Saturday 29 August 2015

Kuah sambal untuk nasi lemak

Kebiasaannya kalau kita nk buat nasi lemak dalam jumlah yg bnyk kita kena masak kuah sambal..x blh lah rasanya nk buat sambal ikan bilis macam biasa..kalau takat nk makan di rumah utk keluarga blh lah..lagi sedap..

Kalau utk kenduri atau jualan...x cukup kuah nnti..jadi mari kita belajaq buat kuah sambal..tp masak kuah sambal ni kita kena sabaq sikit lah..kita kena msak dan biarkan dia mereneh 2 ke 3 jam..biaq dia betul2 pekat..

Bahan2nya;

1 jug blender pes campuran bwg merah 10 bj+ bwg putih 8 ulas + seinci halia dan kalau suka 3 btang serai yg telah dikisar halus..

2 jug blender cabai kering yg telah d.rebus hingga kembang dan di kisar halus..(semasa nk kisar cili kering masukkan 2 sudu besar minyak)

1 keping gula melaka
Air asam jawa.secukupnya
Belacan sebesar 2 jari. (Kisar bersama.dgn cili kering)
Garam dan gula ikut citarasa sendiri..begitu jugak dgn aji..kalau suka..
1/2 cawan ikan bilis..basuh dan.kisar kasar2
2 cawan minyak masak..

Cara2 masak;

Panaskan minyak..selepas itu tuangkan pes bawang kisar...masukkan cili..masuk kan ikan bilis  kisar..........masukkan air asam jawa..masukkan gula melaka..biarkan ia mendidih sampai betul2 pekat..seblm tu rasa dulu asam..garam dan gulanya..ambik masa lebih dari sejam..sabar ya..selamat mencuba..

Thursday 27 August 2015

Kek kukus pisang

Bahan2nya;

1 setengah cawan tepung gandum (knor guna cawan yg muat 250ml air...lebih besar dr cawan biasa tu)

5 biji telur saiz B
1 cawan minyak jagung (knor guna minyak biasa jer)..

6 biji pisang awak yg masak ranum..(d lenyek)
1 cawan gula halus..
1 sudu besar asing vanilla
1 sudu besar baking powder
1 sudu besar soda bikarbonat
1 sudu besar asen vanilla..
1 sudu besar jus limau nipis..

Cara2nya membuatnya;

Didihkan air kukusan telebih dahulu...
Campur kan tepung bersama baking powder dan soda bikarbonat = gaulkan dan ayak bersama...
Kisar telur + minyak + gula = sampai kembang..
Masukkan esen vanilla dan jus limau nipis..kemudian pisang yg telah d lenyek..sebatikan..kemudian masukan tepung yg telah.di ayak tadi..bila dah sebati kukus lah dalam acuan yg d.sukai..kalau ikut adunan knor.ni dapat lah 4 biji kuih seperti dalam gambar..oh ya.sesiapa yg nk bakar silakan..mmg resepi asal kek pisang bakar lah ya.

Resepi kek pisang (sukatan cawan.biasa)

1 1/2 cwn tpg gandum
1 cwn gula halus/kastor
1 cwn minyak jagung/minyak biasa pun blh
4 biji telur saiz B
4 biji pisang emas/awak
Esen vanilla
1 sb jus limau nipis(x boh pun x pa)
1 sk soda bikarbonat
1 sk baking powder..

Cara2nya sama seperti diatas..oh..ya..knor.rasa kuih ni kena boh garam sikit lah..sapa berani cuba boh garam silakan..

Wednesday 19 August 2015

Cucur keria. (Cucur gelang)

Kalau nak ikut kan ya..kuih ni senang jerr..tp kalau silap pilih ubi..ghablah jugak..
Masa sira air gula pun..blh jadi citer gak..
X per lah..jom try!

Bahan2nya;

1kg ubi keledek yg isinya putih
Sedikit garam 
Air secukupnya serta minyak masak.
1 cawan gula pasir (sukat dalam cawan 250ml)
Tapi kalau nak agak2 jer pun blh..

Cara2nya;

kupas kulit ubi dan potong kecil2..rebus bersama sedikit garam..air letak sampai tenggelam ubi..rebus sampai empuk dan kering airnya..lenyek  ubi sampai hancur..kalau air rebus x kering buang airnya..
Masukkan tepung sampai jadi doh..AWAS jgn tambah air..tepung dan ubi sahaja..kalau lembik sikit x per..nnti kita celup hujung jari dlm minyak..kita blh ambik doh dan bentuk kan ia.mcm gelang dan terus goreng..
Buat satu satu dan goreng terus..api jgn kuat..sat lagi x dan nk buat kuih ..
Bila semua dah siap kita nk boh gula plk kan..

Dalam kuali besar..yg blh muatkan semua kuih2 awak tu..didihkan 100ml air biasa bersama secawan gula..lebih pun x per..JANGAN TERLEBIH LEBIH SUDAHLAH YA..
Kacau sampai air gula berbuih2..dan pekat bertali bila di angkat dgn sudip..api sederhana tau..kemudian masukkan semua kuih2 tu..cepat2 kacau bagi semuanya kena air gula..terus  kacau sampai keluar gula macam dlm gambar tu..tutup api..cepat2 angkat..atau tuang jer dlm talam..kalau knor..lepas tutup api..knor pegang ke2 2 telinga kuali ..knor lambung2 kan kuih supaya dia x melekat ..selamat mencuba..

Sunday 16 August 2015

NASI KACANG

BAHAN2 NYA;

1KG BERAS BIASA
1 CAWAN KACANG DHAL
1/2 KG SANTAN
2 BIJI BAWANG BESAR*
3 ULAS BAWANG PUTIH*
SEDIKIT HALIA*
KISAR SEMUA BAHAN2 YG BERTANDA BINTANG*..
SEDIKIT PEWARNA KUNING..
GARAM..
2 SUDU BESAR MAJERIN..
2 HELAI DAUN PANDAN..

CARA2 MENYEDIAKANNYA;
RENDAM KACANG DHAL HINGGA KEMBANG DLM 1JAM
BASUH BERAS...MASUKKAN DALAM.RICE COOKER..
MASUKKAN BERSAMA KACANG DHAL..PES BAWANG KISAR..MAJERIN..GARAM DAN SANTAN..SERTA SEDIKIT PEWARNA KUNING..
ON KAN RICE COOKER..BILA DAH HAMPIR MENDIDIH . .KACAU NASI.
MASUKKAN DAUN PANDAN...TUTUP PENUTUP NYA..BILA HAMPIR KERING..KACAU LAGI SEKALI..BILA RICE COOKER DAH OFF...BUKA PENUTUP . .TUTUP PERMUKAAN DGN PLASTIK..OK..TUNGGU LAH BBRAPA2 MINIT..NASI MASAK..

Saturday 15 August 2015

Kuah satay..

KUAH SATAY
Bahan bahan:

600 gm kacang tanah - disangai
5 biji bawang besar..di kisar..dan ambik sebiji utk menumis..
½ cawan cili kering  kisar
1 cawan gula..atau secukup manis
1 cawan santan
2 batang serai si kisar halus
Sedikit lengkuas..d kisar halus
2-3 cawan air
Minyak untuk menumis
Air asam jawa..

Garam secukup rasa - saya guna 1/2 sudu besar garam halus

Cara cara:

Kacang tanah mestilah cukup masak sewaktu disangai. Dibuang kulit, dan dikisar. Ketika kisar dalam blender, guna air secukupnya .
Tumis bwg hingga wangi..masukkan cili dan bahan2 kisar yg lain..didihkan sekejap..masukkan kacang yg tlh di kisar serta air asam jawa..masukkan.garam gula santan..biarkan mendidih hingga pecah.minyak..siap

ROASTED CHICKEN WANTAN MEE. (HARRIE MAULANA)

Celur mee wantan terlebih dahulu..
Dlm pd tu siapkan bahan2 sosnya :
3 sdb tomato ketchup
2 sdt sos perisa tiram
2 sdb sos ikan (nam pla)
2 sdb minyak cili
1/2 sdb minyak bijan
1 sdb serbuk pati ayam
1 sdt balsamic vinegar utk menggantikan rice wine
Cara2nya :-
Satukan semua bahan2 td dlm mixing bowl, kacau2 bg serata dan letak sebelah. Setelah mee wantan dicelur dan ditoskan, terus plating ke dalam piring mee dan siram2kan dgn sos yg disediakan td. Kita boleh letak sayur sawi yg dicelur trlebih dahulu dan susunkan kepingan ayam roasted di atas, boleh taburkan sikit daun bwg dan sedia utk dimakan...
●●●●●●●●●●●●●●●●●□□□●□●●●□□●●●●●●●●
Utk buat roasted chicken pula..
Guna bahagian dada ayam dan marinade dgn :-
- beberapa helai daun bwg dipotong 2 in dan diketuk2.
- 8 ulas bwg putih diketuk dan dicincang
- 3 sdb kicap soya yg biasa
- 2 stgh sdb sos hoisin
- 2 sdb serbuk pati ayam
- 3 sdb gula
- 1 sdb minyak bijan
Setelah dilumur pada isi ayam bolehlah dibalut dgn clingwrap dan disimpan dlm peti sejuk smalaman. Setelah diperap semalaman toskan lebihan air yg trdpt pd perapan, sementara tu panaskan oven dgn suhu 180 darjah C, masukkan sedikit air ke dlm baking tray dan letakkan di bhgian bwh wire rack supaya ia menghasilkan lembapan pd ayam yg dibakar tu nnt. Setelah ketuhar cukup panas letakkan isi ayam tu td ke atas wire rack dan biar dipanggang dlm 40 minit. Kemudian tingkatkan kepanasan kpd 230 darjah C selama 5 minit lg supaya menghasilkan crispy di bhgian luar isi ayam.

PULUT DAKAP.. ( KHATIJAH ZURINA KHALID)

Di sini saya sertakan resepi Pulut Dakap cara saya ye.  Andai ada kawan kawan yang ada cara lain, harap dapat kita kongsi bersama ye. 

Bahan-bahannya:
3 cawan beras pulut ( seperti biasa saya suka pulut susu)
1 sikat pisang awakyang masak ranum ( tak ada biji.  Nak guna pisang raja atau pisang berangan pun boleh juga)
3 cawan santan pekat diletakkan garam secukup rasa
Sedikit gula
2 helai daun pandan
daun pisang secukupnya ( dipotong selebar 6x 6 inci serta dilayur sehingga layu)
tali untuk mengikat secukupnya

Cara-cara menyediakannya:
Rendam pulut selama 1 jam .Kukus pulut sehingga masak. Bila masak, gaulkan dengan santan sehingga rata ~ ketepikan. Ambil pisang dan belah dua.Sendukkan pulut sebanyak 2 sudu besar dan letakkan ditengah-tengah daun pisang.Ratakan pulut dan letakkan pisang ditengah-tengahnya. Taburkan sedikit gula.  Lipatkan daun pisang seperti membalut lepat.Buat sehingga pulut dan pisang habis.Ambil dua bungkus pulut dan kembarkan keduanya.Ikat dengan tali di bahagian atas dan bawahnya sehingga habis semua berpasangan.Masukkan kedalam kukusan dan rebus selama 25 minit.Angkat dan hidangkan. Selamat mencuba

Thursday 13 August 2015

Spaghetti (rozie cik rose)

Resepi sos spageti
2 botol sos spageti
(Tradisional sdap,boleh juga cmpur cendawan)
Sos thai 1/2 botol
Cili api 5 biji-tumbok cikit
(bg rasa kemelayuan cikit)
Daging kisar 1 peket
Sosej(ikut suka)
Cendawan butang 1 tin
Bwg holland sebiji(cincang)
Bwg putih 3 ulas
Cara2...
Masuk minyak,tumis bwg n cili api,masukkan daging kisar...masak lama sikit...
Masukkan sos spageti,sos cili thai
n gaul...masukkan sosej n cendawan...boleh rasa masam masin...jika kurang tmbah la perasa...
P/s:kepekatan sos ikut kita...sy selalu sy akan tambah air sikit...

Wednesday 12 August 2015

Daging masak malbari

DAGING MASAK MALBARI

BAHAN-BAHAN

1 Kilo daging

1/4 cawan kicap manis

2 tbsp serbuk jintan manis

2 batang kulit kayu manis

6 biji buah pelaga

4 kuntum bunga lawang*

10 ulas bawang merah*

2 inci halia*

4 ulas bawang putih*

1/2 cawan cili kisar

2 tbsp cuka

(saya ganti dgn sour plum sos)

2 biji biji bawang besar

4 tbsp kismis hitam

CARA MENYEDIAKAN:-

1. Hiris nipis-nipis daging dan perapkan bersama cili kisar, kicap, cuka dan 1 tbsp jintan manis. Perap semalaman akan menyedapkan lagi rasa daging.

2. Kisar bahan yang bertanda *. Tumiskan rempah penumis dan masukkan bahan kisar.

3.Masak hingga naik bau. Masukkan daging dan masak sehingga daging empuk atau kuahnya menjadi pekat bersalut. Tambahkan kicap jika warna kuah kurang hitam.

3. Jika anda tidak menggunakan cuka atau sos hoisin masukkan air asam jawa secukup rasa. Masakan ini seharusnya ada rasa masam.

4. Masukkan kismis dan lebihan jintan manis, gaul rata. masukkan pula bawang besar yang di hiris kasar. Gaul rata biarkan sebentar dan angkat.

SAMBAL TEMPOYAK JERING(RABIE ADAWIYAH)

SAMBAL TEMPOYAK JERING
BAHAN DAN CARA:

1. jering kerat setengah je
2. Bawang besar dipotong bulat
3. Ikan bilis
4. cabai kecik ditumbuk dan dicampur dgn tempoyak
5. Minyak, garam dan gula...

caranya...
Goreng ikan bilis dekat-dekat nak garing,masuk jering goreng sampai dia nampak warna jernih pastu masukkan cabai dan tempoyak yg ditumbuk tadi, isi air sikit masukan bawang tadi..masuk la gula sikit kalau tempoyak tu dah rasa masin atau masuk garam sikit kalau tempoyak manis....masak sampai kering sikit pastu angkat....seap!!

KUAH SATAY

Bahan bahan:

600 gm kacang tanah - disangai
5 biji bawang besar..di kisar..dan ambik sebiji utk menumis..
½ cawan cili kering  kisar
1 cawan gula..atau secukup manis
1 cawan santan
2 batang serai si kisar halus
Sedikit lengkuas..d kisar halus
2-3 cawan air
Minyak untuk menumis
Air asam jawa..

Garam secukup rasa - saya guna 1/2 sudu besar garam halus

Cara cara:

Kacang tanah mestilah cukup masak sewaktu disangai. Dibuang kulit, dan dikisar. Ketika kisar dalam blender, guna air secukupnya .
Tumis bwg hingga wangi..masukkan cili dan bahan2 kisar yg lain..didihkan sekejap..masukkan kacang yg tlh di kisar serta air asam jawa..masukkan.garam gula santan..biarkan mendidih hingga pecah.minyak..siap

Monday 10 August 2015

KARI AYAM KELANTAN (FARAH ZETTY)

Kari ayam...

Ayam di potong 18 seekor
B.merah 3 biji*
B.putih 2 ulas*
Halia 2 inci*
Kulit kayu manis 1*
Bunga lawang*
Bunga cengkih*
Rempah kari adabi 2 paket kecil*
Air asam jawa
Gula melaka 1/2 kping( klau yg gula mlka kltn tu)
Garam secukupnya
Gula sedikit
Secukup rsa maggi
Santan dari sebiji kelapa

Itu jea...
First tu tumiskn bhn bertanda...
Msukkn gula mlka..gula n garam..seckup rsa...dan air asam jawa
N bila dah pecah minyak masukkn aym...gaulkn aym...n tunggu sampai aym separuh masak..
Baru msuk santan....

Sunday 9 August 2015

SAMBAL IKAN BILIS..

Bahan2nya;

100gm ikan bilis..pilih ikan bilis yg terbaik..
Cili kisar secukupnya
Sebiji bawang besar*(kalau kecil boh 2 biji ya)
3 ulas bwg putih*
Sedikit halia*
(Kisar bersama bahan2 yg bertanda* hingga halus)
Air asam jawa
Gula
Garam
Sedikit pati santan..
Minyak masak..

Cara2 memasak;

Bersihkan ikan bilis..basuh..ketepikan..
Panaskan minyak..goreng  ikan bilis sampai garing.. (kalau suka ikan bilis garing dan rangup..angkat dulu ikan bilis yg dah garing ini..ketepikan  ).. kalau nak ikan bilis yg agak lembut..biarkan saja ikan bilis yg dah garing tadi dalam kuali..masukkan bahan2 kisar serta cili kisar..
Biarkan ia mendidih...masukkan air asam jawa..sikit jer ya...kacau lagi..masukkan sedikit garam dan sedikit gula..kacau lagi.
Dan.masukkan pati santan..kacau lagi..rasa dulu..bila dah ok..angkat lah..

Resepi cucur.udang pasembur (copy dr.blog mamak haji)

RESEPI CUCUR UDANG UNTUK PASSEMBUR ATAU ROJAK MAMAK:

BAHAN-BAHAN:

1 cawan tepung gandum (biasanya 1 cawan = 100gm).1 cawan tepung beras.3 sudu besar (tbsp) tepung jagung.3 sudu besar (tbsp) kelapa parut/ gunakan yang kering. Tak perlu beli, goreng kering di atas kuali dengan api sederhana. kalau malas tak payah bubuh pun.1 sudu kecil (tsp) Yis segera/ Mauripan 11gm setengah paket.1/2 sudu kecil baking powder.1 sudu kecil gula pasir dilarutkan dengan 2 cawan air suam (jangan panas!). Larutkan yis. Biarkan 10 minit sebelum dicurahkan kedalam tepung.3/4 sudu kecil (tsp) garam. Mamak haji tak tambah kisaran udang, taugeh, kucai, bawang atau cili hijau. kita cuba tepungnya dulu sebelum kita jadikan ia digunakan untuk “resepi passembur”. Anda boleh ikut resepi cucur udang mamak penang dalam posting lama.  Caranya sama untuk cucur ini kita tambah tepung beras untuk mengeraskan dan tepung jagung untuk tidak menjadikan hasil gorengan yang terlalu keras tetapi jadikan ranggup.  kalau tidak masukkan tepung jagung ia akan jadi seperti kueh tempeyek.

CARA MEMBUATNYA:

1. Adunkan tepung beras, gandum, jagung, baking powder dab garam serata.  Masukkan larutan gula bersama yis dalam adunan tepung.  Bancuh tepung serata. Kalau nak  berbentuk bulat cucur, cairkan sedikit tapi kalau inginkan cucur berbentukk selinder (bulat memanjang) pekatkan sedikit ditambah tepung gandum. Jenis selinder ini kita perlu gunakan sudip untuk memindahkan kedalam kuali untuk gorengan.

2. Tutup bekas adunan. Biarkan (peraman) selama sekurang-kurangnya satu jam. Lama sangat pun tak boleh kerana tepung akan menjadi masam. Bagi mamak haji 1-2 jam sudah memadai.

3. Adunan biasa akan naik dua kali dari asal. Gaulkan kembali. Masukan nyioq parut (susah nya nak sebut kelapa). Gaulkan kembali adunan. Sambil itu boleh panaskan kuali dengan minyak masak “CAP FELDA FVGH” sebelum naik harga minyak masak naik!.

4. Ini nak goreng ini, uji dan pastikan minyak betul-betul panas dengan masukan satu atau dua titik tepung adunan tadi kedalam minyak untuk menetukan kepanasan. Minyak kalau tak panas, minyak masak diserap ke dalam cucur anda. Ini akan jadikan bukannya cucur udang tapi cucur minyak. Terlalu panas akan menghanguskan cucur. pandai-pandai kawal suhu panas. kalau nak sejukan minyak panas masukan sedikit minyak baru ke dalam kuali. Kepanasan Minyak gorengn jangan sampai ia berasap (terbakar), ia buruk untuk kesihatan yang membentuk asid. Inilah sebab kadang-kala bila makan gorengan tekak kita gatal dan batuk-batuk. Minyak yang telah berasap tidak boleh digunakan. Mana nak buang?. Kenapa majlis tak mahu sediakan tempat kumpul minyak?. Kononnya dasar “hijau”. Hijau itu warna rasmi Petronas bukan Parti Pas.

5. Cara goreng gunakan sudip, panaskan sudip kedalam minyak panas selama 1-2 minit. Ambil adunan tepung dengan sudu (2 sudu) dan tolak dengan sudu yang lain, masukkan dalam minyak panas. Tepung kadang-kala melekat di sudip, untuk elakan biarkan dia masak sedikit kemudian baru tolak masuk. Kalau punyai sudip yang tak melekat (non-stick ceramic) amat sesuai. Buat perlahan-lahan untuk memahirkan.

6. Cara tuang tepung di tepi kuali menggunakan senduk dan tuang ditepi kuali. Yang melekat itu boleh ditolak dengan sudip. Untuk ini tepung perlu cair sedikit kerana ia akan meleleh perlahan masuk ke dalam kuali.  Tepung yang masih terlekat atas paras minyak di kuali boleh ditolak masuk dengan sudip bila tepung mulai masak.

7. Meletakan udang di atas cucur memang masalah pada yang mula buat. Nanti udang ke mana cucur ke mana. Untuk memudahkan udang melekat di atas cucur, bersihkan udang dan masukan sedikit tepung gandum supaya udang diselaputi dengan tepung. Tepung ini perlu cair. Ia seperti kita buat “gam” untuk roti sardin atau popia. Letakan udang disalut tepung ini pada peringkat cucur mula masak dan kita tolak masuk kedalam minyak. Pasti udang tak berenang dalam minyak.

8. Cucur yang masak akan terapong dan bertukar menjadi warna kekuningan. kalau anda nak warna seperti cucur udang mamak, tambahkan sedikit pewarna” Red Orange” atau “oren merah” bukan kuning telor. Cucur yang masak kita boleh tentukan dengan tidak ada gelembong udara dikeluarkan dari cucur yang tengah masak. Ini bermakna kandungan air dalam cucur telah sejat. haba mainkan peranan utama dalam setiap gorengan. Garing bermakna mengeluarkan kandungan air dalam setiap gorengan.

Nota: Kekerasan cucur udang ini terletak pada tepung beras. Kalau ia lembut dan kita nak keras, tambahkan tepung beras. Kekerasan juga kadang-kala terletak cara kita goreng atau kandungan air yang terdapat dalam gorengan itu. Ini termasukan kepekatan tepung gorengan. Maka  terus mencuba untuk mendapatkan gorengan terbaik dengan melatih. Kena melatih sendiri untuk memahirkan diri. Masak ini memerlukan kesabaran, ketabahan, tidak mengaku kalah atau kecewa. Kena lakukan sendiri dengan minat mendalam. Takat salin resepi dan buat berniaga ia tak menjadi. Cucur udang passembur kita perlu berlainan dari orang lain. Maka kita perlu punyai daya cipta dan kreativiti dalam perniagaan untuk terus maju.. Wassalam.

Friday 7 August 2015

SUP TULANG/DAGING/AYAM

Bahan2nya;

1.5 kg tulang
1 paket rempah sup
1 sudu rempah kurma
1 biji sup bunjut
Pes bawang kisar.. (bwg besar 2 biji+ bwg putih 4 ulas + sedikit halia)
2 biji tomato..di belah-belah
Garam..serbuk perasa
Daun sup daun bawang
Bwg goreng . .

Cara2 memasak;

Buka sup bunjut..basuh dan tumbuk sampai hancur..
Bersihkan tulang..tos kan..
Campurkam.rempah sup dan rempah kurma.
Bancuh dgn air..kacau sebatikan..
Panaskan minyak dlm periuk..tumis sup bunjut yg dah d tumbuk tadi.. bila dah wangi..masukkan pes bwg kisar ...kacau kejap.masukkan rempah yg tlh d bancuh tadi...dan biarkan seketika sehigga naik aroma...masukkan tulang..kacau..dan.masukkan air secukupnya...biarkan mendidih.bila dah separuh masak..kemudian  masukkan tomato..dan masukkan juga kentang..biarkan hingga daging yg ada bersama tulang  itu empuk...masuk kan garam dan perasa..bila dah masak..seblm angkat..potong daun sup n daun bawang seinci seinci..taburkan dlm sup..tutup periuk . .tutup api..
Mayangkan sebiji bwg besar..tumis kan bawang sampai garing..tuang kan kedlm sup tadi..tutup periuk..biarkan sehingga waktu nk mkn.
Kacau  dulu sup..hidangkan..bersama bwg goreng . .

Thursday 6 August 2015

KUAH ROJAK

BAHAN-BAHAN :
Satu botol (kecil) kicap manis
Satu botol (kecil) sos cili
1/2 keping (kecil) belacan
1 senduk cili kering kisar
10 tangkai cili padi (boleh tambah jika nak lebih pedas)
1 ketul gula kabung (gula melaka)
1/2 paket gula batu
1 cawan gula pasir
bancuhan tepung jagung secukupnya (saya bubuh 1-2 sudu besar)
bijan dan kacang tanah tumbuk untuk hiasan

CARA-CARA :
Masukkan semua bahan-bahan ke dalam kuali (kecuali tepung jagung, bijan dan kacang tumbuk) Masak sehingga mendidih dan kuah agak pekat Masukkan bancuhan tepung jagung Tutup api dan biarkan sejuk Hiris buah-buahan tempatan seperti jambu, mangga, betik muda, sengkuang, nenas, dan timun. Curahkan kuah ke atas buah-buahan tadi Taburkan bijan dan kacang tumbuk di atasnya Sedia dinikmati!

TIPS : Tips 1 : Tepung jagung jgn terlalu banyak nanti kelikatan kuah nampak palsu.

Tips 2 : Gula batu adalah bertujuan untuk mendapatkan hasil kuah rojak yang cantik berkilat dan bukan amatur.

Tips 3 : Jangan dicampur air supaya kuah rojak tahan lama dan mempunyai rasa asli

Tips 4 : Gunakan belacan yang baru dan fresh untuk rasa kuah rojak yang lebih owsome

Tips 5 : Untuk sukatan 1 botol besar kicap = 1 botol besar sos cili, begitulah sebaliknya

Wednesday 5 August 2015

Rempah khabsha

Bahan - bahan:
1 sudu makan bunga cengkih **
1 sudu makan lada hitam **
1 sudu makan jintan manis **
1 sudu makan jintan putih **
2 sudu makan biji ketumbar **
1 sudu makan buah pelaga **
1 sudu buah pelaga hitam (black cardamom pods) **
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh kunyit

Cara penyediaan:

1. Goreng tanpa minyak bahan2 yg bertanda ** sehingga naik bau dan angkat.
2. Kemudian kisar semua bahan sehingga hancur.
3. Simpan rempah yg telah dikisar didalam bekas yg kedap udara.

Jika tiada buah pelaga hitam, boleh gantikan dgn buah pelaga biasa. Serbuk rempah ini boleh juga digunakan pada semua masakan ala arab termasuklah ayam dan daging.

** Didalam resepi asal, halia dicampurkan sekali. Saya tidak masukkan halia sebab rempah2 diatas adalah kering dan boleh disimpan lama. Masukkan halia semasa nak msk makanan.

Monday 3 August 2015

Kek vanilla cheese

Bahan-bahan :

150 gm tepong super fine/tpng kek/tpng gandum*
1 sudu kecil baking powder*(*di ayak bersama)
5 biji telor gred A
1 sudu besar ovalettePerisa vanilla

Cara-cara :
Satukan gula, ovalette dan telor dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi (tapi ini terletak kepada kelajuan pengadun masing-masing).Perlahankan kelajuan dan masukkan susu segar, pukul lagi.Tuangkan minyak/ mentega cair berselang seli dngn tepung yg di ayak bersama b.powder kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.Bahagikan adunan pada 2 bahagian, satu letak perisa vanilla dan biarkan plain, satu bahagian lagi letak coklat emulco. Gaul sebati semuanya.Sediakan tin pembakar bulat atau 4 segi ukuran 7 inci, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. Tuangkan adunan berasingan loyang dan bakar selama 45 minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180 darjah celcius.Bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek... lebih kurang 5 minit... bagi mengelakkan kek kita kempis.Biarkan kek benar2 sejuk barulah di hias.  UNTUK KRIM
1 kotak cream cheese philadelphia (250gm)  1/2 cwn susu pekat manis- (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2.UTK TOPPING
1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)Cara menghias kek
Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong