setelah itu, goreng sehingga kekuningan.

6. Siap untuk dihidang serta dinikmati.

Read more: http://www.wom.my/saji/sarapan-roti-sardin/#ixzz3OEah4hxJ 
Follow us: @WOMDOTMY on Twitter | womenonlinemagz on Facebook

SIAKAP SAMBAL SERAI (finas)

Ikan siakap sambal serai bunga kantan
Bahan2:
2 ke 3 orng mkn
1 ekor ikan siakap /talapia merah sederhana besar
1 biji bwng besar*
20 tangkai cabai burung*
Segenggam ikan bilis*
sedikit belacan*
1 batang serai (dihiris nipis )
1 batang bunga kantan(digaris tebal) 
  (bunga kantan guna suku sahaja ye sbb bau nya kuat  )
3 sudu besar air asam jawa
1 sudu kecil garam
Dan sedikit perasa
Minyak masak untuk mengoreng dan menumis

Cara2:
Siang ikan dan bersih kan,buat 3 kelar badan ikan sampai ketulang,ambil kunyit dan garam bila bila minyak dah betul2 panas goreng ikan seperti biasa smpai betoi2 garing segaring garing nya ye hehe
(bila ikan dah siap goreng letak atas pinggan dan ketepi kan )
Ambik Bahan2 yg bertanda,bawang,ikan bilis,belacan,dan cabai burung tumbuk ingat lumat
Panas kan minyak 3 sudu besar untk menumis.
Masuk Bahan2 yg dah ditumbuk tadi,bila dah pecah minyak masuk kan bunga kantan dan serai dan kacau...masuk kan garam Dan serbuk perasa kacau smpai kering.....bila dah siam leh lah siram kan smbal tu ke atas ikan...siappppp boleh dihidangkan bersma nasi panas....
#selamatmencuba#

Tuesday 6 January 2015

BIHUN SUP SEMPOI

Bahan2 nya;

Sebungkus bihun/mee kuning/kuey teow
1 kg daging/seekor ayam/tulang
Sawi
Fish ball*
Fish cake*
Tauhu*
Telur rebus
Tomato biji
Cili sos
Tomato sos
Serbuk perasa & garam
Bwg putih..
Daun sup/bawang
Bwg goreng
Cili kisar..

Cara2nya;

#Kalau guna mee atau kuey teow...didih kan air..celur kan kejap ya..n toskan airnya..basuh plk dgn air paip...dah tu kalau ada minyak zaitun..gaul kan sikit ya..x der x per..
#kalau guna bihun..didih kan air bersama sesudu besar serbuk kunyit..dah mendidih masukkan bihun..selepas bbrpa minit..cuba picit bihun tu..kalau dah blh putus dan lembut, toskan airnya..

#Daging atau tulang atau ayam...direbus  bersama.sup bunjut jer..kalau daging rebus ketul.besar2 pun ok..nanti nk mkn bihun..baru kita potong..
#goreng tauhu,fishball n Fish cake . .potong kecik2..
#tomato belah nipis2..
#potong sawi..
#ketuk bwg putih . .

#Skrg jom.kita masak..

Kita buat sepinggan2 ya...

Panaskan sedikit minyak..masukkan.sebiji bwg putih yg tlh diketuk.. (kalau suka masukkan Cili kisar . .kalau x mau kita mkn jer.dgn.sambal..nnti kita buat sambal)..cedok 2.sendok besar air rebusan..masukkan dlm kuali..masukkan cili sos n tomato sos..agak2 dlm2 sudu besar sos cili..1 sudu sos tomato . .atau secukup rasa..masukkan sawi ..tomato biji dan bahan2 goreng   serta hirisan dgg yg tlh d rebus tadi..jgn lupa garam dan serbuk perasa..
#kalau ada.yg x nk telur rebus..blh pecah kan telur dlm kuah..bila dah separuh beku..tutup api..tuang kan kuah kedlm mangkuk yg sdh ada bihun/mee atau kuey teow..taburkan dgn daun sup/bawang..juga bwg goreng..

# untuk sambal..

Sebiji bwg besar n bbrpa ulas bwg putih..kisar..
Tumis.dgn minyak yg agak lebih sikit dari biasa..sbb kita nk sambal ni nanti berminyak..masukkan cili kering kisar..garam..gula n asam jawa..masak hingga pecah minyak..x perlu lah kering sangat..
SELAMAT  MENCUBA

Thursday 1 January 2015

KEK LAPIS KOKO HORLICKS

Resepi Kek Lapis Choco-Horlicks Kukus
=================


Bahan-Bahan
250g mentega tulen
1/2 cawan gula halus
5 biji telur gred A
1/2 tin susu pekat manis-sy letak 1/2 cwn
70g horlicks- sy letak 1/2 cwn
30g serbuk koko- sy letak 3 sudu besar
1 sudu teh esen vanila
1/2 cawan tepung hongkong/gandum
Cara-Cara
  1.Panaskan kukusan terlebih dahulu.(pastikan tutup ketika memanaskan
pengukus) dan gris loyang dengan mentega dan lapikkan kertas minyak.
2.Pukul mentega dan gula halus sampai berkrim
Masukkan telur satu persatu. (Masuk sebiji,pukul sebati baru tambah sebiji lagi).

3.Masukkan pula esen vanila dan gaul sebati. Masukkan susu pekat dan
tepung hongkong sedikit demi sedikit sambil digaul rata.(jika
menggunakan mixer,pastikan guna speed paling perlahan.
4.Gaul sebati menggunakan senduk dan bahagi 2 bahagian
Bahagian 1 masukkan horlicks,kacau sebati dan warnakan kuning. Bahagian 2 pula masukkan serbuk koko dan kacau sebati.

5.Pastikan pengukus sudah mendidih sebelum mula mengukus.. Kukuslah
berselang seli warna sehingga habis.. setiap lapisan mengambil masa 6
minit(bergantung kuat atau perlahannya api dapur)
7.Tutup loyang dengan aluminium foil ketika mengukus untuk mengelakkan air kukusan menitis di atas kek.
Kukus selama setengah jam lagi selepas kukusan terakhir
Jom share resepi ramai-ramai