Sunday, 7 February 2016

Kek lapis masam manis

Bahan Bahan Resepi Kek Lapis Masam Manis

450 gram mentega (cm guna SCS)

150 gram gula halus (cm letak 130 gram)

10 biji telur gred A

300 gram biskut marie (cm guna jenama Munchy's), dikisar halus dan diayak

300 gram susu pekat manis (cm letak 200 gram)

85 gram seri kaya (cm guna jenama Yeo's)

1 camca teh esen vanilla

2 paket asam manis (1 paket ada 10 bungkus)

Pewarna makanan secukupnya (merah, hijau, kuning)


Cara Cara Menyediakan Resepi Kek Lapis Masam Manis

Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin berukuran 8inci x 8inci x 3inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.Putar mentega dan guna halus hingga putih. Masukkan telur satu persatu sambil diputar hingga kembang dan gebu, masukkan esen vanilla dan seri kaya, putar sebati (masa ni adunan akan berbiji2 sedikit).Perlahankan kelajuan, masukkan susu pekat manis dan kisaran biskut marie sedikit demi sedikit hingga habis, putar sebati. Bagi adunan kepada 3 bahagian sama banyak, setiap satu diberi warna kegemaran anda, kacau rata (cm guna merah, kuning dan hijau). Ok sekarang kita mula melapis..Masukkan tin ke dalam oven, panaskan 1-2 minit (tukar api oven pada atas sahaja, fungsi grill). Keluarkan tin dan sudukan 4 camca besar warna kuning, ratakan dan bakar 6 - 7 minit atau hingga permukaannya perang. Tekan sedikit permukaan kek dengan penekan kek lapis dan lapiskan sekali lagi warna yang sama, ratakan dan susun asam manis, bakar hingga perang. Keluarkan dari oven dan tekan perlahan.Lapiskan pula dengan warna lain, dan setiap warna dilapis 2 kali. Susun asam manis selepas lapisan pertama. Dan tekan perlahan setiap lapisan. Buat hingga siap dan lapisan terakhir bakar dengan api atas dan bawah selama 10 - 15 minit, tutup permukaan tin kek dengan aluminiun foil jika cepat gelap. Keluarkan kek dari tin dan sejukkan sepenuhnya atas jaringan.

Saturday, 26 December 2015

Serabai (copy resepi mamak.haji)

RESEPI SERABAI:

BAHAN-BAHAN:

 2 cawan tepung beras. 1/2 cawan santan pekat. 1 sudu kecil yis segera.2 sudu gula.1 sudu kecil garam atau secukup rasa.

CARA MENYEDIAKAN:

1. Masukkan gula dalam sebuah cawan diisi 1/2 cawan air suam dan masuk yis. Biarkan selama 10 minit.
2. Masukkan nasi dalam blender kisar dengan 1 cawan air sehingga hancur, masukan juga garam dan tepung beras. Kisar sehingga sebati.
3. Keluarkan dari balang pengisar dan masukkan dalam sebuah bekas dan tuang campuran yis bersama gula tadi. Gaul serata. Peramkan selama beberapa jam ( 2 jam lebih). Jangan terlalu lama, adunan akan masam.
4. Panaskan acuan serabai (kalau tak ada gunakan kuali dalam bersaiz 20cm – 8 inci kuali biasa atau kuali non-stickable). Liserkan minyak dengan sehelai daun pandan yang celup dengan minyak. Biarkan minyak dalam acuan panas betul-betul panas. Tutup api dapur dan tuangkan adunan tepung serabai 3/4 penuh.
5. Masak dengan apai perlahan sehingga masak.

PENYEDIAAN KUAHNYA:
BAHAN-BAHAN:
– 1 cawan gula perang.
– 1 cawan santan.
– 1/2 cawan air.
– 2 biji telur.
– 1 cawan santan pekat dan masukan 1 sudu besar tepung jagung – bancuh.
– 2 helai daun pandan di simpul.

CARA MENYEDIAKAN:
1. Masukkan gula , air dan telur dan pukul rata.
2. masukkan bahan bancuhan ke dalam kuali yang sedang panas sederhana. Masak dan kacau sebatian ini..bila mula didih, masukkan bancuhan santan dan tepung jagung.
3. Masak hingga tepung jagung dan santan berubah warna kepada keemasan. Kepekatan terpulang pada berapa lama anda masak. perlu ingat..bila sejuk kaya ini alan pekat dua kali dari masa panas. maka tentukan ia jangan terlalu pekat.

CARA MENYEDIAKAN SERAWA DURIAN:
BAHAN-BAHAN:
– 2 cawan santan.
– 100 gm isi durian.
– 80 gm gula pasir.
– 1/4 sudu kecil garam.
– 1 helai daun pandan.
– 1 biji putih telur di pukul.
CARA PENYEDIAAN:
1. Sebatikan semua bahan-bahan hingga mendidih. Masukkan putih telur terkemudian.
2. Masak sehingga kuah sedikit pekat. Kuah dah tersedia.

Wednesday, 23 December 2015

Kuih Pau ( memang jadi dan sangat sedap)

Bahan2nya
A~1kg tepung gandum/tepung pau
1 sudu kecil baking pawder (kalau guna tepung pau x perlu lagi baking pawder)
Ayak bersama bahan2 A..ketepikan..
B~
11 grm  yis kering
1/2 cawan minyak masak
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
2 sudu besar susu pekat manis
1 biji telur
2 1/4 cawan air suam..

Cara2nya..

  Didalam sebuah bekas..masukkan 2 1/4 cawan air suam..dan bancuh bersama 1 sudu besar gula dan masukkan yis..kacau dan tutup bekas lbh krg 10 mnt atau hingga yis kembang...

Didlam bks lain masukkan 1/2 cawan minyak bersama 2 sudu besar susu (sukat melimpah pun x pa) dan sebiji telur...pukul bg sebati..

Tepung dan baking powder di gaul bersama..

Tuang adunan minyak tadi kedalam tepung dan gaul bersama..setelah itu masukkan yis tadi...uli hingga x melekat di jari..rehat kan 5 mnt..buat bulat kecil dan isi kan intinya. ..
Biarkan kuih naik sekali ganda..kukus selama 7 mnt..pasti kan air mendidih terlebih dahulu..

#kalau anda guna pengukus biasa..pasti kan anda segera membuka penutup pengukus tepat 7 mnt..kalau lambat..wap akan menitik atas kuih..atau anda boleh membungkus penutup pengukus  dgn kain..

Inti kelapa;

1 biji kelapa parut
1 1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air..(kalau blh air panas)

Caranya..
Panaskan kuali dgn api yg kecil..masukkan gula..kacau hingga cair dan masukkan air. Kacau lagi bg cair . .masukkan kelapa parut..kacau hingga air kering..dan jadi inti..

Friday, 4 December 2015

Ikan rebus (nor ashikin ikin)

1 kilo ikan ghebuih buang taik
5 sudu beso garam( ghase dulu  colek2 masin nya sama balen x dengn ikan sekilo
Asam keping

Kak nor dah siang basuh pastu letak dlm kuali susun dulu.......pehtu kak nor perap 15 minit.....dah perap kak nor nampak tak air ikan ngn garam akan keluar jgn di buang .......letak dalam periuk agak besar sikit.....susun ikan cantik2 pastu buh ayo garam n ayo ikan tadi......pelahan kan api....tutup periuk...tunggu sampai air cam nak kering...

Tuesday, 1 December 2015

AYAM BAKAR (ALI HANAFIAH)

Resipi Ayam Bakar :-

BAHAN2 Mentah

-1 Ekor ayam (klu nk potong2 pon blh)
-1/4 biji labu (yg isi dia oren tu) di potong 6 bahagian
-2 biji ubi kentang di potong 6 bahagian
-200gram mentega or planta
-3 sudu serbuk briyani ayam
-garam secukup rasa

CARA Memasak

-Bersihkan ayam
-Letakkan ayam di dalam bekas memanggang bersama2 dengan labu dan ubi
-Cairkan mentega,kemudian gaulkan dengan ayam dan sayur
-Taburkan Serbuk briyani dan garam dan Ratakan
-Bakar ayam selama 30-45 minit pada suhu 250 degree

Wan Zu Kak Nor Ali Hanafiah

Monday, 9 November 2015

Pak tongkol/cakoi

Ini la CHAKOI sy.
Pastinya penat lelah mngguli td..rasa brbaloi melihat hasil nya. Kan kan kan..?! 
Gunakn kaedah straight dough je...

250gm tpg gndum
30 gm gula pasir
1   sb yis
1   bj telur besar
1/4st serbuk amonia
90 ml air suam
50 ml minyak
3/4st garam

Satukn ksemua bhn kecuali minyak dn garam. Gaul rata hngga berkepal baru masukkn garam dn minyak. Doh mmng spatutnya sgt lembek. Uli hingga doh berkilat
**Mmandangkn sy mngguli mnggunakn tgn, sy uli hingga doh tak lg melekat lg pd mngkuk plastik yg sy gunakn.
**doh memang melekit2 lg pd jari...
Rehatkn doh 45-60minit atau naik kmbang brganda
Gunakn tpg utk tabur pd papan pncanai dn penggelek.
Bhgi doh pd 2bhgian. Canai 1bhgian dulu dgn mnggelek lembut hingga doh mnjadi panjang (cth 16x4in)
Potong2 doh, dn tindih antara 1sm lain (lihat gmbr) dgn mnggunakn lidi yg dbasahkn dgn sdikit air. (Air digunakn utk melekatkn doh mnjd 2)
Pnskn minyak, sblm memasukkn doh kdlm kuali, pegang ke2 2 ujung doh, dan tarik pelahan dan lmbut bg merenggang sdikit doh (cth doh pjg 4inci td dtarik lmbut shingga mnjd pjg 5stgh inci)
**Jgn tarik doh dgn kasar atau terlalu pjg, ini akn mngakibatkn doh mnjadi rosak
Goreng dgn api sederhana pns
Buat perkara yg sm pd doh 1lg

~sila keRUANGAN KOMEN utk mlihat info srta bgmana rupabntuk AMONIA, tq

Resepi rempah kari ikan/daging

DIY- Resepi Asli Rempah Kari Daging

( 32 sudu besar kari terhasil )


Bahan :

14- 16 batang Cili kering / lada kering

16 sudu besar Biji Ketumbar

8 sudu besar Jintan Manis

4 sudu kecil Halba

4 sudu kecil Biji sawi

4 sudu kecil Lada hitam

2 sudu besar Serbuk Kunyit

2 sudu besar Serbuk Halia

Cara membuat :

1.Pertama sekali , cili kering / lada kering perlu digunting untuk dibuang bijinya.

2.Teknik sangai atau goreng tanpa minyak digunakan- gunakan frying pan atau kuali, panaskan api sederhana , sangai ciili kering , ketumbar , jintan manis , halba , biji sawi dan lada hitam.

3.Panaskan sehingga bahan-bahan rempah mengeluarkan aroma. Goyangkan pan konsisten supaya rempah dapat dipanggang sekata.- sambil menyanyi…”mari kita bergoyang…”-cat farish

4.Apabila rempah siap dipanggang, kemudian sejukkan pada suhu bilik , kemudian rempah tadi digiling atau diblender kering sehingga menjadi serbuk. Kalau nak buat bussines kecil kecilan perlu guna mortar atau coffe grinder.Kemudian masukkan serbuk kunyit dan serbuk halia kacau sebati. Siap… untuk digunakan sebagai rempah kari daging!