Thursday 30 October 2014

NASI DAGANG

NASI DAGANG KELANTAN

3 cawan beras nasi dagang Kelantan
~ beras di rendam selama 20 minit, kemudian cuci bersih. Toskan
3 ulas bawang merah ~ di hiris
2 ulas bawang putih ~ dihiris
1 inc halia ~ di hiris kasar
1 helai daun pandan ~ di simpul
1 sudu teh halba
3 cawan santan  ~ dari 1 biji kelapa atau 1 kotak santan kara campur air jadikan 3 cawan.
1/2 sudu teh garam atau 1 sudu teh maggi cukup rasa.

Satukan semua bahan-bahan yang kita sediakan tadi. Masukkan ke dalam periuk nasi.
Kacau rata, kemudian tanak nasi seperti biasa hingga ia masak.
Bila dah masak, gemburkan nasi dengan chopstik dan tutup semula periuk dan biarkan ia masak dengan sempurna.

ej suka masak terus nasi di dalam periuk nasi. Selain ianya mudah, ringkas dan cepat, ita tak perlu risaukan nasi hangit ke.. jelantah..ke.. bila cukup masa nasi dah pun siap. Dapur pun bersih tak berselerak dengan kukus la.. periuk la..

Sementara kita tunggu nasi kita masak bolehlah kita sediakan bahan untuk Gulai Ikan tongkol pula..

GULAI IKAN TONGKOL


Kebiasannya Nasi Dagang Kelantan menggunakan ikan tongkol untuk lauk gulainya yang di makan bersama nasi dagang. Jika tak suka ikan tongkol bolehlah di gantikan dengan ikan kembung. Anda juga boleh sediakan gulai ayam, jika tak suka ikan.

2 ekor ikan tongkol sederhana besar ~ siang ikan, potong dan cuci bersih
Air secukupnya untuk merebus
5 keping asam keping
1 sudu teh garam

Ikan tongkol ni jangan rebus lama-lama sangat ya, nanti dia hancur pula bila kita masak. Cukup sekadar dia masak aje dah ok! lagipun kita akan masak dia semula nanti di dalam gulai.

Sementara kita tunggu ikan tongkol kita empuk, kita sediakan pula bahan rencah untuk gulai kita ni.

Bahan Kisar

15 tangkai cili kering ~ rendam lembut, cuci bersih dan kisar
2 ulas bawang putih ~ kisar
7 ulas bawang merah ~ kisar
1 inc lengkuas ~ kisar
1 inc kunyit hidup ~ kisar

1 sudu teh lada hitam  ~ di tumbuk
1 gengam kelapa parut putih ~ di kisar

Bahan Perasa

3 cawan santan
2 keping asam keping
garam dan gula secukup rasa
1 buku gula melaka
1 kiub ikan bilis ~ jika suka
1 sudu teh Maggi Cukup Rasa ~ jika suka

Sayuran

2 biji tomato ~ potong baji
2 batang timun ~ belah 2 dan potong serong
2 tangkai cili merah ~ belah 2

Bahan dah pun tersedia, sekarang bolehlah kita mulakan proses memasak

Bila dah masuk sayur,  kacau rata terus tutup api. Jangan masak lama sangat bila dah masuk sayur, nanti lembik tak sedap pula. Dia sedap kalau kita makan sayur tu rangup-rangup lagi.

  ok siapppp

Laksam

Bahan utk laksamnya;

3 cawan tepung beras

1/2 cawan tepung gandum

5 cawan air suam (3 cawan air mendidih + 2 cawan air biasa)

1/2 sk garam


Satukan semua bahan dan kacau rata. Masukkan di dalam jug untuk memudahkan di tuang ke dalam bekas.


Panaskan pengukus sehingga mendidih. Letakkan tudung periuk atau apa apa bekas yang leper ke dalam pengukus dan sapukan minyak.


Kacau supaya adunan tidak mendap dan tuangkan setengah dari tudung periuk dan tutup tudung pengukus dalam 5-10 minit sehingga adunan menjadi menggelembung seperti gambar di bawah.


Angkat dan dengan menggunakan pisau atau garpu, balik sambil digulung gulung dengan menolak perlahan lahan ke tepi.


Terus menggulung dan menolak sehingga ke penghujung tudung periuk dan terus golekkan ke dalam bekas supaya kita tidak menyentuh dengan tangan.


Sapu minyak pada bekas tadi dengan tak perlu dibasuh. Masukkan ke dalam pengukus dan ulang proses yang sama sehingga selesai.


Satu adunan dapat menghasilkan 8 gulung laksam. Bila hendak dimakan, gunting laksam ini nipis nipis.

Bahan Kuah
1 kg ikan - rebus ambik isi dan kisar
1/2 kg santan pekat
1 gelas air utk tambahan (utk sesuaikan pekat/cair)

Dikisar
10 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 btg serai - ketuk
1 sk serbuk lada hitam
3 keping asam keping
Garam
Gula secukup rasa.

Satukan semua bahan di atas dan masak di atas dapur sehingga mendidih dan masak. Masukkan garam dan gula. Sesuaikan rasa dan kepekatan, bolehlah diangkat. Jika terlebih pekat, masukkan sedikit air panas.

Ulam
Kacang panjang
Daun kesum
Timun batang
Bawang besar
Bunga kantan
Kubis

Sambal
Cili padi
Cuka
Garam
Gula

Kisar kesemua bahan di atas

Bahan lain
Belacan
Garam

Cream puff

CREAM PUFF
Bahan2
125 gm self raising flour atau tepung gandum + 2 sudu teh baking powder
100 gm butter
250 ml air
1/2 sudu teh gula
3 biji telur
Cara 2 :
Panaskan oven pada suhu 220 darjah C.
Satukan butter, air dan gula dalam periuk. Panaskan sehingga butter cair.
Selepas ia mula mendidih, perlahankan api paling kecil dan terus masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil di kacau.
Kacau dengan pantas sehingga ia kurang melekat pada dinding periuk. Konsistensi perlulah kental. biarkan adunan betul-betul sejuk.Selepas sejuk, masukkan telur satu persatu. Kacau sehingga rata dahulu sebelum dimasukkan telur seterusnya. Saya pukul guna mixer hingga adunan licin.
Gunakan beg paip dan paipkan mengikut bentuk yang anda suka di atas dulang yang telah disapu marjerin.
Renjiskan cream puff dengan sedikit air.
Bakar dalam oven dengan suhu 200c hingga permukaan puff kecoklatan,lebih kurang 30 minit.
**.Suhu yang panas membantu puff naik dengan sempurna. Pastikan puff telah benar-benar masak sebelum dikeluarkan dari oven.
Ia kelihatan ringan,bahagian bawahnya tidak melekat di dulang dan telah berwarna kuning kecoklatan sedikit.
Jika dikeluarkan sebelum cukup masak, puff akan turun dan tidak berongga di dalamnya.
Selepas dibakar. Buatlah lubang dibawah atau belah dua secara melintang dan paipkan dengan krim pastri atau sebarang krim yang anda suka dan salutkan atas dengan coklat cair atau ayakkan dengan sedikit gula icing...

Custard Filling
Resepi: kak Ida@1001resepi

Bahan2:
2 camca besar tepung kastard
2 camca besar gula kastor
1 1/3 cawan susu segar
30 gram mentega (kurang lebih 2 camca teh)
1 camca teh esen vanilla
Cara2nya
Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla.
Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat.
Padam api, tambah mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biar sejuk. Ketepikan.

#tq Hasniza Hassan.

Wednesday 29 October 2014

KUIH TALAM LAPIS SAGU

KUIH TALAM LAPIS SAGU (KUIH TALAM SAGU)

Bahan untuk lapisan bawah ( bersagu ) :

    2 cawan santan cair )
    1 cawan sagu - dicuci dan rendam sebentar
    1/2 - 1 cawan gula pasir - eej letak 3/4 cawan
    garam secukup rasa
    pewarna merah secukupnya

Cara membuatnya :

    Sapu acuan dengan minyak dahulu. ej guna acuan 4sagi
    Gaulkan semua bahan hingga sebati. ej masak dulu dalam periuk dengan mengacau hingga sagu pekat dengan menggunakan api perlahan.
    Tuangkan ke dalam loyang dan kukus selama 30 min. Baru ej cedokkan ke dalam acuan 4 sagi yang disapu minyak tadi dan kukus selama 20 minit atau hingga hilang biji2 putih tu.
 

Nota = ej masak bahan2 sagu dlm periuk sehingga pekat dlm 15 minit dngn menggunakan api sederhana. Hendaklah sentiasa di kacau supaya adunan rata. Selepas itu ej masukkan dlm acuan kecik. ej kukus dlm 15 minit. Angkat dan bolehlah tuangkan adunan utk lapisan atas dan kukus semula selama 15 minit.

Bahan untuk lapisan atas :

    3 cawan santan pekat
    1 cawan tepung beras
    2 sudu besar tepung jagung- saya tambah
    1 sudu teh garam

Cara membuatnya :

    Gaul semua bahan supaya rata.
    Tapiskan kedalam kuali tak lekat ( non stick pan ) dan kacau sebentar atas api.
    Apabila nampak pekat, tutup api dan ke tuang atas lapisan bawah tadi.
    Kukus lagi selama 20 minit. Saya kukus 15 minit je sebab guna acuan kecik.

Cucur keria..

Bahan2nya

■1kg ubi keledek putih
~kupas dan potong kecil2..masukkan sedikit garam..rebus bersama air secukup untuk empukkan ubi..kalau terlebih..biarkan air kering..jgn bg hangit pulak ya..tutup api..lenyek segera ubi itu..sejukkan..
■400gm tepung gandum (guna secukuonya sahaja)
■2 cawan gula pasir
■ 1 paket minyak masak..
●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●

Cara2nya;

Masukkan tepung gandum kedalam ubi..gaul sebatikan ia..masukkan tepung hingga ubi jadi doh yg lembut..lekat sikit2 kat tangan x apa..

Panaskan minyak dlm kuali..bila dah panas..sederhanakan api..ambil doh bulat2 kan..tekan jer tengah. ..bentukkan mcm gelang..trs goreng. .buat bbrapa biji..goreng hingga kekuningan..angkat..buat hingga habis..

Dalam kuali lain..
Didihkan secawan air bersama 2 cawan gula..guna api sederhana...kacau hingga air gula berbuih dan likat...slow lan api..masukkan semua kuih  tadi..kacau segera..bila dah nmpk bergula..tutup api..trs kacau hingga semua dah naik gula..atau selepas tutup api..pegang telinga kuali kiri dan kanan kuali..tampi kuih keria tadi..kuih akan terasing cantik..

#petua dari kak Asmak Adnan....masukkan sedikit air kapur kedalam air gula utk dapatkan gula yg lebih halus..

SELAMAT MENCUBA!

Karamel tanpa telur. ( resepi nurul )

2sudu gula
2sudu air
Sdu besar tau....
Masak gula bg perang n cmpur air..
Nurul gne air panas
Hati2 takot merecik
Biar kn sejuk dlm loyang

Bahan b
Agar2 10mg
Susu pekat setengah cawan
Susu cair 1tin
Air 4cawan
Sdikit esen vanila
2sudu besar t.castard
Gula1/2 CAWAN
Tp nurul taruh 1cawan manis sedap....

Semua bhan d cmpur sebati kacau api perlahan
Bila dh mrndidih n agak pekat
D angkat n tapis
Last srkali masukkn dlm
Loyang gula caramel td..biar sejuk
Masuk dln peti ais
Sedap ermmmm

Tuesday 28 October 2014

Tempe Goreng Pedas

Tempe Goreng Pedas,,,ini dia kak am  Amrah Haji Idris

Bahan:
150 g tempe, potong tipis bentuk segitiga
100 g tepung beras
2 sdm tepung terigu
4 buah cabai merah besar, buang bijinya, iris halus
1 batang seledri, cincang halus
150 ml air
minyak untuk menggoreng

Bumbu halus:
3 butir bawang merah
2 siung bawang putih
1 sdt ketumbar
2 sdt garam

Cara membuat:
1. Campur tepung beras dan tepung terigu. Aduk rata. Tuang air sedikit demi sedikit sambil diaduk hingga rata.
2. Masukkan bumbu halus, cabai, dan seledri. Aduk rata.
3. Panaskan minyak, celupkan tempe ke dalam adonan tepung. Goreng tempe hingga matang dan berwarna kecoklatan.
4. Angkat, tiriskan, sajikan hangat.

Lepat cendol

Bahan2 nya lepat cendol Lieyana Afiera Solleh n Kak Nor

1 bungkus besar cendol
3 cawan tepong beras
3 cawan santan pekat
1 cawan gula
secubit garam
3/4 cawan tepong ubi
2 helai daun pandan

bahan2 di atas......di camporkan semua
lepas tu tenggek atas dapor
masak hingga pekat
dah pekat baru masukkan cendol ok...
angkat ..buang daun pandan nya ya

daun pisang secukup nya..di layur dulu ok

cara2 nya

ambil daun pisang
sudukan 2 sudu ......lipat daun pisang di kedua2 hujung nya....mcm buat lepat yg lain tu

dah siap membungkus
kukus lepat cendol dlm 15 minit

Spagetti bolognese

Spaghetti Bolognese

Resipi tradisi orang Itali
Ingredients

    1 tin sedang tomato puri
    4-5 tomato segar ranum - didadu
    1 batang carrot – didadu kecil
    2 batang celery – didadu kecil
    1 ulas bawang putih – dicincang halus
    1 labu bawang besar kuning – dicincang halus
    200 ml susu
    500 gram daging lembu cincang
    500 gram spaghetti (sepeket)
    1 tin cendawan butang – dihiris (optional)
    1 kiub stok daging lembu (optional)
    1/2 sudu teh herba Oregano kering atau Italian Mixed Herbs
    Sedikit garam dan gula secukup rasa
    3 sudu besar minyak zaitun (kalau taknak beli boleh pakai minyak masak biasa)
    2 sudu besar butter
    Parutan keju parmesan – untuk menghidang
    NOTA : Semua bahan bernota optional tidak ada dalam resipi asal authentic Italian Bolognese. Tapi boleh ditambah ikut citarasa.
    NOTA : Resipi asal juga ada masuk 200ml red wine. Saya selalu gantikan dengan prune juice kalau ada bahan kat rumah. Tapi kalau tak ada I tak masukkan pun, ok juga rasanya, tak banyak beza.

Instructions

    Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan spaghetti. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.

    Sos Bolognese : Gunakan periuk yang tinggi dan dalam. Panaskan minyak zaitun,masukkan butter dan kacau. Bila butter cair dan berbuih masukkan bawang besar dan bawang putih cincang. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu.

    Masukkan daging cincang. Ketuk-ketuk daging biar semua hancur dan bentuk/saiznya seragam. Goreng hingga daging keperangan.

    Masukkan semua sayuran, goreng lagi hingga sayur-sayur lembut.

    Masukkan susu. Kuatkan api hingga susu mendidih, kacau selalu. Bila nampak semua susu telah diserap daging, masukkan tomato puri dan tomato segar. Guna tin tomato puri itu untuk sukat 2 tin air, tambah ke dalam kuah. Kacau sos sambil di tekan-tekan tomato yang nampak berbiji hingga hancur.

    Masukkan herba, kiub (jika guna), garam dan gula secukup rasa.

    NOTA : Jika guna kiub, bagi saya tak masuk garam pun takpe sebab dah masin. Gula cume perlu 1/4 sudu teh saja sebab susu telah memaniskan sos. Again, mesti dirasa dan timbang sendiri masam, manis dan masin sos.

    Biar mendidih lebih kurang 7 minit, kemudian perlahankan api paling kecil. Renihkan dengan periuk separa tertutup hingga sos pekat.

    Boleh hidang dengan parutan keju parmesan.

    NOTA : Orang Itali secara tradisi, merenih sos Bolognese sampai 4 jam! Kalau nak jimat gas, 2 jam pun dah cukup lama hehe. Saya cuma renih 1 jam kali ni, sos jadi pekat dan menyalut spaghetti dengan cantik sekali. Dan yang penting, rasanya authentic Italian!

Nasi Minyak Kak Nor

1kg beras basmathi (beras biasa pun blh)
Sebiji bwg besar yg besar + 4 ulas bwg putih + sikit halia = kisar halus..
1 cm basr jintan manis..

1 camca besar jintan putih

3 camca minyak sapi/marjerin

4 sekawan..
Kismis/gajus/daun pudina..(ikut suka ya)
Pewarna kuning (yg ni putih sbb lupa nk boh kaler)

Sukat beras..basuh n rendam kan beras dgn air.. (sukat siap2 air nya..kalau beras 6 gelas..air 7 gelas..kalau basmathi..kalau brs biasa..bubuh 7 1/2 gelas air..sbb bahan2 kisar kita pun dah setengah gelas..jd air nya pun jadi 7 lah ya..slps 15 mnt masukkan bahan2 kisar..minyak sapi..garam n ketumbar dan 4 sekwn..masak macam biasa..bila air kering..curah kan dgn pewarna..tabur kismis dan apa2 lagi lah..tutup periuk semula..bila dah masak..kacau..blh lah mkn

Tauhu Bakar..(dari EJ)

Resepi tahu bakar

Bahan-Bahan:

Bahan untuk Sos

        1 botol petis udang
        3 sudu cili kering (kisar halus)
        1 sudu cili api kisar.
        1/2 cawan gula merah
        1 cawan gula pasir
        2 sudu kicap pekat
        3 cawan air
        tepung ubi/jagung (untuk pekatkn)

Bahan untuk Tahu

        Tahu kering 4 segi @ bulat (taufook)
        1 biji timun (hiris halus)
        1 batang carrot ( hiris halus)
        1/2 biji sengkuang (hiris halus) jika suka..
        Kacang tanah yg di goreng tanpa minyak dan di blender kasar.

Cara Penyediaan:

Cara untuk membuat sos:

        Larut kan gula merah dengan sedikit air dan tapis.
        Campur kan semua bahan diatas ke dalam periuk kecuali tepung.
        Masak hingga mendidih rasa mesti pedas manis
        Tutup api n masukkn tepung yang telah di bancuh ngan air sedikit demi sedikit sehingga pekat yang diingini.

Cara untuk membuat tauhu:

        Bakar Tahu diatas kuali/pembakar sehingga garing.
        Potong 2 dan sumbat ngan timun,carrot n sengkuang.
        Curahkan sos dan kacang tanah.
        Siap dihidang dan makan panas2

Tips:

sos tahu juga boleh di jadikan kuah rojak buah..

Saturday 25 October 2014

DONUT (RESEPI EJ)

Resepi Donut Lembut Dan Gebu

Bahan-bahan
500gm tepung gandum
210ml air
2 sudu marjerin
  4sudu susu pekat manis)
3 sudu besar gula untuk aising gaul donut yg sudah d goreng
yis basah)agak2 50sen la

Cara Menyediakan
1. Masukkan susu pekat dan gula dalam air suam dan kacau sebati baru masukkan yis.
2.  Dalam mangkuk, masukkan tepung dan garam, buat lobang di tengahnya dan masukkan marjerin dan adun mesra semua bahan.
3.  Tuang yis basah ke dalam adunan dan uli kesemuanya hingga menjadi doh.
4.  Uli adunan hingga doh lembut, jika belum lembut masukkan air peti sejuk dan uli lagi.
5.  Terap dengan acuan dengan menggunakan pengelek.
6.  5 minit kemudian donut akan kembang dan bolehlah di panaskan api dalam kuali.
7.  Guna api yang kecil dan minyak yang agak banyak untuk tenggelamkan donut.

Friday 24 October 2014

Kek. (Share dr sabrina khan)

RESEPI KEK INDULGENCE
1 3/4 cwn tpg gandum
1 1/2 cwn gula halus
2 biji telor
1 cwn serbuk koko
1 cwn susu cair
1 cwn air
1/2 cwn minyak
1 sudu kecil b.powder
1 sudu kecil soda bicarbonate
1 sudu kecil esen vanila
CARA
Ayak semua bahan2 kering
Pukul telor dgn gula hingga kembang
Masukkan minyak susu cair esen vanila dan air dan pukul sebati
Masukkan bahan2 kering tadi dan kacau cara kaup balik hingga sebati
Masukkan dlm loyang dan bakar suhu 170C selama 1 jam atau ikut oven masing2
BAHAN UTK LAPISAN COKLAT
1 sudu kecil gelatine
50ml air panas
Kacau bahan tersebut hingga larut
1 cwn dark coklat
Masak cara double boiler dan bila cair baru masukkan gelatine tadi dan kacau
1 1/2 cwn whipping cream dipukul hingga agak2 pekat dan masukkan adunan gelatine tadi dan kacau sebati
BAHAN UTK LAPISAN COKLAT PUTIH
Guna kaedah yg sama diatas cuma tukarkan kepada coklat putih...coklat perisa strawberry atau orange pun boleh guna ye...ikut selera masing2
BAHAN UTK GANACHE
1 cwn white coklat
1/2 sudu mkn marjerin
Masak bahan tersebut cara double boiler
1 cwn whipping cream
Pukul whipping cream hingga lembut dan masukkan coklat tadi dan kacau sebati
CARA MELAPIS
Bila kek sudah sejuk...potong kek tersebut pada 3 keping
Ambil satu keping kek dan sapukan lapisan coklat dan letak kek yg kedua atasnya
Sapu lapisan coklat putih dan baru letakkan lapisan kek ketiga dan sapu coklat diatasnya
Lebihan coklat putih tadi...sapukan keseleruhan kek dan ratakan dan simpan dlm fridge utk seketika...dlm 20 minit
Lps tu baru curahkan adunan ganache atas kek dan ratakan dan simpan dlm fridge selama 1 jam....sedia utk dipotong

Makaroni bakar..xtra cheese

Makaroni Bakar Extra Cheese

Bahan-bahan : untuk 4-5 orang makan

2 cawan makaroni + 1 cawan pasta spirals (direbus ala dente* dan toskan)- guna 3 cwn makaroni
150 g minced beef/chicken/seafood
2 ulas bawang putih (dicincang)
1 labu bawang besar (dihiris dadu kecil)
1 tin kecil puri tomato atau 1 botol kecil sos spagetti - ej guna Kimball
sedikit sos cili
sedikit sos tomato
sedikit garam
sedikit kiub ayam -ej tambah
1 sudu besar mentega
sedikit mixed vegetables (ej tambah)

Sos Putih :
2 cawan susu segar
1 sudu besar mentega
sedikit lada sulah
2 sudu besar tepung gandum (dibancuh dengan sedikit air)
1 slice cheesedale atau 30 g krim keju
sedikit garam dan gula

lain-lain : keju parut dan oregano
mozarella cheese (ej tambah)

Cara-cara :

    Cairkan mentega di dalam kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
    Kemudian masukkan daging/ayam cincang dan kacau hingga airnya kering.
    Barulah dimasukkan puri tomato atau sos spagetti. Gaulkan sebati. Kemudian masukkan sos cili, sos tomato, garam dan gula secukup rasa. Setelah kuahnya pekat. Tutupkan api.
    Satukan kuahnya dengan pasta tadi dan gaulkan hingga rata. Boleh juga letak mushroom jika suka.
    Sementara itu, untuk sos putih : Cairkan mentega di dalam kuali leper/periuk. Kemudian masukkan cheesedale atau krim keju. Kacau hingga cair. Barulah dituangkan susu segar. Masak hingga susu mendidih. Masukkan lada sulah, sedikit garam dan gula.
    Akhir sekali masukkan bancuhan tepung dan kacau lagi hingga pekat. Tutupkan api.
    Sediakan bekas tahan panas atau loyang aluminium. Sapukan dengan mentega. Masukkan pasta tadi di dalamnya dan ratakan dengan sos putih.
    Taburkan keju parut dan oregano.
    Bakarlah selama 35-40 atau hingga keperangan dengan suhu 160C.

pesanan dari ej untuk anda semua
* al dente : cooked enuf to be firm but not so soft / tak keras dan tak lembut sgt
**cara merebus pasta : didihkan air bersama sedikit garam dan kemudian barulah dimasukkan pasta. masa memasak lbh kurang 7-9 minit ikut instruction pd bungkusannya.

oleh kerana masak dlm 2 bekas, jadi sos putih satu adunan tak cukup, kena doublekan. utk sos putih buat kali kedua, nak cepat tak tumispun butter,slice cheese koyak kecik2 terus masuk dlm susu.

kalu nak letak extra cheese macam ej tu ,kurangkan garam dalam sos daging ya!

Resepi share dari Engku Ijann..tqvm..

Thursday 23 October 2014

Peria goreng rangup(resepi dr Engku Ijann)

Peria Goreng Rangup

Bahan-bahannya
* 1 batang peria
* 4 sudu besar tepung beras
* 1 sudu besar tepung jagung
* 2 sudu kecil serbuk cili
* 1 sudu besar rempah kari
* 1 sudu kecil serbuk kunyit
* 1/2 sudu kecil garam
* 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
* 1 sudu besar air
Cara memasak
1- Basuh bersih peria dan potong  nipis.Buang bijinya dan bahagian bewarna putih dgn mengunakan tangan.Rendam potongan peria dgn 1 sudu garam dan 3 sudu gula selama 1/2 jam.
2-Toskan air rendaman peria dan pastikan airnya kering (boleh gunakan kitchen towel untuk mengeringkan airnya.Masukkan peria kedalam satu mangkuk besar.
3- Masukkan kesemua bahan kedalam mangkuk peria tadi kecuali air.Gaul semua bahan hingga rata dan sebati.
4- Masukkan 1/2 sudu air dahulu dan gaul rata.Jika ianya nampak masih agak kering masukkan 1/2 sudu air lagi.Pastikan campuran tidak terlalu cair atau terlalu pekat dan tepung bersalut cantik pada peria.
5- Panaskan minyak masak secukupnya dalam kuali.Bila minyak dah betul-betul panas masukkan peria sedikit demi sedikit dan jangan digoreng terlalu banyak pada sesuatu masa.
6- Goreng peria hingga betul-betul garing.Angkat dan toskan minyaknya.Makan bersama nasi panas dan kuah kari.wala....

Tqvm EJ..

Masak lemak rebung..

MASAK LEMAK REBUNG..

●1kg rebung segar dan telah dijerukkan terlebih dahulu..
Cara2 utk menjerukkan rebung..
Bersihkan rabung..potong ikut suka..
Masukkan air dlm balang..masukkan 2 genggam besar garam..dan masukkan rebung..simpan..slma 5 hari atau lebih..
●1 biji bawang besar...kalau ada bawang kecik lagi sdp..
●30 biji cabai kecik
● seinci kunyit hidup..
●1\2 kg santan..

Cara2nya

■basuh rebung jeruk terlbh dahulu..
■kisar halus bawang + cabai kecik + kunyit hidup..
■tuangkan dlm periuk bahan2 kisar tadi..didihkan..bg hilang bau cabai..masukkan rebung..didihkan lagi..masukkan santan..bila dah masukkan santan..tolong.dikacau selalu supaya santan tdk berkepala..kacau sampai mendidih..dan sdh msk..masukkan udang..
Kacau seketika..rasa dulu msakan..kalau perlu tambah garam..angkat dn.hidangkan

Wednesday 15 October 2014

Daging goreng kicap

Bahan-bahannya;

Semangkuk daging..potong nipis fan kexil-kecil
Sebiji bawang besar potong bulat
2 urat kacang panjang..kerat seinci seunci
Kicap lemak manis agak2 setengah cawan
Setengah biji bawang besar + 2 ulas bawang putih + sedikit halia = kisar halus..
Sebiji cili hijau..potong nipis2

Cara-caranya;

Panaskan sesenduk minyak..tumis bahan2 kisar. .masukkan daging...didihkan sekejap..maukkan kicap...(utk lembutkan daging masukkan 2 camca kecil kedlm masakan)..tambahkan air..biar mendidih hingga daging empuk..kalau x cukup air..tambah lagi..bila daging dan empuk..masukkan kacang panjang..dan bawang besar yg di potong bulat..kacau sebentar..dan tutup lah api..
Hidangkan untk simanja tersayang..

Tuesday 14 October 2014

CUCUR BADAK

Bahan_bahannya;

Untuk dohnya;

●1kg keledek..kalau blh piloh keledek yg putih atau kuning air isinya..
●tepung gandum secukupnya..

Kupas keledek dan rebus dgn sesikit garam..air rebusan cukup untuk merebus ubi hingga empuk..bila ubi empuk..x nak ada air..tenyeh ubi hingga hancur..kemudian..tuang tepung gandum sedikit demi sedikit..hingga ubi jadi doh..AWAS jgn tambah air....ketepikan..

Intinya;

1/2 biji kelapa parut.
Cili kisar secukupnya..ikut pedas yg awak nk..
3 batang serai di racik halus..
3 sudu besar udang kering..
Sebiji bawang besar...atau bbrpa biji bawang kecik..

Caranya;

Tumbuk udang kering bersama serai hingga lumat...tambah bawang yg telah dipotong2..tumbuk lagi...
Panas kan minyak..tumis bahan2 tumbuk hingga wangi..masukkan cili kisar..kacau lagi..kemudian masukkan kelapa parut yg telah dikisar sedikit terlebih dahulu...kacau..masukkan gula dan garam ikut rasa sendiri.. ( ada org ckp lbh sdp kalau masukkan air kelapa)..masak hingga kering..

Ambik doh..leper2 kan masukkan inti..kalau ada udang..lekatkan atas doh..goreng dgn api sederhana setelah minyak dipanaskan terlebih dahulu..

SELAMAT.MENCUBA

SOS STEAMBOAT

Sos Steamboat 

Bahan-bahan;

**10 biji cili merah (cili besar)
**4 ulas bawang putih
**5 sudu besar minyak bijan
**5 sudu besar sos ikan
**5 sudu besar cuka epal - tak ada cuka biasa pun ok
**2 sudu besar sos tiram
**2 sudu besar kicap - aku guna kicap kipas udang manis
**3 sudu besar pati sunquick (optional klu xnak pakai cuka)
1/2 sudu kecil tepung jagung
**1 cawan air
garam dan gula secukup rasa
2 sudu besar bijan - digoreng tanpa minyak
sedikit daun ketumbar - dihiris halus tp ej malas so jadi kasar...huhuhu

Cara menyediakannya;

Kisar semua bahan bertanda **. Masakkan ke dalam periuk sehingga agak pekat. Masak dalam 20minit. Sekiranya kuah masih tidak pekat, boleh bancuh tepung jagung dengan sedikit air dan masukkan ke dalam kuah tadi. Nak makan nanti bubuh la daun ketumbar yang da racik tadi dan bijan yang da disangai tu.. Garam gula ekot la selera masing2 k...

Red velvet

Easy red velvet cake

Bahan A:
2 cawan tepung gandum/kek (ej guna superfine)
1st baking soda
1st baking powder
2sb serbuk koko (sy guna 4sb)
1st garam
Bahan B:
2 cwn gula
1 cwn corn oil (sy guna 3/4 cwn)
2 biji telur A
1 cwn buttermilk**
2st esen vanilla
1sm pewarna merah (boleh tambah ikut suka)
1st cuka
1/2 cwn air kopi panas
Topping:
150g cream cheese (keluarkan dr fridge, biar 1 jam bg lembut so nnt topping smooth xberketul)
30g butter (softened)
60g gula icing
1st esen vanilla
1st pes/jus lemon (optional)

Instructions

Panaskan oven suhu 160oC. Griskan loyang 8" dan tabur sikit tepung.

Satukan dan ayak semua bahan A.

Dalam mangkuk besar, satukan gula dan minyak. Masukkan telur, buttermilk, esen vanilla dan pewarna merah. Kacau dgn whisk bg sebati.

Masukkan cuka dan last sekali air kopi panas. Kacau sebati.

Masuk tepung sikit2, kacau rata setiap kali lps masuk tepung.

Tuang adunan dlm loyang. Bakar 45-60 min. Check lps 45 min (ada oven yg lebih panas). Jgn over-bake nnt kek kering!

Dah masak, keluarkan dr oven. Biarkan kek dlm loyang sampai loyang dah suam. Keluarkan kek letak atas wire rack, biar sejuk.

Utk topping: pukul cream cheese dgn gula icing hingga kembang (kaler putih). Masuk butter, esen vanilla dan jus lemon. Pukul sebati.

Trim sikit bhgn atas kek yg berkerak (kerak boleh simpan, nnt tabur atas kek wat deco). Potong kek jd 2 @ 3 layer. Lapiskan dan salut kek dgn topping cream cheese ikut suka.

Sejukkan kek dlm fridge at least 4 jam. Semalaman lg sedap.

**buttermilk: 1 cwn susu fresh + 1sb cuka @ jus lemon. Biar 10-15 min, baru kacau.

Resepi EJ

KUAH KACANG POOL

Resipi membuat kacang pool.....ok Kak Nor ini dia resepinya

Bahan-bahan :
- 1 tin kacang panggang dalam tin
- 400gm daging kisar = 2 keping daging burger
- 2 sudu minyak sapi atau butter
- 1 sudu serbuk kari daging
- 1 biji bawang holland (dipotong dadu)
- 2 ulas bawang putih (dicincang)
- garam, gula dan air secukupnye

Bahan hiasan :
- 1 batang cili merah atau hijau
- daun sup hiris
- telur mata separuh masak

Cara-cara :
- hancurkan kacang panggang yang telah dibuang air
- panaskan minyak sapi atau butter hingga cair
- tumis bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau
- masukkan rempah kari dan kacau
- gaulkan bersama daging kisar dan kacau sehingga daging masak
- masukkan kacang panggang bersama garam dan gula
- masukkan air secukupnya jikalau nak berkuah lebihkan air
- tunggu sehingga masak
- seterusnya, pecahkan telur dan masak telur sehingga menjadi separuh masak


Resepi EJ

DORAYAKI

Bahan- bahan untuk 10 biji dorayaki:ang3 doreamoon.........

100gm tepung kek atau tepung gandum
1/2 sudu kecil baking soda
60gm gula halus
2 sudu madu
2 biji telur
1/2 sudu besar minyak masak
1/2 sudu kecil esen vanila

inti: letakkan coklat nutella ketika dorayaki masih panas dan telangkup

Cara-cara:

1. Pukul Telur dengan gula sehingga kembang

2. Masukkan madu, minyak dan esen vanilla. Kacau sehingga sebati.

3. Masukkan tepung dan baking soda yang telah diayak kedalam campuran telur. Kacau adunan secara kaup balik.

4. Panaskan kuali yg tidak melekat, masukkan 1/4 cawan adunan dan buatkan bulat.

5. Masak adunan sehingga perang atas dan bawah.

6. Letakkan coklat nutella ditengah-tengah sebiji pan cake. Tekan untuk ratakan coklat yang telah cair. Siap untuk dimakan.

APOM KAMPUNG

Apom kampung...

●4 cawan tepung superfine.. (resepi asal tepung gandum)
●1 setengah cawan gula
●1 paket yis kering
●3 cawan air suam
●secubit garam
●pewarna merah..kot nk boh kaler lain pun ok gak..

Cara2nya;

Adunkan kesemua bahan tadi..bancuh dgn air suam sedikit demi sedikit. .simpan adunan dlm acuannya sehingga dia naik...bila dah naik...
Didih kan air utk mengukus..bila air dh mendidih..trs kukus selama 45 mnt..

Sunday 12 October 2014

KEK ORANG KAMPUNG

Bahan_bahannya;

1 cawan marjerin
1 cawan gula pasir..kisar halus..
2 cawan tepung kek..
5 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla.
Pewarna

Cara2nya;

Pukul gula & marjerin hingga kembang..
Masukkan telur satu persatu..pukul hingga sebati..
Masukkan esen vanilla..kemudian masukkan tepung..kalau blh gunakan senduk kayu utk sebatikan adunan..bahagikan kepada 2 bahagian...warna kan salah satu bahagian...sedia kan acuan 4 x 8 inci..sapu dulu acuan dengan sedikit marjerin..tuang sedikit adunan kedlm acuan..kemudian ambik sedikit adunan dari yg ada warna..tuang atas adunan pertama tadi..lakukan hingga habis..
Bakar dgn suhu 180° selama 45.mnt..

Friday 10 October 2014

TERUNG BERCILI..

Bahan2nya;

●5 biji terung unggu..kalau yg bulat..dibelah empat..kalau terung panjang..potong.ler.serong...atau sukahati lah
●50gm ikan bilis
●4 sudu cili kering kisar..atau cabai kecik
●sedikit belacan..x suka x pyh bubuh..
●Bawang besar sebiji..potong nipis2..utk menumis
●4 ulas bwg putih..dihiris..utk menumis..
●garam n gula..
●minyak

Caranya;

Tumis bawang dan ikan bilis..bila bilis dah agak garing..masukkan cili..bagi mendidih..masukkan terung..kacau...masukkan sedikit air..(kalau x cukup air x oer..blh tambah waktu sdg masak..air jgn terlebih..sat lagi trg dah lembik..air masih blm kering..x sdp gitu...) masukkan garam dan gula..bila dah separuh empuk..rasa dulu grm n gula..gula kn lebih..bagi ada manis2 sikit..kemudian..biarkan trg empuk. Sesekali..kacau le..kang hangit plk..bila trg dah lembik..pastikan air nya kering..
Sila hidangkan..