Tuesday 16 December 2014

SAMBAL LADO MINANG

Sambal Lado Minang...

Bahan-bahan:

14 batang cili merah hidup - kalau nak lebih tambah

4 biji bawang besar - dihiris nipis /dadu pun boleh

2 biji tomato segar - di dadu

1 sudu makan gula - (orang minang tak letak pun gula saya sajer letak)

garam secukup rasa

minyak untuk menumis

Cara:

1. Lada di basuh potong kecil dan blender dengan air dalam 3/4 cawan
blender agak kasar kemudian di tapis, air lada di buang sebab gunakan
lada sahaja

2. Panaskan minyak dalam kuali tumiskan bawang yang dihiris atau di dadu
hingga layu dan berbau harum, tak perlu sampai perang atau garing,
masukkan lada yang ditapis tadi, balik2kan hingga agak mengaring lada
ini dan naik minyak apinya biar kecil sahaja.

3. Masukkan gula, dan garam diikuti dengan buah tomato yang didadu.
Balikkan sehingga sambal mesra dan sebati padamkan api boleh dihidang
dengan cara hidang dalam mangkuk atau disiramkan atas ikan goreng, ayam
goreng atau dengan terung yang digoreng atau dibakar terlebih dahulu pun
sedap jugak.  Selamat mencuba.
RASEPI EJ

No comments:

Post a Comment