Bahan-bahan yang diperlukan:
1 tin sardin (saiz kecil) – hancurkan dan ambil isinya sahaja.
2 ulas bawang merah – dihiris halus
1 biji tomato – dihiris halus
2 biji cili besar merah – dihiris halus
2 biji telur (dipukul sehingga sedikit kembang)
2 sudu mayonis
Garam secukupnya
Roti putih yang dibuang tepi, secukupnya
Cara Membuatnya:
1. Tumis bawang merah, cili besar dan tomato yang sudah dihiris tadi sehingga wangi.
2. Kemudian masukkan sardin dan garam. Biarkan seketika atau sehingga masak dan cukup rasanya. Ketepikan.
3. Ambil roti, isikan dengan sardin tadi. Gulungkan.
4. Kemudian celup gulungan roti sarden tadi dengan telur yang sudah dicampur dengan mayonis.
5. Setelah itu, goreng sehingga kekuningan.
6. Siap untuk dihidang serta dinikmati.
Read more: http://www.wom.my/saji/sarapan-roti-sardin/#ixzz3OEah4hxJ
Follow us: @WOMDOTMY on Twitter | womenonlinemagz on Facebook
No comments:
Post a Comment