Tuesday 25 October 2016

Bubur Asyura Lenggong Style

Bahan2nya;
1kg tepung beras
3 sudu besar kerisik
10 batang serai
10 biji bawang kecil
1kg santan
3sudu besar serbuk rempah ketumbar
Kacang hijau 1/2kg
Kacang tanah 1/2kg
Kacang duduk 1/2kg
Ubi keledek 1kg
Gula dan garam secukup rasa..
Minyak utk menumis..

Cara2 memasak;
Rendam semua kacang2.. dan rebus sampai empuk..jgn jgn terlalu empuk..
Rebus ubi jgn terlalu empuk..
Mayang bawang kecil..
Kisar serai sehalus yg boleh..tapis seketika..buang airnya..

Tuang kan tepung beras kedlm besen..guna air biasa..kacau hingga tepung tadi cair dan likat..kemudian masukkan sekg santan tadi..sebatikan..

Dlm kuali..masukkan minyak..tumis bawang kecil sampai wangi..tuang bancuhan tepung beras tadi..masukkan serai..kerisik..rempah...garam dan gula..kacau..api sederhana...kemudian masukkan semua kacang2 tadi bersama air rebusan nya sekali..kacau lagi..dan rasa gula n garam..tambah jika perlu..kgn terlalu manis..kacau lah hingga pekat dan kalau nk tahu dia masak ke blm..rasalah..atau tenguk pada adunan asyura tu ada terjahan udara dari bawah yg menyebab kan asyura kita jadi naik bunyi blup..blup..

Bila dah masak ceduk lah boh dlm bekas..
Ambil secawan kcg hijau..sangai hingga masak ..sejuk kn..kisar dan gunakan penapis teh utk ayak kn kcg hijau kisar tadi ke permukaan asyura..

Monday 10 October 2016

Kerabu megi siam

KERABU MAGGI SIAM by Cheq da
utk mkn 5-6 orang

BAHAN
1. 3 Plastik maggi siam perisa tomyam
2. 10 batang crabstik
3. Carrot dihiris nipis dlm 1 biji
4. Sedikit kubis dihiris nipis ala2 kerabu
5.1 biji bawang besar
6. Sedikit daun sup dan daun bawang
7. 10 biji cili padi hijau ataupun merah

CARA
1. Panaskan air dlm periuk untuk merebus maggi.
2. Masukkan 1 serbuk perasa ke dlm air rebusan.
3. Rebuskan maggi dan crabstik dengan air rebusan tersebut dan toskan.
4. Setelah siap masukkan ke dlm  bekas dan campurkan ke semua bahan tersebut bersama dengan hirisan sayuran td. Crabstik pun dihiris2 juga selepas di rebus.
5. Ambil pula serbuk perasa dari 2 plastik yang tadi.
dan letakkan ke dlm bekas yg berasingan.
6. Air rebusan td jgn terus dibuang. Sebaliknya campurkan ke dlm mangkuk yg berisi serbum tadi dlm 7 sudu besar. Kalau rasa nk berkuah sikit boleh lebihkan.
7. Campurkan terus ke dlm mangkuk td dan gaul sebati.
8. Tak perlu tambah2 apa2 perasa sebab isnya dan cukup serasi dan sesuai. Asam limau pun kalau nk letak pun boleh diletak sedikit sahaja sebab dah masam. Kalau tak nk letak pun tak pe.
9. Siap utk dihidangkan.