Friday 20 June 2014

DAGING DENDENG SBRG JAYA

Bahan-bahannya;
1 kg daging .....dihiris nipis & direbus hingga empuk..Awas! Jangan terlalu empuk..
3/4 cawan kicap lemak manis..
2 batang serai di ketuk..
4 sekawan
2 biji bawang besar*
4 ulas bawang putih*
Sedikit halia*
Kisar bersama bahan2 yg bertanda*
Semangkok minyak masak.
Cili kisar secukupnya..
Secawan bawang goreng..
Sedikit air asam jawa..
Cara-caranya;
Daging yg di rebus tadi hendaklah dutumbuk.( simpan air rebusan daging) .satu demi.satu dengan anak lesung batu..tumbuk jadi leper..lepas tu perap dengan 3/4 cawan kicap lemak manis tadi..setengah jam pun dah cukup..panas kan semangkok minyak..goreng daging perap tadi..ambik kesemua daging sahaja..tp jangan pulak buang kicapnya...simpan ya...goreng daging tadi sehingga minyak jernih....maksudnya..masa mula kita.goreng minyak hitam sebab ada kicap kan....bila kita goreng lama..kicap akan meresap kat daging ..minyak akan.jernih...
Angkat daging masukkan dlm air kicap yang kita simpan tadi...
Dalam minyak daging tadi..tumis 4 sekawan bersama serai..tuang bahan2 yang di kisar tadi..lepas tu masukkan cili kisar..ikut suka lah nak bubuh banyak mana pun..nak lebih pedas..bubuh lebih..x nak..kurangkan..bila dah mendidih masukkan daging bersama dengan kicapnya sekali...kemudian masukkan 3 senduk air rebusan daging tadi..bila kuah dah agak pekat..masukkan air asam jawa...sikit jer ya..rasa dulu..jika perlu tambahkan garam..selepas itu masukkan kesemua bawang goreng tadi..kacau sebentar dan angkat..
Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment