Thursday, 25 December 2014

MEXICO BUN

¡) Filling

 Bahan2nya..;

200 gm mentega
1/2 teaspoon vanilla essence
70 gm brown sugar

ii) Topping

200 gm mentega
160 gm gula icing
3 biji telur grade A- pukul sedikit

1 suduk kecil perisa kopi- boleh diganti dgn melarutkan 2 sudu besar instant coffee dengan 1 sudu besar air panas.

200 gm tepung gandum

iii) Doh Roti

500 gm tepung berprotin tinggi- diayak
2 sudu kecil bread improver + 2 sudu kecil bread softner ( optional)
20 gm susu tepung
75 gm gula castor
3 sudu kecil dry yeast
1 sudu kecil garam
1 biji telur- dipukul
250 ml air/ susu segar ( Jgn gunakan susu tepung sekiranya menggunakan susu segar).
60 gm mentega

Cara-cara

Filling- Pukul mentega dgn mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan esen dan gula perang. Simpan di dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.

Topping- Putar mentega dgn mixer pada kelajauan sederhana selama 5 minit. Perlahan2 masukkan telur,gula icing, dan coffee flavoring. Ayakkan tepung kedalam adunan and putar lagi pada kelajuan perlahan sehingga semua sebati. Simpan didalam peti sejuk sehingga sedia utk digunakan.

Doh Roti

Gaul rata tepung, gula dan garam di dalam mangkuk.

Masukkan yeast, bread improver & bread softener ( jika menggunakannya) dan gaul rata lagi.

Masukkan telur dan air/susu segar.

Uli adunan sehingga menjadi adunan dan masukkan mentega. Uli lagi sehingga lembut & elastik selama 10-15 minit...tutup doh dgn kain/tuala yg basah....biarkan dia naik sekali ganda..
Kemudian tumbuk..bulat2 kan macam kuih pau..masukkan filling tadi sebagai inti..tutup semula ...buat sampai habis..biar kan dlm 30mnt..bila dah naik masukkan toping dlm piping bag . ..paipkan atas roti..n kemudian bakar dlm suhu 200°..agak2 dlm 20 mnt..atau terpulang pada oven anda sendiri..

No comments:

Post a Comment