Wednesday 29 October 2014

KUIH TALAM LAPIS SAGU

KUIH TALAM LAPIS SAGU (KUIH TALAM SAGU)

Bahan untuk lapisan bawah ( bersagu ) :

    2 cawan santan cair )
    1 cawan sagu - dicuci dan rendam sebentar
    1/2 - 1 cawan gula pasir - eej letak 3/4 cawan
    garam secukup rasa
    pewarna merah secukupnya

Cara membuatnya :

    Sapu acuan dengan minyak dahulu. ej guna acuan 4sagi
    Gaulkan semua bahan hingga sebati. ej masak dulu dalam periuk dengan mengacau hingga sagu pekat dengan menggunakan api perlahan.
    Tuangkan ke dalam loyang dan kukus selama 30 min. Baru ej cedokkan ke dalam acuan 4 sagi yang disapu minyak tadi dan kukus selama 20 minit atau hingga hilang biji2 putih tu.
 

Nota = ej masak bahan2 sagu dlm periuk sehingga pekat dlm 15 minit dngn menggunakan api sederhana. Hendaklah sentiasa di kacau supaya adunan rata. Selepas itu ej masukkan dlm acuan kecik. ej kukus dlm 15 minit. Angkat dan bolehlah tuangkan adunan utk lapisan atas dan kukus semula selama 15 minit.

Bahan untuk lapisan atas :

    3 cawan santan pekat
    1 cawan tepung beras
    2 sudu besar tepung jagung- saya tambah
    1 sudu teh garam

Cara membuatnya :

    Gaul semua bahan supaya rata.
    Tapiskan kedalam kuali tak lekat ( non stick pan ) dan kacau sebentar atas api.
    Apabila nampak pekat, tutup api dan ke tuang atas lapisan bawah tadi.
    Kukus lagi selama 20 minit. Saya kukus 15 minit je sebab guna acuan kecik.

No comments:

Post a Comment