Tuesday 27 March 2018

IKAN ASAM HAILAM (RESEPI CHEF HARRIE MAULANA)

Asmlkm..hari ni kNor nak cuba resepi keluarga chef Herrie  Maulana.. tqvm chef kerana sudi share resepi yg sedap.ni..

Assam Hailam ikan..

resepi ini ikan boleh mengikut pilihan yg disukai sama ada bawal hitam, putih mahupun bawal mas.. selain dari bawal, ikan tenggiri atau kembung pun boleh)

di sini sy guna seekor ikan bawal 400g yg dibersihkan dan dipotong dua.

bhn² utk ditumbuk kasar
* 3 biji bwg merah
* 2-3 ulas bwg putih
* ½ inci halia
* 3-4 biji cili merah
* 2-3 biji cili Vietnam (mengikut kepedasan)
* 1 inci ibu kunyit atau ½ Sdb serbuk kunyit
* ½ sdk jintan manis

bhn utk tumis
* 3-4 Sdb minyak masak
* ½ Sdb halba campuran
* 3 tangkai daun kari
* sebatang serai dititik
* 450ml air
* ½ sdk pes asam jawa
* 1 kiub pati ikan bilis
* secubit garam ikut rasa
* 1-2 Sdb gula ikut rasa

cara²nya
panaskan minyak dlm periuk atau kuali, masukkan halba campuran, daun kari berserta bhn yg ditumbuk td, kacau shgga naik bau.
masukkan air dan kiub pati ikan bilis, kacau shgga menggelegak lalu perasakan dgn garam, gula dan larutan air asam jawa, biar seketika ia menggelegak.
masukkan potongan ikan dan tutup periuk atau kuali seketika, kemudian balikkan ikan dan tggu shgga benar² masak.
setelah masak pindahkan ke dlm mangkuk atau bekas hidangan dan biarkan ia sedikit sejuk selama 15 minit.
kemudian hidangkan dgn nasi putih panas² bersama ulam²an dan sambal belacan serta telur asin... wah merecik air liur ni😋

Monday 5 March 2018

KEBEBE

KEBEBE

Bahan2nya

Buah Cermai
Buah belimbing
Buah kelempong
Buah Nenas
Buah Amra
Buah Jambu batu
Buah Nangka muda mentah
Jantung Pisang mentah
Cili Padi secukup nya
Belacan
Garam
Gula secukupnya..

Cara2 membuat KEBEBE

Kalau blh guna lesung kayu..kalau x der.. lesung tumbuk sambal pun blh..belasah jerr..
Masukkan cili padi + belacan + garam = tumbuk hancur..
Kemudian masukkan buah2 dan ulam2 tadi sedikit demi sedikit..tumbuk sampai lumat..perasa kan dgn garam dan gula.. Bila dah siap..cedok dlm besen.. biarkan kejap..dan nikmati lah KEBEBE..