Tuesday, 16 December 2014

BEGEDIL KENTANG HARUM

Bergedil Kentang Harum..

Bahan-Bahan

6 biji kentang - sederhana besar dikupas kulit dan potong bulat

1 1/2 biji  bawang besar - dihiris nipis

1 pohon daun sup - dihiris halus

1 pohon daun bawang - dihiris halus

1 sudu makan serbuk perasa knorr pasti sedap

1/2 camca teh serbuk lada sulah

garam secukupnya

2 biji telur - dipukul manja untuk celup begedel

minyak untuk menggoreng

Cara:

1. Panaskan minyak untuk mengoreng kentang, gorengkan kentang yang
dipotong bulat sederhana nipis bersama dengan bawang besar yang dihiris
hingga kentang empuk dan bawang agak kekuningan xperlu sampai garing.
Angkat dan toskan atas paper towel. Gorengkan sehingga kesemua kentang
dan bawang habis

2. Lecek kentang dengan smasher atau boleh juga ditumbuk dengan batu
lesung, alihkan ke dalam mangkuk lain dan campurkan kentang dan bawang
besar yang siap dilecek/ ditumbuk halus bersama daun sup dan daun bawang
yang dihiris halus, masukkan juga perisa knorr pasti sedap dan garam
secukupnya berserta lada sulah. gaulkan rata.

3. Bentukkan begedil mengikut besar yang anda kehendaki, saya suka
begedil yang agak comel2. buat sehingga semua kentang lecek habis.

4. Panaskan minyak dengan api yang sederhana gorengkan begedil dengan
celupkan dahulu pada telur yang dipukul manja. Gorengkan sehingga kuning
keemasan dan angkat serta toskan begedel. Hidangkan bersama soto atau
sedap dimakan begitu sahaja bersama sos pencicah pilihan anda..selamat
mencuba..
RASEPI EJ

No comments:

Post a Comment