Friday 24 October 2014

Makaroni bakar..xtra cheese

Makaroni Bakar Extra Cheese

Bahan-bahan : untuk 4-5 orang makan

2 cawan makaroni + 1 cawan pasta spirals (direbus ala dente* dan toskan)- guna 3 cwn makaroni
150 g minced beef/chicken/seafood
2 ulas bawang putih (dicincang)
1 labu bawang besar (dihiris dadu kecil)
1 tin kecil puri tomato atau 1 botol kecil sos spagetti - ej guna Kimball
sedikit sos cili
sedikit sos tomato
sedikit garam
sedikit kiub ayam -ej tambah
1 sudu besar mentega
sedikit mixed vegetables (ej tambah)

Sos Putih :
2 cawan susu segar
1 sudu besar mentega
sedikit lada sulah
2 sudu besar tepung gandum (dibancuh dengan sedikit air)
1 slice cheesedale atau 30 g krim keju
sedikit garam dan gula

lain-lain : keju parut dan oregano
mozarella cheese (ej tambah)

Cara-cara :

    Cairkan mentega di dalam kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
    Kemudian masukkan daging/ayam cincang dan kacau hingga airnya kering.
    Barulah dimasukkan puri tomato atau sos spagetti. Gaulkan sebati. Kemudian masukkan sos cili, sos tomato, garam dan gula secukup rasa. Setelah kuahnya pekat. Tutupkan api.
    Satukan kuahnya dengan pasta tadi dan gaulkan hingga rata. Boleh juga letak mushroom jika suka.
    Sementara itu, untuk sos putih : Cairkan mentega di dalam kuali leper/periuk. Kemudian masukkan cheesedale atau krim keju. Kacau hingga cair. Barulah dituangkan susu segar. Masak hingga susu mendidih. Masukkan lada sulah, sedikit garam dan gula.
    Akhir sekali masukkan bancuhan tepung dan kacau lagi hingga pekat. Tutupkan api.
    Sediakan bekas tahan panas atau loyang aluminium. Sapukan dengan mentega. Masukkan pasta tadi di dalamnya dan ratakan dengan sos putih.
    Taburkan keju parut dan oregano.
    Bakarlah selama 35-40 atau hingga keperangan dengan suhu 160C.

pesanan dari ej untuk anda semua
* al dente : cooked enuf to be firm but not so soft / tak keras dan tak lembut sgt
**cara merebus pasta : didihkan air bersama sedikit garam dan kemudian barulah dimasukkan pasta. masa memasak lbh kurang 7-9 minit ikut instruction pd bungkusannya.

oleh kerana masak dlm 2 bekas, jadi sos putih satu adunan tak cukup, kena doublekan. utk sos putih buat kali kedua, nak cepat tak tumispun butter,slice cheese koyak kecik2 terus masuk dlm susu.

kalu nak letak extra cheese macam ej tu ,kurangkan garam dalam sos daging ya!

Resepi share dari Engku Ijann..tqvm..

No comments:

Post a Comment