Tuesday 14 April 2015

ROTI PAUNG (tok mi)

ROTI NAIK / ROTI PAUNG

Bahan bahan:
1 biji telur
2 sudu besar susu pekat manis
3/4 cawan gula
2 sudu kecil ibu roti  (bancuh dengan 100 ml air suam)
2 sudu besar majerin
1 sudu kecil shortening  
500 gm tepung gandum  
200 ml air (masukkan telur dan susu pekat manis dalam bekas, dikacau dan tuang air ke dalamnya sehingga cukup 200 ml)
1 sudu besar susu tepung 

Cara cara:
Rendam yis dalam 100ml air suam dengan sedikit gula supaya ianya kembang berbuih. Biarkan sehingga berbuih.

Satukan bahan bahan kering iaitu tepung, gula dan susu tepung.

Masukkan bahan bahan cecair iaitu air bersama susu pekat manis dan telur. Kemudian masukkan yis dan digaul rata.

Akhir sekali, masukkan marjerin dan shortening.  Uli sebati sehingga lembut dan elastik. Saya guna kitchen mixer untuk menguli. Biarkan seketika sehingga kembang sekali ganda. Bila telah kembang, tumbuk untuk buang udara di dalamnya.

Lap tangan dengan sedikit minyak dan bulat bulatkan doh dan timbang supaya sama besarnya. Masukkan ke dalam loyang yang telah dilenser dengan majerin. Tutup dan biarkan seketika sehingga doh naik 2 kali ganda.

Barulah di bakar pada suhu 180C selama 18 minit.

Nota: Saya bakar pada suhu 160C selama 40 - 45 minit.

Angkat dan lenser permukaannya dengan marjerin supaya ianya berkilat.

SWEET HONEY LOAF

3 cwn Tepung All Purpose
1 sudu teh yis
1/2  Madu atau ikut kesesuaian manisnya
1/2 sd teh garam
4 sudu besar Soft Unsalted Butter - suhu bilik
11/2 cawan susu segar suam

Cara

Masukkan susu suam di dalam mangkuk dan campurkan dengan  madu tadi.  Campurkan yis dan biarkan selama 10 minit hingga yis naik dan berbuih.

Dalam mangkuk  masukkan tepung  dan buat lubang didalam dan campurkan garam.dan gaul rata.  Masukkan bancuhan susu yis dan madu tadi kedalam aduan tepung tadi.  Gaul adunan sehingga rata.

Masukkan unsalted butter dan uli doh utk 5 minit lagi.

Sapukan butter dalam mangkok besar dan masukkan doh tadi.  Tutup dengan plastik dan biarkan  doh naik 2 kali ganda.  Proses ini akan mengambil masa dlm 1 jam bergantung pada suhu sekeliling

Sementara itu panas kan ketuhar pada suhu 190 °C / 380 °F.

Bila doh naik 2 kali  tumbuk aduanan dan uli semula doh untuk.beberapa mint dan bentukkan adunan seperti sebuku roti. Masukkan kedalam acuan atau loyang berbentuk roti.  Biarkan doh naik dalam 15 minit.

Sapukan sedikit sedikit susu segar diatas adunan roti .dan bakar selama 30 hingga 40 minit atau sehingga roti masak. 

Setelah masak biarkan ianya sejuk utk 15 minit sebelum keluarkan dari acuan. Pastikan ianya benar benar sejuk sebelum dipotong.

Boleh dimakan begitu sahaja  atau dengan jem atau sambal atau apa apa ikut kesukaan masing masing.

No comments:

Post a Comment