Sunday 22 June 2014

IKAN MASAK SOS

BAHAN-BAHANNYA;

Seekor ikan yg besar..ikut lah ya nak ikan apa pun.
1/2 biji capsicum..potong dadu
Sebiji cili merah...dihiris nipis2
Sebiji bawang besar..dihiris bulat2
3 ulas bawang putih..hiris nipis2
Seinci halia..hiris nipis2
Semangkuk sos Thai ( saiz mangkuk bergantung pada saiz ikan)
1/2 mangkuk sos Tomato
2 camca cuka..(kalau ada cuka epal lagi sedap..)
Sedikit daun su/bawang dipotong seinci2..
Sesenduk minyak..
Sayuran boleh pilih samada sedikit kacang buncis, carrot, bunga kubis, baby jagung atau kacang panjang...potong sayur2 ikut suka..basuh  & toskan..

Cara-cara memasaknya;

Ikan dibersihkan dan gaul dengan garam kunyit..goreng..masukkan dalam pinggan hidangan..
Dalam kuali lain masukkan sesenduk minyak..bila dah panas tumis bawang besar, bawang putih & halia..kemudian masukkan.kedua2 sos tadi..tambah kan 1/2 gelas air..kemudian masukkan semua bahan2 potong tadi..kecuali daun sup/bawang...kemudian masukkan cuka...kalau x cukup air sila tambah sedikit demi sedikit..rasa..bila dah ok...masukkan.daun sup/bawang...kacau..kumudian tuangkan keatas ikan tadi..
SEDIA UNTUK DIHIDANGKAN..

No comments:

Post a Comment