Friday 20 March 2015

PUDING ROTI MARBLE HERSEYS (KHATIJAH ZURINA KHALID)

Resepi Puding Roti Marble Herseys.

Bahan A

1 peket agar agar tali
1/2 cawan gula halus
3 cawan air

Bahan B

4 keping roti gardenia
2 biji telur gred A
1/2 cawan air
1/2 cawan susu manis
1 tin susu cair
1 sudu makan tepung kastard
1 sudu teh Vanilla
2 sudu makan planta.

Bahan C

1 sudu makan serbuk koko herseys
1 sudu teh nescafe
Sedikit air panas

Bahan D

15 biji Chocolate Kisses Herseys yg ada Hazel Nut

Cara2:

Basuh agar agar dan rebus bersama 3 cawan air dan 1/2 cawan gula sehingga agar agar cair.  Ketepikan

Koyak koyakkan roti dan bubuh dalam blender.  Campurkan 1/2 cawan susu manis,1 tin susu cair,1 sudu makan kastard, 2 biji telur.  ( ana bubuh 3 biji kerana ana guna telur gred C) dan vanilla. Blend semua bahan bahan ini hingga sebati.  Kalau pekat sgt boleh tmbh sedikit air untuk.sebatikannya dan tidak bergentel.

Dalam adunan agar agar tadi kita masukkan bahan bahan yang diblend dan kacau sebati hingga  mendidih.  Masukkan planta dan biarkan planta cair dan sebati.  Boleh tutup api.

Bahan C digaul rata dengan air dan pastikan tidak bergentel.

Bahagikan adunan yang dimasak tadi kepada 2 bahagian.  1 warna asli dan 1 dicampurkan adunan koko nescafe tadi.  Gaul hingga sebati dan tidak bergentel2.

Ambil loyang dan basahkan sedikit supaya senang dikeluarkan nanti. Mula mula ambil 1 senduk adunan warna asli dan bubuh ditengah tengah loyang. Ambil 1 senduk adunan coklat dan bubuh ditengah tengah juga.  Diatas aduanan asli tadi.  Buat lapis lapis sehingga adunan habis.

Setelah habis taburkan chocolate herseys rata rata dalan adunan tadi.  Pastikan chocolate itu ditekan supaya tenggelam.

Setelah habis boleh disimpan dalan peti ais supaya adunan beku dan boleh dipotong nanti.

Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment