Monday 23 March 2015

NASI DAGING UTARA TOK MI (Khatijah zarina khalid)


Nasi Daging Utara

Bahan-bahan :

4 pot beras biasa-dicuci bersih dan ditoskan.
1 kg daging-dipotong, cuci bersih dan direbus empuk dengan sup bunjut. Ketepikan. Airnya jangan dibuang kerana akan digunakan untuk memasak nasi.

Bahan tumis :
2 sb mentega @ 2 sb minyak masak
Rempah 4 sekawan (kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga)
5 ulas bawang merah dihiris nipis
2 ulas bawang putih dihiris nipis
2 inci halia diracik halus
2 helai daun pandan disimpul

Bahan kisar :

1 batang kayu manis
1 kuntum bunga cengkih
1 biji buah pelaga
1/2 sudu teh jintan putih
1 st ketumbar.
Sangai bahan di atas hingga harum baunya. Campurkan 1 sudu teh serbuk kunyit dan kisar halus.*jika tiada bahan di atas, anda boleh gantikan dengan 2 sb rempah kurma.Campurkan bahan kisar atau rempah kurma dengan sedikit air dan jadikan pes yang pekat.

Bahan lain
Garam
Gula
1/2 pot susu cair
Sukat air rebusan daging tadi, jadikan 4 1/2 pot(Campuran :  1/2 pot susu cair + 4 1/2 pot air rebusan daging)

Cara masak :1. Cairkan mentega dan panaskan minyak. Tumiskan daun pandan dan rempah 4 sekawan. Bila telah harum baunya, masukkan bawang dan halia.
2. Masukkan pes bahan kisar. Kacau sekejap. Masukkan beras dan kacau anggaran 2 -3 minit.
3. Masukkan campuran air rebusan daging dan susu cair. Juga masukkan daging rebus tadi. (Daging dan nasi dimasak bersama)
4. Masukkan garam dan gula.
5. Masak seperti memasak nasi biasa.
6. Bila nasi telah masak, gemburkan dengan garfu untuk mengelakkan nasi pecah.
7. Taburkan hirisan daun sup/daun bawang dan juga bawang goreng.Makan bersama air asam.

No comments:

Post a Comment