Sandwich Sosej Berdaging Tomato
Bahan-Bahan:
10 keping - Roti Sandwich Frankfurter (saya guna kan roti gardenia)
10 batang - sausage /frankfurter (apa2 jenama boleh- saya guna ayamMas)
Jeruk Timun - didadu secukupnya (resepi saya akan tulis kemudian)
1 labu bawang besar Holand di dadu
Mayonis / cheezy sos / atau cili sos
Untuk Daging Cincang Bertomato
250gm daging cincang
150gm tomato puree
3 sudu makan cili blender
2 labu bawang besar - diblender halus
3 ulas bawang putih - diblender halus
1 inci halia - diblender halus
200 gm mix vegie
1 biji bawang holand di dadu
3 sudu makan oyster sos
gula garam secukup rasa
1 cawan air
sedikit minyak untuk menumis
Cara:
1. Mula2 sediakan untuk daging cincang bertomato, Tumiskan bawang
besar, bawang putih dan halia yang diblender bersama cili blender hingga
agak garing dan pecah minyak, masukkan pula tomato puree dan oyster
sos, tumiskan lagi dan masukkan pula sedikit gula..
2. Masukkan daging, kacau2kan sebentar dan masukkan juga air, jangan
terlalu banyak air sebab kita nak letakkan daging di atas roti nanti.
Bila daging dah masak masukkan pula mix vegie diikuti dengan bawang
holand yang didadu tadi, perisakan dengan garam bila dah masak padamkan
api.
3. Sediakan pula sosej, boleh samaada digoreng atau di rebus sebentar dan toskan airnya (saya rebus sahaja).
4. Untuk sediakan roti, roti dibelah dua jangan putus (saya ikut cara
kak ida - kukuskan roti sebentar, angkatkan roti dari kukusan letakkan
sosej di tengah2 roti, curahkan dengan daging cincang yang dimasak tadi,
taburkan pula dengan jeruk timun, dan bawang holland yang didadu, kalau
nak letak daun salad pun boleh tapi saya tak letak. Last sekali
drizzle kan dengan mayonis atau apa2 sos kegemaran anda, makan panas2
memang sedappppp...
RASEPI EJ
No comments:
Post a Comment