Thursday 13 November 2014

Info masakan

(Ovalette, Krimwell dan Shortening
Kat sni ej nak berkongsi sikit info-info menarik untuk tatapan semua...kpada yg bertanya bagus krdit untuk anda Rosnani Mastor

APA ITU OVALLETE?
Nama panggilan lain bagi ovelette adalah quick 75. Ia berwarna oren atau kuning dan teksturnya seperti gel.

Ovalette merupakan pengemulsi atau penstabil yang digunakan untuk membuat kek span dan dan kek-kek yang menggunakan telur sebagai bahan untuk melembutkan kek.

Selain kek span saya pernah melihat ada juga resipi kek Sarawak dan apam yang mengunakan ovalette sebagai bahan penstabil. Sifatnya yang berasid akan membantu telur dalam kek naik dan memerangkap lebih udara dengan lebih cepat.

Ovalette menjadikan kek mudah mengental, stabil dan tidak mudah jatuh ketika ia dikacau, dibakar atau dikukus. Kek span yang menggunakan ovalette mampu mengekalkan bentuk kek di samping menjadikan kek lembut dan gebu setelah dimasak.

Kepada mereka yang tidak pernah menggunakan ovalette apa kata anda cuba resipi kek kukus ini yang menggunakan ovalette sebagai bahan penstabil kek.

APA ITU SHORTENING (LELEMAK SAYURAN)?

Shortening atau lemak sayuran mengandungi 100% lemak sayuran '(ada juga dari sumber haiwan)' yang beku pada suhu bilik.

Bila kita membuat pastri dan menggunakan shortening ia akan menghasilkan pastry yang flaky (berlapis) hasil penggunakan lemak sayuran yang telah dilapis dengan tepung.

Bila membuat biskut shortening selalu dipukul bersama gula supaya ia dapat memerangkap udara dan dapat menghasilkan biskut yang ringan.

Shortening juga bertindak sebagai bahan yang dapat menyatukan bahan-bahan yang berminyak dan juga bahan-bahan cecair supaya ia dapat bersatu dan sebati dengan sempurna.

APA ITU KRIMWELL?

Apakah 'krimwell'? Tekstur dan warnanya adalah seperti lemak sayuran (vegetable shortening). Sama seperti tekstur marjerin tetapi berwarna kuning pucat. Ia tidak perlu diletakkan di dalam peti sejuk dan selalu dijual di dalam bekas plastik lutsinar yang bertutup kemas. Krimwell juga dikenali sebagai creamwell dalam bahasa Inggeris. Salah satu jenama lain yang popular adalah marvello (sekitar awal 1990-an).
Krimwell yang agak keputih-putihan memudahkan aising diwarnakan. Anda boleh gunakan warna biasa atau esen di dalam botol. Hanya beberapa titik diperlukan. Bila membahagikan aising, pastikan secukupnya saja kerana anda boleh menambah lagi jika perlu. Sekiranya gemarkan aising yang manis, boleh tambahkan gula aising.

minyak kelapa sawit, minyak isirong kelapa sawit, pecahan minyak sawit, minyak bunga matahari, air dan garam, kondisioner makanan, bahan perisa, bahan pengawet dan antipengoksida yg dibenarkan.

APA ITU KRIM TARTAR

Cream of tartar Serbuk krim tartar agak jarang digunakan tetapi ada juga resipi yang menggunakan soda dan krim tartar bersama. Krim tartar dihasilkan daripada asid tartarik dan tentunya ia bersifat asid. Biasanya serbuk ini dicampurkan dalam telur putih bagi membuat meringue. Ianya digunakan untuk membuat kek sifon atau membuat kek keju bakar. Ia berfungsi macam baking powder juga - membantu mengeluarkan gas. Warnanya putih sahaja tapi ada yang mengatakan ada keraguan dalam penggunaannya. Jadi sebagai alternative boleh digantikan cream of tartar dengan jus lemon. Biasanya ia diguna untuk buat meringue (putih telur dipukul hingga jadi bertanduk). Ia menghasilkan pukulan putih telur yang cantik dalam proses meringue. Juga untuk jadikan kek lebih gebu dan ringan. Ada juga cara lain jika mahu buat meringue jika tidak ada jus lemon hanya guna telur putih dan castor sugar sahaja dah jadi. Pastikan jangan ada tercampur walau sedikit pun kuning telur atau air. Perkakasan juga kena pastikan betul-batul kering.( POST EJ)

No comments:

Post a Comment