Tuesday 25 October 2016

Bubur Asyura Lenggong Style

Bahan2nya;
1kg tepung beras
3 sudu besar kerisik
10 batang serai
10 biji bawang kecil
1kg santan
3sudu besar serbuk rempah ketumbar
Kacang hijau 1/2kg
Kacang tanah 1/2kg
Kacang duduk 1/2kg
Ubi keledek 1kg
Gula dan garam secukup rasa..
Minyak utk menumis..

Cara2 memasak;
Rendam semua kacang2.. dan rebus sampai empuk..jgn jgn terlalu empuk..
Rebus ubi jgn terlalu empuk..
Mayang bawang kecil..
Kisar serai sehalus yg boleh..tapis seketika..buang airnya..

Tuang kan tepung beras kedlm besen..guna air biasa..kacau hingga tepung tadi cair dan likat..kemudian masukkan sekg santan tadi..sebatikan..

Dlm kuali..masukkan minyak..tumis bawang kecil sampai wangi..tuang bancuhan tepung beras tadi..masukkan serai..kerisik..rempah...garam dan gula..kacau..api sederhana...kemudian masukkan semua kacang2 tadi bersama air rebusan nya sekali..kacau lagi..dan rasa gula n garam..tambah jika perlu..kgn terlalu manis..kacau lah hingga pekat dan kalau nk tahu dia masak ke blm..rasalah..atau tenguk pada adunan asyura tu ada terjahan udara dari bawah yg menyebab kan asyura kita jadi naik bunyi blup..blup..

Bila dah masak ceduk lah boh dlm bekas..
Ambil secawan kcg hijau..sangai hingga masak ..sejuk kn..kisar dan gunakan penapis teh utk ayak kn kcg hijau kisar tadi ke permukaan asyura..

Monday 10 October 2016

Kerabu megi siam

KERABU MAGGI SIAM by Cheq da
utk mkn 5-6 orang

BAHAN
1. 3 Plastik maggi siam perisa tomyam
2. 10 batang crabstik
3. Carrot dihiris nipis dlm 1 biji
4. Sedikit kubis dihiris nipis ala2 kerabu
5.1 biji bawang besar
6. Sedikit daun sup dan daun bawang
7. 10 biji cili padi hijau ataupun merah

CARA
1. Panaskan air dlm periuk untuk merebus maggi.
2. Masukkan 1 serbuk perasa ke dlm air rebusan.
3. Rebuskan maggi dan crabstik dengan air rebusan tersebut dan toskan.
4. Setelah siap masukkan ke dlm  bekas dan campurkan ke semua bahan tersebut bersama dengan hirisan sayuran td. Crabstik pun dihiris2 juga selepas di rebus.
5. Ambil pula serbuk perasa dari 2 plastik yang tadi.
dan letakkan ke dlm bekas yg berasingan.
6. Air rebusan td jgn terus dibuang. Sebaliknya campurkan ke dlm mangkuk yg berisi serbum tadi dlm 7 sudu besar. Kalau rasa nk berkuah sikit boleh lebihkan.
7. Campurkan terus ke dlm mangkuk td dan gaul sebati.
8. Tak perlu tambah2 apa2 perasa sebab isnya dan cukup serasi dan sesuai. Asam limau pun kalau nk letak pun boleh diletak sedikit sahaja sebab dah masam. Kalau tak nk letak pun tak pe.
9. Siap utk dihidangkan.

Thursday 22 September 2016

Sunday 28 August 2016

PESAMAH PUYUH..

BAHAN2NYA;

4 EKOR BURUNG PUYUH..(buat sekor2)
3 PAKET KECIL SERBUK REMPAH.DAGING.
4 SEKAWAN
DAUN KARI
1 CAWAN SANTAN
4 SUDU BESAR KERISIK
4 SUDU BESAR GULA
GARAM.SECUKUP.RASA
MINYAK MASAK
2 BIJI TOMATO DI BELAH 6
2 BIJI CILI HIJAU .
SESENDUK GULAI BWG KISAR (7 bj bwg besar + 7 ulas bwg putih + 1 inci halia = kisar halus)
SEBIJI BWG BESAR DI MAYANG..
4 BIJI KENTANG, DIBERSIHKAN DAN DI POTONG 6 ATAU 8 DAN MASUKKAN SEDIKIT.KUNYIT DAN GARAM.. GORENG DGN MINYAK BANYAK MACAM DLM GAMBAR YA..BILA DAH GARING..ANGKAT..KETEPIKAN..

CARA2 NAK MASAKNYA..

BERSIH KAN BURUNG PUYUH..KETEPIKAN..
PANAS MINYAK DLM KUALI..TUMIS BWG MERAH YG TLH DI MAYANG TADI..BERSAMA 4 SEKAWAN DAN DAUN KARI..BILA DAH AGAK GARING DAN.WANGI..MASUKKAN BWG.KISAR DAN JUGAK REMPAH..KACAU DAN MASUKKAN AIR..JGN TERLALU.BNYK AIR..AGAK2 JE.YA..BILA DAH MENDIDIH..MASUKKAN KERISIK..TOMATO BIJI DAN CILI HIJAU )BIAR KAN IA MENDIDIH...KEMUDIAN MASUKKAN BURUNG..BIARKAN IA.MENDIDIH LAGI..MASUKKAN SANTAN & GULA...BIAR KAN SAMPAI KUAH.NYA.PEKAT..MASUKKAN.GARAM..KACAU DAN LIHAT ..SAMPAI DAGING PUYUH DAH MASAK..KALAU BLM MASAK TAMBAH KAN.AIR.YA..BILA DAH MASAK..KUAH DAH PEKAT..MASUKKAN PLK KENTANG YG TELAH DI GORENG TADI..KACAU BAGI SEBATI..SLOW KAN API..BIARKAN KUAH.SAMPAI PECAH.MINYAK..KALAU X.MAU SAMPAOI PECAH MINYAK..BUAT LAH TAKAT MN YG AWAK HENDAK.

# PESAMAH NI BKN UTK PUYUH..DAGING ..AYAM..UDANG SEMUA BOLEH..

KALAU UNTUK UDANG YG SNG MASAK TU..
RESEPINYA SAMA..CUMA UDANG HENDAKNLAH DI MASUKKAN.KEDLM KUAH SETELAH KUAT.PEKAT..KACAU KEJAP DAN.ANGKAT../ ATAU PUN.GORENG UDANG DULU..BUBUH GARAM.. KUNYIT..BILA NAK ANGKAT NNTI..BILA DAH PEKATT..BOH UDANG..

UTK GULA DAN GARAM.IKUT LAH SELERA.SENDIRI.YA..NAK MANIS TU LEBIH KE.KURANG KE..

SELAMAT MENCUBA..

Monday 15 August 2016

KELUBAN/KERABU (FYZA RMLN)

Resepinya;

Bahan A
Sayur(semua celur air panas)agak2 empuk
-taugeh
-kacang botol
-kacang panjang
-pucuk betik
-pucuk ubi
-apa2 sayur yg dirasakan teringin takde masalah.

Pastikan sayur ditapis kejap bagi air turun. Wajib toskan taknak keluban berair.

Bahan B (goreng kejap with minyak)
Cili merah beso 4 batang,
Bawang merah 5 bijik,
Bawang putih 4 ulas,
Cili api 7 batang. Cili lg bnyk lagi kaww. Haha
Belacan bakar sekali. Agak2 satu sudu besar.

Bahan C (sangai atas kuali without minyak)
Kelapa parut sangai sampai wangi perang2 sikit. Kuantiti agak2 je dengan  kuantiti sayur boleh gaul rata.

Tumbuk bahan B and C guna lesung batu. Letak sikit garam gula secukup rasa.

Gaul dengan sayur tadi. Perah sikit limau nipis. Tadaaaaaaa. Siap. Senang dan pantas.

Boleh ubah suai ekot citarasa.

Sunday 14 August 2016

AYAM MASAK KUCAI..(resepi Grace Chang)

BAHAN2 :
1 ekor ayam kampung (potong), 1.5 - 2 mangkuk sayur kucai (potong), bawang putih (cincang),  bawang merah (hiris),  3-4 sudu sup minyak bijan,  sedikit gula,  sedikit garam,  sedikit kicap pekat,  sedikit air kanji dan sedikit sos tiram.

CARA MASAK :
Panaskan kuali masukkan minyak bijan, goreng bawang merah,  bawang putih dan halia sehingga kuning-kekuningan.  Kemudian masukkan daging ayam,  kicap pekat & gula goreng sehingga aroma.  Masukkan 2 mangkuk nasi (biasa) air dan gaul rata.  Tutup kuali dan biarkan ia didih selama 10 minit atau sehingga daging ayam masak (gaul sekali sekala dan jaga sosnya supaya tidak terlalu kering). Selepas itu masukkan sayur kucai,  sos tiram dan garam,  gaul rata dan masak selama 2 minit atau sehingga sayur kucai masak (sambil gaul itu cuba rasa sosnya, jika perlu tambah sos tiram, gula dan garam boleh tambah sekarang) Setelah sayur kucai telah masak,   masukkan sedikit air tepung kanji dan gaul sehingga rata (sos jangan pekat sangat)... Akhir sekali hidangkan dalam piring 😀😀😀😀

Monday 8 August 2016

Cucur badak

Cucur Badak

Oleh: Azie Kitchen(maaf tuan punya blog Azie kichen..saya share resepi awak ya..)

Bahan-bahan:-

Untuk inti:

½ biji kelapa parut

100 gram udang kering (rendam dan kisar)

1 ulas bawang putih

3 biji bawang merah

7 tangkai lada merah

1 cm halia

1 batang serai

1 sudu teh serbuk kunyit

2 sudu makan gula

½ sudu teh garam

2 sudu makan minyak masak

Untuk doh :

250 gram keledek (rebus dan lenyek)

3 ½ sudu makan tepung gandum

½ sudu teh garam

½ kg minyak masak (untuk menggoreng)

Cara-cara :-

Untuk inti:

1) Panaskan minyak. Masukkan semua bahan yang telah dikisar. Masak hinggamenggelegak.

2) Masukkan kelapa. Kacau rata. Tutup api dan ketepikan.

Untuk kuih :

1) Gaul rata semua bahan doh kecuali minyak masak membentuk doh. Tambahtepung sedikit demi sedikit sekiranya doh lembik dan melekat.

2) Ambil sedikit doh dan bentukkan bulat sebesar bola golf. Isikan inti di tengah tengahnya.

3) Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali.

4) Goreng doh yang telah diisi inti sehingga keemasan. Angkat dan tos.

bahan blend di tumis dg sedikit minyak

masukkan kelapa parut dan masak hingga kering

ubi keledek direbus dan dilenyek

leperkan doh, masukkan inti

goreng dg api yang sederhana hingga kekuningan

siap dihidangkan



Tuesday 2 August 2016

ROTI ARAB

Bahan2 nya
1kg tepung gandum
1/2 cawan tepung suji
2 sudu bsr majerin
1 paket yis kering 11gm
Air garam secukupnya

Cara2nya

Campur kasemua bahan2 di atas..masukkan air garam sedikit demi sedikit hingga jadi doh yg lmbut..rehat kan selama 30 mnt..
Dan bulat2 nya doh..gelek bg nipis..dan goreng  dgn minyak yg bnyk..
Blh di mkn dgn. Kari ayam atau daging..

Wednesday 27 July 2016

ROTI NAN

ROTI NAAN

500g tepung gandum
500g tepung attar
Sepeket yis mauripan
700ml air
Stgh cwn shortening
1/4 cwn gula
Garam secukup rasa

CARA-CARA

Masukkan air ..shortening..yis..gula dan garam
Gaulkan sehingga hancur bahan2 tersebut
Kemudian masukkan tepung gandum dan tepung attar..
Biarkan adunan dalam setengah jam kemudian jd kn adunan doh seperti doh pau..kemudian dicanai atau ditebar

SELAMAT MENCUBA

Tuesday 19 July 2016

Serimuka pandan

TALAM SERIMUKA PANDAN

Bahan lapisan bawah:

500gm beras pulut
250ml santan pekat
250ml air
1 tsp garam halus

Cara:

1. Rendam pulut sekurang-kurangnya 4 jam. Basuh bersih dan toskan.
2. Masukkan semua bahan diatas, gaul rata. Kukus selama 1/2 jam (kukus dengan loyang berlainan).
3. Apabila pulut masak, gaul sehingga sebati. Masukkan ke dalam loyang dan tekan bagi padat.

Bahan A lapisan atas:

250gm gula castor
90gm tepung kastard
400ml santan pekat
400ml air
20gm daun pandan - blander dengan air diatas

Bahan B lapisan atas:

3 biji telur - dipukul rata
1/2 tsp garam halus
Pewarna hijau secukupnya

Cara:

1. Satukan semua bahan-bahan A dan kacau rata. Masukkan bahan-bahan B, kacau sehingga sebati.
2. Ambil 2 sudu bancuhan dan sapukan keatas lapisan pulut. Tapis ke dalam periuk dan masak. Kacau sehingga naik wap.
3. Tuangkan ke atas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit. Sejukkan dulu, baru potong.
4. Jangan lupa like dan share ye, terima kasih dan selamat mencuba.

Monday 18 July 2016

Kuih bakar/bangkit pandan

Bahan2nya;

350g tepung ubi (disangai dulu dlm oven aje)
150g icing sugar
20g butter
1 biji kuning telur
130g santan pekat (maklang guna santan kotak)
1/8 bpowder

Cara2nya;

Satukan icing + butter + kuning telur = kacau guna whisker
Masukkan santan dan gaul sebati
Masukkan tepung yg dicampur ngan bpowder tadi.
Masukkan skit demi skit hingga jadi bentuk doh
Terap dan bakar 20', suhu 160

Thursday 5 May 2016

ROTI CANAI

Resepi roti canai

Bhn2
1kg tpg gandum
3sdb marjerin
1sdb gula
1sdt garam halus
3sdb susu pkt
1 biji telur
500ml air

Cara2 membuatnya
Masukkan marjerin,gula,telur,garam,susu pkt dan air kedlm mixer(sy pukul guna tgn)mix sekjp..kemudian,masukkn tpg gndum,mix @uli sampai jd doh..rehatkn dlm 20min..lps 20min..uli lg sekali,uli kjp je..rehat lg dlm 20min..lps 20min..kuarkn doh,ltk ats meja bersih..potong doh kpd 23 biji..(sy buat 27 biji)terpulang pd anda..klu nk roti canai bsr,buat bsr2..bulatkn doh,kemudian sapu marjerin kesemua doh td..sapu bks dgn marjerin supaya doh x melekat..perap semlmn..pastu anda blehla tebar roti canai mengikut kepakaran anda..sy cincai jer jnji nmpk mcm roti canai..silakn share,x pyh minta izin..sy halalkn,sy pn copy resepi dr seseorg jgk..selamat meroti canai

Saturday 2 April 2016

NASI GANJA

Resepi nasi ganja..

1kg beras basmathi
1 paket rempah sup
1 senduk besar bahan2 kisar..
*bahan2 kisar ialah bwg besar 10bj + sebesar ibu jari halia + 10 ulas bwg putih..
2 sudu besar majerin
4 sekawan
Pewarna kuning..
6 sudu besar sos cili..

Cara2 memasak..

Basuh beras..toskan.. (sebelum basuh sukat dulu beras ada brp gelas)
Panas kn majerin dlm rice cooker..tumis 4 sekawan...masukkan sesenduk bahan2 kisar..masukkan rempah sup..masukkan sedikit air..reneh kan bahan2 tadi..masukkan air (kalau beras 3 gelas..masukkan air 4 gelas) masukkan jugak sedikit  pewarna kuning dan garam.
Juga jgn lupa cili sos..
Biarkan mendidih..masukkan beras.dan daun pandan..kacau kejap..tutup penutup rice.cooker..selepas 2.mnt kacau lagi beras tadi.
Lps 5 mnt.kacau lagi..bila mendidih kacau lagi..dan bila rice.cooker  keep warm . .kacau lagi sekali..cepat2 tutup..biarkan ia masak.m

Friday 18 March 2016

Jus epal..

Bahan2nya
1 biji epal hijau
10 helai daun belalai gajah.. (kalau ada bnyk lagi bgs)
Jus lemon dr sebiji lemon
Madu secukupnya..

Cara2nya...
Bersihkan epal..cincang..masukkan dln blender..+ daun belalai gajah + jus lemon + madu..kisar halus..tuangkan kedlm gelas..masukkan ketul ais..
Sila minum..

Cucur udang geragau

Cucoq geragau

1/2 kg tepung gandum
300grm udang geragau
Sedikit kucai yg di potong pendek2
Semangkok tougeh
1 sudu kecil soda bikarbonat.. (jgn boh lebih..terbakaq lidah tanggong sendiri nooo)
Sedikit garam..
Sedikit pewarna kuning.. (jgn boh kunyit..sbb bila kunyit berjodoh dgn soda bikarbonat.. ia akan menjadi kaler seakan oren)..
2 biji bawang besar di mayang halus (kalau ada bawang merah kecil lagi sdp.)

Caranya;

Bersih kan udang geragau..campurkan kesemua bahan2 nya..masukkan air.sedikit demi sedikit hingga adunan sebati dan adunan biar lembik..agak cair.. (cair dr cucoq biasa tu)..
Panaskan minyak..goreng lah cucoq..

Thursday 17 March 2016

Kuih lapis seri wangi...resepi dan pic org punya..sorry tuan punya..tq

KUIH LAPIS SERI WANGI

Bahan A:

2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 sk garam
2 cawan santan pekat

Bahan B:

1 1/4 cawan gula pasir
1 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
2 helai daun pandan - di simpul
1 sk pandan paste

Bahan C:

3 sb serbuk koko*
4 sb air suam untuk bancuh koko* - boleh ganti dengan 1 sb coklat emulco pewarna hijau, perisa pandan

Cara:

1. Masak bahan B hingga gula larut, biarkan suam sedikit.
2. Sementara itu satukan kesemua bahan A di dalam mangkuk dan gaul rata, ketepikan dulu.
3. Masukkan bahan B kedlm bahan A dan gaul rata, kemudian tapiskan.
4. Bahagikan pada 2 bahagian. Satu bahagian letak pewarna hijau/perisa pandan dan satu lagi letak bancuhan koko/coklat emulco.
5. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain. Sementara itu sapukan minyak di keliling loyang dan alas dengan plastik di dasarnya.
6. Apabila air dah mendidih, letak loyang tadi dan panaskan sebentar.
7. Masukkan adunan koko 1 cwn dan kukus selama 5 minit.
8. Setelah itu lapis pula adunan hijau selama 5 minit juga dan seterusnya sehingga habis adunan.
9. Lapisan akhir sekali kukus selama 20 minit. Bila dah siap, angkat dan sejukkan. Biar kuih benar-benar sejuk barulah cantik di potong.

Thursday 3 March 2016

PUDING MANGGA

PUDING MANGGA

Bahan2 yg perlu di sediakan;

37.5 grm agar biasa
7 mug air
1 1/2 cawan gula (atau secukupnya)
2 tin susu cair
3 biji mangga yg masak..ambik isi dlm 500grm
1 cawan tepung kastard
Sedikit garam..

Cara2 menyediakan nya;

1. Basuh dan rebus agar2 hingga hancur..
2. Masukkan gula..
3. Bancuh tepung kastard dgn secawan susu cair (ambil dari susu cair yg 2 tin tadi).kacau.guna kan whisk . .tuang kedalam agar2 yg sdh hancur tadi..kacau hingga dia mendidih..
4. Kisar isi mangga bersama susu cair..tuang kan kedlm agar2 tadi..
Kacau dlm 5 mnt..tutup api dan tuang kan ke dlm acuan..sejuk kn dlm peti air selama 2 jam
.sedia utk d hidangkan..
(Adunan ni dapt bnyk..kalau yg nk mkn x ramai..buat je separuh adunan ya..)

Sunday 28 February 2016

MI KUAH BEREMPAH..

Mi kuah berempah

Bahan2 untuk kuahnya;

-1/2kg udang..asingkan kulit &isi
-segenggam cili kering..rebus hingga lembut..
-3/4 cawan taucu yg tlh d basuh bersih
-1bj bwg besar + 3 ulas bwg putih + sedikit halia..kisar halus
-2 biji keledek oren..dlm1/2 kg..kopek dan rebus..
- 1tin sedang tomato  puri 
-1 tin tomato  sup
-1 paket kecil rempah kari daging faiza
-garam secukupnya..

Cara2 memasak kuah..

1. Rebus isi udang...sekejap jer ya..air jgn buang..kisar halus..

2..rebus kulit dan kepala udang..sejukkan..kisar halus bersama air rebusan ..tapis..ambil air nya jer..

3..kisar keledek bersama air rebusannya..

4..kisar halus cili bersama sedikit minyak..

5..panaskan minyak..ikut suka lah nk minyak bnyk  ke sikit..
6..kisar hingga halus taucu

7..tumis bwg kisar..kacau jap..masukkan rempah... (rempah td x perlu bancuh dulu..tuang terus)..masukkan cili kisar..kacau..masukkan tomato puri dan tomato sup..kacau lagi..masukkan udang kisar..ubi kisar dan air kulit  udg yg tlh dikisar tadi..juga masukman taucu..tambah kan air..disini anda blh pilih tahap kepekatan kuah yg anda mau....didih kan kuah..masukkan garam..x perlu  msukkan serbuk perasa..

Bahan2 isinya;

2kg mi kuning..
Sedikit taugeh
3 keping tauhu
2 pkt fishball
2 pkt fishcake
Sedikit daun sup & daun bawang
Bawang goreng
Bbrpa biji telur  rebus..

Cara2nya;
Didihkan air..masukkan mi..biar kan dlm bbrapa minit..toskan airnya..dan basuh mi..tos kan..
Goreng  tauhu..fishball n fishcake..potong kecik2..kopek telur dan belah 2.. (ikut sendiri lah nk belah brp pun)

Utk sambalnya;
Resepi sambal sama dgn resepi sambal nasi lemak..
2 mangkok cili kering
Semangkok bahan2 kisar..bwg merah + bwg putih + halia..
1/2 cawan ikan bilis..
Belacan,gula melaka 1/2 ketul..3 keping gula melaka..gula biasa secukupnya..garam.secukupnya..kisar ikan bilis dgn belacan..serta sedikit asam jawa yg sdh d buang.bijinya..

Cara2nya..

Panas kan minyak..minyak  bg lebih ya..tumiskan bwg2 kisar..masukkan cili kisar...ikan bilis kisar.masukkan air..biarkan.ia mendidih..masukkan gula melaka..bila kuah agak pekat..slow kan api..masukkan gula..jgn kacau..biar lan.hingga 10 mnt..kmdian kacau..rasa kuah nya..bila semua dah ok..biarkan sambal mendidih hingga betul2 pkt..

Sekarang..jom sediakan..

Ambik mi..masukkan fish  ball..fiah cake n tauhu..masukkan telur..taugeh mentah atau celur..taburkan daun sup n daun bwg..juga bwg goreng . .
Cedok kuah..tuang dlm mangkok ada mi..jgn lupa sambak..nnti x best plk.

Selamat mencuba!

Friday 19 February 2016

LAKSA SARAWAK

Bismillah
Assalamualaikum 😘
semoga harini lebih baik dari
semalam..😍 MasyaAllah..Allah
bagi sedap laksa nii.. 😍😍😋😋

LAKSA SARAWAK
***********************
*Bahan-bahan
Meehoon (celur)
Pes sarawak 5sb
Kuib pati ayam 2
Santan pekat 3sb
Sos tiram 3sb
Gula/garam secukup rasa

*Bahan Hiasan
Udang 8 ekor
Isi daging ayam
Telor dadar (hiris nipis)
Daun ketumbar (hiris)
Limau kasturi
Taugeh

*Cara Penyediaan
1) Rebus air dalam 2 mangkuk sederhana,
taruk ayam..rebus sampai empuk..angkat,
siap2 daging ayam..pastu masukkan
udang..rebus kejap..angkat..

2) Air rebusan jangan buang..terus masukkan pes sarawak, santan, sos
tiram, kiub , rebus sampai mesra..
tambah perasa apa yg kurang..

3) Curahkan diatas meehoon dan hiasakan
dengan bahan hiasan..sedia dihidangkan.
_______________________________________

SAMBAL BELACAN
**************************

*Bahan
Cili merah 8 tangkai
Cili padi 4 tangkai
Belacan 3 inci
Minyak 1 cawan

*Caranya
Blender semua bahan dengan
minyak..pastu terus tumis sampai
pecah minyak..taruk gula sikit..siap 😀

PES LAKSA SARAWAK
******************************

**Bahan Kisar
Cili kering 12 tangkai (rebus dulu)
Bawang besar 3 biji
Bawang putih 5 biji
Halia 2 inci
Lengkuas 1 inci
Serai 2 batang
Belacan 1 inci
Serbuk jintan manis 3sb
Serbuk ketumbar 3sb
Udang 4 ekor (buang kulit)
Kacang tanah 4sb (sangai)
(...kisar semua sampai halus...)

*Bahan Perasa
Gula melaka/Nise secukup rasa
Garam secukup rasa

**Cara Penyediaan
1) Panaskan minyak..Tumis bahan
sampai betul2 pecah minyak..masak
dalam 20 30 minit.. dah siap.. sejukkan.

Selamat mencuba!! 😀

Bismillah 😘😘

Tqvm Atie Jumaat..semoga allah limpah kan rezeki  utk awak aamiin.
Halal kan resepi ni ya..
Tq jgk utk farah yg share kan utk knor..Allah saja lah yg mmbalas budi awak tu..

LAKSA SARAWAK

Bismillah
Assalamualaikum 😘
semoga harini lebih baik dari
semalam..😍 MasyaAllah..Allah
bagi sedap laksa nii.. 😍😍😋😋

LAKSA SARAWAK
***********************
*Bahan-bahan
Meehoon (celur)
Pes sarawak 5sb
Kuib pati ayam 2
Santan pekat 3sb
Sos tiram 3sb
Gula/garam secukup rasa

*Bahan Hiasan
Udang 8 ekor
Isi daging ayam
Telor dadar (hiris nipis)
Daun ketumbar (hiris)
Limau kasturi
Taugeh

*Cara Penyediaan
1) Rebus air dalam 2 mangkuk sederhana,
taruk ayam..rebus sampai empuk..angkat,
siap2 daging ayam..pastu masukkan
udang..rebus kejap..angkat..

2) Air rebusan jangan buang..terus masukkan pes sarawak, santan, sos
tiram, kiub , rebus sampai mesra..
tambah perasa apa yg kurang..

3) Curahkan diatas meehoon dan hiasakan
dengan bahan hiasan..sedia dihidangkan.
_______________________________________

SAMBAL BELACAN
**************************

*Bahan
Cili merah 8 tangkai
Cili padi 4 tangkai
Belacan 3 inci
Minyak 1 cawan

*Caranya
Blender semua bahan dengan
minyak..pastu terus tumis sampai
pecah minyak..taruk gula sikit..siap 😀

PES LAKSA SARAWAK
******************************

**Bahan Kisar
Cili kering 12 tangkai (rebus dulu)
Bawang besar 3 biji
Bawang putih 5 biji
Halia 2 inci
Lengkuas 1 inci
Serai 2 batang
Belacan 1 inci
Serbuk jintan manis 3sb
Serbuk ketumbar 3sb
Udang 4 ekor (buang kulit)
Kacang tanah 4sb (sangai)
(...kisar semua sampai halus...)

*Bahan Perasa
Gula melaka/Nise secukup rasa
Garam secukup rasa

**Cara Penyediaan
1) Panaskan minyak..Tumis bahan
sampai betul2 pecah minyak..masak
dalam 20 30 minit.. dah siap.. sejukkan.

Selamat mencuba!! 😀

Bismillah 😘😘

Tqvm Atie Jumaat..semoga allah limpah kan rezeki  utk awak aamiin.
Halal kan resepi ni ya..
Tq jgk utk farah yg share kan utk knor..Allah saja lah yg mmbalas budi awak tu..

Tuesday 16 February 2016

SUP CENDAWAN

Bahan2nya

2 paket cendawan tiram
1 bekas cendawan butang hitam..di belah 4
1 bekas cendawan butang putih..d belah 4
2 rumpun cendawan jepun (yg macam togeh )
2 batang saleri..potong kecil2
2 biji bwg besar..belah 4
4 ulas bwg putih
200ml cooking cream
Sedikit mix herb
2 kiub ayam..
Sedikit minyak zaitun
Air
Garam..
1/2 ketul butter..
Sedikit tpg gandum..

Cara2nya

Panas kan minyak zaitun..agak2 dlm 6 sudu besar..masukkan bwg merah & bwg putih..kacau sampai layu..masukkan 2 mug air..masukkan kiub ayam...biarkan mendidih...masukkan semua cendawan..saleri..cendawan jepun..yg macam togey tu..buang 2 inci dr bwh ya..
Kacau tengok..kalau sng kacau..air dh cukup..kalau agak susah kacau..tambah sikit lagi air ya.
Boh garam..sikit jer..
Biarkan mendidih..kemudian..tutup api..sejukkan..

Dalam bekas lain...panas kan butter . .api sederhana ya...bila dah cair..masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit  sehingga jadi doh lembik..

Kisar cendawan yg dah di masak tadi bersama2 butter yg kita dah masak kejap tadi..kisar sampai halus..tuang dlm periuk..bila dah.siap kisar kesemuanya..buka api yg paling kecil..kacau..masukkan cooking cream...dan kemuadian masukkan mix herb... (ikut suka nak boh bnyk ke sikit).. kacau sampai.mendidih..rasalah..cukup x garam.nya..siappp..dah blh mkn..

#kalau nak warna sup yang cerah..jgn guna cendawan butang hitam. Guna yg putih je..
#cendawan shitake jgn guna..sbb ada bau yg x.menyenangkan..tp kalau suka..bubuh jer)

TALAM CENDOL

TALAM CENDOL

Bahan A lapisan bawah:

200gm tepung beras*
250ml santan pekat*
450ml air*
1 tbsp tepung jagung*
150gm gula caster
1 tsp garam

Bahan B:

200gm cendol @ 1 paket kecil

Cara:

1. Satukan bahan bertanda (*) dan tapis kedalam periuk. Masukkan bahan lain dibahagian A.
2. Masak bahan A sehingga naik wap (jgn sampai pekat sangat, sekejap sahaja atas api, guna senduk kayu utk mengacau. Kacau sentiasa dan bila terdapat ketulan tepung disenduk kayu, tutup api dan guna hand whisk untuk ratakan adunan tersebut).
3. Angkat dan masukkan cendol. Gaul rata
4. Masukkan ke dalam loyang 10 x 10 x 2 yang telah disapu dengan sedikit minyak dan dialas dengan plastik.
5. Kukus selama 25 minit, selepas masak, cakar-cakar dengan garfu.

Bahan A laposan atas:

300gm gula merah - saya guna gula melaka/gula kampung
50gm gula castor
500ml air

Bahan B:

150gm tepung gandum
3 biji telur - boleh guna 5 biji kalau nak banyak telur
250ml santan pekat
1/2 tsp garam

Cara:

1. Masak bahan A sehingga gula hancur dan sejukkan sebentar.
2. Satukan semua bahan B dan kacau sehingga sebati.
3. Masukkan bahan A kedalam B dan tapis dan masukkan ke dalam periuk.
4. Masak sehingga naik wap (jangan pekat sangat, masak sekejap sahaja).
5. Tuang ke atas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit.

Wednesday 10 February 2016

Nasi hujan panas

NASI HUJAN PANAS
Resepi Oleh : Pak Engku
Rujukan : Resepi Kenduri Khawin

Sukatan dari Pak Engku agak banyak, saya kurangkan untuk hidangan ita yang tak berapa ramai ni.

3 cawan beras Basmathi ~ rendam dahulu 20 minit kemudian cuci dan toskan
1 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar butter
2 1/2 cawan air
1 cawan susu cair
pewarna merah, hijau dan kuning telur
10 gm bawang goreng
garam secukup rasa

Rempah tumis
1 kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
4 biji cengkih
3 biji pelaga
1 helai daun pandan di simpul 

Bahan ini di goreng tanpa minyak boleh juga jika ingin di bakar dahulu 
10 gm badam
10 gm kismis
10 gm gajus

Bahan Kisar
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inc halia 

Caranya;-
Panaskan minyak sapi dan butter
Tumiskan bahan tumis dan daun pandan hingga terbit bau yang harum
Masukkan bahan kisar dan masak hingga terbit minyak
Tambahkan susu cair, air dan garam secukup rasa
Kacau rata
Masukkan nasi
Kemudian masukkan badam, gajus dan kismis
Gaul rata
Tutup periuk nasi dan tanak nasi seperti biasa
Bila nasi dah masak, ambil chopstik dan lubang-lubangkan
Masukkan sedikit pewarna didalam setiap lubang
Tutup semula periuk nasi dan biarkan ia meresap sebentar
Kemudian gemburkan nasi rata
Sedia di hidangkan bersama lauk - pauk yang sesuai

Pesamah daging/tulang

Bahan2 utk memerap daging - perap dlm 30mins
Daging - 1 kilo
Rempah Kari Daging - 2 packet
Bawang besar - 1 biji
Halia - sebesar ibu jari
Bawang Putih 5 ulas
*** bawang besar, halia and bawang putih - dikisar
Sedikit gula (1 sudu teh)
Bahan Utk menumis/ memasak
Bawang merah - 5-6 ulas
Bawang putih
Halia sebesar ibu jari
*** bawang merah, putih and halia dia racik halus
kulit kayu manis - sebatang
Bunga lawang - 3-4 biji
Bunga cengkih
Buah pelaga - 10 biji
Santan - 1 cawan
Kerisik 2 sudu besaq
Asam gelugor - 1 keping
Garang dan gula - secukup rasa
Minyak 3 sudu makan utk menumis
Cara-cara
Panaskan minyak, tumis bhn2 yg diracik sehingga kuning.
Masukkan daging yg diperap, kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan pelaga
Masukkan sedikit air
Apabila daging sudag empuk, baru masuk kerisik (kalau masuk awal, takut kerisik hangit) dan gaul sehinga sebati
Masukkan santan dan asam keping.. masak sehingga kuah nya pekat..

Sunday 7 February 2016

Kek lapis masam manis

Bahan Bahan Resepi Kek Lapis Masam Manis

450 gram mentega (cm guna SCS)

150 gram gula halus (cm letak 130 gram)

10 biji telur gred A

300 gram biskut marie (cm guna jenama Munchy's), dikisar halus dan diayak

300 gram susu pekat manis (cm letak 200 gram)

85 gram seri kaya (cm guna jenama Yeo's)

1 camca teh esen vanilla

2 paket asam manis (1 paket ada 10 bungkus)

Pewarna makanan secukupnya (merah, hijau, kuning)


Cara Cara Menyediakan Resepi Kek Lapis Masam Manis

Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin berukuran 8inci x 8inci x 3inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.Putar mentega dan guna halus hingga putih. Masukkan telur satu persatu sambil diputar hingga kembang dan gebu, masukkan esen vanilla dan seri kaya, putar sebati (masa ni adunan akan berbiji2 sedikit).Perlahankan kelajuan, masukkan susu pekat manis dan kisaran biskut marie sedikit demi sedikit hingga habis, putar sebati. Bagi adunan kepada 3 bahagian sama banyak, setiap satu diberi warna kegemaran anda, kacau rata (cm guna merah, kuning dan hijau). Ok sekarang kita mula melapis..Masukkan tin ke dalam oven, panaskan 1-2 minit (tukar api oven pada atas sahaja, fungsi grill). Keluarkan tin dan sudukan 4 camca besar warna kuning, ratakan dan bakar 6 - 7 minit atau hingga permukaannya perang. Tekan sedikit permukaan kek dengan penekan kek lapis dan lapiskan sekali lagi warna yang sama, ratakan dan susun asam manis, bakar hingga perang. Keluarkan dari oven dan tekan perlahan.Lapiskan pula dengan warna lain, dan setiap warna dilapis 2 kali. Susun asam manis selepas lapisan pertama. Dan tekan perlahan setiap lapisan. Buat hingga siap dan lapisan terakhir bakar dengan api atas dan bawah selama 10 - 15 minit, tutup permukaan tin kek dengan aluminiun foil jika cepat gelap. Keluarkan kek dari tin dan sejukkan sepenuhnya atas jaringan.