Thursday 30 April 2015

BIHUN SUP

Rasepi bihun sup

Sebungkus bihun..rendam kejap..didihkan air..toskan bihun tadi dan masukkan dlm air didih.tadi...bila kita picit bihun..kelihatan lembut dan putus...dah masak ler tu...tutup api..tos kan bihun..

Utk sup
1 ekor ayam
Sebungkus sup bunjut.. (keluarkan isinya..basuh dan tumbuk halus)
1 ketul kiub ayam
2 biji buah tomato
Bwg besar + bwg putih + halia = kisar halus..agak2 dlm 2 senduk gulai..
Garam.sedikit taugeh mentah..

Cara2nya..

Tumis sup bunjut yg tlh d tumbuk tadi..masukan pes bahan2 kisar..dh wangi..masukkan air..biar didih kejap..masukkan ayam..dan tomato biji yg d belah 4..masukkan kiub..biarkan sampai ayam masak..perasakan dgn gram nya..bila dah ok..tutup periuk..tutup api..siap..masa nk makan bihun sup  nanti..taburkan bwg goreng .

Utk sambalnya..

Rabus bbrapa tangkai cili kering..basuh dan toskan..masukkan dlm pengisar...masukkan juga bbrapa biji cili kecil..ikut ya..nk pedas mcm mn..masukkan sebiji bwg besar + 3 ulas bwg putih..potong2.dulu bwgnya ya..kemudian.masukkan sesudu besar minyak masak..kisar halus.. panas kan minyak masak..boh lebih minyak ya..tuang bahan2 yg tlh d kisar tadi..kacau kejap..masukkan plk sedikit air asam jawa..dan kicap lemak manis...kacau..masukkan gula dan asam..biarkan kuah pekat..ok..siap

#utk hiasan dlm bihun sup..telur rebus bbrapa biji..fishball..fish cake . .tauhu goreng..taugeh mentah....daun sup/daun bwg..bwg goreng..

PULUT PANGGANG.. (LAILA DIFYA)

Pulut 2cawan setengah(rendam 3-4jam)
Pastu kukus 1jam..sambil2 percik air

Dah masak ..masukkan dlm bekas .. Tuang 1cawan 1/2 santan+secubit garam..gaul sebati..letak tepi

Buat inti
Blander jintan manis,bawang Merah,udang kering 1/2cawan,2batang serai...air sikit..

Masuk dlm kuali ..masak ..masukkan cili kering yg dh blander 2camca ..masuk kelapa basah 1cawan setengah...Gaul sebati..letak air 1cawan..letak gula 2sudu .. Masak smpai kering air ..jgn hangus tau ..slalu tgok .. Bau sedap giler ..

Dh masak boleh balut ye kak

Tuesday 28 April 2015

KASERI

RASEPI KASERI

Bahan2nya;
●500grm tepung suji... (goreng tepung suji hingga bbrapa ketika..ketepikan)
●Badam.. (kalau nk boh sebiji2 pun blh..atau kepingan pun blh)
●biji gajus
●kismis
●santan dalam 1L
●gula n garam..
●Majerin n minyak sapi..

Cara2nya;

~panas kan sedekit majerin...goreng  badam dan gajus hingga agak masak..angkat..
~masukkan santan..masukkan gula n garam juga pewarna kuning..kacau hingga mendidih...rasa santan tu.
Manis..masin..bila dah ok.masukkan gajus..badam n kismis.kacau kejap..lepas tu..
Tuang kan tepung sedikit demi sedikit..sambil  di kacau..kalau rasa santan x cukup blh jer tambah air atau santan..last masukkan minyak sapi..kedalam kaseri..kacau hingga kering air dan adunan pun lembik..
Dan angkat..padat2 kan dlm acuan..

Sunday 26 April 2015

NASI AYAM KAK NOR

Nasi Ayam..

A)..untuk ayam
1 ekor ayam..belah 2..basuh bersih2..(ayam jgn di buang kulitnya ya)
Bwg besar + bwg putih + halia = kisar dan gunakan nya untuk di gaul bersama ayam dan perap kan selama 30mnt...

B)..untuk sup

Rebus ayam yg diperap tadi dgn air secukupnya..serta seketul kiub pati ayam...sederhanakan api..bila ayam dah separuh masak..angkat ayam tadi ..tutup api.. (air sup tu agak2 utk masak nasi dan sup serta nk masak kicap dan sambal)

C)..persediaan utk ayam selepas direbus...

Perap ayam yg separuh masak tadi dengan
Kicap lemak manis
Sos tiram
Madu
Minyak bijan..
Biarkan seketika..sementara itu jom kita masak nasi..

D) untuk nasi

1 kg beras..basuh dan masukkan dalm rice cooker..

Sediakan periuk kecil atau kuali..panaskan

4 camca besar majerin..tumis kan 4 sekawan...kemudian masuk kan..pes bawang kisar.. (bwg merah + bwg putih + halia) agak2 dlm 2 senduk gulai...
Kemudian masukkan sekotak susu penuh krim.. (250ml)..sedikit pewarna kuning dan sedikit garam..biarkan ia mendidih..tutup api..tuang kan kedlm rice cooker tadi..tambah kan air rebusan ayam tadi utk mencukup kan air utk memasak nasi..masukan daun pandan...dan 'on' rice cooker...sepanjang proses memasak nasi..pasti kan 3 kali kacau nasi dlm ricr cooker ya..supaya periuk x off sblm air nasi kering..

E) mai goreng ayam plk..
Panas kan sekilo minyak..kemudian..goreng  ayam yg di perap tadi.. angkat dan sejatkan..

F).untuk kicap..
.kicap perapan ayam tadi jgn buang..masak kan ia dgn sesenduk air rebusan ayam tadi..biarkan mendidih..

G)..untuk sambalnya..
5 biji cili merah hidup + 4 ulas bwg putih..= kisar..
Masukkan dlm periuk..tambah kan dgn sedikit air rebusan..sedikit cuka..sedikit  gula dan garam juga sedikit tomato sos..masak hingga agak pekat....

H)..untuk sup..
Air rebusan tadi..perasa kan dgn sedikit garam..masukkan hirisan daun sup dan.daun bwg serta bwg goreng . .

Saturday 25 April 2015

KEK KUKUS ORANG KAMPUNG

Bahan2nya

250gm butter
3/4 cawan gula kastor (kisar halus lagi sng hancur)
4 biji telur
1 sd kecil ovelet
1 sd kecil esen vanilla
2 sd bsr susu pekat manis
2 cwn tepung kek/tepung naik sendiri..
Pewarna kesukaan anda..

Cara2nya..

Pukul butter + gula + ovelet = sampai kembang..
Masukkan telur  satu persatu..masukkan esen vanilla..pukul lagi...masukkan susu pkt manis..pukul lagi. Masukkan tepung...pukul sebati adun sebati..
Sebelum masukkan tepung  dlm adunan..sila didihkan air serta panaskan acuan..
Bila adunan dah siap..bahagi2 kan utk masuk warna...kemudian masukkan.semua nya kedlm acuan yg da di dlm pengukus..tutup pengukus..kukus lah selama 45 mnt..

Wednesday 15 April 2015

AYAM GORENG BEREMPAH (SAMSURI SHAHADAN)

Resepi goreng ayam berempah
Bahan2nya. Ayam dibersihkan. Rempah kari. Sedikit serbuk ladahitam. Daun kari.
Bahan2 kisar. Bwang besar n putih. Halia serai. Sedikit kunyit hidup. Cili kering.
Cara2nya. Taburkan ayam dgn garam n serbuk kari serta serbuk ladahitam. Kemudian tuangkan semua bahan kisar n perap dlm 1 jam. Kemudian blh lah di goreng ayam tersebut himgga cukup masak. Semasa menggoreng taburkan daun kari sekali. Slmt mencuba.

Tuesday 14 April 2015

LEMPENG GULUNG DAGING (SAMSURI SAHADAN)

Resepi lempeng gulung daging kambing.
Bahan2nya.
Daging kambing direbus empuk n direcik halus. Sosej di potong nipis. Telur. Serbuk ladahitam. Serbuk paprika. Daun bawang. Planta. Cili besar dipotong halus. Sos cili. Mayonis.
Cara2nya.
A. Panaskan planta(jgn banyak letak planta sbab goreng kering sedikit). Goreng sosej hingga masak. Kemudian masukkan daging kambing. Kacau hingga sebati n masukkanlada hitam n serbuk paprika. Kacau hingga sebati n masukkan garam secukuprasa. Kemudian masukkan telur n kacau himgga telur menjdi hancur. Masukkan daun bawang n cili besar. Kacau hingga sebati n matikan api. Siap intinya.
B. Bahan utk lempeng. Tepung gandum. Garam. Air. Bancuh kesemua bahan2 tersebut hingga sebati n adun cair sedikit tepung tersebut. Blhlah di masukkan ke kuali yg tidak melekat. Pastikan lempeng tersebut nipis shja.
C. Kemudian letakkan inti tersebut di tengah2 lempeng n tuang cili sos n mayonis. Kemudian gulung lempeng tersebut. Sedia utk dihidangkan. Slmt mencuba.

LOMPANG (KAK MIE)

Lompang..

4 cwn air...
1 cwn gula..
Sehelai daun pandan
1.sudu makan air kapur..

3 cwn tpg beras..

Cara² nya....
Masak gula dgn 4 cwn air n daun pandan... Bila dh mendidih sejuk kan..
Bila dh sejuk tapis n masuk kan kedlm tpg beras ..kacau sebati..
Tapis adunan...
Pns kan pengukus...
Ambil beberapa bahagian adunan... Warnakan ikut kesukaan... Terlebih dahulu... Acuan d sapu sedikit minyak n PNS man dlm pengukus... Bila dh nmpak berasap... Masukkan adunan... Kukus 1/2 jam... Selamat mencuba

Cucur jawa (rosnani mastor)

💖RESEPI KUIH PEJARAM💖
   
1 cawan tepung gandum*
1 cawan tepung beras*
1 cawan gula pasir*
1/2 cawan air*
Kicap secukupnya

CARA CARA:~
1.Campurkan semua bahan
yang bertanda (*) dan
gaul hingga sebati , masukn
kicap secukupnya utk
sesuaikn warna yg di sukai.
Biarkan satu hari atau satu
malam atau lebih lagi bagus.
2.Panaskan minyak guna
kuali yang tidak melekat
*Api mesti kecilkn masa memasak,
*Minyak sedikit utk mgoreng
  💕SELAMAT MENCUBA💕

PUDING PERMATA NESCAFE (ROSNANI MASTOR)

💖PUDING PERMATA NESCAFE💖

(A)
1 paket serbuk agar (10g)
1 1/2 cwn gula
500ml air

(B)
400ml susu cair / full cream*
3 sudu mkn Nescafe*
2 sudu mkn air panas*
2 sudu mkn tepung jagung*
( Semua bhn * dibancuh)

CARA CARA:~
1. Masak bhn2  (A) hingga
    mendidih dan gula sebati.
2. Masukkn bhn2 (B) kacau
    rata sehingga agak pekat.
3.Tuang dlm loyang & sejukn
   dlm peti ais , sedia utk
   dihidangkn .
   💕SELAMAT MENCUBA💕

ROTI PAUNG (tok mi)

ROTI NAIK / ROTI PAUNG

Bahan bahan:
1 biji telur
2 sudu besar susu pekat manis
3/4 cawan gula
2 sudu kecil ibu roti  (bancuh dengan 100 ml air suam)
2 sudu besar majerin
1 sudu kecil shortening  
500 gm tepung gandum  
200 ml air (masukkan telur dan susu pekat manis dalam bekas, dikacau dan tuang air ke dalamnya sehingga cukup 200 ml)
1 sudu besar susu tepung 

Cara cara:
Rendam yis dalam 100ml air suam dengan sedikit gula supaya ianya kembang berbuih. Biarkan sehingga berbuih.

Satukan bahan bahan kering iaitu tepung, gula dan susu tepung.

Masukkan bahan bahan cecair iaitu air bersama susu pekat manis dan telur. Kemudian masukkan yis dan digaul rata.

Akhir sekali, masukkan marjerin dan shortening.  Uli sebati sehingga lembut dan elastik. Saya guna kitchen mixer untuk menguli. Biarkan seketika sehingga kembang sekali ganda. Bila telah kembang, tumbuk untuk buang udara di dalamnya.

Lap tangan dengan sedikit minyak dan bulat bulatkan doh dan timbang supaya sama besarnya. Masukkan ke dalam loyang yang telah dilenser dengan majerin. Tutup dan biarkan seketika sehingga doh naik 2 kali ganda.

Barulah di bakar pada suhu 180C selama 18 minit.

Nota: Saya bakar pada suhu 160C selama 40 - 45 minit.

Angkat dan lenser permukaannya dengan marjerin supaya ianya berkilat.

SWEET HONEY LOAF

3 cwn Tepung All Purpose
1 sudu teh yis
1/2  Madu atau ikut kesesuaian manisnya
1/2 sd teh garam
4 sudu besar Soft Unsalted Butter - suhu bilik
11/2 cawan susu segar suam

Cara

Masukkan susu suam di dalam mangkuk dan campurkan dengan  madu tadi.  Campurkan yis dan biarkan selama 10 minit hingga yis naik dan berbuih.

Dalam mangkuk  masukkan tepung  dan buat lubang didalam dan campurkan garam.dan gaul rata.  Masukkan bancuhan susu yis dan madu tadi kedalam aduan tepung tadi.  Gaul adunan sehingga rata.

Masukkan unsalted butter dan uli doh utk 5 minit lagi.

Sapukan butter dalam mangkok besar dan masukkan doh tadi.  Tutup dengan plastik dan biarkan  doh naik 2 kali ganda.  Proses ini akan mengambil masa dlm 1 jam bergantung pada suhu sekeliling

Sementara itu panas kan ketuhar pada suhu 190 °C / 380 °F.

Bila doh naik 2 kali  tumbuk aduanan dan uli semula doh untuk.beberapa mint dan bentukkan adunan seperti sebuku roti. Masukkan kedalam acuan atau loyang berbentuk roti.  Biarkan doh naik dalam 15 minit.

Sapukan sedikit sedikit susu segar diatas adunan roti .dan bakar selama 30 hingga 40 minit atau sehingga roti masak. 

Setelah masak biarkan ianya sejuk utk 15 minit sebelum keluarkan dari acuan. Pastikan ianya benar benar sejuk sebelum dipotong.

Boleh dimakan begitu sahaja  atau dengan jem atau sambal atau apa apa ikut kesukaan masing masing.

Saturday 11 April 2015

MURTABAK DAGING.. (ummi & ana)

Inti Murtabak Daging

500gm daging cincang
1 kg kentang dipotong dadu nipis nipis
500 gm bawang besar dipotong dadu
50 gm lada hitam*
50 gm jintan manis*
25gm jintan putih*
100 gm rempah kari daging babas
50 gm rempah kurma babas
Bahan * dikisar kering hingga halus
1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
1 btg kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
Garam dan gula secukup rasa secukup rasa
Telur
Daun sup dan daun bawang - hiris halus
Minyak

Mesin bawang besar,bawang putih, halia , rempah kari, rempah kurma dan rempah kering tadi hingga halus.
Tumis kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik wangi dan masukkan rempah mesin tadi.  Tunggu hingga pecah minyak dan masukkan daging cincang tadi.  Tunggu hingga empuk sikit.  Masukkan kentang dan bawang.  Gaul rata rata.  Pada saat ini biarkan kentang lembut dan empuk betul betul bersama daging tadi.   Masukkan secukupnya gula ,garam dan perasa jika suka.  Gaul rata hingga sebati.
Angkat dan biarkan sejuk.

Roti canai

1kg tepung gandum
1biji telur
1 sudu makan gula
1/2 sudu makan garam
2 sudu makan planta
1 sudu teh lemak sayur
1 sudu makan susu tepung
Air secukupnya.

Gaul semua bahan kecuali air dan gaul rata hingga menjadi serbuk roti.  Masukkan air sedikit demi sedikit hingga adunan tidak melekat ditangan. Uli lembut sahaja. Jgn uli kuat sgt nanti tepung jadi liat.  Tekstur adunan tepung ini hendaklah lembut sedikit dari aduanan karipap.  Setelah puas hati boleh di bulat bulatkan.  Kita boleh sapukan planta atau minyak rata rata supaya tepung tidak melekat satu sama lain.  Biarkan selama sekurangnya 1 jam supaya tepung boleh rehat.

Cara membuat murtabak.

Ambik 2 senduk gulai adunan inti tadi.  Bubuh didalam koleh.  Masukkan sebiji telur serta daun sup dan daun bawang yg dihiris nipis tadi.  Kacau rata dan biarkan ditepi. 

Ambil pula adunan roti canai tadi  gunakan belakang dulang tekan tepung perlahan lahan supaya leper dan bulat.  Tarik tepung perlahan lahan dan pastikan tidak koyak.  Gunakan sedikit minyak supaya licin dan senang tarik.  Letakkan inti diatas tepung dan lipat kiri kanan tepung supaya jadi empat segi.  Angkat perlahan lahan dan boleh digoreang menggunakan kuali leper.  Kita boleh guna non stick pan atau pemanggang ajaib.  Goreng hingga garing.  Tambah sedikit minyak jika perlu sahaja.  Bila garing boleh angkat.

Acar bawang.

2 labu bawang besar hiris nipis
1 biji chili padi (potong 4-jika suka)
4 sudu besar gula
Secukup cuka
Secubit garam
Pewarna merah
Sedikit esen ros

Gaul semua bahan hingga rata dan cukup rasa manis,masin dan masamnya.  Chili padi tu jika suka ye.  Kalau tak bubuh pun ok.  Gaul semua dan biarkan sebati.

Selamat mencuba.

PEKNGA../LEMPENG

Peknga

1kg tpg gandum
1/2 biji kelapa mesin
Planta..
Garam.

Caranya
Kisar kelapa mesin.. (kelapa + 1L air..sampai halus..)
Tuang kan kedlm Tpg gandum..tambah garam..kacau sampai sebati..tambah.air.hingga.adunan sebati dan lembik..
Sediakan kuali..bg panas...sapu kan sedikit planta...ambil doh..ratakan..kalau susah..basah kan tangan..ratakan adunanan..letakkan planta diatas kuih..bila dah mask bhgian bawah..alih plk ke bahagian depan..sapu plnta lagj.

Friday 10 April 2015

KUIH CEMPIANG MASIN(khatijah zurina khalid)

Bahan bahan:

3/4 cawan susu segar
1/4 cawan majerin - suhu bilik
3 1/4 cawan all-purpose flour
1 (.25 ounce) package instant yeast
1/4 cawan gula halus
1/2 sk garam
1/4 cawan air
1 telur

Bahan Filling:
1 sudu makan kicap lemak manis
1 sudu makan gula halus
1 btg kulit kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
5 kuntum cengkih*

Cara cara:

Panaskan susu di dalam pan sehingga timbul bubbles, angkat. Masukkan majerin dan dikacau rata sehingga majerin mencair. Ketepikan sehingga menjadi suam. Di dalam mangkuk besar, satukan 2 1/4 cawan tepung, yis, gula dan garam. Kacau rata. Tuang air, telur dan bancuhan susu dan dikacau rata rata lagi.Tambahkan baki tepung dalam 1/2 cawan pada satu satu masa dengan dikacau rata setiap kali memasukkannya. Bila doh telah sebati dan boleh ditarik, pindahkan ke atas papan yang telah ditabur tepung dan uli sehingga sebati selama 5 minit.Tutup doh dengan kain lembab dan ketepikan selama 10 minit.

Sementara itu, kisar bahan *( kulit kayu manis,bunga lawang dan kulit kayu manis hingga halus).  Bancuhkan semua bahan kisar dengan kicap manis tadi.

Bentukkan doh sehingga menjadi bentuk rectangle saiz 12x9 inci. Sapu bahan mesin dengan kicap tadi ke atas doh tadi. Sapu keseluruhan atas doh itu  Taburkan gula halus tadi.  Gulung dan seal kan hujung sekali dengan disapu air pada doh supaya melekat. Potong sebanyak 12 gulung sama saiz dengan bermula 2 bahagian, potong lagi 2 bahagian setiap satu dan seterusnya. Susun di dalam loyang yang telah dilenser majerin. Ketepikan dan biarkan dalam 30 minit sehingga doh naik lagi sekali ganda.

Panskan minyak hingga sederhana panas.  Masukkan doh yang disediakan tadi.  Dengan kiraan 10 gorengkan doh tu terbalikkan doh dan goreng dalam kiraan 10 juga. Setelah cantik warnanya bolehlah diangkat.

Selamat mencuba

HATI & PEDAL MASAK KICAP BERKERISIK..

●500 gm hati dan pedal ayam..
●Sesenduk gulai pes bwg merah + bwg putih + halia..
●cili kisar seckpnya
●1 sd kecil jintan manis..serbuk
●1 sd kecil jintan putih..serbuk
●kicap lmk mnis seckpnya..
●minyak utk menumis
●2 sd bsr kerisik..

Cara2nya;
Bersihkan hati dan pedal ketepikan..
Panaskan minyak..tumis pes bwg campur tadi..
Masukkan cili kisar...kacau2 kjp...masukkan hati dan pedal..kacau kejap..masukkan kicap..kacau2..masukkan plk kerisikkkkk...ooppss..jgn lupa ke2 jintan2 tadi..
Tambah air..biarkan mendidih dan pedal serta hati tu masak..bg tambah grm.n gula jika perlu.
Biarkan kuah agak pekat..siappp!!

Monday 6 April 2015

LOMPANG PANDAN KAK TON

Resepi lompang pandan tepung beras

11/2 cwn tpg bras
1/2  cwn tpg gandum
3/ 4 cwn gula ( klau x mau mnis bleh krgkn ikut ctrasa)
1 smkn air kapur
1 sdt gram
41/2 cwn air
10 helai daun pandan dblen
dgn satu cwn air yg dats
Sedikit pwarna hijau

Satukan smua bhn² tpg, gula, garam, air kpur dan   tpiskn air daun pndan dan pwarna hijau msukn kdlm tpg kcau rata bila semuanya sdah larut rasa dulu sikit cukup gula n garam skali lagi tapiskn tpg tadi kdlm kuali ( kak ton suka guna kuali sbb sng nak kcau) kacau tpg tadi datas api,  bila nmpak mcm nak beku jgn smpai pkat angkat tpg tadi...
* Sblum kacau tpg dlm kuali pnaskan kukusan dulu dgn api sdrhana.
Msukn tpg yg sdah dkcau kdlm loyang dan kukus lebih kurang 30 mnt...lama kukus lagi elok...
Alaskn pnutup kukusan dgn kain nipis utk mngelakkn dri air minitik dats kuih..
Bhn kuahnya
4 cwn sntan
2 smkn tpg beras
Sdikit garam
Stukan smuanya kcau datas api yg prlahan shingga ianya mndidih nak pkat kcau lama sikit klau x mau... mndidih dah cukup..
* Adunan ni lembut kak ton suka klau nak kras sikit bleh krgkan air ... Slmt mncuba adik²ku...

Sunday 5 April 2015

DAGING KAPRAU(rozie cik rose)

Bahan2
Daging 1/2 kilo
(lebih sikit pun boleh)
1 peket pes tomyam adabi
5 biji cili api( tumbuk sikit)
1 biji bwg besar
kicap manis/cili sos
gula ikut rasa
daun limau purut
cara2
Daging perap bsama pes rosyam selama 1/2 jam
dlm kuali...tumis cili api
masukkan daging..kacau n biarkan sedikit kering...
masukkan kicap manis,sos cili..n gula
(sy ikut sesdap rasa)
akhir sekali...masukkan beg besar n limau purut...
marveloussss...

Friday 3 April 2015

SERI MUKA (ROSNANI MASTOR)

💖KUIH SRI MUKA HIJAU SEGAR💖

Bahan A ( Lapisan Bawah )
* 2 cawan beras pulut
* 2 1/2 cawan santan cair
* 1/2 sudu teh garam
Bahan B ( Lapisan Atas )
* 2 1/2 cawan santan pekat
* 1 sudu teh pewarna hijau
* 1 cawan gula pasir
* 1/2 cawan tepung gandum
* 2 sudu makan tpg kastard
* 1 biji telur
* 1 sudu teh garam
CARA MEMBUAT
1. Basuh beras pulut dan
    rendam selama satu jam
    sebelum dimasak.
2. Masukkan bahan A ke
    dlm loyang dan kukus
    hgga masak.
3. Setelah masak masukkn
    ke dlm loyang yg lain,
    lapikkan plastik kedlmnya
    dan tekan2 pulut supaya
    mampat.
4. Masukkan semua bahan
    B ke dlm mangkuk kacau
    rata dan tapiskan.
5. Masukkn ke dlm kuali
    non stick dan panaskn
    sekadar suam suam kuku
6. Tuangkan perlahan lahan
    ke atas pulut tadi.
7. Kukus selama 30 minit.
8. Sejukkan dahulu ,
    kemudian potong.
  💕SELAMAT MENCUBA💕

Thursday 2 April 2015

Nasi goreng (finas/ana)

10 tangkai chili kering buang biji*
1labu bwg besar*
3 ulas bwg besar*
1 cmb udang kering*
Mesin bahan bertanda * hingga halus
Sayur ikut kesukaan masing2
300 gm daging potong nipis
1sb sos tiram
Sedikit serbuk secukup rasa
Sedikit kicap cair
Nasi

Timis bahan bahan mesin** hingga naik wangi masukkan daging dan biar empuk sokit.  Masukkan sos tiram dan bahan perasa secukup rasa masing masing.  Masukkan sayur dan gaul separuh masak masukkan nasi.  Gaul nasi rata dengan bahan tumisan tadi dan goreng hingga masak.

Taaadaaa siap.

Mufin butterscotch oreo (rosnani mastor)

💖MUFIN BUTTERSCOTCH OREO💖

Bahan A
* 1 cwn tpg .gandum
* 1/2 st baking powder
* 1 st soda bikarbonat
* 1/2 st garam
   -3 sb oreo gaul setelah
      adunan sebati/rata
   -Utk hiasan Oreo & badam

Bahan B
* 1 cwn butterscotch
* 1/2 cwn butter cairkan
* 1/2 cwn gula pasir
* 1 biji telur

Cara Membuat
1. Ayak bahan A(*)& gaulkn
    dgn garam
2. Masukn bahan B & kacau
    hingga rata
3. Masukkn oreo dan gaul
4. Masukn dlm acuan ,hiaskn
    dgn oreo,bdam dan bakar
    selama 15 minit atau
    shingga msak ikut oven
    masing2
(k.ros bakar kat dapur gas)
utk sukatan ini boleh dpt
9pcs #MUFINBUTTERSCOTCHOREO
   💕SELAMAT MENCUBA💕