Sunday 7 February 2016

Kek lapis masam manis

Bahan Bahan Resepi Kek Lapis Masam Manis

450 gram mentega (cm guna SCS)

150 gram gula halus (cm letak 130 gram)

10 biji telur gred A

300 gram biskut marie (cm guna jenama Munchy's), dikisar halus dan diayak

300 gram susu pekat manis (cm letak 200 gram)

85 gram seri kaya (cm guna jenama Yeo's)

1 camca teh esen vanilla

2 paket asam manis (1 paket ada 10 bungkus)

Pewarna makanan secukupnya (merah, hijau, kuning)


Cara Cara Menyediakan Resepi Kek Lapis Masam Manis

Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin berukuran 8inci x 8inci x 3inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.Putar mentega dan guna halus hingga putih. Masukkan telur satu persatu sambil diputar hingga kembang dan gebu, masukkan esen vanilla dan seri kaya, putar sebati (masa ni adunan akan berbiji2 sedikit).Perlahankan kelajuan, masukkan susu pekat manis dan kisaran biskut marie sedikit demi sedikit hingga habis, putar sebati. Bagi adunan kepada 3 bahagian sama banyak, setiap satu diberi warna kegemaran anda, kacau rata (cm guna merah, kuning dan hijau). Ok sekarang kita mula melapis..Masukkan tin ke dalam oven, panaskan 1-2 minit (tukar api oven pada atas sahaja, fungsi grill). Keluarkan tin dan sudukan 4 camca besar warna kuning, ratakan dan bakar 6 - 7 minit atau hingga permukaannya perang. Tekan sedikit permukaan kek dengan penekan kek lapis dan lapiskan sekali lagi warna yang sama, ratakan dan susun asam manis, bakar hingga perang. Keluarkan dari oven dan tekan perlahan.Lapiskan pula dengan warna lain, dan setiap warna dilapis 2 kali. Susun asam manis selepas lapisan pertama. Dan tekan perlahan setiap lapisan. Buat hingga siap dan lapisan terakhir bakar dengan api atas dan bawah selama 10 - 15 minit, tutup permukaan tin kek dengan aluminiun foil jika cepat gelap. Keluarkan kek dari tin dan sejukkan sepenuhnya atas jaringan.

No comments:

Post a Comment