Thursday 13 April 2017

Khasiat daun dan buah ramunggai

KACANG Murunggai terkenal sebagai makanan kegemaran masyarakat india.

Berasal dari keluarga tumbuhan Moringaceae yang juga nama saintifi knya Moringa Olifela.

Masyarakat Malaysia menamakannya murunggai ataupun kelor.

Pokok moringa turut dikenali sebagai ‘pokok ajaib’ kerana khasiatnya yang mengagumkan dan memberi banyak manafaat kepada manusia.

Ia ditanam meluas dibeberapa negara seperti di India,Ethiopia, Filipina,Africa,Amerika latin dan kepulauan Pasifik.

Pokok moringa mampu mencapai ketinggian sehingga 10 meter dan ia sesuai ditanam di tanah kering serta berpasir.

Walaupun ia mempunyai pelbagai kelebihan, khasiat moringa kurang diketahui oleh masyarakat Melayu,mungkin kerana ia bukan berasal dari negara ini.

Moringa mengandungi Vit A, B1, B2, B3, C, Kalsium, Potasium, Besi, Zink, Kronium, Tembaga, Magnesium, Manganese, Phosphorus, dan 20 jenis asid amino yang diperlukan badan.

Ia berguna dalam aspek lumpuh, infl amasi, demam, batuk, selsema, infl amasi salur nafas dan penyakit paru-paru.

Daunnya juga berguna untuk menyembuhkan penyakit skurvy (Rahang gigi berdarah) , anemia (kekurangan sel darah merah) dan memulihkan sistem fungsi badan.

Biarpun manfaat Moringa telah dikenali dan diguna sebagai herba traditional oleh suku-kaum asli di

beberapa negara, tetapi potensi khasiat tumbuhan ini hanya mula mendapat perhatian dari Saintis Moden pada akhir abad ke sembilan belas.

Kajian terkini telah mendapati Moringa juga mengandungi Cytokinin.

Kompaun unik ini telah mendapat bukti saintifik dalam kajian klinikal bahawa ia dapat meningkatkan tumbesaran produk pertanian dan bila ia ditambah dalam pemakanan binatang ternakan, ia jelas akan menambah pengeluaran susu dan mencergaskan regenerasi sel badan.

Dalam zaman maju sekarang, adalah lumrah untuk kita memakan berbagai pil vitamin untuk mendapat kesemua zat yang diperlukan badan, tetapi kini produk Moringa memberi anda kesemua khasiat malah lebih dari itu, pencegahan kanser dan pemulihan fungsi badan.

Moringa juga diguna untuk rawatan barah, dan memulihkan ketegangan emosi , kerisauan dan kekhuatiran.

Benih dan akarnya mengandungi sumber antibiotik semulajadi yang sesuai untuk rawatan jangkitan kulit anti-infl amasi, antispasmotik (Ledakan emosi yang tiba-tiba) dan unsur diuretik (menggiatkan pembuangan air kencing).

Sifat ini membolehkan ia membersihkan darah dan mengeluarkan toksik dan racun metabolisma dengan lebih berkesan.

Kajian juga telah menunjukkan segelas daun Moringa dapat membekal keperluan harian Vitamin A untuk 10 orang.

Yayasan Mata Antarabangsa yang terletakan di Bethesda, Md., menggunakan moringa untuk mencegah buta dalam kalangan kanak-kanak yang dikaitkan dengan kekurangan Vitamin A.

Didalam bidang perubatan, Moringa telah dikenal berkesan untuk rawatan penyakit kulit, menurunkan tekanan darah, mengurangkan bengkak, menyembuh ulcer gastrik, menurunkan gula darah dan melegakan sistem saraf badan.

Moringa oleifera telah manakjubkan dunia perubatan kerana ia menghasilkan kompaun antibiotik yang dikenali sebagai glucosinolate 4 alpha-L-rhamnosyloxy benzyl isothiocyanate bertindak sebagai agen imun badan manusia.

Bercakap secara Saintifik, Moringa adalah suatu keajabian dimana ianya menguatkan tulang yang lemah, memperkayakan sel darah merah anemia dan membolehkan seorang ibu yang hidup kebuluran untuk membesarkan anak yang sedang kelaparan.

Bandingan gram dengan gram, Moringa mempunyai empat kali kalsium dalam susu, tujuh kali Vitamin C dalam Oren dan tiga kali potasium dalam pisang.

Bagi mereka yang ingin menjaga kesihatan,amalan memakan tumbuhan semulajadi seperti moringa boleh memberikan segala zat yang diperlukan oleh tubuh badan manusia.

1 comment:

  1. Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..😉

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay👇🏻
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    💐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..🤲🏼


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    😁kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    ReplyDelete