Wednesday 21 January 2015

KUIH PERIA (EJ)

Kuih Peria

Bahan2 Untuk Doh

300 gm tepung pulut
  150 gm keledek (timbang setelah dikupas kulit) (sebaiknya guna keledek  isi putih agar warna yang kita gunakan lebih menyerlah ~ kalau kita guna  keledek purple ker.. sure warna lari..)
240 ml air + pewarna hijau
4 s/b gula kaster
40 ml minyak

Bahan2 Inti

250 gm kacang hijau tanpa kulit
10 s/b gula
1 s/k garam
2 cawan air (boleh tambah or kurangkan ikut kesesuaian)

Bahan2 tambahan

daun pisang atau plastik secukupnya
minyak masak

Cara-cara masak inti:

1. Kacang hijau dicuci bersih kemudian direndam 4 jam atau 1 malam.

2. Toskan kacang & jirus air paip. Masukkan dalam periuk bersama air dan masak seperti kita masak nasi.

3. Apabila ia menggelegak dan airnya hampir kering kecilkan api (seperti kita tanak nasi) lalu tutupkan tudung periuk.

  4. Agak2 kacang dah empuk (hendak tahu masaknya cuba picit biji kacang  itu) & bila dah lembut maka bolehlah dimasukkan gula & garam.  Kacau2 hingga gula larut dan sebati & inti agak kering.

5. Biarkan inti sejuk terlebih dahulu sebelum dibulat-bulatkan ke beberapa bahagian kecil.

Cara-cara buat kulit:

1. Rebus keledek hingga empuk. Bila dah empuk masukkan dalam blender & campurkan dengan air.

  2. Dalam sebuah bekas, masukkan tepong pulut, gula & garam. Lalu  tuangkan keledek yang telah diblender tadi ke dalam tepong.

3. Uli bahan2 tadi sehingga sebati. Akhir sekali masukkan minyak dan uli hingga menjadi doh yang lembut.

4. Bahagikan doh ke beberapa bahagian (menyamai jumlah bebola inti tadi) lalu bulat2kan.

  5. Untuk membentuk buah peria (sila rujuk gambar di bawah), sediakan  plastik yang bersih. Masukkan inti ke dalam doh lalu tutupkan inti.  Bentukkan doh menjadi bentuk lonjong sikit. Letakkan di atas plastik  tadi lalu digulungkan seperti gulungan gula2. Kemaskan kiri & kanan  lalu tarik kuat2 kedua2 hujung plastik agak terbentuk garis2 pada doh  & seakan2 menyerupai buah peria (takde 100% macam buah peria..  hehe). Buka gulungan dan susun dulu dlm pinggan bersih. Buatlah doh  selebihnya sehingga habis.

6. Panaskan periuk pengukus dengan  air yang mencukupi. Sediakan daun pisang atau plastik alas berukuran 4cm  x 8 cm atau agak2 muat untuk letak 'buah peria' tadi. Sapukan sedikit  minyak pada daun pisang / plastik tadi lalu letakkan buah peria di  atasnya dan susun dalam pengukus. Buat hingga habis.

7. Bila  air dah mendidih.. kukuskan kuih selama 8 minit atau sehingga masak  bergantung saiz kuih anda. (jika kuih lebih besar, lebihkan sedikit masa  mengukus TAPI jangan terlalu lama nanti kuih terlalu kembang &  hilang pulak rupa paras buah peria tadi)

8. Bila dah masak.. hidang kuih sebagai minum petang. Memang sedap!

No comments:

Post a Comment