Wednesday 26 November 2014

KEK CHEESE

CHEESE CAKE@KEK KEJU

Bahannya:
200g cream cheese( TATURA CHEESE.)ej gn 250g
400 ml susu segar (ej gna 1tin susu cair)
100 g mentega
100 g tepung gandum
100 gram gula halus
4 biji telur saiz A
1st esen vanila
1st jus lemon(xbubuh pn xpe)

Cara2nya:
1. Masukkan susu segar dalam periuk. Masukkan cream
cheese sehingga cair sambil sentiasa dikacau menggunakan hand whisk. Masukkan
pula marjerin,kacau lagi sehingga cair,padamkan api dan ketepikan.
2. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih
telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue. -meringue ialah adunan
putih telur dan gula betul2 ringan (ia xjatuh apabila mangkuk cuba
diterbalikkan)
3. Di dalam bekas lain yang lebih besar,pukul kuning
telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika..ayakkan
tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
-kacau menggunakan hand whisk dengan perlahan
4. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan
esen vanila/jus lemon, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata(boleh juga
menggunakan hand whisk tapi gaul dengan perlahan2)..
5. sapu acuan kek dengan marjerin dan taburkan tepung
disekelillingnya. Masukkan adunan kek di dalam acuan. Pastikan oven sudah
dipanaskan sebelum membakar kek
6. Bakar pada suhu 160'c guna api ATAS BAWAH selama 50
min-sehingga btul2 masak dn menggunakan kaedah bain marie(loyang kek diletakkan
di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar) - Lina pg bako suhu 150'C
8. Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu
sahaja.
9. Biarkan selama 10min kek didlm loyang barulah
dikeluarkan supaya tepi2nya regang dn senang dikeluarkan dn dapatlah tepi2 kek
yg licin gitu
10. Simpan didlm peti sejuk dulu lg enak dimkn time
keknya sejuk...(resepi EJ)

No comments:

Post a Comment