Friday 27 March 2015

OTAK LEMBU..

Cara2 membersihkan nya;(tok mi faizah ShMahmood)

Cara nak bersihkan otak ni nak kena handle with care kerana dia lembut dan mudah pecah.  Mula mula kena buang urat urat darah kat otak tu.  Buang macam kita buang urat kat udang besar.  Kena hati hati. Selepas semua urat tu dibuang bolehlah dicuci bersih bersih.  Kena rendam sekejap dalam air kapur.  Ambik secubit kapur dan bancuh dalam air dan rendam sekejap.  Tujuannya agar otak tu firm sikit dan hanyirnya kurang.  Rendam dalam 5 atau 10 minit jer.  Setelah tu kena basuh semula bersih bersih dan tapis supaya airnya kering sebelum masak apa yang kita suka ler.

Cara tok mi buat masak lemak chili api otak lembu ni sama jer macam kita buat masak lemak chili api ayam atau daging atau ikan juga.  Wajib bubuh assam keping sikit ye.  Kalau nak boleh bubuh daun kunyit hiris nipis nipis.  Kalau nak extra kick boleh bubuh pucuk assam keping dalam masak lemak ini (kalau ada).

Rasepinya

Di sini Tok Mi serta cara tok mi buat masak berempah otak ni ye. Lain padang lain bola.  Lain orang lain cara la ye.

Resepi Otak Masak Berempah Cara Bonda Tok Mi

2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
Seinci halia
1 sudu teh jintan manis*
1 sudu teh jintan putih*
1 sudu teh ketumbar biji*
5 / 6 tangkai chili kering*
1 peket rempah kari daging
1inci Kulit manis
1 Bunga lawang
1 tgkai serai diketuk
Sedikit daun kari
1 helai daun pandan disimpul
1 biji tomato potong kiub
1 biji Chili hijau diracik
Secukup Santan cair
1 keping Assam keping
Garam dan gula secukup rasa

Cara.

Semua bahan * disangai sebentar atau hingga naik wangi.  Kemudian semua bahan tadi dimesin dengan bawang putih,bawang merah dan halia sehingga halus.  Dalam periuk tumiskan  serai , daun kari, daun pandan, kulit kayu manis  dan bunga lawang sehingga naik wangi.  Setelah itu masukkan tomato hiris dan chili hijau hiris, bahan bahan mesin tadi dan rempah kari dan kacau hingga pecah minyak. Setelah pecah minyak masukkan assam keping dan santan cair.  Kalau suka pekat boleh bubuh santan pekat.  Bubuh bahan perasa secukupnya.  Setelah mendidih bolehlah masukkan otak tadi dan kacau perlahan lahan. Biar api perlahan dan masakkan hingga kuah itu bersalut pada otak tadi.  Anda boleh ikut  citarasa sendiri jika anda nak pekat atau cair kuahnya ye.

Selamat mencuba...

Rasepi ke2.. (kak ton Leman)

Resepi kak ton
*1 smkn jintan manis
*1 smkn lada hitam
*1" halia 1 " kunyit hidup
*5 btg serai
*5 ulas bwg kecik 3 ulas bwg putih
*Cili api ikut ctarsa
1 kping asam gelugur
Bertanda bintg smua dtumbuk halus
Santan secukupnya
Tumis bhn² tumbuk hingga pcah mnyak...masukn sntan  kcau jgn bagi mndidih kmudian masukan otak prlahankan api ...kacau pelan² tkut nnti pecah mskn asam  daun kunyit, garam n gula  scukupnya msk biar pekat kuahnya...sdia dhdng

No comments:

Post a Comment