Friday 18 March 2016

Jus epal..

Bahan2nya
1 biji epal hijau
10 helai daun belalai gajah.. (kalau ada bnyk lagi bgs)
Jus lemon dr sebiji lemon
Madu secukupnya..

Cara2nya...
Bersihkan epal..cincang..masukkan dln blender..+ daun belalai gajah + jus lemon + madu..kisar halus..tuangkan kedlm gelas..masukkan ketul ais..
Sila minum..

Cucur udang geragau

Cucoq geragau

1/2 kg tepung gandum
300grm udang geragau
Sedikit kucai yg di potong pendek2
Semangkok tougeh
1 sudu kecil soda bikarbonat.. (jgn boh lebih..terbakaq lidah tanggong sendiri nooo)
Sedikit garam..
Sedikit pewarna kuning.. (jgn boh kunyit..sbb bila kunyit berjodoh dgn soda bikarbonat.. ia akan menjadi kaler seakan oren)..
2 biji bawang besar di mayang halus (kalau ada bawang merah kecil lagi sdp.)

Caranya;

Bersih kan udang geragau..campurkan kesemua bahan2 nya..masukkan air.sedikit demi sedikit hingga adunan sebati dan adunan biar lembik..agak cair.. (cair dr cucoq biasa tu)..
Panaskan minyak..goreng lah cucoq..

Thursday 17 March 2016

Kuih lapis seri wangi...resepi dan pic org punya..sorry tuan punya..tq

KUIH LAPIS SERI WANGI

Bahan A:

2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 sk garam
2 cawan santan pekat

Bahan B:

1 1/4 cawan gula pasir
1 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
2 helai daun pandan - di simpul
1 sk pandan paste

Bahan C:

3 sb serbuk koko*
4 sb air suam untuk bancuh koko* - boleh ganti dengan 1 sb coklat emulco pewarna hijau, perisa pandan

Cara:

1. Masak bahan B hingga gula larut, biarkan suam sedikit.
2. Sementara itu satukan kesemua bahan A di dalam mangkuk dan gaul rata, ketepikan dulu.
3. Masukkan bahan B kedlm bahan A dan gaul rata, kemudian tapiskan.
4. Bahagikan pada 2 bahagian. Satu bahagian letak pewarna hijau/perisa pandan dan satu lagi letak bancuhan koko/coklat emulco.
5. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain. Sementara itu sapukan minyak di keliling loyang dan alas dengan plastik di dasarnya.
6. Apabila air dah mendidih, letak loyang tadi dan panaskan sebentar.
7. Masukkan adunan koko 1 cwn dan kukus selama 5 minit.
8. Setelah itu lapis pula adunan hijau selama 5 minit juga dan seterusnya sehingga habis adunan.
9. Lapisan akhir sekali kukus selama 20 minit. Bila dah siap, angkat dan sejukkan. Biar kuih benar-benar sejuk barulah cantik di potong.

Thursday 3 March 2016

PUDING MANGGA

PUDING MANGGA

Bahan2 yg perlu di sediakan;

37.5 grm agar biasa
7 mug air
1 1/2 cawan gula (atau secukupnya)
2 tin susu cair
3 biji mangga yg masak..ambik isi dlm 500grm
1 cawan tepung kastard
Sedikit garam..

Cara2 menyediakan nya;

1. Basuh dan rebus agar2 hingga hancur..
2. Masukkan gula..
3. Bancuh tepung kastard dgn secawan susu cair (ambil dari susu cair yg 2 tin tadi).kacau.guna kan whisk . .tuang kedalam agar2 yg sdh hancur tadi..kacau hingga dia mendidih..
4. Kisar isi mangga bersama susu cair..tuang kan kedlm agar2 tadi..
Kacau dlm 5 mnt..tutup api dan tuang kan ke dlm acuan..sejuk kn dlm peti air selama 2 jam
.sedia utk d hidangkan..
(Adunan ni dapt bnyk..kalau yg nk mkn x ramai..buat je separuh adunan ya..)