Tuesday 31 March 2015

SERI MUKA (YATIE..SINAR KEHIDUPAN KU)


Bahan-Bahan Utk Lapisan Atas

1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung beras
1 sudu besar tepung kastad
250 gm gula pasir
2 biji telur
250 ml santan pekat
1 sudu kecil pewarna hijau 
2 sudu kecil pandan paste(nak lagi sedap guna 5 helai daun pandan dan kisar bersama air di atas, tapiskan dulu)

Cara caranya :

Bancuh semua bahan bahan diatas, tapis ke dalam periukMasak sehingga naik wap dan sentiasalah di kacau guna whisk. Tuang ke atas lapisan bawahKukus selama 30 minit.(Lap penutup kukus 5 minit sekali, Kalau guna steamer trio, tak perlu lap..biarkan masak sampai 30 minit)Angkat kuih dan biarkan betul2 sejuk barulah potong kuih guna pisau plastik.

Bahan2 Lapisan Bawah:-

500 gm beras pulut
300 ml santan
pekat2 tsp garam halus

Cara2nya:-

Rendam pulut sekurang2nya 4 jam.Basuh bersih & toskan. Masukkan pulut bersama santan, air dan sedikit garam ke dlm loyang yg beralas plastik. Sebelum masukkan pulut, pastikan di sapu sedikit minyak keliling loyang.Kukus dengan semua bahan diatas selama 30 minit.Apabila pulut masak, gaul hingga sebati.Tekan2kan dalam loyang 10x10x2". Bahan-Bahan Utk Lapisan Atas
1 cawan tepung gandum1 sudu besar tepung jagung1 sudu besar tepung beras1 sudu besar tepung kastad250 gm gula pasir2 biji telur250 ml santan pekat1 sudu kecil pewarna hijau 2 sudu kecil pandan paste(nak lagi sedap guna 5 helai daun pandan dan kisar bersama air di atas, tapiskan dulu)Cara caranya :
Bancuh semua bahan bahan diatas, tapis ke dalam periukMasak sehingga naik wap dan sentiasalah di kacau guna whisk. Tuang ke atas lapisan bawahKukus selama 30 minit.(Lap penutup kukus 5 minit sekali, Kalau guna steamer trio, tak perlu lap..biarkan masak sampai 30 minit)Angkat kuih dan biarkan betul2 sejuk barulah potong kuih guna pisau plastik.

Yatie at 3:37 PM

Rasepi knor copy kat google..tq tuan punya rasepi.
YATIE.

Saturday 28 March 2015

BUBUR KACANG

Bahan2nya;
●500grm kacang hijau
●500grm santan beli
●gula merah atau gula melaka
●gula putih dan garam secukupnya
●2 helai daun pandan..di carij2 dan di simpul.
●1\2 cawan sagu kecil..basuh dan toskan..

Cara2nya;
■pilih dulu kacang hijau tu..batu ke..yg rosak ke kutip buang dulu noo..
Lepas tu rebus sampai sepruh kembang..bila dah separuh kembang masukkan sagu kecil..
■biar kan hingga kacang kembang..pasti kan airnya jgn terlalu banyak..nanti cair bubur x best..pekat sangat pun x syok jugak kan!
■masukkan seketul atau beberapa keping gula melaka...jika gunakan air gula merah..masukkan hingga warna bubur bertukar sahaja..jgn tuang bnyk ya..x sdp..kuah bubur akan bertukar rasa..
■masukkan 2 senduk gula pasir..bila dah hancur
■masukkan santan..dan daun pandan..
■masukkan garam sedikit demi sedikit...
Lebih atau kurang garam mempengaruhi rasa bubur kacang anda.
■biar kan bubur mendidih bbrpa kali..AWAS!
Jangan biarkan lama2 mendidih..nnti santan akan pecah minyak..hancussss!!!!...
Jom cuba!

Friday 27 March 2015

OTAK LEMBU..

Cara2 membersihkan nya;(tok mi faizah ShMahmood)

Cara nak bersihkan otak ni nak kena handle with care kerana dia lembut dan mudah pecah.  Mula mula kena buang urat urat darah kat otak tu.  Buang macam kita buang urat kat udang besar.  Kena hati hati. Selepas semua urat tu dibuang bolehlah dicuci bersih bersih.  Kena rendam sekejap dalam air kapur.  Ambik secubit kapur dan bancuh dalam air dan rendam sekejap.  Tujuannya agar otak tu firm sikit dan hanyirnya kurang.  Rendam dalam 5 atau 10 minit jer.  Setelah tu kena basuh semula bersih bersih dan tapis supaya airnya kering sebelum masak apa yang kita suka ler.

Cara tok mi buat masak lemak chili api otak lembu ni sama jer macam kita buat masak lemak chili api ayam atau daging atau ikan juga.  Wajib bubuh assam keping sikit ye.  Kalau nak boleh bubuh daun kunyit hiris nipis nipis.  Kalau nak extra kick boleh bubuh pucuk assam keping dalam masak lemak ini (kalau ada).

Rasepinya

Di sini Tok Mi serta cara tok mi buat masak berempah otak ni ye. Lain padang lain bola.  Lain orang lain cara la ye.

Resepi Otak Masak Berempah Cara Bonda Tok Mi

2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
Seinci halia
1 sudu teh jintan manis*
1 sudu teh jintan putih*
1 sudu teh ketumbar biji*
5 / 6 tangkai chili kering*
1 peket rempah kari daging
1inci Kulit manis
1 Bunga lawang
1 tgkai serai diketuk
Sedikit daun kari
1 helai daun pandan disimpul
1 biji tomato potong kiub
1 biji Chili hijau diracik
Secukup Santan cair
1 keping Assam keping
Garam dan gula secukup rasa

Cara.

Semua bahan * disangai sebentar atau hingga naik wangi.  Kemudian semua bahan tadi dimesin dengan bawang putih,bawang merah dan halia sehingga halus.  Dalam periuk tumiskan  serai , daun kari, daun pandan, kulit kayu manis  dan bunga lawang sehingga naik wangi.  Setelah itu masukkan tomato hiris dan chili hijau hiris, bahan bahan mesin tadi dan rempah kari dan kacau hingga pecah minyak. Setelah pecah minyak masukkan assam keping dan santan cair.  Kalau suka pekat boleh bubuh santan pekat.  Bubuh bahan perasa secukupnya.  Setelah mendidih bolehlah masukkan otak tadi dan kacau perlahan lahan. Biar api perlahan dan masakkan hingga kuah itu bersalut pada otak tadi.  Anda boleh ikut  citarasa sendiri jika anda nak pekat atau cair kuahnya ye.

Selamat mencuba...

Rasepi ke2.. (kak ton Leman)

Resepi kak ton
*1 smkn jintan manis
*1 smkn lada hitam
*1" halia 1 " kunyit hidup
*5 btg serai
*5 ulas bwg kecik 3 ulas bwg putih
*Cili api ikut ctarsa
1 kping asam gelugur
Bertanda bintg smua dtumbuk halus
Santan secukupnya
Tumis bhn² tumbuk hingga pcah mnyak...masukn sntan  kcau jgn bagi mndidih kmudian masukan otak prlahankan api ...kacau pelan² tkut nnti pecah mskn asam  daun kunyit, garam n gula  scukupnya msk biar pekat kuahnya...sdia dhdng

MEE SIAM BERKUAH (KHATIJAH ZARINA KHALID)

Assalamualaikum  di sini saya sertakan resepinya ye.  Untuk makluman resepi ini boleh diolah mengikut citarasa ye.  Itu kesesuaian citarasa masing masing.

MEE SIAM BERKUAH

500 gm mee hoon ~ di rendam sebentar hingga lembut dengan air biasa sahaja
Sedikit daun kucai ~ di potong 1 inci
1 mangkuk taugeh
1 biji cili merah ~ di hiris
4 biji telur di rebus
3 keping tauhu ~ di goreng dan di potong dadu
10 ekor udang basah ~ di buang kepala
garam dan gula secukup rasa
1 keping assam keping
1 cawan tauco ~ cuci bersih untuk hilangkan masinnya dan ramas-ramas hingga halus
sedikit gula melaka

Bahan Kisar
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
25 tangkai cili kering ~ di rendam hingga lembut dan di kisar halus
3 sudu besar udang kering
sedikit belacan jika suka

Cara nya

Panaskan minyak dalam kuali.  Tumiskan bahan kisar hingga harum dan terbit minyak .Ambil 3 senduk dan asingkan untuk membuat kuahnya. Kemudian masukkan udang, dan goreng rata. Masukkan mee  hoon yang kita dah rendam tadi, tapi tapis dahulu untuk membuang airnya Kacau mee rata hingga bersalut dengan rencah Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.  Akhir sekali masukkan tauhu, daun kucai , taugeh dan cili merahAngkat dan ketepikan

Cara membuat kuahnya..

Dalam periuk, masukkan rencah yang kita dah asingkan tadi dalam 2 senduk tadi.  Panaskan semula. Tambahkan air secukupnya.  Masukkan asam keping dan sedikit gula Melaka. Masak hingga kuah mendidih. Bila dah mendidih masukkan tauco, garam dan gula secukup rasaKuahnya mesti ada rasa masam manis. Bila dah masak boleh lah di hidangkan.

Thursday 26 March 2015

PUDING ROTI BERSOS KADTARD (ROZIE CHE ROSE)


resepi puding roti bersos kastard

Bahan2nya
1 buku roti
3 cwn susu cair
1/2 cwn gula perang
3 biji telor
1 sudu kecil esen vanila
Kismis ikut suka
cara2nya
pukul telor n gula perang,masuk esen vanila,pastu masukkan susu td...kacau n tuang kedlm roti yg telah di belah kecil.dlm loyang,sapukan marjerin supaya tidak melekat..masukkan roti kedlm loyang n bkar 150c selama 50 minit..
bahan sos:
1 cwn susu
2 1/2 cwn air
1/2 cwn gula
2 sudu besar tepung kastard
cara2nya
semua bahan masak atas api yg plahan n sentiasa di kacau sampai sos mnjd likat
bila puding roti dah siap dibkar...sejukkan n potong..hidang besama sos kastard..sdap di hidang sejuk2

SELAMAT MCUBA..

SAMBAL KERDAS/KENUAQ DGN UDANG/BILIS

Bahan2nya;
●SEMANGKOK ISI BUAH KERDAS..blh 2 dan rebus hingga empuk...kalau x mau rebus pun blh..masukkan begitu jer..
●SEMANGKOK UDANG BASAH/IKAN BILIS..
kalau guna ikan bilis..goreng  dulu ..
●PES BAWANG BESAR + BWG PUTIH
●CILI KERING KISAR
●SEDIKIT BELACAN..
●SEDIKIT  AIR ASAM JAWA..
●GARAM..GULA..SERBUK PERASA..

CARA2NYA;

■PANASKAN MINYAK..TUMIS PES BWG..
■MASUKKAN CILI KERING KISAR..KACAU2..
■MASUKKAN AIR ASAM DAN BELACAN (CAMPURKAN BELACAN DGN ASAM JAWA..MASUKKAN SEDIKIT AIR....JADIKAN AIR ASAM JAWA..)
■KACAU LAGI..MASUKKAN KERDAS REBUS..
■MASUKKAN SEMUA PERASA..GULA + GARAM + SERBUK PERASA . .
■MASUKKAN SEDIKIT PATI SANTAN.. (X suka x pyh bubuh ya)
■MASAK HINGGA KERING JIKA MASAK DGN UDANG..SELEPAS ITU MASUKKAN UDANG..KACAU SEKEJAP HINGGA UDANG MASAK..
KALAU GUNA IKAN BILIS X PERLU TUNGGU SAMPAI KERING..KUAHNYA..
■SIAP..ANGKAT DAN HIDANGKAN..

Monday 23 March 2015

NASI DAGING UTARA TOK MI (Khatijah zarina khalid)


Nasi Daging Utara

Bahan-bahan :

4 pot beras biasa-dicuci bersih dan ditoskan.
1 kg daging-dipotong, cuci bersih dan direbus empuk dengan sup bunjut. Ketepikan. Airnya jangan dibuang kerana akan digunakan untuk memasak nasi.

Bahan tumis :
2 sb mentega @ 2 sb minyak masak
Rempah 4 sekawan (kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga)
5 ulas bawang merah dihiris nipis
2 ulas bawang putih dihiris nipis
2 inci halia diracik halus
2 helai daun pandan disimpul

Bahan kisar :

1 batang kayu manis
1 kuntum bunga cengkih
1 biji buah pelaga
1/2 sudu teh jintan putih
1 st ketumbar.
Sangai bahan di atas hingga harum baunya. Campurkan 1 sudu teh serbuk kunyit dan kisar halus.*jika tiada bahan di atas, anda boleh gantikan dengan 2 sb rempah kurma.Campurkan bahan kisar atau rempah kurma dengan sedikit air dan jadikan pes yang pekat.

Bahan lain
Garam
Gula
1/2 pot susu cair
Sukat air rebusan daging tadi, jadikan 4 1/2 pot(Campuran :  1/2 pot susu cair + 4 1/2 pot air rebusan daging)

Cara masak :1. Cairkan mentega dan panaskan minyak. Tumiskan daun pandan dan rempah 4 sekawan. Bila telah harum baunya, masukkan bawang dan halia.
2. Masukkan pes bahan kisar. Kacau sekejap. Masukkan beras dan kacau anggaran 2 -3 minit.
3. Masukkan campuran air rebusan daging dan susu cair. Juga masukkan daging rebus tadi. (Daging dan nasi dimasak bersama)
4. Masukkan garam dan gula.
5. Masak seperti memasak nasi biasa.
6. Bila nasi telah masak, gemburkan dengan garfu untuk mengelakkan nasi pecah.
7. Taburkan hirisan daun sup/daun bawang dan juga bawang goreng.Makan bersama air asam.

Sunday 22 March 2015

Sambal cili api cuka (khatijah zarina khalid)

Makan dgn bihun sup

Resepi Chili Api Cuka

15 biji Chili Api - ikut tahap kepedasan
5 ulas bawang putih
Cuka secukup rasa
Garam gula sesedap rasa

Cara:

Tumbuk chili api dan bawang putih dengan sedikit garam.  Tumbuk hingga lumat.  Setelah lumat keluarkan dan bubuh di dalam mangkuk.  Campurkan cuka, gula dan garam sesedap rasa.  Waalaaa dah siap. 

.. kalau nak bagi tahan lama  boleh didihkan sekejap atas api hingga didih.  Biarkan sejuk betul betul baru simpan dalam botol ok.

Kalau tak nak guna cuka boleh guna limau.

2..

Ada satu lagi cara yang ana belajar dari seorang nenek jawa kat Tanjung Karang.  Dia guna chili kicap cuka ni utk makan dengan soto jawa.

Resepi Chili Api Cuka

15 biji Chili Api - ikut tahap kepedasan
5 ulas bawang putih
Belacan sebesar ibu jari
Cuka / jus limau secukup rasa
Sedikit kicap manis ABC
Garam gula sesedap rasa

Cara:

Gorengkan bawang putih,chili padi dan belacan hingga wangi. Kemudian boleh tumbuk chili api , belacan dan bawang putih dengan sedikit garam.  Tumbuk hingga lumat.  Setelah lumat keluarkan dan bubuh di dalam periuk.  Campurkan cuka, kicap ABCul dan garam sesedap rasa. Kalau nak balancekan rasa pedas masam dan manis boleh bubuh sedikit gula.  Sekadar mengimbangi rasa.  Didihkan.  Waalaaa dah siap. 

Biarkan sejuk betul betul baru simpan dalam botol.  Macam kak Ton Leman kata tadi kita boleh buat apa cara sekali oun mengikut citarasa masing masing.

Friday 20 March 2015

PUDING ROTI MARBLE HERSEYS (KHATIJAH ZURINA KHALID)

Resepi Puding Roti Marble Herseys.

Bahan A

1 peket agar agar tali
1/2 cawan gula halus
3 cawan air

Bahan B

4 keping roti gardenia
2 biji telur gred A
1/2 cawan air
1/2 cawan susu manis
1 tin susu cair
1 sudu makan tepung kastard
1 sudu teh Vanilla
2 sudu makan planta.

Bahan C

1 sudu makan serbuk koko herseys
1 sudu teh nescafe
Sedikit air panas

Bahan D

15 biji Chocolate Kisses Herseys yg ada Hazel Nut

Cara2:

Basuh agar agar dan rebus bersama 3 cawan air dan 1/2 cawan gula sehingga agar agar cair.  Ketepikan

Koyak koyakkan roti dan bubuh dalam blender.  Campurkan 1/2 cawan susu manis,1 tin susu cair,1 sudu makan kastard, 2 biji telur.  ( ana bubuh 3 biji kerana ana guna telur gred C) dan vanilla. Blend semua bahan bahan ini hingga sebati.  Kalau pekat sgt boleh tmbh sedikit air untuk.sebatikannya dan tidak bergentel.

Dalam adunan agar agar tadi kita masukkan bahan bahan yang diblend dan kacau sebati hingga  mendidih.  Masukkan planta dan biarkan planta cair dan sebati.  Boleh tutup api.

Bahan C digaul rata dengan air dan pastikan tidak bergentel.

Bahagikan adunan yang dimasak tadi kepada 2 bahagian.  1 warna asli dan 1 dicampurkan adunan koko nescafe tadi.  Gaul hingga sebati dan tidak bergentel2.

Ambil loyang dan basahkan sedikit supaya senang dikeluarkan nanti. Mula mula ambil 1 senduk adunan warna asli dan bubuh ditengah tengah loyang. Ambil 1 senduk adunan coklat dan bubuh ditengah tengah juga.  Diatas aduanan asli tadi.  Buat lapis lapis sehingga adunan habis.

Setelah habis taburkan chocolate herseys rata rata dalan adunan tadi.  Pastikan chocolate itu ditekan supaya tenggelam.

Setelah habis boleh disimpan dalan peti ais supaya adunan beku dan boleh dipotong nanti.

Selamat mencuba.

Thursday 19 March 2015

APAM CONETTO(SABRINA.KHAN)

REESEPI APAM CONETO
BAHAN2
1 1/2 cwn tepong gandom di ayak dulu
2 biji telor*
1/2 cwn gula halus*
3 sudu mkn air aiskrim soda
2 sudu mkn minyak
1 sudu teh ovalet*
1 cwn coklat
Sedikit kacang tumbuk
CARA BUAT
Pukul bahan2 bertanda * hingga putih dan gebu
Masukkan minyak dan air aiskrim soda dan pukul sebati
Bahagi adunan utk diwarnakan
Curahkan sedikit adunan dlm corong kertas spt dlm gambar dan kukus dlm 15 minit menggunakan 3 layer kukusan yg telah dipanaskan terlebih dahulu...sbb corong ni akak didirikan pada lubang2 kukusan yg di tingkat kedua ok...lps tu baru curah warna yg kedua dan bila masak sejukkan apam dahulu
Cairkan coklat cara double boiler dan curahkan pada apam yg sejuk tadi dan tabur kacang tumbuk dan sejukkan dlm freezer utk bekukan coklat
Bila coklat dah keras baru buka kertas corong dan siap utk dimakan

Sunday 15 March 2015

PAU GORENG ( ROSNANI MASTOR)

💕 KUIH PAU GORENG 💕

3 cwan tpg.gandum
1 cwn air suam kuku
2 sb gula
3 sb susu manis
1 paket yis (mauripan)
2 sb mentega
1 biji telur

1) Cairkn mentega ktepikn
2) Air, gula & susu gaulkn
    hgga larut, masukn yis
    kacau & biarkn 10 minit
3) Pukul telur & gaulkn dgn
    mentega tadi,stelah yis
    brbuih satukn bhan ni
    dan kacau
4) Masukn cmpuran yis
    kedlm tepung uli
    hgga rata & biarkn dlm
    45 minit, tutup dgn kain
    lembap, ckup kembang
    tumbuk2 doh dgn tangan
    supya angin kluar
5) Bulat2kn & msukn inti
    kmudian biarkn hgga
    kembang kmudian
    goreng . Angkat dan
    sedia dihidangkan.
💕SELAMAT MENCUBA💕
💗💗💗💗💗💗💗💗

CHEESE CAKE MARBLE (ZUL YUSOF ZUL)

Cheese Cake Marble...

Bahan2nya...
6 keping keju..**

1/2 cwn susu cair..**
1 cwn gula kasar..
1 cwn majerin..
2 cwn tpg kek..
2 sd besar koko..
3 biji  telur..
sedikit esen vanilla..

Cara2nya..

1. panaskan bahan bertanda ** sampai cheese cair dan kacau supaya tak bergentel..
2. Masukkan gula dan kacau sampai gula hancur...biarkan sejuk..
3. Pukul telur/majerin dan esen vanila...lalu masukkan dlm cheese tadi dan kacau hingga sebati..
4. Masukkan tpg kek sedikit2 dan kacau secara kaup balik..
5. Bahagikan kpd 2 bahagian..1 bahagian di masukkan serbuk koko dan 1 bahagian lg warna asal..
6. Masukkan dlm loyang yg dh di sapu majerin..masukkan adunan secara selang seli..dan lorekkan dgn lidi..
7. Kukus selama 45mnt..@ hingga  masak..

....Selamat Mencuba...hehe..

Thursday 12 March 2015

PUDING ROTI

Agar2 roti..
Bahan2nya;
20gm agar2 tali
6 gelas air (1.7 L)
1 tin susu cair
4 keping roti gardenia
Sedikit garam
Gula secukupnya..

Cara2nya;
●Basuh & masak agar2 dgn 6 gelas air hingga hancur . .masukkan sedikit garam dan gula....
●blend roti dgn susu hingga hancur..
●tuang roti & susu yg tlh dikisar kedalam agar2 tadi..kacau hingga mendidih..dan rasa dulu grm dan gulanya..bila dah ok..buat api pling kecil...ambik sedikit dan warna kan serta tuang dlm acuan.
Masukkan dlm peti ais..agak2 beku..tuang yang lain plk..boh warna lain..ulang hingga habis..

Tuesday 10 March 2015

MOIST CHOCOLATE CUP CAKE (ROSNANI MASTOR)

🌹MOIST CHOCOLATE CUP CAKE🌹

(A)
1/2 cwn susu cair
1/2 cwn gula
1/2 cwn air panas
1/2 cwn minyak
1/2 sk garam
1 biji telur
(SEMUA BAHAN (A) DI
    BLENDER)

(B)
1cwn tepung gandum
1/2 cwn serbuk koko
       ( van houten )
1/2 sk bking powder
1/2 sk bkrbonat
Sdikit CHIP COCO
Sdikit Cup Cake yg sweet

(Utk Hiasan)
~Chocolate Rice~
~Badam halus~

1) Gaul rata bhan (B) &
    masukn bhan (A) gaul
    lagi hingga sebati kmudian
    masukn dlm paper cup &
    taburkn di atas dlm 5 biji
    CHIP KOKO dan kukus
    15/20 minit atau hgga
    masak.

    ( Utk Topping )
~1/2 cwn serbuk koko~
~1/2 cwn susu pekat~
~2 sb minyak~
Campurkn semua masak
dgn api kecil hgga pekat,
tuang atas kek dan hiaskn.
SELAMAT MENCUBA....

Sunday 8 March 2015

KUIH TELUR MASIN (norhayati saiddin)

Utk yg kuning:
1 cawan tepung pulut
1/2cawan gula
Bancuh gula dgn air suam dan letak pewarna kuning sedikit
Tuang air gula yg telah larut sedikit2 sehingga adunan menjadi doh (spt nak buat kuih melaka)

Utk putih:
1/2cawan tepung gandum
2sudu mkn tepung beras mambong
2sudu mkn tepung ubi
1 sudu mkn tepong jagung
Santan dari 1/2biji kelapa satu mangkuk dan garam satu sudu teh

Masukkan tepung dlm bekas
Curah santan sedikit drmi sedikit
Kacau sehingga tepung jadi paste nak buat kuih lapis

Didih air dlm kukusan
Acuan disapu minyak
Bulat2kan tepung pulut (buat besar sikit dari yg yt buat tu)
Masuk dlm Acuan dan letak adunan putih paras kuning. Bagi kuning tu nampak
Kukus srlama 10minit
*Acuan disapu dgn sedikit minyak

Saturday 7 March 2015

NASI DAGANG

BAHAN2NYA;
●● UNTUK NASINYA...
1KG BERAS NASI DAGANG
500GM BERAS PULUT
(CAMPURKAN KEDUA2 NYA DAN RENDAM 8 JAM ATAU SEMALAMAN)
BEBERAPA BIJI BAWANG MERAH..DIHIRIS NIPIS2..
SEINCI HALIS DIHIRIS NIPIS2..
2 SUDU BESAR HALBA..
1/2 KG SANTAN.. (AMBIL SECAWAN + DGN 1CAWAN AIR..JADI SANTAN CAIR..KALAU PERLU TAMBAH LAH SEDIKIT AIR LAGI..
BASUH BERSIH2 BERAS CAMPURAN NASI DAGANG..DAN KUKUS HINGGA SEPARUH MASAK..ANGKAT PULUT...MASUKKAN KEDLM BEKAS LAIN DAN.MASUKKAN SANTAN CAIR..
GAUL HINGGA SEBATI...SANTAN NI AGAK MEMBASAH NASI YG DI KUKUS TADI.
MASAK LAGI HINGGA NASI MASAK..ANGKAT DAN MASUKKAN PATI SANTAN BERSAMA BAWANG MERAH YG DI HIRIS NIPIS2..HALIA YG TELAH  DI POTONG NIPIS SERTA HALBA..GAUL SEBATI DAN KUKUS SEKEJAP LAGI..DAN BOLEH LAH DI ANGKAT..
#JANGAN LUPA YA..DLM SANTAN MASUKKAN GARAM YA..

UNTUK LAUKNYA;

#1.5 KG IKAN TONGKOL .. POTONG SEKETUL2 YA..(KALAU BOLEH PASTI KAN TONGKOL HITAM YANG ISINYA KERAS TU)

# 4 KEPING GULA MELAKA
#10 KEPING ASAM GELUGUR
#4 BATANG SERAI*
#SEDIKIT LENGKUAS, KUNYIT HIDUP, CILI PADI*
#2 BIJI BAWANG  BESAR*
(KISAR KESEMUA BAHAN2 YG BERTANDA *..KISAR SEKALI PUN BOLEH)

#SATU SENDUK KECIL CILI  KERING KISAR..
#SANTAN 250GM..
#MINYAK UNTUK MENUMIS..
#GARAM & GULA 

●CARA2 MENYEDIAKANNYA..
REBUS IKAN DENGAN GULA  MELAKA SELAMA LEBIH KURANG SEJAM..
●TUMIS BAHAN2 KISAR..KACAU JAP..MASUKKAN CILI KISAR...KACAU LAGI..DAN MASUKKAN IKAN YANG TELAH DI REBUS TADI BERSAMA AIRNYA SEKALI..
DIDIH KAN SEKEJAP..MASUKKAN SANTAN DAN GARAM SERTA GULA...BIARKAN KUAH MENJADI PEKAT...RASA DULU KUAHNYA..DAH OK.
BLH TUTUP API..

Tuesday 3 March 2015

KEK KOPI MIX ASAM MANIS(rosnani mastor)

~~ KEK COFFEE MIX ASAM MANIS~~

(A)
1/2 tin susu cair
1/2 cwn gula
1/2 cwn butter ( cairkn supya
       mdpat sukatan yg betul)
1/2 cwn air panas
1 biji telur
1 sk garam
( Semua bhan di blender )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
(B)
1 cwn tpg.gandum
1/2 cwn Coffee Mix
1/2 sk bking powder
1/2 sk soda bkrbont
Haw Flakes sckupnya
(Satukan kedlm bhan (A) blender hgga sebati
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
1)Masukn dlm loyang 7×3
   100ml & kukus selama
   10/15 minit
2) Angkat & susun diatasnya
    Asam Manis (Haw Flakes)
3) Masak & lakukn strusnya
    hingga adunan habis.
4) Adunan yg trakhir kukus
    selama 40/50 minit/ shgga
    masak. Siap angkat, sejukn
   dlm peti ais dgn suhu biasa,
   ptong dan sdia di hidangkn.
   ***SELAMAT MENCUBA***

Monday 2 March 2015

Roti

Resepi Roti Biasa

~ 500g tepung roti
~ sepeket yis kering
~ 2biji telur
~ 200 ml air sejuk dari peti
~ 2sdb gula
~ 1sdb susu pekat

campur semua bahan gaul sebati...keNdian masukkan 

~ 1sdb marjerin
~ 1sdb shortening

uli smpai jd doh yg elastik...jika melekat kat tgn...amik tepung sikit2 smbil uli hingga cantik...

~ Jika uli guna mixer...masukkan semua bahan kecuali air.....dah sebati...tuang air sikit2...hingga jadi doh....

~ kemudian masukkan shortening & marjerin...uli lagi....guna kelajuan tinggi hingga doh elastik & tak melekat pada bowl....

~ doh agak lembik...tp tak akan melekat pada tgn (itu tanda nya uli yg cukup)

bulatkan doh kedalam loyang...perap 1 1/2 jam...

bakar suhu biasa bakar kek...ikut oven masing2...

hingga brown...api atas bawah —

Sunday 1 March 2015

AYAM PALEMBANG.. (Norlida aida)

Ayam Palembang...

Bahannya..

1kg...Ayam..
10biji..cili merah-blender
10biji bawang merah-blender..
3ulas bawang putih-blender..
1inci halia-blender..
5biji buah keras...
1batang serai-dititik..
1cawan susu cair..
(dicampur bersama 1biji limau nipis)..
2 sudu makan Tomato puri...
Minyak masak..garam dan gula...
Air..secukupnya..

Bahan Tumis
5 biji bawang merah.
1sudu besar serbuk ketumbar..
1sudu kecil serbuk jintan manis..
1sudu kecil serbuk jintan putih...
1inci kulit kayu manis..
3biji buah pelaga..
1kuntum bunga lawang..

Caranya...
1)...panaskan minyak...masukkan bahan tumis...buah keras...serai...dan tumis sampai naik baunya..
2)...masukkan bahan yg di bender tadi...tumis hingga garing...
3)..setelah itu masukkan susu yg di campurkan limau nipis tadi..tomato puri...gula...garam...kacau biarkan kuahnya pekat...baru masukkan ayam...kacau...masukkan air secukup yg diperlukan..
4)...Biarkan hingga ayam masak..
5)..Bila dah masak bolehlah dihidangkan & hias dengan kacang peas...jika suka..

Selamat Mencuba...