Friday 28 November 2014

Donut


3sdb susu pekat
4 sdb gula
spket mauripan
1 cawan air suam...campur semua..tggu naik
31/2 cawan tepung gandum
2biji telur
2sdb planta
sedikit garam
masukkn air tu dlm adunan tepung..uli hingga x mlekat di tangan....
terus je bentuk...
biarkn hingga naik.dua kali ganda...goreng...:
(Rasepi.Alin)

NASI AYAM KAK TON

Seekor ayam... Potong ikud ska
2 liter air..
Setengah paket rempah sup
3 sdu bsaq mnyak
2 labu bwg bsaq ,2  bji bwg putih ( blend )
Setengah sudu teh lada hitam
Halia sebsaq ibu jari
3 ulas bwg merah,2 ulas bwg putih (dmyang)
Campuq bhan tumis empat serngkai.
2  sudu bsaq perencah hilal
2 sdu bsaq sos tiram
Setengah keping gula melaka
( gula gerek)
2 btg salari, diptong kecil
Sehelai daun pndan
Garam

Cara2...
1. Masukkn bhan tumis, kuning, masukkan bwg blend, naik bau.. Masukan rempah sup sekejap, masukkn ayam kcau sebntar.. Masukkann air, rempah hilal , gula mlaka, sos tiram ,  gram ( rempah hilal dibncuh dahulu untuk mngelak dqi berketul... Ckup rsanya sup mendidih trus angkat ayam...

2. Perapkan ayam dengan kicp pekat, sos tiram , sdikit madu... kacau rata perap setengah jam...

3. Tiga cawan beras..3 setengah air ( ambil kuah sup aym tdi) tumis bwng2... 1 btg serai.. Satu helai daun pndan... Msukkan air sup dan dua ketul gula batu sebesaq ibu jari... Didih... Msukkan beras... ( jgan kacau beras.. Biar sampai kering.. Da msak bqu kacau)

Sos cili...
10  biji cili merah ( buang biji)
Satu ulas bwg merah
3 ulas bwg putih
5 sdu bsaq gula
3 atau 4 sudu bsaq cuka
Garam.
Blend semuanya.. Kemudian masak hingga mendidih...

Sos kicap...
Ketuk bwg putih seulas... Tumis dengan minyak goreng ayam satu sdu bsaq.. Masukkan kicap, sos tiram dan air sup... Didihkan
(Rasepi kak Ton)

Thursday 27 November 2014

BOTOK-BOTOK IKAN

Botok-Botok Ikan   
  
Bahan-Bahan:   2 ekor Ikan Tengiri/Mambong atau ikan apa yg disukai

8 Ulas bawang merah (tumbuk)

4 ulas bawang putih (tumbuk)

2" halia muda (tumbuk)

1 sudu teh Jintan Manis (sangai & kisar)

1 sudu teh Jintan putih(sangai & kisar)

1 sudu teh ketumbar(sangai & kisar)

2 biji buah keras (kisar)

½ cwn asam jawa

1@2 sudu bsr lada kisar

p/s rempah boleh diganti dgn rempah kari ikan.


Daun pucuk Ubi

Daun kaduk

Daun pokok teh

Daun kentut2

Daun tengek burung

Pucuk labu, Pucuk betik.

p/s boleh tambah daun ulam ikut suka tapi main ulam ialah pucuk ubi dan semua dihiris sederhana.

Daun pisang (untuk bungkus)   Cara:   1. Ikan boleh digoreng dahulu atau tidak perlu goreng.

2. Tumiskan bahan2 yg ditumbuk sehingga garing serta lada kisar dan
apabila naik bau, masukkan rempah yg sudah dikisar. Tumis hingga separuh
garing kemudian masukkan sedikit air asam jawa, garam, serbuk perasa
& gula (ikut rasa).

3. Kemudian masukkan daun2 ulam dan masak hingga naik minyak dan sederhana kering.

4. Layukan daun pisang.

5. Letakkan sedikit kuah keatas daun pisang dan letakkan ikan(goreng@tidak digoreng) atasnya dan tutup ikan dgn kuah kemudian bungkus dgn daun pisang.

6. Panaskan kukus dan kukuskan ikan yg telah dibungkus dlm daun pisang lebih kurang 10 minit (hingga masak).(resepi EJ)

Wednesday 26 November 2014

KEK CHEESE

CHEESE CAKE@KEK KEJU

Bahannya:
200g cream cheese( TATURA CHEESE.)ej gn 250g
400 ml susu segar (ej gna 1tin susu cair)
100 g mentega
100 g tepung gandum
100 gram gula halus
4 biji telur saiz A
1st esen vanila
1st jus lemon(xbubuh pn xpe)

Cara2nya:
1. Masukkan susu segar dalam periuk. Masukkan cream
cheese sehingga cair sambil sentiasa dikacau menggunakan hand whisk. Masukkan
pula marjerin,kacau lagi sehingga cair,padamkan api dan ketepikan.
2. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih
telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue. -meringue ialah adunan
putih telur dan gula betul2 ringan (ia xjatuh apabila mangkuk cuba
diterbalikkan)
3. Di dalam bekas lain yang lebih besar,pukul kuning
telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika..ayakkan
tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
-kacau menggunakan hand whisk dengan perlahan
4. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan
esen vanila/jus lemon, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata(boleh juga
menggunakan hand whisk tapi gaul dengan perlahan2)..
5. sapu acuan kek dengan marjerin dan taburkan tepung
disekelillingnya. Masukkan adunan kek di dalam acuan. Pastikan oven sudah
dipanaskan sebelum membakar kek
6. Bakar pada suhu 160'c guna api ATAS BAWAH selama 50
min-sehingga btul2 masak dn menggunakan kaedah bain marie(loyang kek diletakkan
di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar) - Lina pg bako suhu 150'C
8. Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu
sahaja.
9. Biarkan selama 10min kek didlm loyang barulah
dikeluarkan supaya tepi2nya regang dn senang dikeluarkan dn dapatlah tepi2 kek
yg licin gitu
10. Simpan didlm peti sejuk dulu lg enak dimkn time
keknya sejuk...(resepi EJ)

SERABAI

Bahan-bahan:-

2 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung gandum
1 cawan nasi sejuk (dikisar)
1/2 bungkus dry yeast
1/2 biji pati kelapa @ RM1 santan
sedikit gula
air secukup nya
garam secukupnya

cara2 nya:-

a) yis dicampur sedikit dengan gula dan air | biarkan sebentar - yis kembang
b)  campur tepung beras, tepung gandum, nasi yang telah di kisar dan
sedikit garam bersama 1 cawan air dan campuran yis yang sudah kembang
(adunan hendaklah sedikit pekat)
c) perapkan adunan sekurang-kurangnya 3 jam.
d) selepas 3 jam, campurkan santan pekat kedalam adunan. Pastikan adunan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.
e)
panaskan acuan atas api yang sederhana besar. sapukan sedikit minyak
supaya tidak melekat. tuangkan adanan dan tutup. angkat bila sudah
masak, (warna akan bertukar bila dah masak).
ulang hingga adunan habis.

Kuah Manis

campurkan
santan, gula merah, gula putih, sedikit garam dan durian(optional).
Masak dengan api perlahan, jgn biar mendidih. Cairkan 3 sudu tepung
gandum dengan air. Masak lagi hingga agak pekat. Sedia untuk dihidang.
(Rasepi EJ)

Bread garlic

bahan-bahan

4 Kentang sederhana, dibersihkan & jngan buang kulit
4 ulas Bawang putih, dihiris nipis
3 sudu besar Minyak Zaitun
secubit Garam
secubit Black Pepper
secubit Salai Paprika
1 ketul keju Parmesan diparut (mempunyai beberapa tambahan untuk dituang sebai sos sebagai hiasan)
daun kucai dicincang untuk hiasan

kaedah

  Ketuhar haba pada suhu 425 F dengan rak di tengah-tengah ketuhar.
Meletakkan kentang rata di atas papan pemotong dan bermula dari satu
hujung kentang, membuat belahan tentang 3-4mm selain. Potong kepada
kira-kira 1/4 inci dari pangkal kentang. Berhati-hati untuk tidak
memotong semua jalan melalui. Kipas kentang akan keluar sedikit kerana
ia membakarnya.

Menggabungkan minyak zaitun, bawang putih, garam, lada, paprika salai
dan keju parmesan di dalam mangkuk kecil. Dengan berhati-hati memasukkan
getilan campuran ini di antara belahan ubi kentang. Gosok helai kertas
yg luar daripada kentang dengan sisa minyak. Susun kentang atas lembaran
pembakar dan bakar selama kira-kira 40-45 minit. Di dalam ini perlu
masak dan bahagian luar kentang harus menjadi rangup sedikit. Hiaskan
dengan garam tambahan, paprika salai, lada, parmesan dan daun kucai.ok
siap

PESAMAH DAGING

DAGING PESAMAH

Bahan2 utk memerap daging - perap dlm 30mins
Daging - 1 kilo
Rempah Kari Daging - 2 packet
Bawang besar - 1 biji
Halia - sebesar ibu jari
Bawang Putih 5 ulas
*** bawang besar, halia and bawang putih - dikisar
Sedikit gula (1 sudu teh)
Bahan Utk menumis/ memasak
Bawang merah - 5-6 ulas
Bawang putih
Halia sebesar ibu jari
*** bawang merah, putih and halia dia racik halus
kulit kayu manis - sebatang
Bunga lawang - 3-4 biji
Bunga cengkih
Buah pelaga - 10 biji
Santan - 1 cawan
Kerisik 2 sudu besaq
Asam gelugor - 1 keping
Garang dan gula - secukup rasa
Minyak 3 sudu makan utk menumis
Cara-cara
Panaskan minyak, tumis bhn2 yg diracik sehingga kuning.
Masukkan daging yg diperap, kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan pelaga
Masukkan sedikit air
Apabila daging sudag empuk, baru masuk kerisik (kalau masuk awal, takut kerisik hangit) dan gaul sehinga sebati
Masukkan santan dan asam keping.. masak sehingga mendidih.
(Rasepi EJ)

Tuesday 25 November 2014

Puding jelly berkastard

Puding jrelly berkastad . ..
Bahan-Bahan..
sumi jelly.1-2 .bunkus(ikut suka)
agar2 bertali 1 bungkus.

gula  ..5-6.sudu .+(saya letak lebih)
susu cair 1 tin  ..
tepung kastard 4-5 . sudu besar(Air)
cara2nya.
1.susun sumi jelly yg dh di buka ke  dlm bekas. ikut suka kh nk  susun mcmmana .
2.didihkan air dlm periuk.
3..masukkn agar2 dan gaul sehingga dh xbrtali...
4..msukkn susu cair..
5.msukkn gula..
6.msukkn tepung kastard yg dh dibancuh dgn sedikit air..
7.gaul semuanya ats api yg sederhana ..
8.Bila dh siap tuangkn agar2 tu ke dlm bekas yg berisi sumi jelly td...
9.Sejukkn...da ciap tuk di mkn...

Monday 24 November 2014

Roti Bun

3cawan tepung gandum
2sudu besar planta
2sudu besar susu pekat
Sebiji telur
Satu paket yis mauripan
1cwan air suam unk menguli

Cara2
Campur semua bhan d gaul sebati
Masukkn air suam uli sampai jd doh..
Bulatkn masuk loyang inti ikot selera
Biar doh tp mrngembang  n bakarlh
( rasepi dr nurul)

AYAM LEMAK MANIS

*** AYAM LEMAK MANIS***

(A)  6 ketul ayam ( dibersihkn)
1/2 pek santan kotak
1 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Garam ,perisa & gula secukup rasa

(B) 1 labu bwg besar ( yg merah)
1 1/2 inci haliah
1 btg serai
2 ulas bwg putih
50gm buah keras
( Semua bhan2 ini di kisar halus )

(C) Hiasan:-
1 biji tomato belah empat
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
( klau nk bubuh kacang bendi pun bolh )
           (ikut suka hati )

CARA MEMASAK:-
1) Bersih dan cuci ayam  ketepikn
2) Kisar halus semua bahan2 ( B)
3) Satukan bahan  (A)  & (B) kemudian
masak dgn api yg perlahan2
4) Masukkan santan, cili hijau , merah  & tomato, garam , s.kunyit, perisa & gula sckup rasa
5) Masak , letak pula kacang bendi
kalau nak siap di hidang.
ALHAMDHULILLAH
(Rasepi dari Rosnani Mastor)

Friday 21 November 2014

Kek marble

RESEPI
5 biji telor*
1/2 cwn gula halus*
1 sudu kecil ovalet*
1 sudu kecil esen vanila*
1 cwn butter yg telah dicairkan
3/4 cwn susu pekat
2 cwn tepong gandum Faiza
1 sudu kecil baking powder
2 sudu mkn serbuk koko
Cara
Pukul bahan2 * hingga putih dan gebu
Masukkan susu pekat dan pukul lagi
Masukkan butter yg telah cair dan pukul bagi adunan sebati
Masukkan tepong dan baking powder yg telah diayak dan kacau dgn senduk kayu cara kaup balik
Bahagikan adunan pada 2 bahagian...satu campur dgn 2 sudu mkn serbuk koko yg telah diayak
Masukkan dlm loyang 8x8 yg telah dialas dgn kertas minyak atau butter paper dan sapu keliling loyang dgn minyak sikit supaya senang nk keluarkan kek
Panaskan kukusan dan kukus selama 45 minit dgn api sederhana

APAM OREO

*** APAM OREO***

1 cwn nasi
1 cwn t.gandum
1 cwn t.beras
OREO secukupnya  ( blend dlm 6 kping )
1/2 cwn brown suger
1/4 cwn gula pasir
1 1/4 cwn air
1/2 sudu kecil yis ( mauripan )
Syrup strawberry klu nak ( utk hiasan )

CARA CARA :-
1.) Blend nasi & air hingga hancur
2.) Masukkn brown suger, gula pasir dan
      blend sekali
3.) Dalam bekas lain satukn t.gandum,
      t.beras, oreo ,garam & yis kacau sebati
4) Kemudian masukkn tepung yg dikacau
     ke dlm gula tadi dan blend semuanya
     sehingga hancur & sebati
5.) Perap selama 3 jam, kmudian
     masukn kedlm acuan dan tabur oreo
     di atasnya ( oreo pecah2kn dgn jari )
     Kukus dlm 20-25 minit , angkat dan
     sedia di hidang. ( Yg merah kat atas
     kuih Apam ros letak syrup strawbwrry

     SELAMAT MENCUBA(rasepi dr Rosnani mastor)

PASTA AYAM GORENG

***PASTA GORENG AYAM***

BAHAN:-

200 gm pasta :- direbus
2 sb lada kisar
2 bj bawang putih :- dicincang halus
2 genggam isi ayam
3 sb sos cili
2 sb sos tiram
2 db kicap manis :- k.ros guna k.udang
Sayur sawi secukupnya
Taugeh secukupnya

CARACARA MEMASAK:-

1) Panaskn minyak, tumis lada & bwg putih
hingga garing
2) Masukkn sos cili, sos tiram & kicap
manis gaul rata
3) Masukkn sayur sawi & ayam kacau
hingga rata
4) Masukkn pasta & taugeh gaul sebati
5) Masak angkat dan sedia utk dihidangkan
ALHAMDHULILLAH...(rasepi dari Rosnani mastor)

Thursday 20 November 2014

Apam beras kelapa parut..

*** APAM BERAS KELAPA PARUT***

1 cwn nasi
1 cwn t.gandum
1 cwn t.beras
1/2 cwn brown suger
1/4 cwn gula pasir
1 1/4 cwn air
1/2 sudu kecil yis ( mauripan )
1/2 cwn kelapa parut ( yg putih shj )
Secubit garam

CARA CARA :-
1.) Blend nasi & air hingga hancur
2.) Masukkn brown suger, gula pasir dan
      blend sekali
3.) Dalam bekas lain satukn t.gandum,
      t.beras, kelapa ,garam & yis kacau sebati
4) Kemudian masukkn tepung yg dikacau
     ke dlm gula tadi dan blend semuanya
     sehingga hancur & sebati
5.) Perap selama 3 jam, kmudian bahagikn   
      kpd 3 warna dan masukn kedlm
      acuan dgn menggunakn sudu mkan
      selang seli, kukus 15 minit masak
      angkat sedia utk dihidang.
    ( ADUNAN INI BOLEH DAPAT 13 CWN  )

       SELAMAT MENCUBA
(Rasepi Ros)

SERI MUKA

Seri muka..
2 cwn pulut.(kalau pulut susu..x pyh rendam..basuh jer dan toskan..kalau pulut biasa..rendam lah dlm 2.jam)
2.cwn santan cair
Garam secukupnya..
# satu kesemua bahan2..masukkan dlm loyang.. (sapu loyang dgn majerin dulu ya. )..kukus..bila dah masak..tekan2 pulut supaya mampat...jgn tekan main2..sat lagi tepung bercampur dgn pulut plk) ...kukus semula..sehingga berwap..sementara tu..kita bancuh kepalanya..

Bahan2 untuk kepala..

1 cwn tpn gandum
1 1/2 camca tpg jagung
1 cwn gula
2 cwn santan
Sedikit garam
Sebiji telur..
150 ml air daun pandan

#satukan semua bahan..sebatikan..kalau masih berketul..blend jer..tuang atas pulut tadi..kukus hingga 30mnt..atau hingga masak..

Wednesday 19 November 2014

GULAI AYAM LUMAU PURUT

*** AYAM GULAI LIMAU PURUT***

10 Ketul ayam ( telah di potong )
Rm2 santan ( klu nk lebih santan boleh )
2 btg serai
1/2 bawang besar
2 biji bwg merah jenis kecil
3 biji bwg putih
Secubit jintan manis, j.putih & ketumbar
6 btg cili kering ( rendam & blend )
4 helai daun limau purut
1 inci kunyit & haliah
1 kping asam gelugur
Garam , perisa , gula secukup rasa

CARACARA MEMASAK:-
1.) Kisar cili kering, b.merah,b.putih,b.besar,serai,kunyit,ketumbar,
jintan dgn sdikit air.

2.) Masak ayam dgn bahan2 yg diblend
tadi sehingga kecut.

3.) Kemudian masukkan santan dan
asam gelugur masak hingga pekat.
Klau nak lebih kuah boleh tambah santan
atau air.

4.) Sesuaikan garam, gula & perisa. Kemudian
masukkn daun limau purut angkat
dan sedia utk dihidang.
SELAMAT MENCUBA.
(Rasepi Rosnani Mastor)

Monday 17 November 2014

NASI IMPIT GORENG

NASI HIMPIT GORENG

Sedikit minyak masak
600 gm nasi himpit ~ dipotong kecil
1/2 sudu besar kicap pekat
3 ulas bawang putih ~ dicincang halus
1/2 sudu besar cili kisar
4 biji telur ~ dipukul sedikit
100 gm lobak putih jeruk ~ ej tak letak pon x dak
400 gm dada ayam ~ dipotong kecil
3 keping sosej ayam ~ dipotong kecil
400 gm taugeh
150 gm daun kucai ~ di potong 1 inc
Bahan Sos
50 ml Kicap cair
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar gula
garam secukup rasa
100 ml air
1 sudu besar kicap pekat
1 sedu besar serbuk pati ayam
Sediakan sos.
Kacau semua bahan bersama gula, garam dan serbuk pati ayam.
Perasakan secukupnya  jika perlu dan ketepikan
Panaskan 1 sudu besar minyak masak dalam kuali.
Goreng nasi himpit dengan kicap pekat sehingga rata warnanya.
Angkat dengan sudip berlubang dan ketepikan.
Panaskan kuali sekali lagi dengan baki minyak yang tinggal dalam kuali.
Tumiskan bawang putih dan cili kisar di atas api sederhana sehingga harum.
Kemudian tambahkan nasi himpit yang di goreng tadi dan goreng sekali lagi sehingga rata.
Masukkan telur, lobak putih jeruk, ayam, sosej dan perasakan secukupnya.
Goreng selama 5 minit sehingga ayam masak sepenuhnya
Masukkan taugeh dan daun kucai
Kacau cepat-cepat dan matikan api
Hidangkan segera,,,,,
(Rasepi EJ)

Sunday 16 November 2014

Agar2 jeli

Bahan-bahannya :
Sumi jelly 1-2 bungkus (ikut suka)
Agar2 bertali 1 bungkus
Gula 5-6 sudu besar
Susu cair 1 tin
Tepung kastard 4-5 sudu besar
Air

Cara-caranya :
1. Susun sumi jelly yang yang dah dibuka ke dalam bekas. Ikut suka la nak susun cemana
2. Didihkan air dalam periuk
3. Masukkan agar2 dan gaul sehingga dah tak bertali
4. Masukkan susu cair
5. Masukkan gula
6. Masukkan tepung kastard yang dah dibancuh dengan sedikit air
7. Gaul semuanya atas api yang sederhana
8. Bila dah siap, tuangkan agar-agar tu ke dalam bekas yang berisi sumi jelly tadi
9. Sejukkan

Dah siap utk dimakan!(resepi EJ)

Saturday 15 November 2014

Pengat labu

*** PENGAT LABU MERAH ***

Labu Merah quantity suka hati

Gula secukup rasa

1/2 kotak kecil santan  ( mahu lebih bolh)

Air utk merebus ( Labu merah)

Secubit garam

CARA MEMASAK:-
1) Potong  labu merah dgn saiz pilihan sdiri
     ( Jgn buang kulit )

2) Cuci bersih dan rebus dgn air secukupnya
     hingga masak atau lembut.

3) Setelah masak  buang air rebusan tadi.

4) Masukkan santan , garam dan gula
     secukup manis pilihan sendiri.

5) Setelah santan mengeledak angkat
    dan sedia utk di hidangkan. 

TIPS:- ( DAUN PANDAN BOLEH
                SERTAKAN UTK WANGI
(Rasepi Rosnani mastor)

Scallop sos tiram

*** SCALLOP MASAK SOS TIRAM***

SCALLOP ( Quantity sesuka hati)
Sos tiram ( secukup rasa)
1 1/2 susu mkn biji sawi
Sedikit timun (potong2 kecil)
Sedikit mix vege
Sedikit bwang besar (di iris kasar)
Sedikit Lada Bengala Hijau (potong dadu)
2 -3 cili padi (dipotong kecil)
1 sudu mkn minyak masak

CARA MEMASAK:-

1) Cuci scallop tutup ketepikn dulu

2) Panaskn kuali bubuh minyak ,masukkn    timun,bwang,lada bengala,cili,mix biji,
scallop, sos tiram dan biji sawi

3) Masak kemudian angkat ( masak jgn lama)
Sedia utk di hidangkn.

SELAMAT MENCUBA
Ros...

Friday 14 November 2014

Apom

2 biji telur
1 cawan gula
1 sudu teh ovalett
1 cawan air ais krim soda (brand F&N)
2 cawan tepung gandum
sedikit esen vanila
Pewarna kesukaan
paper cup
  Bahan2 yang diperlukan 
Kekdahnya pula adalah seperti di bawah :
1. Pukul telur n gula sampai hancur n kembang
2. Masukkan ovalett sampai adunan jadi putih gebu
3. Masukkan esen vanilla
4. Pastu masukkan air ais krim soda
5. Pukul sebentar then masukkan tepung & pukul sampai sebati
6. Lepas tu bahagikan adunan kepada beberapa bahagian then letaklah kaler kesukaan puan2..
7.Pastu masukkan ke dalam paper cup pastu kukus dalam tempoh 10 minit dengan api sederhana
  Putar je semua bahan sampai gebu 
  Bahagikan adunan untuk letak kaler kesukaan.. 

Okeh..kat sini aku nak share beberapa tips la..

1. Paper cup tu better letak dalam loyang paper cup baru apam kembang gebu elok

2. Air ais krim soda tu make sure baru bukak..so gas dia banyak dan apam akan mekar n jadi cantik..

3. Air dalam pengukus tu make sure betul2 dah panas supaya apam naik elok

4. Tudung pengukus tu better balut dengan kain supaya air tak menitik atas apam..
(Rasepi EJ)

Cucor kembung manis

3 cawan tepung gandum
3 cawan air panas
1/2 cawan susu pekat manis
secubit garam

Satukan tepung bersama garam dan susu pekat manis
Tuangkan air panas, dan kacau dengan senduk atau sudu hingga adunan menjadi doh yang pekat dan melekat-lekat di tangan.
Biarkan doh sejuk

Panaskan minyak. Pastikan minyak benar-benar panas dengan api yang sederhana. Jika minyak panas ia akan cantik kembongnya dan tidak menyerap banyak minyak.
Ada dua kaedah untuk membentuk doh bulat-bulat

1. Basahkan tangan dengan air, ambil sedikit adunan sebesar guli ( kerana doh akan kembong ) bulat-bulatkan dan terus masukkan dalam kuali.

2. Bagi mereka yang takut minyak merecik bila kita gunakan air bolehlah basahkan tangan dengan minyak makan. Kaedah yang sama juga ambil sedikit adunan dan bentukkan bulat, kemudian masukkan dalam minyak panas.

Senantiasa balik-balikkan cucur dalam kuali supaya cantik bulatnya
Bila dah kuning keemasan bolehlah di angkat
Lapiskan dengan tisu dapur supaya minyak meresap pada tisu.( rasepi dr group rasa org utara)

Thursday 13 November 2014

Info masakan

FUNGSI BAHAN MEMBUAT KEK~BACA ELOK2..LAIN X SAPA TANYA LG EJ TIBAI KAHH2

1) Tepung gandum Dalam pembuatan kek, tepung yang sering digunakan adalah tepung protin rendah (low protein) seperti tepung kek, tepung superfine, red rose dan sebagainya. Anda boleh gunakan tepung gandum biasa (serbaguna/protin sederhana) tetapi teksturnya lebih kasar berbanding jika menggunakan tepung protin rendah yang menjadikan kek lebih halus. Tepung gandum berfungsi sebagai agen penyerap cecair dari telur/air dan membentuk struktur yang kukuh buat kek itu. Tanpa tepung yang cukup, kek menjadi lembik seperti puding.

2) Gula Gula berfungsi memberikan rasa manis dan melembutkan adunan. Ada sesetengah kek yang mempunyai kandungan gula yang tinggi agar menjadi pengawet semulajadi supaya kek tahan lebih lama, contohnya kek buah. Dalam kek mentega, gula dicampur dengan mentega dan dipukul hingga kembang dan gebu. Gula ini membantu lemak memerangkap sel-sel udara yang penting untuk menaikkan adunan kek nanti. Dalam kek yang menggunakan kaedah membuih (foaming method) seperti membuat kek span, gula membantu menstabilkan buih-buih telur supaya mudah digaul dengan bahan-bahan lain seperti tepung gandum.

3) Lemak Dalam pembuatan kek, lemak yang digunakan adalah seperti mentega atau majerin. Lemak berfungsi melembut dan melincirkan glutin dalam tepung dan menjadikan kek lembut dan halus. Dalam kek mentega, lemak yang digunakan adalah dalam bentuk pepejal seperti mentega atau majerin. Untuk mendapatkan kek yang lebih sedap, mentega adalah dicadangkan tetapi kebanyakan pengusaha bakeri mencampurkan mentega dan majerin untuk menjimatkan kos dan volume yang lebih baik bagi kek tersebut. Lemak ini dipukul bersama gula untuk memerangkap sel-sel udara dan menjadikan ia ringan dan gebu. Lemak yang digunakan dalam kek span adalah dalam bentuk cecair samada mentega cair, majerin cair atau minyak masak. Ia memberi kelembutan dan kelembapan kepada kek.

4) Telur Telur berperanan menyebatikan semua adunan dan memberikan kelembapan kepada kek. Dalam kek mentega, telur yang merupakan cecair membantu menyebatikan mentega dan gula. Ia juga membantu mencairkan gula. Dalam kek span, telur adalah sumber penaik yang utama dimana sel-sel udara yang terperangkap dalam buih-buih telur itu akan mengembang apabila dibakar. Proses ini akan menaikkan kek dan menjadikan ia kembang dan gebu. Telur juga menyediakan rasa lemak dan warna kuning kepada kek.

5) Ovalett Ia adalah sejenis bahan penstabil atau emulsifier. Nama lain adalah quick 75 atau super sponge. Ia berbentuk pes atau pekatan berwarna kuning dan boleh didapati dikedai menjual bahan kek. Ia dibuat daripada sumber soya dan bahan kimia yg dibenarkan. Fungsinya adalah sebagai penstabil dimana ia dipukul bersama telur dan gula. Ia bertujuan menggebukan kek dan kuih. Juga supaya kek ‘tak jatuh’. Ia juga membuatkan telur dan adunan yang dihasilkan Nampak halus dan gebu. Bahan ini menyebabkan adunan telur tetap gebu dan tidak mendap. Hasilnya kek juga akan menjadi gebu. Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) telah mengesahkan bahan ini halal digunakan oleh orang Islam. Jika masih ragu-ragu dapatkan nama pengeluar/pengedar dari bungkusan dan boleh minta terus senarai bahan-bahan daripada mereka. Ia juga dikenali dengan Sponge Cake Emulsifier atau Cake Stabilizer.

6) Bahan Penaik Terdapat 3 jenis bahan penaik yang selalu digunakan dalam pembuatan kek, pastri mahupun kuih-muih. Ianya ialah serbuk penaik (baking powder), serbuk soda (soda bikarbonate/sodium bikarbonate) dan serbuk tartar (cream of tartar). Ketiga-tiga bahan ini juga dikenali sebagai bahan penaik kimia atau chemical leaveners. Ia berbentuk serbuk putih dan boleh dibeli di pasaraya dan kedai-kedai bahan kek. Fungsinya adalah untuk menaikkan dan meringankan adunan kek/kuih agar lebih gebu. Bahan penaik yang paling sering digunakan ialah serbuk penaik. Terdapat dua jenis serbuk penaik iaitu yang jenis biasa dan jenis berganda (double-action baking powder).Jenis biasa digunakan dalam kebanyakan kek manakala jenis berganda digunakan untuk kek kukus atau kuih-muih kukus seperti pau, apam dan sebagainya. Ia bertindak dua kali lebih kuat dari biasa dan menjadikan kek atau kuih lebih gebu dan mekar. Soda bikarbonat pula sering digunakan dalam kebanyakan kek, biskut atau kuih yang berasid seperti menggunakan susu masam, jus buah-buahan, serbuk koko, gula hangus , puri buah-buahan dan lain-lain. Soda bikarbonat adalah bersifat alkali dan ia akan bertindak menutralkan asid yang terdapat dalam adunan kek dan kuih tersebut dan menaikkan kek/kuih apabila dimasak. Soda bicarbonate menurunkan kadar asid di dalam kek yang menggunakan bahan seperti pisang, buah-buahan campuran, epal dan lain-lain. Baking soda berfungsi dalam menggebu dan menggembangkan kek. Manakala baking powder pula adalah sama seperti serbuk penaik. Pada umumnya 1 sudu kecil baking powder nisbah 1 cawan (200 - 250g) tepung, 1 cawan cecair, 1 biji telur Anda dinasihatkan mengurangkan jumlah baking powder dalam adunan berasid tinggi (jus limau, buttermilk dan madu) kerana jika berlebihan akan sebabkan kek/skon/muffin/biskut rasa kurang enak, selain dari itu ia akan naik dengan cepat dan akan mendap/jatuh lepas dibakar atau akan terlalu merekah. Untuk elakkannya dari terjadi perlu tambahkan soda bicarbonat dalam bancuhan. Contohnya : 1 cawan tepung + 1 biji telur + 1 cawan buttermilk hanya perlukan ½ sudu kecil baking powder + ½ sudu kecil soda Untuk menguji samaada baking powder masih elok atau tidak : Campurkan 5gm/1 sudu kecil baking powder dengan 120ml air panas. Jika berbuih serta merta, tandanya ia masih elok. Pastikan ianya diayak bersama tepung untuk memudahkan kerja pencampuran bahan kalau buat sebarang masakan yang menggunakan bahan-bahan ini.

7) Shortening Adalah lemak sayuran selalunya dari sumber kelapa sawit atau kelapa. Juga dikenali sebagai planta putih. Warnanya putih dan teksturnya sama dengan mentega. Biasanya digunakan untuk buat roti, biskut, donut (jadikan lebih lembut dan gebu) dan salah satu bahan untuk buat krim kek. Krim kek akan jadi lebih keras dan tak mudah cair

. 8) Cream of tartar Serbuk krim tartar agak jarang digunakan tetapi ada juga resipi yang menggunakan soda dan krim tartar bersama. Krim tartar dihasilkan daripada asid tartarik dan tentunya ia bersifat asid. Biasanya serbuk ini dicampurkan dalam telur putih bagi membuat meringue. Ianya digunakan untuk membuat kek sifon atau membuat kek keju bakar. Ia berfungsi macam baking powder juga - membantu mengeluarkan gas. Warnanya putih sahaja tapi ada yang mengatakan ada keraguan dalam penggunaannya. Jadi sebagai alternative boleh digantikan cream of tartar dengan jus lemon. Biasanya ia diguna untuk buat meringue (putih telur dipukul hingga jadi bertanduk). Ia menghasilkan pukulan putih telur yang cantik dalam proses meringue. Juga untuk jadikan kek lebih gebu dan ringan. Ada juga cara lain jika mahu buat meringue jika tidak ada jus lemon hanya guna telur putih dan castor sugar sahaja dah jadi. Pastikan jangan ada tercampur walau sedikit pun kuning telur atau air. Perkakasan juga kena pastikan betul-batul kering.

9) Creamwell dan shortening Adalah dua benda yang sama tapi berbeza. Keduanya adalah lemak sayuran yang diperbuat daripada kelapa sawit. Creamwell lebih mahal daripada shortening. Creamwell lebih sesuai untuk buat buttercream dan shortening lebih sesuai untuk biskut dan adunan roti (tak pasti samada boleh digantikan dengan salah 1). Creamwell teksturnya lebih mild. Manakala shortening padat sikit. Creamwell + gula aising pun dah cukup leh jadikan aising/topping kek..

10) Buttercream Buttercream hendaklah dibuat dengan lemak sayuran (vegetable shortening) dan marjerin supaya ia tidak mudah cair. Anggaran lemak sayuran, 100 gm, manakala marjerin 50 gm. Gula aising pula 300 - 340 gm, dipukul hingga sebati dan gebu. Jika ingin lebih keras, tambahkan gula aising lagi. Gunakan pes pewarna (dalam tiub) kerana pewarna jenis cecair akan melembikkan aising.

11) Whipping cream Terdapat 3 jenis whipping cream (krim putar) yang mempunyai fungsi yang sama iaitu dalam penyediaan continental cake, dessert, ice-cream dan topping. Secara ringkas perbezaan antaranya adalah dari segi kandungan bahan, cara kegunaan dan penyimpanan.
a) Whipping Topping Cream atau di panggil Non-Dairy Whip Cream. Non-Dairy Whipping Cream For Topping adalah krim yang dibuat khas untuk hiasan kek. Ia dirumus daripada minyak sayuran dan minyak kelapa sawit dan tidak megandungi bahan tenusu. Ini menjadikan ia lebih stabil,maknanya corak-corak yang dipaip menggunakan krim ini tahan seminggu tanpa kehilangan bentuknya. Ia juga mudah kembang jika dipukul dan menghasilkan kuantiti yang banyak. 1 liter krim ini boleh menyalut dan menghias 3 biji kek bersaiz 8 inci. Kandungan: Minyak kernel sawit, sirap jagung (baca bahan pada kotak) tiada kandungan lemak dari susu. Tekstur: Mudah kental apabila dipukul. Ia akan mengembang 2x ganda, rasa manis. Kegunaan: Sebagai topping dan filling untuk kek continental seperti Black Forest, Fruit Flan, Banana Choc dan lain-lain lagi. Kaedah Penyimpanan: Simpan ditempat beku (freezer) tahan 1 bulan selepas dibuka. Jenama di Pasaran: Rich's, Shine Read, Value Pride, Golden Peak. Dimana boleh di dapati: Di kedai-kedai bekalan bakery, dipasaraya jarang didapati
b) UHT Whipping Cream atau di panggil Dairy Whipping Cream @ Double Cream @ Thickened Cream. Dairy Whipping Cream adalah merupakan hasil tenusu dan mengandungi 35 % lemak susu. Ia sesuai digunakan dalam masakan-masakan Barat, membuat kek seperti tiramisu atau hiasan mudah untuk aiskrim atau pencuci mulut ala Barat. Ia hendaklah dipukul dengan kelajuan sederhana hingga ia menjadi kental dan bolehlah dimasukkan dalam masakan-masakan tersebut. Tetapi krim ini tidak sesuai untuk hiasan kek seperti Black Forest dan lain-lain kerana warnanya kekuningan dan kurang stabil. Ini bermakna ia tidak boleh mengekalkan bentuknya dalam masa yang lama. Kesimpulannya, Dairy Whipping Cream yang juga dikenali sebagai Thick Cream atau Double Cream tidak sesuai untuk dibuat hiasan kek kerana faktor-faktor yang saya telah jelaskan diatas.Krim ini terdapat dalam pelbagai jenama dan boleh didapati di pasaraya-pasaraya besar. Kandungan: Pepejal susu. Tekstur: Lebih pekat dari susu segar (UHT full cream milk) tidak mengembang apabila dipukul, rasa tawar. Kegunaan: Sebagai bahan campuran dalam membuat Cheese Cake, Tiramisu, Mousse, Dessert, Ice-Cream dan Ganache (tidak sesuai untuk topping kek) Kaedah Penyimpanan: Simpan dalam peti sejuk (chiller) tidak perlu dibekukan, tahan 1 minggu selepas dibuka. Jenama di Pasaran: Anchor, Emborg, Pauls, Shani, Greenfields, Bridel. Dimana boleh didapati: Di kedai-kedai bekalan bakery dan pasaraya **Keistimewaan krim ini ialah ia lebih baik dari segi kesihatan berbanding krim mentega kerana tidak mengandungi lemak berlebihan.Warnanya putih bersih dan boleh dicampurkan pewarna lain. Rasanya juga enak kerana tidak memuakkan. Tetapi krim ini tidak tahan panas. Ia hendaklah disimpan dalam peti sejuk dan hanya dikeluarkan jika hendak dihidangkan.Ia tahan seminggu jika disimpan dalam peti sejuk. Terdapat pelbagai jenama krim ini seperti Presto, Vivo, Richs, Trans, Anchor dan lain-lain. Krim ini hendaklah diputar dalam keadaan sejuk (krimnya) dan putar kelajuan sederhana hingga menjadi kembang dan kental. Jangan terlebih putar kerana krim akan menjadi kasar dan susah disapukan pada kek.Oleh kerana krim ini sudahpun manis, anda tidak perlu mencampurkan gula.Krim jenis ini hanya dijual di kedai-kedai bahan kek . **Satu kotak whipping cream jenama anchor - lebihan whipping cream 2-3 bulan lepas simpan kat peti ais (tempat beku). Kalau nak guna Cuma masukkan ke bahagian chiller, bila dah cair boleh guna. 1 kotak 900gm boleh topping 2 biji kek . Untuk deko susah sebab jika lambat deko nanti cair pula. Caranya: Keluarkan dari tempat beku. Biar cair jap kemudian putar guna mixer dengan hi-speed sampai jadi (ala-ala2 kalau terbalikan mangkuk tu whipping cream tu tak tumpah). Jangan putar lama-lama nanti ia akan cair balik dan tak boleh guna lagi. Nak pakai defrost dan kalau ada lebihan air toskan jap pastu pakai. Putar sampai soft (berapa minit tak pasti). Kelemahan whipping cream ni memang tak boleh over beat. Nanti kalau diputar lagi dah tak jadi terus dan kalau nak deko tu kena buat kat tempat sejuk-sejuk. Tapak tangan tak boleh panas masa deko. Nanti whipping cair.

12) Bahan pengawet Kegunaannya adalah seupaya kek tahan lama. Antimould adalah serbuk putih seperti baking soda/baking powder. Ia adalah bahan pengawet yang membuat kek tahan lama. Anda boleh beli jenama potassium sorbate atau sodium benzoate kerana kedua-duanya adalah antimould. Untuk mencari pembekal antimould secara on-line, taip jenisnya dan lihatlah senarainya tetapi kalau tak silap, pembekal di Australia/US dan lain-lain tidak memberikan perkhidmatan untuk kawasan Asia Tenggara.

13) Dough softener Digunakan untuk membuat roti atau donut yang lembut.

14) Yis Secara ringkasnya, yis adalah sejenis kulat yang digunakan sebagai bahan penaik (leavening agent) dalam menghasilkan roti. Tanpa yis, roti yang dihasilkan akan kelihatan meleper dan keras. Ia juga digunakan untuk membuat minuman beralkohol. Yis membiak dengan cepat. Ia boleh menukarkan gula menjadi alkohol. Ia terlalu kecil dan hanya boleh dilihat melalui mikroskop. Yis aktif ketika bercampur dengan gula dan air suam (bukan air panas), di mana ia akan menukarkan gula dalam doh kepada gas karbon dioksida, lalu mewujudkan poket-poket atau ruang udara di dalam doh. Apabila doh tersebut masak, yis yang ada di dalamnya akan mati. Poket-poket atau ruang udara yang terbentuk ketika proses fermentasi tadi akan kekal, lalu memberikan tekstur yang lembut dan 'spongy' pada roti tersebut. Jumlah yis segera/kering selalunya digunakan separuh dari jumlah yis segar. Bererti, jika 20 gm yis segar diperlukan, boleh diganti dengan 10 gm yis segera. Cara menggunakannya juga berbeza kerana yis segera boleh dicampur terus ke dalam tepung manakala yis segar perlu di’naikkan’ dulu dengan mencampur bersama air suam bergula

Info masakan

(Ovalette, Krimwell dan Shortening
Kat sni ej nak berkongsi sikit info-info menarik untuk tatapan semua...kpada yg bertanya bagus krdit untuk anda Rosnani Mastor

APA ITU OVALLETE?
Nama panggilan lain bagi ovelette adalah quick 75. Ia berwarna oren atau kuning dan teksturnya seperti gel.

Ovalette merupakan pengemulsi atau penstabil yang digunakan untuk membuat kek span dan dan kek-kek yang menggunakan telur sebagai bahan untuk melembutkan kek.

Selain kek span saya pernah melihat ada juga resipi kek Sarawak dan apam yang mengunakan ovalette sebagai bahan penstabil. Sifatnya yang berasid akan membantu telur dalam kek naik dan memerangkap lebih udara dengan lebih cepat.

Ovalette menjadikan kek mudah mengental, stabil dan tidak mudah jatuh ketika ia dikacau, dibakar atau dikukus. Kek span yang menggunakan ovalette mampu mengekalkan bentuk kek di samping menjadikan kek lembut dan gebu setelah dimasak.

Kepada mereka yang tidak pernah menggunakan ovalette apa kata anda cuba resipi kek kukus ini yang menggunakan ovalette sebagai bahan penstabil kek.

APA ITU SHORTENING (LELEMAK SAYURAN)?

Shortening atau lemak sayuran mengandungi 100% lemak sayuran '(ada juga dari sumber haiwan)' yang beku pada suhu bilik.

Bila kita membuat pastri dan menggunakan shortening ia akan menghasilkan pastry yang flaky (berlapis) hasil penggunakan lemak sayuran yang telah dilapis dengan tepung.

Bila membuat biskut shortening selalu dipukul bersama gula supaya ia dapat memerangkap udara dan dapat menghasilkan biskut yang ringan.

Shortening juga bertindak sebagai bahan yang dapat menyatukan bahan-bahan yang berminyak dan juga bahan-bahan cecair supaya ia dapat bersatu dan sebati dengan sempurna.

APA ITU KRIMWELL?

Apakah 'krimwell'? Tekstur dan warnanya adalah seperti lemak sayuran (vegetable shortening). Sama seperti tekstur marjerin tetapi berwarna kuning pucat. Ia tidak perlu diletakkan di dalam peti sejuk dan selalu dijual di dalam bekas plastik lutsinar yang bertutup kemas. Krimwell juga dikenali sebagai creamwell dalam bahasa Inggeris. Salah satu jenama lain yang popular adalah marvello (sekitar awal 1990-an).
Krimwell yang agak keputih-putihan memudahkan aising diwarnakan. Anda boleh gunakan warna biasa atau esen di dalam botol. Hanya beberapa titik diperlukan. Bila membahagikan aising, pastikan secukupnya saja kerana anda boleh menambah lagi jika perlu. Sekiranya gemarkan aising yang manis, boleh tambahkan gula aising.

minyak kelapa sawit, minyak isirong kelapa sawit, pecahan minyak sawit, minyak bunga matahari, air dan garam, kondisioner makanan, bahan perisa, bahan pengawet dan antipengoksida yg dibenarkan.

APA ITU KRIM TARTAR

Cream of tartar Serbuk krim tartar agak jarang digunakan tetapi ada juga resipi yang menggunakan soda dan krim tartar bersama. Krim tartar dihasilkan daripada asid tartarik dan tentunya ia bersifat asid. Biasanya serbuk ini dicampurkan dalam telur putih bagi membuat meringue. Ianya digunakan untuk membuat kek sifon atau membuat kek keju bakar. Ia berfungsi macam baking powder juga - membantu mengeluarkan gas. Warnanya putih sahaja tapi ada yang mengatakan ada keraguan dalam penggunaannya. Jadi sebagai alternative boleh digantikan cream of tartar dengan jus lemon. Biasanya ia diguna untuk buat meringue (putih telur dipukul hingga jadi bertanduk). Ia menghasilkan pukulan putih telur yang cantik dalam proses meringue. Juga untuk jadikan kek lebih gebu dan ringan. Ada juga cara lain jika mahu buat meringue jika tidak ada jus lemon hanya guna telur putih dan castor sugar sahaja dah jadi. Pastikan jangan ada tercampur walau sedikit pun kuning telur atau air. Perkakasan juga kena pastikan betul-batul kering.( POST EJ)

Wednesday 12 November 2014

KEK LAPIS KUKUS ASAM MANIS

Kek Lapis Kukus Asam Manis
    
Bahan-bahan (loyang  9x9x3 inci)
 
    5 biji telor gred A (yang sejuk dari fridge)
    1 1/4 cwn gula halus
1 sudu besar ovallette
    2 cwn tepung gandum
    1 sudu kecil baking powder
    150 ml susu cair
    1/2 sudu kecil garam
    100 gm minyak jagung/masak
    1 sudu kecil esen vanila
    beberapa titis pewarna kuning dan hijau
    asam manis secukupnya (hawflakes, lagi bnyk lagi sedap)
Cara Membuat:-

    Ayak tepung dan baking powder ke dalam mangkuk dan ketepikan dahulu.

    Pukul gula dan telur hingga kembang. Setelah kembang masukkan
ovallete dan pukul lagi sehingga betul2 kembang dan gebu. Masukkan
minyak jagung/masak dan digaul sebati.
    Masukkan tepung dan
b.powder yg telah di ayak berselang seli dengan susu dan masukkan esen
vanilla. Gaul sebati dan bahagikan pada 2 bahagian....letak pewarna
kegemaran.
    Loyang dialas kertas dan sapu sedikit mentega.
Letak adunan hijau dulu, ratakan permukaannya dan susun asam manis di
atas permukaannya... kukus selama 10 minit dalam kukusan yg telah
dipanaskan dulu.
    Buat pula lapisan kuning, ratakan dan tabur
susun asam manis di atas permukaannya dan kukus lagi 10 minit. Ulang2
lapisan sampai adunan habis.
    Untuk lapisan yang akhir, kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.

    Setelah kek masak, angkat dan biarkan di dalam loyang selama 10
minit kemudian baru diterbalikkan di atas redai supaya sejuk.
(RASEPI EJ)

Tuesday 11 November 2014

SIAKAP 3 RASA.ALA THAI

Ikan Siakap Masak 3 Rasa Ala Thai

Bahan ikan:
1 ekor ikan siakap bersaiz kecil
Serbuk kunyit dan garam

Bahan sos:
3 ulas bawang putih - hiris
1cm halia - hiris kasar
8 biji cili padi - diketuk
3 biji cili merah - hiris
2 batang serai - dititik
1 batang bunga kantan - dipotong kecil (tak letak)
4 helai daun limau purut
1/2 cawan sos tomato
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos ikan
Air secukupnya
Garam dan gula

Bahan potong dadu:
1 biji bawang besar
1 tin kecil nenas dalam tin (ganti dengan cendawan butang)
1 biji tomato buah
½ biji cili benggala merah
½ biji cili benggala hijau
½ biji cili benggala kuning
½ biji timun

Cara memasak:
Gaul gaulkan ikan bersama garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.

Setelah itu, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih, halia, serai dan cili padi sehingga naik bau.

Kemudian masukkan daun limau purut, bunga kantan dan sos cili. Kacau rata dan sebati. Masukkan pula air secukupnya dan sos ikan. Perasakan dengan garam dan gula dan biarkan seketika.

Akhir sekali, masukkan bahan-bahan yang dipotong dadu tadi. Biarkan sehingga lembut dan pecah minyak.Tuangkan sos ke atas ikan siakap goreng. Sedia untuk dinikmati.
(Rasepi EJ)

SIAKAP 3 RASA

Ikan Masak 3 Rasa Versi Goreng

Bahan bahan:
1 ekor ikan siakap - (boleh kukus atau goreng)
100 ml air - boleh tambahkan air kalau nak kuah lebih (jika ikan dikukus)
2 sb minyak - untuk menumis
Garam secukupnya

Bahan Cincang Halus:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia muda
2 biji cili merah

Bahan Dihiris Halus:
1/2 kuntum bunga kantan
2 helai daun limau purut
4 - 5 biji cili padi

Bahan-Bahan Sos:
2 sb cili kisar
1 sb sos tomato
2 sb sos cili
2 sb sos plum - guna sos ikan
2 sb gula pasir
1 sb jus limau nipis/lemon
1 sk kicap manis

Cara Cara:
Sediakan kukusan. Jika kukus, lumurkan ikan dengan garam dan biarkan selama 10 minit. Letakkan ikan di dalam pinggan yang dilengser dengan sedikit minyak dan air. Kukus hingga ikan masak. Atau jika digoreng, lumur dengan garam kunyit dan digoreng garing.

Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan bahan cincang selama 1 minit.

Masukkan cili kisar dan goreng sehingga cili agak masak sebelum dimasukkan bahan-bahan sos lain yang telah disatukan dalam mangkuk. Kacau rata rata.

Setelah mendidih, masukkan bahan-bahan hiris, air kukusan ikan dan garam secukup rasa.

Masak hingga kuah pekat sedikit dan tuangkan ke atas ikan yang telah dikukus atau yang telah digoreng.

Sedia untuk dihidangkan dengan nasi putih panas panas.
(Rasepi EJ)

Monday 10 November 2014

Kek coklat

Bahan untuk kek coklat.

Bahan A· 1 cawan serbuk koko ( tak kisah jenama apa pun )
· 1 cawan gula pasir
· 1 cawan susu cair
· 1 cawan minyak masak
· 1/2 cawan susu pekat
Bahan B
· 11/2 cawan tepung gandum
· 1 sudu teh bikarbonat
· 1 sudu teh baking powder
· 1 sudu teh esen vanilla
· 3 biji telur (suhu bilik)

Cara-cara
1. Masak Bahan A dalam periuk sampai sebati. Api kecil. Sejukkan.
2. Pukul telur sampai betul2 kembang (lebih kurang 5 minit ++) kemudian masukkan bahagian A.
3. Masuk esen vanilla. Pukul sampai sebati.
4. Masuk bahagian B sedikit demi sedikit. (seelok2nya tepung, bikarbonat dan baking powder diayak bersama terlebih dahulu). kacau sebati selama 5 minit ++
5. Masukkan adunan dalam loyang dan ikat dengan beg plastik. Boleh juga pakai kertas foil. Papepun pastikan wap air tak boleh masuk dalam adunan.

6. kukus selama 1 jam 10 minit dengan api yang sederhana. (pastikan air kukusan telah mendidih terlebih dahulu..). Jangan buka penutup kukus sampai cukup masa
7. angkat ... tunggu sejuk baru boleh potong. kalau rajin boleh letak topping..

BAHAN UNTUK TOPPING

Bahan:
300 gm coklat masakan ~ dipotong kecil
1 sudu besar susu pekat
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar butter
1/4 cawan air panas

Cara:
Panaskan susu cair dan susu pekat dgn kaedah double boiler.
Masukkan coklat masakan dan kacau hingga ianya cair.
Padamkan api dan masukkan butter. Kacau lg hingga cair.
Curahkan 1/2 dr ganache atas kek yg masih panas tadi hingga menutupi keseluruhan kek.
Biarkan lebih kurang 15 - 30 min supaya ganache tadi meresap ke dalam kek.
Panaskan kembali lebihan ganache td (kaedah double boiler) dan masukkan air panas.
Kacau sehingga sebati dan curahkan ke atas kek tadi.
Bila kek dan ganache dah sejuk, bolehlah dimasukkan ke dalam peti ais.
Boleh juga dinikmati ketika suam2 panas..
* mmg agak banyak ganache yg dihasilkan sbb nak kena siram 2x atas kek tu nanti utk menghasilkan kek yg super duper moist
(Rasepi EJ)

Sunday 9 November 2014

Tempe rangup

resepi nie sy uat niaga,alhamdullilh xckp tngan nk ada kan..cb lh
5 sd tepung gandum,
3sd tepung jgung,jintan,ketumbuh,grm,serbuk kunyit bncuh jgn cair jgn pekat..dh siap bncuh pnskn kuali amk setengh senduk minyk pnas tuang dlm tepung kacau celup tempe,goreng..wlpn sejuk tempe msh rangup lg..slmt mencuba

PERIA SUMBAT KETAM

( PERIA SUMBAT ISI KETAM )

Bahan (A)
       1 biji peria rendam ( di potg
suka hati ) cuci & rendam 5-10
minit dgn air garam.

Bahan (B)
       1/2 btg cili besar merah
hiris kecil.
       1/2 btg cili besar hijau
hiris kecil.
       3 sudu mkan t.gandum
       3 sudu mkan t.jagung
       1 cwan isi ketam
Semua bahan ini di gaul dan
perap dlm 5-10 minit.

Bahan (C)
       1 1/2 sudu mkan minyak
       Secubit garam & perisa
       Sos tiram secukupnya
       Sedikit air.

CARA-CARA:-
    1) Ambil bahan (A) kmudian
toskan.

    2) Kemudian ambil pula
bahan (B) dan sumbat ke
dlm peria tadi.

    3) Kukus dlm masa 5-10
minit suka hati , angkat
susun dlm pinggan.

    4) Tumis bahan (C) dgn api
kecil kmudian bubuh atas
peria yg di susun dlm pinggan tadi.

SELAMAT MENCUBA
ROS... 10/11/2014

Karipap(doh sahaja)

Karipap...
2cwn tpg gandum....
1 sudu tpg beras...
1 sudu tpg ubi...
1/2 sudu shortening.
. 1/2 cwn minyak d panaskan...
Air sejuk biasa utk menguli...

Cara2nya;

Satu kan semua tepung... Gaul dgn shortening n minyak suam...n dgn air... Uli hingga jadi doh ...ambil sedikit doh.... Bulatkan n leperkan... Letak inti... N goreng..
(Rasepi mie juan amy)

Serikaya bakar

3/4 cwn tpg gandum
1/4 cwn air daun pandan
1 cwn pati santan
3/4 cwn gula kastor @ 1/2 cwn gula biasa ( manis ikut suka boleh lebih @ krg)
4 biji telor ayam
Sedikit garam, bijan, serbuk  kayu manis n sikit minyak utk dsapu pd loyang
Kalau x da serbuk kayu manis boleh blen dgn daun pandan
Cara2 nya
Masukkan telor, gula dan air daun pandan pukul hgga kmbg.
Ayakkan tpg , panaskan ketuhar 180 , masukan loyang yg tlah dsapu minyak kdlm ketuhar
Masukan semua bahan2 tadi gaulkan sebati sedia utk dbkar selama 45 minit @ sehingga msak .Agak separuh msak blehlah dtabur bijan 
Selamat mencuba
(Rasepi Ton Leman)

Ikan masak AMPAP

RESEPI MASAK AMPAP

1 labu bwg besar yg merah
3 ulas bwg putih
2 btg serai di ketuk je
7 tangkai cili kering di
    potong dua
3 tangkai cili kering di
    bland
    Halia sebesar ibu jari
    Kunyit sebesar ibu jari
4 Keping asam gelugur
    Air seckupnya
    Garam & Perisa
    

CARA- CARA:-
         1) Bland bwang merah, putih, haliah, kunyit & 3 cili
kering tadi dgn air
         2) Kemudian masukkn
dlm periuk dan di susuli oleh ikan kesukaan masing2
         3) Masukn serai , cili kering yg di potong2 , asam keping ,garam & perisa .Klau
nk tmbah air lbih pun boleh
ikut cita rasa .Masak api yg kecil dan sntiasa di jga.
Alhmdulillah
Selamat Mencuba
Senyum selalu bila masak...
(Rasepi Rosnani Mastor)

tart cheese

Bahan Dasar: Pastri Manis
Bahan (A):
200g mentega
100g gula aising
Bahan(B): 1biji telur
Bahan (C): 420g tepung.
Cara2 : 1. Putar A hingga lembut. Tambah B dan putar hingga gebu.
2. Tambah C dan gaul hingga sebati.
3. Tekankn ke dalam acuan tat.
Inti:
Bahan (A):
250g keju krim
Bahan   (B):
30g mentega
100g gula aising
Bahan (C):
1 sudu besar tepung gandum
Bahan (D):
1 biji telur
Bahan (E):
1 sudu besar jus oren
1 biji parutan kulit oren
Bahan (F):
50g whipping  cream 
Cara2:
1. Tekan pastri manis ke dlm acuan tat.
2. Putar A sehingga licin. Tambah B dan putar hingga ringan
3. Tambah C dan putar hingga sebati. Tambah D dan putar hingga sebati.
4. Masukkan E diikuti F. Putar hingga sebati.
5. Tuangkn inti keju ke dlm acuan tat yg telah disediakn.
6. Bakar pada suhu 175°c selama 30 minit atau sehingga keras dan kekuningan.
😆 Selamat Mencuba 😆(rasepi Rabiatul Ruby)

Ayam bakar

Bahan..
Cili kering atau lada hitam
Bawang merah.
Bawang putih.
Halia.
Serai.
Ketumbar.
Jintan manis
Garam.
Kicap Manis.
Blen semua bahan dgn air skit.
Gaul dlm ayam.
Jika xsuka pedas xpayah buh cili.
(Resepi opah cik mah)

PASTA

Bahan2nya
Sepeket pasta pusing..direbus sampai lembut..
Setengah biji brokoli
Sedikit bunga kubis
Sebekas anak jagung..
3 camca tomato puri.
Semangkuk isi ayam
Sebiji tomato d blh 6
Seketul kiub ayam
Sedikit grm
Sedikit gula
Sedikit aji.
Sebijik bwg besar
2 camca cili sos
Cili kisar ikut pedas..

Cara2nya..

Tumis bawang..masukkan ayam..goreng hingga separuh masak..masukkan cili..tomato biji...tomato puri ..kiub ayam n cili sos...tambah kan segelas air . .masak hingga ayam masak...masukkan grm...gula..aji...masukkan semua sayur2 yg tlh dipotong2..kacau separuh empuk..pastikan kuahnya ada sedikit ya..masukkan pasta...gaul sebatikan....tutup api

CHEESE SOFT BREAD

**CHEESE SOFT BREAD**
Kepingan Bread Gardenia
(Gunting bhgi 4)
Cheese KRAFT
Telur +Sdikit susu pekat manis
Syrup Strawberry
Serbuk Oat/ Serbuk Roti
Minyak utk mengoreng
CARA-CARA:-
1. Gunting bread yg sekping
tu bgi 4.
2. Cheese juga gunting
di bgi 4 mcm bentuk bread.
3. Telur + susu pekat manis
di Kacau dgn sudu
4. Kmudian ambi bread + cheese satukan
5. Masukn dlm telur & kmudian
masukkn kedlm Oat/S.Roti
6. Goreng dgn minyak
dan api sderhana
7. Setelah masak angkat thgu sejuk bubuh syurp
strawberry.
Alhmdulillah (rasepi Rosnani mastor)

Aiskrim oreo

resepi aiskrim oreo

ok la jom kite tgk resepi aiskrim oreo..resepi simple korang pun boleh buat k..

bahan - bahan :
setengah cawan susu pekat
1 1/2 cawan susu cair ( ada org pakai fresh milk )
esen vanila ( sikit je )
1 sudu ovallet
biskut oreo ( hancurkan ngan krim sekali )
1 biji telur (tp aku x letak pun )

ok campurkan semua bahan2 tersebut dan blend or gune mixer pun boleh...pukul sampai gebu dan berkrim..agak2 la masa lebih kurang 15 - 20 minit..da sampai masa tu boleh ar korang campurkan biskut oreo yg da di hancurkan td dalam bekas aiskrim..kemudian gaul2 kan...dan masuklah dalam peti ais..tunggu sampai aiskrim beku baru la boleh mkn.(resepi EJ)

Thursday 6 November 2014

AIS KRIM COKLAT

Bahan-bahannya;

1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat
2 camca kecil Ovelet
4 camca besar serbuk koko..
( kalau nk perasa lain silakan)

Cara-caranya;

Dengan kelajuan sederhana...putar kan semua bahan2 diatas...putar hingga ringan..putar lebih dr 30 mnt...
Lepas tu masukkan dlm bekas...dan keras kan dlm peti ais!

Tuesday 4 November 2014

Pulut urap/ pulut serunding

PULUT URAP

BAHAN2 SERUNDING NYA
1.                       Kelapa parut puteh 1 biji
2.                       Udang kering 2 camca besar
3.                       Ikan bilis 2 camca besar
4.                       Cili merah 6 biji
5.                       Cili padi merah 10 biji
6.                       Bawang merah kecil 7 biji
7.                       Serai 4 batang
8.                       Jintan manis 2 camca besar
9.                       Ketumbar biji 2 camca besar
10.              Kunyit hidup 1 ketul
11.              Garam 1 sudu kecil
12.              Lengkuas 2 inci
13.              Air tapis ½ cawan
14.              Cube bilis 1 keping
15.              Minyak untuk tumis ½ cawan
16.              Gula 4 camca besar
17.              Asam keping 2 keping

CARA MENUMIS SERUNDING
1.                       Blend halus semua bahan no 2-hingga no 14 hingga halus.
2.                       Panaskan minyak tumis kan gula hingga kuning,kemudian masukan bahan blend dan masukan asam keping sehingga naik minyak,baru masukan kelapa mesin kacau hingga rata,masak hingga berderai jangan kering sangat nanti kurang sedap, rasa garam manisnya.

PULUT KUKUS

BAHAN2NYA
1. Basuh bersih Pulut ½ kg direndam semalaman
2. Ambil 6 helai daun pandan di susun kedalam penapis besi yg boleh di kukus,dan masukan pulut dan kukus hingga pulut masak

3. Sediakan santan 1 packet di gaul dengan 1 sudu kecil garam,keluarkasn pulut kukus masukan kedalam mangkok,dan tuang santan gaul rata dan kukus lagi,hingga pulut kelihatan berkilat.Sejukan pulut,ambil plastic letakan pulut kukus dan gentil bulat2 dan golek pada serunding kelapa.Buat sampai habis,untuk minum petang atau sarapan pagi