APAM BALIK LEMBUT n SEDAP GITU... versi ej kahh3
Bahan-Bahan
2 3/4 cawan tepung gandum
4 sudu makan penuh susu tepung ,,fresh milk pun boleh
3 cawan air - (bancuhkan dengan susu tepung)
1 sudu makan baking powder - rata
1/2 sudu makan bicabornate of soda - rata
2 sudu makan minyak jagung,,EJ letak minyak masak ja
1 sudu makan gula pasir,,kalau x suka manis boleh kurangkan
sedikit garam
sedikit majerin/buttercup untuk lenser kuali dan sapu di atas apam balik
Bahan-Bahan untuk inti apam balik
11/2 cawan kacang tanah kisar -ej beli yang siap dikisar
1/2 cawan gula halus - (campurkan kacang tanah kisar bersama gula halus)
1/2 tin jagung cream style dalam tin,,,,
Cara:
1. Ayakkan tepung dan bahan penaik masukkan dalam mangkuk adunan, masukkan juga gula dan garam,
2. Dengan mengunakan whisk bancuhkan tepung dengan susu tepung dan air
yang telah dibancuh tadi adunkan rata sehingga licin dan tidak
bergentil.
3. Masukkan 2 sudu makan minyak jagung ke dalam adunan dan gaul sebali biarkan adunan dalam 15-20 minit.
4. Panaskan non stick pan, lenserkan dengan sedikit butter, masukkan
dalam anggaran 1/2 cawan adunan apam balik dan biarkan dengan api yang
perlahan sehingga permukaannya berlubang2 dan bila agak mengering terus
taburkan dengan kacang tanah kisar yang telah digaul bersama gula rata2,
dan taburkan juga dengan jagung dalam tin gunakan hujung sudu setompok2
ikut banyak mana yang kita suka.
5. Lihat bahagian bawah apam balik bila dah berwarna coklat cantik lipat
kan dua, alihkan ke atas pinggan dan terus di sapu permukaan apam balik
dengan butter. Buatlah sehingga habis ukuran apam balik yang saya buat
ini dalam 5 inci, bila hendak menghidang boleh dipotong 2 atau 3. makan
panas sedap tapi bila dah sejuk pun masih lembut lagi...cuba lah..
RASEPI EJ
No comments:
Post a Comment