Saturday 26 July 2014

Bengkang cream creakers

Bahan-bahannya

140gm biskut cream creakers
85gm tepung gandum
710ml santan
1 cawan gula
3 biji telur
Sedikit garam
1 cmca besar marjerin..
Sedikit pewarna kuning..

Cara2nya

Kisar kesemua bahan2 diatas..dan tuang ke dalam acuan...sapu acuan dgn marjerin dulu ya..bakar selama 45 mnt ke 1jam dgn suhu 180°c..
Bila dah masak..sejukkan dahulu..baru dipotong..
Sangat sedap..

#kalau nak kukus pun blh..kukus selama 1 jam..

Rendang pedas kacang panjang

Seikat kacang panjang..dipotong serong2
Sedikit udang basah/kerang
4 batang serai*
2 biji bawang besar*
4 ulas bawang putih*
Seinci lengkuas*
3 camca besar kerisik
Santan
Cili kering kisar secukupnya
2 helai daun kunyit..dihiris halus2
Garam

Semua bahan2 yang bertanda * dikisar bersama..
Tuang kedalam kuali..campurkan kesemua bahan2 kecuali kacang dan udang/kerang yg dah dibrebus dan daun kunyit..bila dah mendidih masukkan kacang...bila dah empuk kacang masukkan udang/kerang serta daun kunyit..
Selamat mencuba!

Friday 11 July 2014

MEE SIZZLING

Homemade mee sizzling

sediakan utk kuahnya dulu ( yang ni saya buat dlm kuali tuk makan 6 orang)
4 ulas bawang putih di tumbuk halus
1biji bawang besar ditumbuk halus
sedikit Halia
Minyak masak utk menumis 

Cendawan shitake (yg warna hitam kering)...bersihkan dan rebus smpai kmbang air bnyak sbb nak buat kuah sekali serta dihiris 
sedikit cili kisar
2,3 biji cili kering direndam dan dipotong 3 bahagian
Ayam potong kecil (ikut suka bnyak mana nak)
Sos tiram
Sos tomato
Kicap pekat
Sos lada hitam * saya tak isi sbb takde
Kiub ayam
Tpg jagung (untuk pekat kuah bancuh sedikit air)
Lada hitam ashio (ajinomoto)
Sikit minyak bijan
Garam(sesuai dulu rasa baru masuk)
Sikit gula
Yee mee (bhn utama) saya rendam sekejap dgn air panas
Sayur sawi
Telur ayam (klu suka)

Caranya: 
panas minyak masukkan bwg yg telah ditumbuk halus
Dah garing masuk cili blend td smpai pecah minyak serta lada kering potong ~ ikut kepedasan yang disukai
kemudian masukkan kicap dan sos tiram, sos tomato/cili serta sedikit sos lada hitam
Baru masuk ayam kacau sebati masuk skt air...biar smpai ayam masak...baru tuang cendawan dan airnya sekali..masuk pula kiub ayam(hancurkan dulu)
Masuk sikit gula...sesuai dulu rasa baru masuk garam (klu dah ok jgn masuk garam sbb nnt dah masuk mee tu ada masin sikit-cara ksu x
masuk dah garam)
Tuang air tpg jagung tngok pekat mana kita suka
Dah mendidih ttp api..
Sediakan plate atau bg yg x ada plate guna kuali
Sendukkan kuah dan isi ayam yg kita sediakan td dlm plate atau kuali masukkan yee mee 1 ketul biar dia lembut masukkan sayur sawi pecahkan telur biar smpai layu...ttp api..
Dah blh dihidangkan nak makan dgn cili potong boleh yang mana suka pedas
Selamat mencuba...

Thursday 10 July 2014

KUIH KASUI

Bahan-bahannya;

3 CAWAN TEPUNG GANDUM
5 1/2 CAWAN AIR
1 CAWAN GULA MERAH(MASAK GULA MERAH GUNA AIR DARI 5 CAWAN TADI..TAPIS..DAN SEJUKKAN)
1 CAWAN GULA
1/2 CAWAN TEPUNG UBI
SEDIKIT GARAM
3 SUDU BESAR AIR KAPUR
1/2 KG KELAPA PARUT YANG PUTIH SAHAJA..
CARA-CARANYA;

SEDIAKAN AIR UNTUK MENGUKUS..DIDIHKAN..
SATUKAN KESEMUA BAHAN2 DIATAS GAUL HINGGA SEBATI..KALAU MASIH BERKETUL...KISAR DENGAN BLENDER CABAI..BIAR HALUS.

SAPU KAN MINYAK.DALAM LOYANG..TUANG ADUNAN KEDALAMNYA..KUKUS SELAMA 50 MINIT..
SELEPAS ITU KUKUS PULA KELAPA PARUT +.SEDIKIT GARAM SELAMA.15 MINIT..SUPAYA KELAPA X CEPAT MASAM..
SELEPAS KUIH SEJUK..POTONG DAN GAUL KAN DENGAN KELAPA TADI..SIAPPPP.

Thursday 3 July 2014

MASAK LEMAK JANTUNG PISANG

Bahan-bahannya;

1 biji jantung pisang
Sebiji bawang besar
Cili api

Sedikit ikan bilis
Seinci kunyit hidup
Santan secukupnya, 

Garam

Caranya;..

Kopek kulit jantung hingga nmpk kulit putih..belah 4..potong nipis2 melintang...basuh n toskan..
Kisar cili + bawang + kunyit masukkan dalam periuk..jangan lupa ikan bilis yg dah dibasuh...didihkan..masukkan jantung pisang...bila dah hampir empuk ..masukkan santan dan garam...kacau sentiasa..kacau sampai jantung empuk..dan cukup garam..tutup api..kuah jangan cair ...