Resipi Cucur Badak @Qatheryona Scholastyca Yong susah bebenor nak sebut namanya,,
2 biji keledek saiz besar - rebus dan lecek
1 cawan tepung gandum
Garam
Inti
1/2 biji kelapa parut
1 cawan udang kering
5 ekor udang hidup - potong kecil
2 biji bawang besar
5 batang serai
1 sudu kecil kunyit serbuk
5 tangkai cili kering (ikut kepedasan masing2)
1 sudu besar minyak masak
Sedikit kunyit serbuk
Garam dan gula
Cara-cara
1.untuk inti: blender cili kering+serai+udang kering dan bawang dgn
sedikit air. Setelah halus masukkan kelapa parut, blender sekali. Blend
sekejap jer. Setelah itu masukkan semua ke dalam kuali. Masukkan juga
udang hidup + kunyit + minyak + garam dan gula. Kacau sehingga inti tu
masak, ia akan kelihatan kering sedikit.
2.utk kulit: rebus keledek dengan air dan sedikit garam sehingga
lembut. Setelah masak , buang air tinggalkan sedikit dan campurkan dgn
tepung. Buat masa panas panas, senang nak lenyek. Jika adunan lembik
lagi tambahkan sedikit demi sedikit tepung. Jgn terlalu byk nanti tak
sedap.
3.Selepas itu buat doh kecil2 . Ambil satu buat melengung. tip:
semasa hendak membuat doh ni guna sedikit minyak masak di tangan agar
tepung tak melekat , keje pun cepat dan senang.
4.letakkan inti dan tutup kembali.
5.Goreng dengan api yang sederhana. Siap untuk di santap.
RASEPI EJ
No comments:
Post a Comment