Thursday 1 January 2015

KEK LAPIS KOKO HORLICKS

Resepi Kek Lapis Choco-Horlicks Kukus
=================


Bahan-Bahan
250g mentega tulen
1/2 cawan gula halus
5 biji telur gred A
1/2 tin susu pekat manis-sy letak 1/2 cwn
70g horlicks- sy letak 1/2 cwn
30g serbuk koko- sy letak 3 sudu besar
1 sudu teh esen vanila
1/2 cawan tepung hongkong/gandum
Cara-Cara
  1.Panaskan kukusan terlebih dahulu.(pastikan tutup ketika memanaskan
pengukus) dan gris loyang dengan mentega dan lapikkan kertas minyak.
2.Pukul mentega dan gula halus sampai berkrim
Masukkan telur satu persatu. (Masuk sebiji,pukul sebati baru tambah sebiji lagi).

3.Masukkan pula esen vanila dan gaul sebati. Masukkan susu pekat dan
tepung hongkong sedikit demi sedikit sambil digaul rata.(jika
menggunakan mixer,pastikan guna speed paling perlahan.
4.Gaul sebati menggunakan senduk dan bahagi 2 bahagian
Bahagian 1 masukkan horlicks,kacau sebati dan warnakan kuning. Bahagian 2 pula masukkan serbuk koko dan kacau sebati.

5.Pastikan pengukus sudah mendidih sebelum mula mengukus.. Kukuslah
berselang seli warna sehingga habis.. setiap lapisan mengambil masa 6
minit(bergantung kuat atau perlahannya api dapur)
7.Tutup loyang dengan aluminium foil ketika mengukus untuk mengelakkan air kukusan menitis di atas kek.
Kukus selama setengah jam lagi selepas kukusan terakhir
Jom share resepi ramai-ramai

No comments:

Post a Comment