Friday 19 December 2014

KEK BUTTER

Butter Cake
1 1/2 cawan marjerin (sy guna butter)
2 cwn gula halus
5 bj telur
esen vanila
2 1/2 cwn tepung
1 sdk  baking powder
1/2 cwn susu cair
1. Ayak tepung dengan baking powder.
2. Pukul majerin dan gula halus hingga kembang.
3. Tambah telur sebiji demi sebiji.
4. Tambah esen vanila.
5. Tambah tepung yg telah diayak berselang seli dengan susu cair.
6. Gaul rata adunan.
7. Sediakan  2 loyang yang telah dilapik kertas minyak. Tuangkan  adunan  ke dalam kedua2 loyang dalam jumlah yang sama.
9. Bakar adunan pada suhu 180 celcius hingga masak. Lebih kurang 25-30 min.
Homemade Strawberry compote
8-10 bj straberry (belah 2)
4-5 sdb gula  (ikut kemanisan yg disukai)
sedikit perahan lemon (optional)
Masukkan strawberry dan gula ke dalam periuk.(seeloknya non-stick).
Panaskan sambil dikacau sentiasa supaya tidak hangit.
Tambah sedikit air supaya agak cair.
Tutup api bila buah sudah separuh melarut dan kepekatan yang sesuai.
Swiss Meringue
Buttercream

Bahan-bahan


60gm putih telur (lebih kurang 2biji
size L)
100gm gula castor - boleh kurangkan sedikit
170gm butter tanpa garam (keluarkan
dari peti sejuk dan potong 10-12 ketul. lakukan sebelum panaskan putih telur
utk mengelakkan butter terlalu lembut jika dbiarkan suhu bilik yg lama)
Cara-cara
Panaskan air di dalam periuk. Satukan
putih telur dan juga gula ke dalam mangkuk tahan panas. Letak di atas periuk
yang berisi air panas tadi. (kawal kepanasan agar tidak terlampau panas sekitar
65c sahaja). Kacau menggunakan hand whisker sehingga gula larut lebih kurang 3
min. Adunan akan kelihatan seperti krim marshmarllow.
· Pindahkan ke dalam mangkuk lain.
Letakkan mangkuk tadi ke dalam mangkuk yang lain yang diisi air paip
dan 3-5
ketul ais (jangan terlalu sejuk! agak2 sesejuk air hujan). Pukul lagi adunan
telur lebih kurang 5 minit
dengan kelajuan sederhana sehingga meringue@kental dan
berkilat.
Masukkan butter sesudu demi sesudu
dan teruskan memutar sehingga very smooth dan kental lebih kurang 6-10min.
Victoria Sandwich cake
Bahan-bahan
Butter cake
Strawberry compote
Swiss Meringue Buttercream
Buah strawberry segar
Snow powder
1. Letakkan sekeping kek di atas papan kek.Masukkan buttercream ke dalam piping bag dengan nozzle star.
2. Paipkan buutercream ke atas kek.Sudukan strawberry compote ke atas krim.
3. Lapiskan dengan sekekeping kek lagi.
4. Paipkan lagi krim,sudukan strawberry compote dan hias dengan buah strawberry segar.
5. Ayakkan snow powder sebagai hiasan

RASEPI EJ

No comments:

Post a Comment