Tuesday 13 January 2015

Kuih lapis tembikai

Resepi Kuih Lapis Tembikai

Bahan- Bahan.(loyang 9")

2 1/2 cwn tepung beras
1 1/2 cwn tepung ubi
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil air kapur
4 cwn santan sederhana pekat (saya guna santan kotak kara 200ml....saya guna 2 kotak tambahkan air selebihnya)
pewarna hijau dan merah
incau secukupnya- di potong kecil

Bahan perlu di masak dan jadikan sirap gula..

1 1/2 cwn gula pasir
1 cwn air
3 helai daun pandan

Cara Menyediakannya

  Masakkan bahan untuk sirap hingga gula cair dan sedikit didih. Biarkan
seketika hingga suam. Masukkan santan dan garam, kacau rata.
Satukan
ke semua tepung, garam dan air kapur. Masukkan campuran sirap dan
santan, kacau rata dan tapis. Saya sukat adunan tu dan dapat dlm 7 cwn
kesemuanya.
Bahagi kepada 3 bahagian:
Lapisan Bawah : ambil dlm 1 1/2 cwn dan letak pewarna hijau
Lapisan Tengah: ambil dlm 1 1/2 cwn dan biarkan warna asal/putih.

Lapisan Atas : ambil 4 cwn dan letak pewarna merah, bahagikan pada 3
bahagian pula. Ambil 1 1/2 cwn utk merah pertama, 1 1/2 cwn utk lapisan
merah kedua dan 1 cwn utk lapisan merah terakhir)

Cara memasak kuih

1.Panaskan pengukus. Saya guna loyang 9 inci. Alaskan plastik di permukaan loyang dan sapukan sedikit minyak di sekelilingnya.

2.Tuang adunan hijau sebagai lapisan bawah kedalam loyang.
Kukus selama 5-7 minit/hingga masak dengan api sederhana kuat.

3.Setelah masak,baru lapiskan dengan lapisan tengah/warna putih dan kukus lagi selama 5-7 minit.

4.Selepas tu lapiskan 1 1/2 cwn lapisan merah dan taburkan sedikit cincau di atasnya. Kukus lagi selama 7 minit.

5.Setelah masak lapiskan 1 1/2 cwn lagi warna merah dan taburkan sedikit cincau. Kukus lagi selama 7 minit.

6.Akhir sekali lapiskan dngn lapisan merah 1 cwn dan kukus selama 20
minit dngn menggunakan api sederhana.(jumlah warna merah kesemuanya 4
cwn)

7.Setelah masak, buka penutup tapi jngn matikan api dan
biarkan lagi kukus selama 10 minit. Setelah siap, matikan api dan
angkat.

8.Biarkan sehingga betul2 sejuk barulah di potong.

**Kuih hendaklah betul2 sejuk..barulah di potong dengan menggunakan pisau plastik supaya kuih kelihatan rata dan cantik.

Rasepi  EJ

No comments:

Post a Comment