Sunday 11 October 2015

KEK BUAH KUKUS (KHATIJAH ZURINA KHALID)

Kek Buah Kukus

300 gm gula halus
250 gm mentega
500 gm buah-buah kering campuran mixedfruit
50 ml air panas

350 gm tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat ( 10 gm)
1/2 sudu kecil  cream of tarta ( 3 gm)
1 sudu kecil serbuk buah pala ( 3 gm)- jika suka
Semua bahan bahan ini di ayak.  Ayak 2 kali.

1 sudu teh esen vanilla
3 biji telur gred A

Mula-mula kita sediakan dahulu gula hangus. Gula yang di gunakan sebaiknya gula halus, kerana ia memudahkan dan mempercepatkan lagi gula kita mencair. Saya guna gula perang sebab gula halus itu dah kehabisan. Apabila gula dah cair dan berwarna perang masukkan air panas. Hati hati kerana ianya meletop letop. Kacau sehingga gula cair semula. Setelah itu bolehlah masukkan mentega.  Setelah itu bolehlah kita masukkan mixed fruits dan kacau rata.  Biarkan buah buahan itu rata  dan meletop letop didalam kuali dan kemudian boleh dibiarkan hingga sejuk sedikit. Sementara kita menunggu adunan buah-buah kering kita ni suam, bolehlah kita pukul telur dgn vanilla hingga putih gebu. Letakkan ke tepi dulu.  Setelah adunan tadi suam suam sikit kita boleh masukkan bahan kering yg di ayak tadi. Masukan sikit sikit dan kaup balikkan sehingga habis dan sebati.  Setelah itu kita masukkan adunan telur yg kita pukul gebu tadi.  Ulang proses yg sama seperti tepung tadi.  Kaup balikkan dgn spatula.  Hati hati kerana kita tak nak buah buahan itu jatuh.

Bila dah siap bolehlah kita kukus.  Kukusan hendaklah di panaskan terlebih dahulu. Air kukusan hendaklah di isi penuh kerana kek ini akan di masak lebih kurang 4 jam. Bila air di dalam kukusan dah mendidih barulah kita letakkan loyang adunan kita di dalamnya. Loyang perlu di tutup dengan kertas aluminium untuk mengelakkan air dari tutup kukusan menitis ke atas kek dan mengakibatkan kek kita  tidak cantik.Kukus kek ini selama 4 jam dengan api yang sederhana. Bila kek dah masak, biarkan ia sejuk sedikit sebelum dipotong.

No comments:

Post a Comment