Friday 27 March 2015

MEE SIAM BERKUAH (KHATIJAH ZARINA KHALID)

Assalamualaikum  di sini saya sertakan resepinya ye.  Untuk makluman resepi ini boleh diolah mengikut citarasa ye.  Itu kesesuaian citarasa masing masing.

MEE SIAM BERKUAH

500 gm mee hoon ~ di rendam sebentar hingga lembut dengan air biasa sahaja
Sedikit daun kucai ~ di potong 1 inci
1 mangkuk taugeh
1 biji cili merah ~ di hiris
4 biji telur di rebus
3 keping tauhu ~ di goreng dan di potong dadu
10 ekor udang basah ~ di buang kepala
garam dan gula secukup rasa
1 keping assam keping
1 cawan tauco ~ cuci bersih untuk hilangkan masinnya dan ramas-ramas hingga halus
sedikit gula melaka

Bahan Kisar
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
25 tangkai cili kering ~ di rendam hingga lembut dan di kisar halus
3 sudu besar udang kering
sedikit belacan jika suka

Cara nya

Panaskan minyak dalam kuali.  Tumiskan bahan kisar hingga harum dan terbit minyak .Ambil 3 senduk dan asingkan untuk membuat kuahnya. Kemudian masukkan udang, dan goreng rata. Masukkan mee  hoon yang kita dah rendam tadi, tapi tapis dahulu untuk membuang airnya Kacau mee rata hingga bersalut dengan rencah Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.  Akhir sekali masukkan tauhu, daun kucai , taugeh dan cili merahAngkat dan ketepikan

Cara membuat kuahnya..

Dalam periuk, masukkan rencah yang kita dah asingkan tadi dalam 2 senduk tadi.  Panaskan semula. Tambahkan air secukupnya.  Masukkan asam keping dan sedikit gula Melaka. Masak hingga kuah mendidih. Bila dah mendidih masukkan tauco, garam dan gula secukup rasaKuahnya mesti ada rasa masam manis. Bila dah masak boleh lah di hidangkan.

No comments:

Post a Comment