Sunday 14 December 2014

AYAM PENYEK

RESEPI AYAM PENYET 

BAHAN-BAHAN:

    6 ketul daging ayam. Gunakan sebelah atas peha ayam atau isi yang
tebal.  Kalau masak dan makan di rumah elok beli peha ayam penuh dan
dibuang tulang seperti chicken chop. Bagi berniaga takat nak jual
berharga dua atau tiga ringgit seketul, biarkan tulangnya. Ia nampak
besar sedikit.
    3 sudu besar (tbsp) santan pekat.
    2 batang serai diketuk memanjang supaya masa gorengan ia akan
terurai dan cantik dalam hidangan.
    2 helai daun salam atau bay leaf tempatan. Boleh dapati di pasar
malam atau pasar tani. Daun yang terlebih, keringkan dan simpan. Boleh
digunakan untuk masakan akan datang. Daun Salam dalam masakan akan
mewangi lauk kepada rasa kemanisan.
    1 sudu besar serbuk ketumbar. serbuk ketumbar atau biji rempah boleh
dibeli dikedai mamak, seringgit sudah perolehi banyak. Goreng kering
dikuali sehingga keharumannya naik. biarkan dia sejuk dan kisar dalam
pengisar kering (kecil) dan simpan serbuknya didalam bekas kedap udara.
Kalau kita ada hobi masak, perlu ada serbuk-serbuk rempah yang buat
sendiri seperti jintan manis, jintan putih, lada hitam, lada putih.
Kalau disimpan dalam  bekas kedap udara boleh digunakan berbulan-bulan
lamanya. Rempah-rempah ini adalah asli dan sangat wangi dalam masakan
dari berbedza dengan serbuk rempah yang dibeli dalam bungkusan yang
biasanya dicampur dengan tepung beras dan rempah yang sangat berkualiti
rendah (dasar perniagaan kaut untung). Serbuk rempah yang dibeli itu
biasanya perlu digoreng semasa masakan atau pun perlu masukan dalam
minyak panas semasa tumis,  ini akan menyebabkan rempah ini mudah 
hangus dan berasa pahit. Untuk elakan ini, sediakan rempah yang telah
digoreng kering dan kisar dan masukkan terus dalam masakan masakan.
    1 sudu kecil (tsp) jintan putih. Ramai salah faham kenali jintan
putih dan jintan manis. Jintan putih dalam bahasa Inggeris digelar
“cummin seed”. Jintan Putih digelar “Fennel seed”. Gelaran jintan putih
disebabkan ada “Jintan Hitam” atau disabdakan Nabi s.a.w ” ibu bagi
segala ubat”,“Habastussauda”. Jintan Putih berbentuk halus dan Jintan
manis gemok dan pendek. Jangan silap.
    1 sudu besar gula merah. Gula pasir jangan digunakan dalam gorengan
ia akan jadi Karbon bila digoereng menjadi hitam disebabkan bahan kimia
dalam proses menjadikan gula pasir.

BAHAN UNTUK PERENCAH (KISAR ATAU TUMBUK).

    5 ulas bawang putih  telah dikopek kulit.
    2 cili merah.
    1 inci kunyit hidup
    1 inci lengkuas saiz ibu jari dihiris.
    1 inci halia dihiris.
    3 biji buah keras dihancurkan.

Nota: Anda perhatikan bahan-bahan yang digunakan kebiasaannya untuk
membakar ayam dalam oven gunakan minyak masak dalam perencah tetapi
resepi Indonesia ini gunakan buah keras atau buah kemiri. Buah kemiri
punyai kandungan minyak yang sangat harum. Dengan sebab inilah mamak
haji terpikat dengan resepi-resepi Indonesia yang asli.
CARA-CARA MEMASAK:
1. masukkan semua bahan-bahan di atas  ia itu jintan putih, serbuk
ketumbar yang telah disediakan, garam, santan, serai, gula merah bersama
ketulan ayam peramkan sekurang-kurangnya 30 minit atau sebaiknya
semalaman.
2. Sekiranya ingin gorengkan atau seperti grill di kuali pan, masukan
minyak masak 1/4 dari paras ketulan ayam dengan api perlahan.
Koyak-Koyakan daun salam dan taburkan diatas ketulan ayam. Hasil Grill
yang baik ialah masa meletakan ketulan ayam itu menghadapakan permukaan
tulang ayam permukaan bawah dan isinya Kulit) ke atas. Kuali perlu
ditutup untuk wap memasak ketulan ayam. Bila agak masak, terbalikan
ketulan ayam. Permukaan ayam yang  isinya berkulit itu perlu hangus
kehitaman sedikit.  Permukaan ini hanya perlu masak sekali saja supaya
kulit tidak melekat pada permukaan kuali dan tertanggal. Sekiranya anda
rasa lambat cara ini , apabila kulit dan isi ayam mula bertukar
keperangan, keluarkan ketulan ayam dari kuali dan masukkan dalam ketuhar
(oven) yang telah dipanaskan 250 darjah celsius selama 10 – 15 minit.
3. Ayam penyet anda telah siap hidangkan bersama sambalnya.
RESEPI SAMBAL AYAM PENYEK:
BAHAN-BAHAN:

    15 biji cili masak dibuang bijinya (300gm).
    10 bji cili padi. Kalau nak pedas tambah saja.
    10 biji bawang merah atau 3 bijji bawang labu, dihiris.
    5 ulas bawang putih.
    3 biji tomoto bersais besar dibelah enam.
    1 inci belacan.
    1 gengam ikan bilis.
    3 sudu besar (tbsp) gula merah atau gula melaka.
    Garam secukup rasa.
    Minyak masak untuk goreng ikan bilis.

CARA-CARA MEMBUAT:
1. Panasakan minyak, goreng ikan bilis sehingga garing dan asingkan.
Dalam minyak yang sama goreng Belacan dan asingkan.
2. Masukkan Cili merah dan cili padi sehingga layu. Bila cili mula layu,
masukkan hirisan bawang, hirisan bawang putih. Goreng sehinnga layu.
3. masukkan tomato dan goreng sehingga layu.
4. Angkat semua bahan-bahan goreng tadi, biarkan  sejuk dan mula
kisarkan semua bahan-bahan tadi dengan separuh halus.
5. keluarkan kisaran tadi dan masukan dalam kuali dan panaskan. Masukkan
gula dan garam secukup rasa. Jangan terlalu masak. sekali mendidih
sudah memadai. Sambal anda sudah siap.
Selamat mencuba resepi ini. wassalam.

RASEPI EJ

No comments:

Post a Comment