Monday 29 October 2018

Ikan kembung Lengat

Ikan temenung( ikan kembung)

Ikan kembung..pesiang dan bersih kan..tabur kan dgn sedikit garam haus dan sedikit gula..

Susun dalam pengukus...kukus selama 20 minit..biar betul-betul sejuk..baru lah di keluarkan utk dimasak..
Boleh di goreng..masak lemak..kari ikan..masak cuka..masak sambal..masak asam..
Dan lain-lain resepi..

Friday 13 July 2018

Spaghetti ayam

Spaghetti ayam.. So senang So sedap..

Spaghetti ayam

1 ekor ayam..potong kecil2
1kg tomato
1 tin besar tomato pure
2 biji bwg besar..(kisar halus)
5 ulas bwg Putih.. (Kisar halus)
Minyak zaitun atau minyak masak biasa
Setengah cawan soa cili
Garam..gula secukul nya

1 paket spaghetti..

Cara2 memasaknya

Didih kan air..rebus spaghetti sampai lembut..tuang dlm penapis..basuh dan tos kan..lepas tu gaul dgn sedikit minyak zaitun atau minyak masak biasa..(x nak basuh pun x pa..x nak boh minyak pun x pa..)

Bersihkan ayam..tos kan
Rebus tomato hingga kulit nya terkopek(sat jer rebus..kulit tomato tu bila dah tekopek sikit..kita blh tarik nnti)..
Bila dah kopek kulit..kisar tomato hingga halus..
Panas kan sedikit minyak..agak2 setengah cawan..masukkan bwg merah dan bwg putih kisar..lepas tu masukkan ayam..kacau hingga ayam nmpk kecut..masukkan tomato pure..masukkan jugak tomato kisar..masukkan plk sos cili..biar kan mendidih..bila ayam dah empuk..perasa kan dgn garam dan gula..secukup nya..kalau perlu nk tmbah sos cili..pun blh..
Biar kan kuah pekat..siapp

Dah siap..ambik spaghetti boh dlm pinggan..tuang lh kuah..blh tabur dan serbuk oregano atau serbuk herba campuran.(x dak pun x pa..kalau nk beli kat supermarket ada jual)..
Siapp

Monday 14 May 2018

asam pedas daging tetel (sakinah yasin)

Hai2 semua sahabatku 1 Malaysia...Akak nak share dan sebagai sedekah harini..resepi Asam Pedas Daging Tetel...versi akak...mana tahu ada yg sesuai utk di jadikan menu  tengahari/malam atau bila2 saje teringin nak masak .😀😀ok BAHANNYA;
Daging Tetel 1 kg
Cili giling rm 3.00
Bawang besar 5 biji
Bawang Putih 2 labu
Halia 5 inci
Lengkuas 5 racik
Serai 3 batang
Kunyit hidup 3 inci
Rempah 3 sekawan
Ketumbar 2 sudu besar
Jintan manis 2 sudu besar
Lada hitam 2 sudu besar
Buah keras 4 biji...
Minyak masak 2 senduk
Asam Jawa.
Daun Limau Purut 5 helai

Cara2nya:

1.  Daging direbus sehingga     lembut
2.  B/besar,B/putih, halia, kunyit dan buah keras di basuh bersih dan dikisar halus.
3.  Ketumbar,jintan manis,lada hitam, dibasuh bersih disangai biarkan sejuk di kisar halus.
4.  Panaskan minyak tumiskan rempah 3 sekawan+ bahan basah yg dikisar+ cili giling+bahan rempah yg dikisar+ serai yg diketuk dan hirisan lengkuas...biar sampai smua bahan garing/pecah minyak + Air asam.jawa & air dlm 1 liter biarkan sampai mendidih+daging tetel  direbus tadi dlm keadaan api yg sederhana bila semua sebati & mendidih lagi ..masukkan garam& sedikit gula...klu suka serbuk perasa  tak suka tak payah masuk😀 kecikkan api last sekali masukkan daun limau purut...dah rasa ok blh tutup api dan sedia utk dihidangkan...Selamat mencuba....Tara...inilah hasilnya 😀😀

Friday 20 April 2018

kasui bunga chicha

Hari ni knor nak buat kuih kasui bunga  bunga chicha..lama dah teringin nak makan kuih bunga chicha ..tp x tau nk ambik kat mana bunga chichanya..Alhamdulillah  ada insan mulia yg.memberi nya..semoga Allah membalas seribu rahmat utk dia dan family nya..aamiin..

# bunga chicha ni berbunga setahun sekali je..
iaitu hujung bulan February hingga awal April sahaja..waktu paling banyak berguguran bulan March...
Pokok chicha ni besar..macam pokok balak..kata mereka lah dan mengikut gambar yg mereka post lah..

KUIH KASUI
Bahan-bahannya;

3 CAWAN TEPUNG GANDUM

SEMANGKOK BUNGA CHICHA
5 1/2 CAWAN AIR (KISAR DGN BUNGA CHICHA)
1  SETENGAH CAWAN GULA PASIR.
1/2 CAWAN TEPUNG JAGUNG
SEDIKIT GARAM
2 SUDU BESAR AIR KAPUR
1/2 KG KELAPA PARUT YANG PUTIH SAHAJA..
CARA-CARANYA;

SEDIAKAN AIR UNTUK MENGUKUS..DIDIHKAN..
SATUKAN KESEMUA BAHAN2 DIATAS GAUL HINGGA SEBATI..KALAU MASIH BERKETUL...KISAR DENGAN BLENDER ..BIAR HALUS.

SAPU KAN MINYAK.DALAM LOYANG..TUANG ADUNAN KEDALAMNYA..KUKUS SELAMA 50 MINIT..
SELEPAS ITU KUKUS PULA KELAPA PARUT +.SEDIKIT GARAM SELAMA.15 MINIT..SUPAYA KELAPA X CEPAT MASAM..
SELEPAS KUIH SEJUK..POTONG DAN GAUL KAN DENGAN KELAPA TADI..SIAPPPP.

Tuesday 27 March 2018

IKAN ASAM HAILAM (RESEPI CHEF HARRIE MAULANA)

Asmlkm..hari ni kNor nak cuba resepi keluarga chef Herrie  Maulana.. tqvm chef kerana sudi share resepi yg sedap.ni..

Assam Hailam ikan..

resepi ini ikan boleh mengikut pilihan yg disukai sama ada bawal hitam, putih mahupun bawal mas.. selain dari bawal, ikan tenggiri atau kembung pun boleh)

di sini sy guna seekor ikan bawal 400g yg dibersihkan dan dipotong dua.

bhn² utk ditumbuk kasar
* 3 biji bwg merah
* 2-3 ulas bwg putih
* ½ inci halia
* 3-4 biji cili merah
* 2-3 biji cili Vietnam (mengikut kepedasan)
* 1 inci ibu kunyit atau ½ Sdb serbuk kunyit
* ½ sdk jintan manis

bhn utk tumis
* 3-4 Sdb minyak masak
* ½ Sdb halba campuran
* 3 tangkai daun kari
* sebatang serai dititik
* 450ml air
* ½ sdk pes asam jawa
* 1 kiub pati ikan bilis
* secubit garam ikut rasa
* 1-2 Sdb gula ikut rasa

cara²nya
panaskan minyak dlm periuk atau kuali, masukkan halba campuran, daun kari berserta bhn yg ditumbuk td, kacau shgga naik bau.
masukkan air dan kiub pati ikan bilis, kacau shgga menggelegak lalu perasakan dgn garam, gula dan larutan air asam jawa, biar seketika ia menggelegak.
masukkan potongan ikan dan tutup periuk atau kuali seketika, kemudian balikkan ikan dan tggu shgga benar² masak.
setelah masak pindahkan ke dlm mangkuk atau bekas hidangan dan biarkan ia sedikit sejuk selama 15 minit.
kemudian hidangkan dgn nasi putih panas² bersama ulam²an dan sambal belacan serta telur asin... wah merecik air liur ni😋

Monday 5 March 2018

KEBEBE

KEBEBE

Bahan2nya

Buah Cermai
Buah belimbing
Buah kelempong
Buah Nenas
Buah Amra
Buah Jambu batu
Buah Nangka muda mentah
Jantung Pisang mentah
Cili Padi secukup nya
Belacan
Garam
Gula secukupnya..

Cara2 membuat KEBEBE

Kalau blh guna lesung kayu..kalau x der.. lesung tumbuk sambal pun blh..belasah jerr..
Masukkan cili padi + belacan + garam = tumbuk hancur..
Kemudian masukkan buah2 dan ulam2 tadi sedikit demi sedikit..tumbuk sampai lumat..perasa kan dgn garam dan gula.. Bila dah siap..cedok dlm besen.. biarkan kejap..dan nikmati lah KEBEBE..

Sunday 21 January 2018

cucur udang pasembur (mamak haji)

RESEPI CUCUR UDANG UNTUK PASSEMBUR ATAU ROJAK MAMAK:

BAHAN-BAHAN:

1 cawan tepung gandum (biasanya 1 cawan = 100gm).
1 cawan tepung beras.
3 sudu besar (tbsp) tepung jagung.
3 sudu besar (tbsp) kelapa parut/ gunakan yang kering. Tak perlu beli, goreng kering di atas kuali dengan api sederhana. kalau malas tak payah bubuh pun.
1 sudu kecil (tsp) Yis segera/ Mauripan 11gm setengah paket.
1/2 sudu kecil baking powder.
1 sudu kecil gula pasir dilarutkan dengan 2 cawan air suam (jangan panas!). Larutkan yis. Biarkan 10 minit sebelum dicurahkan kedalam tepung.
3/4 sudu kecil (tsp) garam.
Nota: Mamak haji tak tambah kisaran udang, taugeh, kucai, bawang atau cili hijau. kita cuba tepungnya dulu sebelum kita jadikan ia digunakan untuk “resepi passembur”. Anda boleh ikut resepi cucur udang mamak penang dalam posting lama.  Caranya sama untuk cucur ini kita tambah tepung beras untuk mengeraskan dan tepung jagung untuk tidak menjadikan hasil gorengan yang terlalu keras tetapi jadikan ranggup.  kalau tidak masukkan tepung jagung ia akan jadi seperti kueh tempeyek.
CARA MEMBUATNYA:

1. Adunkan tepung beras, gandum, jagung, baking powder dab garam serata.  Masukkan larutan gula bersama yis dalam adunan tepung.  Bancuh tepung serata. Kalau nak  berbentuk bulat cucur, cairkan sedikit tapi kalau inginkan cucur berbentukk selinder (bulat memanjang) pekatkan sedikit ditambah tepung gandum. Jenis selinder ini kita perlu gunakan sudip untuk memindahkan kedalam kuali untuk gorengan.

2. Tutup bekas adunan. Biarkan (peraman) selama sekurang-kurangnya satu jam. Lama sangat pun tak boleh kerana tepung akan menjadi masam. Bagi mamak haji 1-2 jam sudah memadai.

3. Adunan biasa akan naik dua kali dari asal. Gaulkan kembali. Masukan nyioq parut (susah nya nak sebut kelapa). Gaulkan kembali adunan. Sambil itu boleh panaskan kuali dengan minyak masak “CAP FELDA FVGH” sebelum naik harga minyak masak naik!.

4. Ini nak goreng ini, uji dan pastikan minyak betul-betul panas dengan masukan satu atau dua titik tepung adunan tadi kedalam minyak untuk menetukan kepanasan. Minyak kalau tak panas, minyak masak diserap ke dalam cucur anda. Ini akan jadikan bukannya cucur udang tapi cucur minyak. Terlalu panas akan menghanguskan cucur. pandai-pandai kawal suhu panas. kalau nak sejukan minyak panas masukan sedikit minyak baru ke dalam kuali. Kepanasan Minyak gorengn jangan sampai ia berasap (terbakar), ia buruk untuk kesihatan yang membentuk asid. Inilah sebab kadang-kala bila makan gorengan tekak kita gatal dan batuk-batuk. Minyak yang telah berasap tidak boleh digunakan. Mana nak buang?. Kenapa majlis tak mahu sediakan tempat kumpul minyak?. Kononnya dasar “hijau”. Hijau itu warna rasmi Petronas bukan Parti Pas.

5. Cara goreng gunakan sudip, panaskan sudip kedalam minyak panas selama 1-2 minit. Ambil adunan tepung dengan sudu (2 sudu) dan tolak dengan sudu yang lain, masukkan dalam minyak panas. Tepung kadang-kala melekat di sudip, untuk elakan biarkan dia masak sedikit kemudian baru tolak masuk. Kalau punyai sudip yang tak melekat (non-stick ceramic) amat sesuai. Buat perlahan-lahan untuk memahirkan.

6. Cara tuang tepung di tepi kuali menggunakan senduk dan tuang ditepi kuali. Yang melekat itu boleh ditolak dengan sudip. Untuk ini tepung perlu cair sedikit kerana ia akan meleleh perlahan masuk ke dalam kuali.  Tepung yang masih terlekat atas paras minyak di kuali boleh ditolak masuk dengan sudip bila tepung mulai masak.

7. Meletakan udang di atas cucur memang masalah pada yang mula buat. Nanti udang ke mana cucur ke mana. Untuk memudahkan udang melekat di atas cucur, bersihkan udang dan masukan sedikit tepung gandum supaya udang diselaputi dengan tepung. Tepung ini perlu cair. Ia seperti kita buat “gam” untuk roti sardin atau popia. Letakan udang disalut tepung ini pada peringkat cucur mula masak dan kita tolak masuk kedalam minyak. Pasti udang tak berenang dalam minyak.

8. Cucur yang masak akan terapong dan bertukar menjadi warna kekuningan. kalau anda nak warna seperti cucur udang mamak, tambahkan sedikit pewarna” Red Orange” atau “oren merah” bukan kuning telor. Cucur yang masak kita boleh tentukan dengan tidak ada gelembong udara dikeluarkan dari cucur yang tengah masak. Ini bermakna kandungan air dalam cucur telah sejat. haba mainkan peranan utama dalam setiap gorengan. Garing bermakna mengeluarkan kandungan air dalam setiap gorengan.

Nota: Kekerasan cucur udang ini terletak pada tepung beras. Kalau ia lembut dan kita nak keras, tambahkan tepung beras. Kekerasan juga kadang-kala terletak cara kita goreng atau kandungan air yang terdapat dalam gorengan itu. Ini termasukan kepekatan tepung gorengan. Maka  terus mencuba untuk mendapatkan gorengan terbaik dengan melatih. Kena melatih sendiri untuk memahirkan diri. Masak ini memerlukan kesabaran, ketabahan, tidak mengaku kalah atau kecewa. Kena lakukan sendiri dengan minat mendalam. Takat salin resepi dan buat berniaga ia tak menjadi. Cucur udang passembur kita perlu berlainan dari orang lai

kuah pasemboq (mamak haji)

RESEPI KUAH PASSEMBUR:

1/2 kg. ubi keledek berwarna oren,dibuang kulit dan rebus (kalau ubi putih gunakan pewarna oren merah, pewarna oren merah serbuk ini satu kemestian yang perlu ada,  kalau ingin masak lauk-pauk mamak . Ubi masih dalam panas-panas lenyek. Air rebusan ubi boleh digunakan untuk kisar ubi (kalau malas nak lenyek).
125gm udang kertas halus atau sotong kering, dikisar halus. Di Pulau Pinang kini banyak guna sotong kering untuk buat kuah. Sotong kering agak-agak se gumpal tangan sudah memadai. Sotong ini tujuan untuk safe kos kerana sedikit saja sudah kuat baunya. Tapi mamak haji syorkan agar guna udang. Udang terutamanya perasa udang terletak dikepala udang atau otaknya yang berwarma kuning, kalau cabut kepala tentukan jangan buang yang berwarna kuning dikepala udang itu. Cara ini anda gunakan dalam semua masakan. Kalau ingin warna udang merah dan kepala udang sukar nak tanggal semasa masak, goreng dulu udang itu 1/4 masak. Bila buat udang masala atau kari udang atau sambal udang ia lebih menarik. Mamak haji syorkan udang kertas kerana kulit dan kepalanya lembut, mudah untuk kisar. Kalau guna sotong kering kuah nanti jadi kehitaman sedikit. Tapi tak apakan hitam itu menawan. Rendam sotong kering semalaman dan buang air rendaman, awas pasir dibawahnya dan basuh sekali lagi. lepas itu boleh kisar.
125gm.  kacang tanah. Kacang tanah digoreng. jangan sampai hitam. Kalau tak pandai goreng kering, goreng gunakan sedikit minyak memudahkan, lagi pun anda perlu goreng cili kering. Gunakan minyak sama. Anda boleh buang kulitnya atau pun biarkan saja. kalau 125gm oklah kalau 5 kg nak buang kulit?. Ada yang nak cepat, beli kacang sedia digoreng tapi kacang seperti ini bukan saja tak ada kualiti kerana dibantai masuk kulit sekali tapi ia berbau hapak kerana entah bila tarikh dibungkus. Tujuan kita masukan kacang untuk dapat bau haruman dan lemak kuah. Kacang ini kalau ingin berbiji seperti peanut butter, asingkan sedikit kacang dan tak perlu kita kisar. Yang selebihnya kita kisar halus, yang sedikit itu kita cuma masukkan masa terakhir kisaran dan kita kisar sekali saja.
10 – 15 biji cili kering. Untuk kepedasan biasanya kita gunakan cili kering. Cili kering perlu goreng dengan minyak lebihan gorengan kacang sehingga ranggup. Jangan jadikan terlalu hitam.  Kepedasan cili kering biasa tertakluk pada jenis cili kering. Pilih yang kerinting yang licin kilat itu amat pedas dan tidak sesuai untuk sambal tumis atau pun masakan mamak. Ia sesuai dibuat cili flake.  kisar sekali dengan kacang tanah tadi.
3 ulas bawang putih. digoreng layu, dikisar bersama kacang tadi.
2-3 bawang besar. Sebenarnya masakan ini kalau guna bawang merah  (15-20 biji) memang wangi dan sedap. Tapi untuk berniaga kita tak mampu membelinya kerana mahal sangat. Goreng bawang hingga layu. Kisar bawang putih dan bawang bersama dengan kacang.
Bila semua bahan tadi telah dikisar, masukkan dalam periok dan masukkan 4 cawan air dan masak hingga mendidih, bila sudah mendidih kecilkan api, ambil lebih kurang 2 sudu besar (tbsp) asam jawa dan perahkan dengan 1/2 cawan air, tapis dan masukkan dalam kuah yang sedang masak. Masukkan gula sebanyak 5 sudu besar (peh!.). Tujuan kita masukakn gula untuk sebatikan struktur bahan-bahan tersebut. Kuah passembur memang manis sedikit  dari kuah yang lain. Masukkan garam secukup rasa.
Anda mesti rasa pelik bukan kenapa mamak haji goreng bawang, kacang, bawang putih, cili kering, kita tidak akan tumis kuah ini. Kita nak “oil free” ..hahaha, bila masa mamak ini jaga minyak dalam masakan?. sebenarnya kuah ini kalau berminyak anda rasa bosan. Mee Kuah Pulau Pinang pun kita tak tumis.
Katakanlah anda inginkan kuah yang lebih dan pekat likat seperti mamak buat kuah, rendamkan 5-8 kping biskut merry, lenyekan dan masukkan dalam kuah yang reneh. caranya pekaktkan sama seperti “chicken krim sup” yang mana kita hanguskan tepung gandum dengan butter. Kuah cukup masak bila kacang anda rasa lembut. Biasanya kuah sedia dalam masa 35-45 minit. Jangan lupa sentiasa kacau kuah supaya tak hangus dibawah. Ingat gula boleh terkumpul dibawah periok hanguskan masakan bila dipanaskan. Sekiranya nak kuah berwarna oren mengancam, gunakan pearna magic mamak.
Akhir sekali, cucur dah ada, tauhu gorengkan dan di potong dadu, jangan lupa kentang rebus yang telah goreng disalut tepung beras, boleh taburkan serbuk kacang goreng di atas untuk lepas makan passembuq, jangan lupa sembuq. Sebenarnya passembur ini “salad” mamak, maka jangan lupa taugeh rebusan, hirisan sengkuang, timun dan juga hirisan daun salad untuk hiasan. Wassalam