Tuesday 3 June 2014

KUAH PARPU

Bahan-bahannya;

Secawan kacang parpu (kcg dhal)
4 biji ubi kentang...dipotong dadu
Sebiji carrot....dipotong dadu
Sebiji terung...di dipotong dadu
Sebiji tomato....dipotong dadu..
2 biji bawang besar dihiris..
4 biji bawang putih ...diketuk
2 biji cili hijau
Sebungkus kecil rempah ikan
6 tangkai cili kering
Sedikit air asam jawa
Sedikit daun kari
Minyak untuk menumis..
Garam..

CARA-CARANYA;

Basuh dan rebus kacang parpu bersama dgn bawang putih, sebiji bawang besar yg telah dihiris.. serta cili hijau hingga empuk..
Bila dah empuk..masukkan rempah. (Rempah blh juga direbus bersama.kacang )..

Kacau dan didihkan sebentar..selepas itu masukkan semua sayur-sayur yang telah dipotong dadu tadi..tambah kan air jika perlu...masak hingga terlalu empuk..selepas itu masukkan garam dan Sedikit air asam... (air asam tu kata org ambik syarat jer) .bila dah cukup rasa..tutup periuk..ketepikan..
Panaskan minyak dlm kuali..tumis bawang besar dan daun kari serta cili kering. (Potong duluya cili kering ni)..bila dah garing..tuang kan bahan2 tumis bersama.mibyaknya sekali kedalam periuk tadi..tutup semula..biarkan paling kurang 15mnt..bila nak makan nanti..baru lah di kacauuu.

No comments:

Post a Comment