Friday 20 December 2013

SAGU MERAH

Bahan-bahannya;
500 gm sagu kecil.
1.8 liter air .
Gula secukup manis.
Secubit garam..
Sedikit pewarna merah
Kelapa parut..
2 helai daun pandan.
Cara-caranya;
1~ Didihkan air, kemudian masukkan daun pandan (untuk aroma sahaja)..masukkan garam, gula serta sedikit garam..serta masukkan pewarna merah secukupnya...
2~Basuh sagu dan tuangkan kedalam air yg sedang mendidih. ..
3~ kacau sagu selama lebih dari 20 minit sehingga sagu masak...kadang-kadang walaupun sudah masak. Sagu masih lagi nampak putih-putih...tetapi tidak mengapa..it's ok..senduk kan sagu tadi kedalam bekas...sejukkan...
4~ kelapa parut tadi kalau boleh ambil yang putih sahaja...gaul dengan sedikit garam..
5~ potong sagu yang telah sejuk tadi dan masukkan kedalam kelapa parut tadi dan guling-guling kan kuih...dan hidangkan..

No comments:

Post a Comment