Sunday 14 August 2016

AYAM MASAK KUCAI..(resepi Grace Chang)

BAHAN2 :
1 ekor ayam kampung (potong), 1.5 - 2 mangkuk sayur kucai (potong), bawang putih (cincang),  bawang merah (hiris),  3-4 sudu sup minyak bijan,  sedikit gula,  sedikit garam,  sedikit kicap pekat,  sedikit air kanji dan sedikit sos tiram.

CARA MASAK :
Panaskan kuali masukkan minyak bijan, goreng bawang merah,  bawang putih dan halia sehingga kuning-kekuningan.  Kemudian masukkan daging ayam,  kicap pekat & gula goreng sehingga aroma.  Masukkan 2 mangkuk nasi (biasa) air dan gaul rata.  Tutup kuali dan biarkan ia didih selama 10 minit atau sehingga daging ayam masak (gaul sekali sekala dan jaga sosnya supaya tidak terlalu kering). Selepas itu masukkan sayur kucai,  sos tiram dan garam,  gaul rata dan masak selama 2 minit atau sehingga sayur kucai masak (sambil gaul itu cuba rasa sosnya, jika perlu tambah sos tiram, gula dan garam boleh tambah sekarang) Setelah sayur kucai telah masak,   masukkan sedikit air tepung kanji dan gaul sehingga rata (sos jangan pekat sangat)... Akhir sekali hidangkan dalam piring 😀😀😀😀

No comments:

Post a Comment