Tuesday 16 December 2014

PEN KEK TANPA TELUR

Pancake Tanpa Telur..lembut dan sedap.

Bahan-Bahan:

1 1/2 cawan tepung gandum

1 camca teh penuh baking powder

2 sudu makan gula

2 sudu makan  minyak jagung/canola

2 sudu makan mayonis

1 cawan susu segar/fresh milk

1/2 cawan air

Cara:

1. Masukkan semua bahan dalam mangkuk adunan, kacau rata dan sebati dengan mengunakan whisk, kalau nak blend pun boleh.

2. Panaskan nonstick pan, lenserkan dengan sedikit sahaja minyak jagung
atau mentega pada kuali, untuk yang pertama sahaja, seterusnya tak perlu
di letak minyak. Masukkan sesenduk (gunakan senduk lauk yang sedang)
adunan pencake dalam pan angaran 4 inci lebar. biarkan sehingga
permukaan pancake berlubang2 dan sedikit kering, balikkan sebentar dan
terus angkat di susun di atas pinggan.

3. Buat sehingga adunan habis dan boleh menghasilkan 10 keping pancake
bersize 4 inci, hidangkan bersama madu atau jem pilihan anda dan butter.

RASEPI EJ

No comments:

Post a Comment