Wednesday 21 October 2015

NASI AYAM PENYEK (Hasniza Hassan)

RESEPI AYAM PENYET

Bahan-bahan ( 6 orang )

Untuk Ayam:

1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik.

½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau

½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau

3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau

1 sudu besar Serbuk Kari Ayam

1 sudu besar Serbuk Kunyit

½ sudu besar Serbuk Lada Putih

3 ulas Bawang Putih

1cm Halia

Sedikit Air

1 sudu kecil Garam

Minyak masak untuk menggoreng.

Untuk Sambal:

Sedikit minyak masak
10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
10 biji Cili padi
10 biji Bawang kecil/merah, hiris
3 biji Bawang putih, hiris
5 biji Tomato, potong 4
5 cm Belacan
2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
3 sudu gula merah/secukup rasa
Untuk Nasi
3 cawan beras dibasuh dan ditoskan
3 ulas bawang putih
satu btg kayu manis
4 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
sedikit butter
garam
kiub pati ayam/daging
6 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td)

Cara-cara

Untuk Ayam Penyet:

Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.

Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best.
(Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)- kite tadak tauhu/tempe. Tak buat.

Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
Panaskan minyak dan goreng hingga garing.

Untuk Sambal:

Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.

Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.

Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.

Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.

Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.

Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
Masukkan gula merah dan gaul rata.

Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk.

Panaskan sambal sebelum disajikan.

Untuk sup:

Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.-kite tambah ayu manis, bunga lawang, pelaga dan ketumbar (boleh masukkan terus sup bunjut kalo ade).

Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.

Untuk Nasi:

Panaskan butter. Tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.

Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit.
Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging. Tunggu sehingga menggelegak sedikit.

Pindah ke periuk nasi letrik dan masak macam biasa.

Friday 16 October 2015

SHASHUKA.. (KHATIJAH ZARINA KHALID)

Bahan bahannya:

4 biji burger ayam/daging - lembutkan dan lecek halus
4 btg sosej ayam / daging - potong potong
2 labu bawang merah - dadukan
5 ulas bawang putih - dihiris hiris
2 biji kentang -dadukan
1 btg lobak merah- dadukan
2 biji terung - dadukan
2 biji tomato - dadukan
2 biji chili hijau - dihiris
2 biji chili hijau - dihiris
21/2 sudu teh serbuk jintan putih
21/2 sudu teh serbuk jintan manis
21/2 sudu teh serbuk ketumbar
21/2 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk chili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar tomato puree
4 biji telur
2 keping cheese - dipecah pecahkan sedikit
Serbuk perasa, garam, gula secukupnya
Sedikit hirisan daun ketumbar.

Cara. 

Tumiskan bawang putih bawang merah,kentang dan lobak merah, daging buger yg dilecek serta sosej.  Gaul rata.  Masukkan serbuk jintan manis, serbuk jintan putih, serbuk ketumbar,sebuk chili dan lada hitam.  Gaul rata hingga naik wangi dan kentang serta lobak merah layu sedikit. Masukkan terung dan tomato gaul rata.  Masukkan sos tomato dan tomato puree.  Gaul rata rata.  Masukkab semua bahan perasa dan gaulkan secukup rasa.  Masukkan hirisan daun ketumbar.  Bila masak dan rasanya cukup rasanya, buatkan bulat dalam kuali pecahkan telur taburkab cheese dan tutupkan.  Biarkan telur masak dgn api perlahan.  Walllaaaa dah siap.  Selamat mencuba. ♡♥♡♥

Wednesday 14 October 2015

Aiskrim bersos buah-buahan

150gm jus oren
300ml air biasa
60gm gula
Sedikit  aprikot  kering..digunting kecil
Sedikit  kismis kuning dan
Sedikit kismis hitam..
Ais krim vanilla..

Cara2nya

Masak jus + gula + air = bg mendidih dgn api yg sederhana..selepas mendidih..masukkan buah- buahan kering tadi...besarkan api..sambil kacau..masak hingga pekat..tutup api..sejukkan..
Kemudian.
Cedokkan aiskrim . .siram lah dgn sos tadi..sila lh makn..

Sunday 11 October 2015

KEK BUAH KUKUS (KHATIJAH ZURINA KHALID)

Kek Buah Kukus

300 gm gula halus
250 gm mentega
500 gm buah-buah kering campuran mixedfruit
50 ml air panas

350 gm tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat ( 10 gm)
1/2 sudu kecil  cream of tarta ( 3 gm)
1 sudu kecil serbuk buah pala ( 3 gm)- jika suka
Semua bahan bahan ini di ayak.  Ayak 2 kali.

1 sudu teh esen vanilla
3 biji telur gred A

Mula-mula kita sediakan dahulu gula hangus. Gula yang di gunakan sebaiknya gula halus, kerana ia memudahkan dan mempercepatkan lagi gula kita mencair. Saya guna gula perang sebab gula halus itu dah kehabisan. Apabila gula dah cair dan berwarna perang masukkan air panas. Hati hati kerana ianya meletop letop. Kacau sehingga gula cair semula. Setelah itu bolehlah masukkan mentega.  Setelah itu bolehlah kita masukkan mixed fruits dan kacau rata.  Biarkan buah buahan itu rata  dan meletop letop didalam kuali dan kemudian boleh dibiarkan hingga sejuk sedikit. Sementara kita menunggu adunan buah-buah kering kita ni suam, bolehlah kita pukul telur dgn vanilla hingga putih gebu. Letakkan ke tepi dulu.  Setelah adunan tadi suam suam sikit kita boleh masukkan bahan kering yg di ayak tadi. Masukan sikit sikit dan kaup balikkan sehingga habis dan sebati.  Setelah itu kita masukkan adunan telur yg kita pukul gebu tadi.  Ulang proses yg sama seperti tepung tadi.  Kaup balikkan dgn spatula.  Hati hati kerana kita tak nak buah buahan itu jatuh.

Bila dah siap bolehlah kita kukus.  Kukusan hendaklah di panaskan terlebih dahulu. Air kukusan hendaklah di isi penuh kerana kek ini akan di masak lebih kurang 4 jam. Bila air di dalam kukusan dah mendidih barulah kita letakkan loyang adunan kita di dalamnya. Loyang perlu di tutup dengan kertas aluminium untuk mengelakkan air dari tutup kukusan menitis ke atas kek dan mengakibatkan kek kita  tidak cantik.Kukus kek ini selama 4 jam dengan api yang sederhana. Bila kek dah masak, biarkan ia sejuk sedikit sebelum dipotong.

Kek kukus sanquick kismis (khatijah zurina khalid)

Bahan bahan Kek Kukus Sunquick Kismis

1 biji telur-gred A
3/4 cawan gula castor
1 cawan minyak jagung
1 cawan susu cair
2 cawan tepung naik sendiri (ayak 2x)
1/4 cawan kismis              
6 sudu besar sunquick
Sedikit pewarna kuning

Pukul telur hingga putih gebu masukkan gula castor.  Pukul hingga gula hancur dan gebu. Masukkan minyak jagung dan sunquick dan pewarna kuning.  Pukul hingga sebati.  Sementara itu campurkan tepung yang diayak tadi dengan kismis.  Gaul rata hingga kismis bersalut.  Masukkan tepung berselang seli dgn susu cair.  Sambil itu gaul secara kaup balik.  Ulangi proses ini hingga habis.  Griskan acuan dgn sedikit minyak dan masukkan adunan kedalam acuan.  Tutup acuan dengan aluminium foil dan kukuskan menggunakan api sederhana selama 1 jam.  Sejukkan dahulu sebelum potong.

Wednesday 7 October 2015

Bun (blh buat roti sosej n blh buat roti berinti)(haslina kek)

Roti bun manis Taiwanese
Bhn2
500gm tpg high protein
10gm yis
2gm bread improver
75gm gula
8gm garam halus
30gm susu tpg
2biji kuning telur
60gm butter ptng dadu
225gm air ais
75gm whipping cream anchor
Cara
Campur smua bhn dlm mixer putar smpai elastic....dlm 15-20mnt
Kluakan....terus bentukkan mngikut kreativi msing2...
Rehatkan doh..1-2jam
Sebelum Bakar milkwash dulu yer secara pelan2 takut doh sentap.....n tabur laaa ape2 pun atas roti/bun...selamat mncuba
Milkwasg= 10gm susu tpg + 25gm air sham kacau rata..

Kek span buah (Haslina kek)

A
150g tpung self raising
150g gula kastor
5 biji telur
1sb ovalette

B
80 ml  minyak masak
80 ml air

Pewarna: 1sb esen (apaa² pun boleh)

Cara²nya:
Pukul bahan A sampai sebati.
Masuk bahan B dan pukul sampai kembang(kembang 3x ganda)
Siap, bahagi adunan ikut kesukaan anda.
Alas loyang bakar 170° 40 min.
Selepas tu potong kek kepada 3 bahagian (blh juga kalau adunan tu di bahagi 3 dan d bakar asing2)..
Sapu ising diatas kek..tabur buah..letak lagi satu kek..sapu ising lagi..tabur buah lagi dan letak lagi satu bahagian kek..sapu aising..dan deco lah kek anda ikut suka anda..

Utk ising...putar kan fresh cream  dgn gula ising..sampai kembang..dan blh guna..